Saturday 29 May 2010

mula bertatih!

bismillahirRahmanirRahim..


kalau sebelum ni merangkak2 skrg sudah tiba masa untuk saya langkah ke level seterusnya: bertatih.. org mu'min harus menjadi lebih baik dri sebelum ini..

walaupun tgh hangat-hangat periksa.. urusan ukhrawi tidak dilupakan.. kami barisan nuqaba' dan beberapa pelajar lagi ada menyertai satu program daurah nuqaba' utk kali kedua tahun ini. program ni dah lama ana tunggu.. ana setuju kata-kata ukhti husna ishkandar yang mana kata beliau program daurah kai ini pengisian nya sgt tersusun.. maksudnye.. mengikut keperluan.. bermula dgn perkongsian kembara ke sarawak olehh x-alamin bangi, seterusnya perkongsian dri mereka yg merantau ke terengganu iaitu program i'dad du'at.. seterusnya ada tentang hasan hudhaibi: murshidul amr, ikhwanul muslimin.. kemudian ada tentang sayonara jahiliah , maratibul amal, seerah.

sayonara jahiliyyah yg dibawakan pada malam itu lain dri yang lain. itu pada pendapat saya kerna doktor khairul azlan telah mendasarkan tajuk itu sedasar-dasarnya. pada kebiasaannya org hanya terus kepada isi tanpa muqaddimah.

dan tenang maratib amal.. walaupun gaya ustaz arief tampak biasa, ttapi apa yg cuba dibawakan mgkin luar biasa kalau kami memahami. dan baru kini saya memahami tentang kepentingan maratib amal dlam setiap apa yg kita lakukan.. jika sekiranya salah seorang ajk pro-bahan pada post-mortem ada mengatakan bahawa siapa yg tidak tahu melakukan carta gant mereka tidak reti memimpin.. tapi bgi saya maratib amal comes first.. lepas itu baru segala carta.. selepas melhat semua maratib amal yg dibentangkan ketika sesi tersebut.. apa yg saya dapati semunya berguna.. contohnya.. maratib amal yg dibawakan oleh banin lebih kepada detail kepada pihak banat punya dan sesuai utk mereka yg ingin membawa masuk tarbiyyah kepada sekolah luar.. dan pihak banat punya pula labih kepada umum dan boleh diubahsuai detailnya mengikut keperluan.. tapi ana paling kagum dgn maratib yg dibentangkan oleh ustaz arief.. lebih berwawasan tinggi.. kami hanya menitik beratkan utk jangka masa dekat.. tapi beliau lebih kepada jangka masa pendek dan pnjg.. strategi beliau boleh digunapakai..

dan kami para nuqaba' harud lebih bersedia dan harusmerancang masa depan kami dari sekarang. saya sebagai yg tertua kdg2 merasa terpanggil setelah lama duduk diam. hm apakah?

waktu seerah. hanya sempat sampai ke kumpulan yg ke3.. kumpulan saya! dan kumpulan kamila satu2nya kumpulan yg tiada kertas mahjong. dan kami membentangkan tentang khaibar+hudaibiyah(perang).masa hanya 5 minit setiap kumpulan. apa yg perlu diutarakan adalah isi penting, relation between seerah terdahulu dgn kami dan aktiviti yg boleh diaplikasi dalam usrah.

mula2 kami minta semua berdiri dan terus tanya soalan.. dana da hadiahnya.. soalannya sgt ringkas.. siapakah gerangannya yg membuka khaibar? sorg dapat jawab cukup utk menyeamatkan semua banat/banin yakni duduk. tahniah buat ukhti yasmin dgn jawapannya 'ali dan hadiahnya: RM10.. di sini apa yg ingin kami bawakan adalah konsep semangat dan usaha utk mendapatkan sesuatu tanpa mengetahui apa yg menanti di hadapan.. maksudnya.. dilakukan sesuatu perkara bukan utk mendapatkan ganjaran tetapi redha ALLAH.

dan aktiviti yg kami cdgkan sgt banyak.. antaranya adalah aktiviti yg menggunakan liliin yg hidup.



material+apparatus: lilin, mancis/lighter, manuia dan jari2 kaki, kipas siling, semangat
ukhuwwah+niat ikhlas

procedure:

1) nyalakan api pada lilin selama 3 minit.

2) buka stokin masing2.

3) buat bulatan di bawah kipas siling. semua kena saling meletakkan tangan
diatas bahu org sebelah kanan dan kiri.

4) setiap org harus mengepit lilin di celah jari kakinya dan pas kepada org di
sebelahnya dgn menggunakan kaki sebanyak lima kali pusingan atau lebih
bergantung kepada bilangan peserta.


akhir sekali: bincangkan konklusinya bersama adik usrah anda..kaitkan dgn perang khaibar!


-------------------------------------------------------------------------------------------------

pengumuman khas:

1) ayuh kita doakan keselamatan kapal konvoi serta manusia dan isi2 didalamnya dalam melaksanakan misi ke gaza yg mana semalam jam 4.30 ptg mereka harus berunding dgn org kuat Israel.

2) buat pencinta coklat, hari ni hari terakhir kilang beryl's buat jamuan coklat percuma di kilangnya.. kat bangi berhampiran dgn san francisco.. pergilah.. saya sudah pergi dgn family. tutp jam 6 ptg.

3) hari ni kenduri perkahwinan muallimah ummi. siiru 'ala barakatillah ya Mu'allimah..

4) ayuh kita sama2 doakan buat ayah bagi seorang ukhti seislam kita di Al-amin bangi yg sedang menghadapi ujian yg berat dari Allah s.w.t... yang mana paru2 ayahnya dijangkiti kuman dan turut menghidap penyakit berat yang lain.

semalam saya ada terbaca.. "jangan memutuskan harapan org lain">> utk benda yang baik.. dan ukhti itu berharap agar kita semua dapat melakukan solat hajat buat ayahandanya yg tercinta.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

terakhir sekali.. sebelum saya mengakhirkan kalam pada entry kali ini.. saya nak tanya.. apakah cita2 anda? hm.. pasti ada macam2 cita2.. betulkan?

saya pernah terlihat dan terdengar ada org yg bercita-cita utk menjadi ustaziatul 'alam. sebenarnya salah cita2 tersebut. yg betulnye adalah utk menegakkan kembali ustaziatul 'alam, bukan menjadi ustaziatul 'alam. ustaziatul alam bermaksud: ketuanan kepada 'alam.. dan kita semua maklum ketuanan alam: ALLAH s.w.t.. bukanlah kita.. kita sebagai wakil utk menegakkan ustaziatul 'alam di muka bumi ini.. faham apa yg ingin saya sampaikan..

wallahu a'lam.. ini pendapat saya.. mungkin ada cacat celanya.. yang baik sudah tentu dri ALLAH, yg buruk da slaah dri saya sendiri yg lemah.. semoga diberkati LLAH hendaknya.

ilal liqa', maas salaamah, wassalamu'alaikum w.b.t..

Saturday 22 May 2010

merangkak-rangkak

Bismillahirrahmanirrahim.

ingakan kalau dah duduk rumah makin boleh update blog. tapi makin kosong blog neh. adakah kerna kekosongan jiwa ni. ke kekosongan idea. entahla. sedar x sedar dah 6 bulan saya meninggalkan dunia menghafaz al-Qur'an. kadang-kadang rindu juga pada suasana hidup ketika di sana. sekarang ni tgh periksa pertengahan tahun. kalau sebelum ni ketika di tahfiz, periksa pun di atas lantai dan jadual x pack. tpi sekarang woa~ tapi takdelah teruk mana. ok je alhamdulillah. mungkin sebab dah dua tahun x duk periksa skema, jadi mula2 periksa dah sakit kepala. time tu subjek PSI+sejarah. tawakkaltu 'alallah. kalau biasanya org lain smpat nak belek2 dan hafal mane2 fakta yg sempat sebelum exam, saya ditarik nikmat sebentar. itu ketika hari pertamalah.

walaupun masih banyak lagi kertas, tapi saya rasa mcm da lega sbb da kurg byk kertas. walhal this coming week lagi tough. hehe.

kalau sebelum ni saya sgtla x suka baca buku. tapi tidak lagi tahun ni. math pon saya bace sbb saya x nak jadi org yg belajar utk periksa je pastu lupa. jadi saya study betul2. bila dah faham inshaALLAHx de la kene study teruk sgt. study bese2 je.

saya mensasarkan tempat pertama utk seluruh tingkatan 4 di al-amin bangi. tp memandangkan saya mcm ada tersilap sedikit langkah mungkin rangking itu akan trun. adik2 batch saya pun hebat juga. tercabar saya. kata muallimah result kali ni penting utk kemasukan ke u. semoga ALLAH sentiasa tabahkan hati saya dalam menghadapi segala apa yg diberi dan semoga juga ALLAH permudahkan saya.

oh ye!

hari ni saya ke hira'. seawal 6 lebih pagi kami bertolak. misi: nak hantar kamera sempena adik saya anas nak khatam. ape2 pun mabruuk! muallimah fatonah keluar awal dri kelas. dan brsembang2 dgn aku, murid lamanye. terharu aku. aku sebenarnye x nak ganggu kelas mllmh jadi sb tu duduk je kat wakaf kat maahad tu. mllmh skrg sedang sarat 8 bulan ttapi mcm biasa je. mllmh meminta didoakan agar dapat anak lelaki. Robbuna yusahhil!

dtg mlmh zunaizah. wah! gembira mllmh. rupa2nya hari ni ulangtahun kelahiran mlmh! sanah helwah~ kalau mlmh bgtahu awal2 ana bole bawakan hadiah special utk mlmh. hehe sepatutnya sayalah yg kena peka.. jumpa adik2 yg sedang berjuang di medan menghafaz al-Qur'an.. terharu sbb adik2 tahun 1 kenal dgn saya. walaupun saya x smpat dgn mereka.

turut ke hira': ayah, loh, bilal.

ramaila juga yg berkenal2an dgn bilal. hm.

adik2 maahad tahun 2 cerita2. kata mereka mereka sgt berterima kasih kerna ajar mereka kawad dgn serius tahun lepas. kerna kata mereka kualiti mereka agak baik berbanding dgn yg lain. kesian liyana nadhirah yg terpaksa mengawal mereka kerna mereka serius juga seperti yg aku kehendaki tahun lepas. x pe liyana. cuba lagi!

liyana nadhirah persis kakaknya! hehe.. aku selalu susah nak ketemu dgn kakaknya yg dahulunya bersebelahan katil kami..

kalau nak mengimbau setiap detik ketika di hira'. mmg lama.

gambar yg di pamerkan sewaktu pameran HAG tahun lepas.. iaitu gambar2 banat aku yg bawa pulang. aku abadikan dalam file usrahku.bia menjadi pembakar imanku! gambar tu adalah gamba formal sebahagian banat dgn mlmh tahfiz.rata2 yg melihat ada yg tidak kenal itu saya. dan rata2 juga mengatakan lain sungguh aku yg dahulu dan yg kini. kenapa ye? mungkin kerna dulu selalu dgn al-Qur'an. sekarang Qur'annya masih sahaja dibaca.. tetapi tidak sekerap dahulu.. ayuh, muhasabahlah hanifah!
muallimah asiah selalu nasihatkan aku agar tidak terlalu kecilkan skop pemikiran saya.. pernah kami bicarakan tentang teman kami yg dahulunya sgt semangat dgn dakwah tetapi dia kini menghadapi sedikit masalah.. dan kata muallimah asiah dgn tenangnya.. Allah nak bagi kita kerja.. kalau semua org baik.. x de kerjalah kita.. dan kita kena bantu kawan kita tanpa memilih kerna siapa tahu satu hari nanti kita pula yg menghadapi masalah.. bisa saja teman yg dibantu tadi membantu kita semula~

hanya dengan mengingati ALLAH jualah hati akan menjadi tenang~
saya kena ingat kenapa saya di sini. saya telah disentakkan oleh junior di hira' tentang apa tujuan saya yg sebenarnya.. saya juga dibayangi dengan pesanan abang saya yg mana dia mengingatkan saya jangan jadi seperti keanak-anakan.. umur saya pun sudah 18 tahun.. jika tahun Islam.. 19 tahun menjelang ramadhan ini.
saya ada meminjam sebentar buku tulisan Dr. Aidh al-Qarni tentang saranan beliau agar kita semua sentiasa tersenyum. ini saya petik 1 kisah di dalam buku tersebut.
ada sekumpulan murid. kelihatan salah seorang dari mereka sentiasa membuatkan kumpulan itu menangis. sementara yg 1 lagi sentiasa ceria. lantas yg menangis itu berkata kepada yg ceria itu: engkau seperti sudah selesai beramal. balas yg ceria tdi kepada yg menangis itu: engkau pula seakan-akan sudah berputus asa dari rahmatNya.. ini tentang murid nabi Isa alahissalam.
muka surat pertama lagi sudah ter tulis:(mafhumnya)
tersenyumlah! bagaimana mungkin orang yang telah meredhai ALLAH sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai nabi dan Rasulnya tidak tersenyum..?

dan terdapat banyak lagi kisah yang bisa bikin saya gelak dan tersenyum dengan izin ALLAH juga. senyum umpama penawar bukan? tapi senyum pada tempatnya kalau tak khuatir akan terjadi masalah lain pula.. -_-~ hehe.

saya tahu blog saya ini tidaklah semantap bloggers yg lain misalnya umusyeda, yangterpilih, alfateh dan sebagainya kerna saya kurang menghiaskan blog ini dengan dalil2. tapi ini sekadar coretan dari sya yang nak kongsi sedikit pengalaman bersama anda.. semoga bermakna~

itu saja dari saya..

semoga post ini diberkati ALLAH s.w.t..