Monday 21 November 2011

misi 11A+: baru setengah jalan

bismillahirrahmanirrahim

salam perutusan daripada saya, seorang hamba ALLAH yang sedang berjuang di medan jihad ilmu ^_^

berkenaan dengan misi SPM saya iaitu misi untuk mendapatkan 11A+. kalau ada rezekinya, inshaALLAH tak ke mana. usaha masih perlu diteruskan. doa daripada semua masih saya butuhkan. in fact, bukan hanya untuk saya sahaja, tapi untuk samua yang sedang gigih berjihad di medan ini.

alhamdulillah, dah 5 subjek. dulu, x boleh nak bayang macam manala agaknya spm ni. alhamdulillah saya rasa sama je macam periksa-periksa lain. yang bezanya ade banyak pengawas peperiksaan. heehe~ dan yg terujanya, ketua pengawas peperiksaan kali ni jiran saya sendiri. hihi :)

buat mereka yang belum pernah merasa spm, x perlu risau kot. yg penting belajarlah baik-baik, lepas tu inshaALLAH x de masalah punye.




kenapa 11A+?
1. sebab saya ambil 11 subjek.

2. sebab bila saya target high, bermakna saya perlu kerja kuat. kalau saya x dpt A+, paling-paling A. cuba bayang kan kalau saya sekadar puas dengan A-. tapi, apa-apa pun itu hanya sekadar target saya. semua ni tetap di bawah kekuasaan ALLAH.

3. saya nak buktikan yg pelajar Islam tidak mundur~

4. saya nak buktikan kepada mereka yg ambil aliran sains sosial, tidak mustahil utk dapatkan straight A+ .

5. hadiah untuk keluarga, agama, sekolah dan semua ^^




perancangan lepas spm?


1.mmg! memang perjalanan menuju akhir spm berbaki setengah lagi. namun, perlu untuk kita ingat bahawa perjalanan hidup masih lagi panjang. eh. entah masih panjang atau hanya berbaki beberapa langkah sahaja lagi. sebab tula kita perlukan kepada perancangan hidup yang rapi meskipun ALLAH dah atur semuanya utk kita. janganlah jadi hamba ALLAH yang malas!

2. saya nak turun padang untuk bantu krsm sekolah. memandangkan muallimah lina tgh tunggu hari je utk bersalin, muallimah noraini pula bakal mendirikan rumahtangga. hanya berbaki muallim zaim, muallim fadhil+ muallim hilmi yg bakal naik menjadi penolong kanan HEM.

3. turun kepada masyarakat yg dah lama menunggu.

4. kerja! kerja apa? rrrRRRahsia!! haha ^^

5. oh. lesen kereta!

6. musabaqah hafazan. woah!

7. LKD

8. inshaALLAH akan sedaya upaya membantu pembikinan fitrah 7



AKHIR KALAM.........
buat mereka yang berkesempatan untuk baca post ini, iringlah saya dalam doa anda... ukhuwwah tidak terletak pada pertemuan, tetapi pada doa sahabat terhadap saudaranya^^ doakan senjata orang mu'min~

orang ISLAM yang cemerlang akan menjadikan harinya lebih baik daripada semalam.

carilah ilmu sampai bila-bila. kerana dengan ilmu, ibadah yang kita lakukan selama ini akan menjadi lebih lengkap dan sempurna. dengan ilmu juga, iman terasa manisnya. untuk menggapai dunia, kita perlukan ilmu. begitu juga dengan akhirat. so, tidak ada alasan x nak cari ilmu sebab dah memang dri azali lagi IQ rendah. no-no-no. jangan lupa ilmu itu pelbagai~ bittaufiq wannajah ye^^

oh ye, jangan mencampurkan yg haq dengan yg batil ye. terutama waktu cuti-cuti ni... buat la sesuatu yg bermanfaat, masa tu kehidupan. kalau kita buang macam tu je. beerti kita mensiakan kehidupan kita~ think twice! oh in fact, fikirlah beberapa banyak kalipun. tapi utk buat kebaikan, jangan fikir banyak kali sebab ALLAH dah janjikan balasan yang indah buat kita^^

maas salamah~





hanifahjailani