Monday 29 July 2013

dua tangan yang merapat

salamullahialayk warahmatullahi wabarakatuh.


semoga post kali ini menemui kalian dalam keadaan kalian dan juga saya di redhai ALLAH dan sedang membara-bara semangatnya dalam memburu lailatulQadr :)

erk. jangan sampai lailatulQadr ini mensilaukan kita dalam mencapai hadaf utama hidup kita, yakni Redha+cinta ALLAH tu :)


hari ni nak cakap benda yg simple mimple je inshaALLAH, biiznillah.

hari ni, sepatutnya kena post tazkirah di page exito(page batch yarmouk) di fb di belah pagi. mula2 relek dulu sebab pagi malaysia x sama dengan pagi jordan. ha. tangguh2. tgk2. dah lepas waktu pagi jordan. ya ALLAH. pelik kan. berharap sesuatu anugerah dan hadiah istimewa dari ALLAH sedang pada waktu yg sama kita ni duk bertangguh urusan kebaikan T_T takutnya kalau ALLAH menangguhkan sesuatu kebaikan buat kita dek sikap kita yg selalu menangguh2 kebaikan. ALLAH. nauzubillahi min Zalik.




dua tangan yang merapat. satu tajuk yang boleh di tafsir dengan pelbagai tafsiran. boleh je jadi ade orang yang tafsir dua tangan yg merapat tu seakan anak2 kecil yg sedang main sep3 tom3. takpun dua tapak tangan yg dirapatkan mcm orang2 budha. hm. banyak lagi tafsiran.

tapi hari ni nak fokus kepada salam.

salam yang sebenar adalah apabila bahagian lembut di antara ibu jari dan jari telunjuk bertemu dengan bahagian lembut pada tangan akhi/ukhti kita :)

" kak. ade ke orang salam tapi x kena bahagian lembut tu [muka sinis]"

" kamu tryla salam kawan kamu. tgk kena tak :)"


mungkin macam nonsense kan. tapi inilah realiti. ade je salam tapi setakat sentuh jari jemari je. tak sampai pun kat bahagian tapak tu

ok. taknak menjela-jelakan post.make it short, bila dah bertemu kedua bahagian lembut tadi. genggam dengan kuat. seakan ade satu zuk[rasa] yang membumi di dalam hati kita :) kalau dah buat tapi, x de rasa. maka mungkin kita lupa utk menghadiahkan sekuntum senyuman kita yang sangat cantik lagi manis, dan IKHLAS pada dia yg sedang kita salam. pelik kan kalau salam, pastu senyum tapi x pandang kedua matanya. T_T

haih.


pandang pulak ada syaratnya. pandangla dengan pandangan penuh kasih sayang. hari tu ade pergi dengar satu talk yg disampaikan oleh syeikh arab ni. kata die[ tak ingat bersumberkn dari mana], apabila kita pandang saudara kita dengan penuh kasih sayang, maka berguguranlah dosa dari keduanya.

SUBHANALLAH!



dosa kita yg bukan sahaja menggunung, bahkan melangit tinggi digugurkan mcm tu je!


ok ni ada hadeeth nabi:

  1. “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (HR. Abu Dawud)


SUBHANALLAH <3 i="" nbsp="">



lagi haddeth nabi:

  1. “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria.” (HR. Muslim)


jom kira berapa banyak sahabat yang kita lalui, lalu membiarkan dia pergi tanpa ucapan salam dan tanpa sedikit senyuman pun? alamak! banyak sangat sampai tak boleh nak kira? heh.

sebagaimana tajuk di atas. begitulah intipati luar dan dalamnya.

masakan dua tangan yang merapat hanya merapat secara fizikal?
aku melihat dua tangan yg merapat itu turut merapatkan hati keduanya,
andai sahaja ikhlas turut bersama mereka.
justeru, jangan dipandang lekeh soal berjabat tangan dengan yang lainnya :)


hanifahku.
bila lagi nak pandang wajah-wajah meeka dengan penuh kasih sayang?
tak cukup ke dengan dosa yang dijanjikan berguguran dari keduanya?


hanifahku,
sedarlah!
tiadalah perkara yang remeh itu andai ia tidak melibatkan perkara yg besar.


hanifahku,
janganlah ditangguh lagi urusan kebaikan 
takut-takut tiada lagi keinginan untuk melakukannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

"wei! kata tazkirah ramadhan. mananya kaitan?"

" carilah perkaitan dari dalam jiwamu yang paling dalam :)"



nota: kalau ramadhan kali ni kita sampai boleh nak target benda2 kabeer, apalah sangat kalau kita turut selitkan sama benda ni sebagai satu  azam ramadhan kita jugak kan?


jom kita start buat dan try tgk kesan sebulan dari sekarang~




ramadhan kareem semua.
semoga dengan hati yang lebih tenang setelah dibaiki hubungan sesama manusia diberi peluang untuk bertemu dengan malam 1000 bulan yang dinanti-nanti~


berlari-lari mencari
redhaNya, sang Ilahi.

hanifah jailani
8.06 malam
29/7/2013
malam ke 21.
malaysia :)


Tuesday 9 July 2013

pre-ramadhan 14_ _?

assalamualaikum w.b.t

rasanya dah sgt lama x menulis2 di blog ni.
setahun mungkin.


berbaki beberapa jam sahaja lagi, tetamu yg MULIA bakal menziarahi seluruh ummat Islam di atas muka bumi ni... ya ALLAH~

apa yg aku risaukan.. aku takut aku hanya beramal sebagai seorng hamba kepada tetamu yg mulia ini bukan kepada Tuhan kepada tetamu yg Mulia ini. kerana aku nampak. perbezaan sebelum ramadhan dan ketika ramadhan hampr menjengah. apa2pun ALLAH jualah yg Maha mengetahui segala apa yg tersirat dan terbuku di relung hati semua hambaNya. subhanallah. ALLAH menelusuri setiap hati yg diamanahkan olehNya. semoga ALLAH menelusuri hatiku tatkala hati ini tidak diselaputi kekotoran. huhu. malu.



aku yakin. mustahil hamba yg robbani hanya menikmati ramadhan dgn penuh nikmat tetapi pada masa yang sama boleh melupakan saudara seIslam yg sedng sepenuh hati juhud mempertahankan kebangkitan Islam. 

kita ini satu tubuh.sungguh  satu tubuh itu terdiri daripada pelbagai anggota. bayangkan ketika berlakunya kebakaran. kita nak selamatkan diri. lantas terasa langkah begitu berat dan agak merencatkan langkah kita dlm nak selamatkan diri. adakah kita boleh meninggalkan sebahagian anggota. supaya tubuh ini menjadi ringan lantas memudahkan utk lari.

for sure tak!



kita masih perlu bergerak sebagai satu tubuh!




disebabkan itulah kita seharusnye juhud supaya menjadi sebahagian anggota yg tidak membebankan bahkan meringankan ;)



jangan kita sangka apa yg berlaku di mesir dan diseluruh dunia takde sedikit kaitan pun dengan kita. semua perkara yg kita lakukan pastinya akan memberi efek walaupun sedikit kepada makhluk yg lainnya. hatta menghembus nafas walau hanya sekali.

ayuhlah menjadikan setiap ape yg kita laukan memberi kesan yg baik. atau menjadi aset kepada kebangkitan ISLAM bukan LIABILITI yg membebankan.



ya ALLAH. semoga kau terima SYAHADATAIN kami T_T
semoga kau redha dengan ramadhan KAMI.





fi amanillah <3 br="" nbsp="">