Thursday, 5 May 2011

makan=sihat

bismillahirrahmanirrahim..

sebenarnya kalau nak diikutkan.. tak sempat nak update blog ni.. tapi curi2 masa untuk update jugak walaupun sibuk[ye ke?] dengan periksa. ha! sebenarnya boleh je kita nak manage masa tu kalau kita nak~ :)


em. . tadi waktu tengah rehat2kan fikiran ni.. tiba2 teringat 1 scene waktu pergi pwtc.. waktu tu dah habis beli2 buku dan solat.. then, pergi makan dekat mall yg dekat dgn pwtc. waktu makan.. tiba2 aqilah kata: dulu kan, waktu zaman rasulullah.. ada seorang doktor yahudi ni.. dia pelik kenapa ummat Islam ni jarang sakit.. lepas tu dia pun tanyalah pasal kemusykilan dia ni dekat org Islam.. then, org Islam tu jawab: kami adalah golongan yang makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.


mungkin ukhti aqilah ni dia sanga tikhlas sewaktu menyampaikan.. jadi cerita ni sentiasa terngiang2 dan berkesan di hati saya..

sebenarnya apa2 punla.. tidak kira makanan ke.. atau apa2 ke.. kita kena ambil secara bersederhana. tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang..

oklah.. ada iftar di sekolah~

assalamu'alaikum~

Sunday, 1 May 2011

banyak cerita

bismillahirrahmanirrahim

1. jumaat lepas, sempena bulan al-fateh yang dianjurkan di al-amin bangi, ada banyak program yg disediakan. contohnya... ada perang strategi.. pidato.. tokoh anugerah alfateh.. bedah buku kuasa kepemimpinan al-fateh dan sebagainya..

perang strategi.. agak memberi variasi kepada kami di al-amin.. well.. ini betul2 punye perang.. untuk form1 smpai form 2.. kumpulan berdasarkan usrah.. utk form 3 smpai form 5.. ikut form. memandangkan tentera form 5 paling sikit.. kami kena rancang dgn sebaiknya.. antara kriteria yg diambil kira adalah.. qiyamullail. seronok!

tapi jumaat lepas, disebabkan banin2 dah balikd ri solat jumaat, maka kami yg senior tak dptla nak main.. jumaat depan.. tapi mcm periksa.. entahla bila..-_-



2. lepas perang2 ade contest pidato.. wallah! saya semangat hantar nama! sekali.. ha! x sedia apa2 sebab banyak kerja dtg tiba2. jadi saya secara spontannya ke depan nak bagi pidato.. dan kalau x menang pun x pelah.. sbb saya sebenarnya nak sokong bulan alfateh. well.. adik2 junior mmg sgt hebat.. ternganga saya tgk mereka..

3. lepas pidato terus ade mock-debate. wallah! tahun lepas waktu mock-debate.. saya hanyalah penjaga jam.. tahun ni saya kena jadi pendebat.. berdebar2..

kerajaan:
-husna ishkandar[1st ranking debater musleh, 2010]
-haifa nasuha form 4[senior debater]
-hanisah form 2[junior]
+ummu farhah[tidak bersidang]

pembangkang:
-nurul hana form 5[senior debater]
-adam[senior debater]
-hanifah form 5[junior in debate]
+husna nabilah form 2[x bersidang]

usul: masalah obesiti: kerajaan prihatin

teka siapa menang? x de siapa2 menang. sebab tuan yg dipertua terpaksa balik awal.. ada emergency.. lagipun ini mock je en..

3. MASMA>> Majlis amal sumbangsih musolla al-amin

target: RM 500,000
tapi dah terlebih sasaran, dpt lebih RM600,00, alhamdulillah.. bolehla cepat2 sikit tercapai impian ade tahfiz dekat al-amin~ hehehe

saya sangatla speechless dengan program yg disediakan di MASMA.. ade banyak penampilan istimewa.. antaranya ustaz hasanuddin.. yg menceritakan tentang Penggembelingan tenaga manusia.. mantap! dri awal hingga ke akhir tenaganya hebat sekali! saya sampai bergetar2 waktu mendengar..

mula2 saya hanya dtg sebagai tetamu.. tapi akhirnya saya balik keada fitrah saya yg gemarkan berniaga.. saya bersama2 dengan husna salleh dan lain2 handle gerai aqsa syarif..


4. latihan nasyid untuk mgb sim

wahaha.. semangat en? well. sesuatu kemenangan tu takkan dtg tanpa usaha yg gigih.. jadi kalau nak menang kena buat cara nak menang! baru berlatih sekali.. lepas ni exam dah.. huh huh


5. pwtc.

sebenarnya x terfikir pun nak gi pwtc.. sekali tiba2 adik ajak dan parents pula tiba2 membenarkan. jadi saya mengambil peluang utk pergi sebaik sahaja usia separuh latihan nasyid... sampai kat sana saya jumpa ramai org... dengan tidak berkacamatanya.. saya dapat rasakan betapa nikmat mata ditarik.. bayangkan.. pegi pesta buku... tapi x nampak..x seronok! tapi ada hikmah! kalau saya pakai spek.. maka nafsu nak membeli pasti tinggi sebab pasti saya dapat spot mcm2 buku.. dan mgkin buku2 yg bakal dibeli itu x penting pon en~

saya jadi gila buku2 spm.. ye.. saya masih sekolah..

kadang2 saya terfikir... kenapa manusia hanya boleh bertoleransi dengan sebahagian manusia sahaja.. adakah dengan sebab alasan tidak kenal.. maka boleh buat dengan sesuka hati terhadap manusia lain? saya berasa tertekan dengan gelagat2 manusia sepanjang perjalanan hari ini.. ada yg menjerit2 sebab tersekat sewaktu nak keluar train... saya lihat dri jauh.. tiba2 spontan mulut saya menyebut: cuba bertenang~ kalau sorg yg menjerit takpe lagi.. ini saling marah2... maka proses nak selesaikan keluar masuk org pun makin bertambah lama.. haiya~ waktu di kaunter nak scan tiket kat ktm.. org yg jaga tu... garang sangat.. agaknye die dah tension kot asik ckp bnda sama je.. "jalan je terus!" well.. kita x boleh nak expect yg semua org dah tau sistem yg kita nak guna.. manners kena adalah~

sepanjang hari ni.. saya jumpa ramai org yg meminta infaq.. kalau anda jadi saya apa yg anda buat? anda memberi pada setiap yg meminta? atau anda buat taktahu saja? atau?...

saya selalu teringat.. bahawa janganlah kita menghampakan harapan org yg meminta... em....


nota: saya jumpa kak izzah, kak mawaddah jauhari dan lain[saya x dpt scan sbb x nmpak sbnanye]

saya jumpa aisyah nazim, husna nabilah, aqilah hira', hannah alam faizli, safiyyah razali, amal najihah, husna nabilah dan adiknya... dan xingat!...


6. ujian hafazan ^_^[huh huh]

cuak2.. sepatutnya hari ni.. tapi atas sebab2 tertentu.. saya postpone esoklah..


7. esei sempena hari pengguna

saya dah tulis more than 400 words.. but somehow.. the paper got lost.. heiyak! bila bagitau family, semua respon: tulis je la balik.... ergh.. baiklah!


8. exam mid-term..

saya rasa mcm sekejap sgt dah midterm. saya wajib dpt semua A.. saya ada visi yg perlu dicapai huahaha..


9. majalah fitrah

skrg tgh bertungkus lumus waktu2 akhir. selasa ni submit. dan akhir mei ni inshaALLAH dpt~ semoga sukses!



ok. tu je lah~

wallahu a'lam~



Wednesday, 20 April 2011

takrif kehidupan






duhai diri,



janganlah engkau jadikan dunia ini sekecil rahim ibumu,



yang jika dipandang dari dalam hanya tampak suram,



yang jika dilihat hanya bisa memuatkan dirimu seorang,



yang jika diperhati seakan-akan tiada jalan untuk keluar,






tetapi diri,



jadilah engkau seorang sosok yang sejati,



yang tidak hanya menjadikan duniamu seluas alam hakiki,



bahkan turut menjadikan dunia sosok yang lain tampak terang,



jika dihayati terasa lapang,



dan jika difikir, seakan-akan semua pandangan mata ini adalah jalan keluar.






wahai muslimah,



janganlah dilayan rasa futurnya diri,



janganlah dibelai rasa patahnya hati,



janganlah membenarkan dirimu terus bersendiri,



terkurung di penjara buatan ilusi.






wahai mukminah,



percayalah pada diri,



yakinlah bahawa engkau sentiasa didampingi,



didampingi oleh saf para ukhti,



yang jika dilihat pada lahirnya tampak sepi,



tetapi hakikatnya merekalah pendekar sejati.






wahai hanifah,



apakah yang ditunggu lagi?



sampai bila mahu berdiam diri?



hindarkan rasa-rasa duniawi,



pupuklah bibit-bibit ukhrawi,



demi menggapai cinta ILAHI.

Sunday, 20 March 2011

akademi darul huffaz

bismilahirrahmanirrahim.
menghafaz al-Qur'an mudah. nak menjaga sangatlah sukar. percaya tak? kalau juz 30 pun kita yg masih tersekat-sekat, inikan 30 juzu'. sangatlah berat.
sekarang saya join akademi darul huffaz dekat kajang untuk membantu saya dalam melancarkan kembali hafazan-hafazan saya. saya bukan setakat nak ingat gitu-gitu je.. kalau boleh saya nak hafazan yang lancar seperti air yang mengalir di sungai yang bersih.. bukan seperti air yang mengalir di sungai yang penuh dengan sampah sarap.
seminggu saya datang sekali je. kiranya sebulan 4 kali. bayaran sebulan hanyalah RM50. bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun, jika mereka berjaya menghafaz 1 juzu' dan ke atas, mereka akan mendapat bantuan zakat sebanyak RM150 sebulan. ahaha. kenapalah saya baru tahu ada ADH ni waktu saya 19 tahun. well, cek balik niat, dtg ADH bukan sbb nak duit tapi nak mengulang.
apa yang menariknya di sini..
1) suasana intergrasi antara kaum yang berbeza. ustazahnya ada yang melayu, pakistan dan juga indonesia. pelajarnya pula, ada yang dtg fresh dari China.
pernah sekali, ustazah sabihah(pakistan) bercakap dgn sukarnya dalam bahasa melayu.. ustazah indonesia pula nak balas tapi susah.. haih.. tergelak je kitorg.. yang pelajar daripada cina belum kira lagi.. walaupun susah, tapi itulah yang menariknya.
2) suasana generasi Qur'an tanpa mengenal umur. setelah hampir 3 bulan mengaji di sana, saya sudah kenal hampir kesemua pelajar yang menuntut disana walaupun saya hanya dtg sekali seminggu sahaja. paling kecil, adalah alya yang berumur 4 tahun. comel sangat2.. saya terfikir.. biasanya budak 4 tahun waktu-waktu mcm ni(malam) mesti tgh tidur.,, takpun tgk tv/main. tapi budak ni sorg2 berani dtg mengaji. hebat! paling tua pula adalah golongan veteran2. alhamdulillah, mereka mendapat hidayah untuk belajar al-Qur'an.
di tengah-tengah kesibukan study dan kerja-kerja sampingan, kadangkala saya merasa berat utk mengulang di ADH. tambahan pula, jarak yang agak jauh menambah sebab utk saya rasa lebih berat. aha. sangka saya.. kalau saya ke sana pasti tension sbb terlalu penat. tapi saya silap.. sepanjang saya mengaji di sana, saya x pernah rasa mengantuk bahkan saya rasa sangat tenang walaupun ruangan kelas itu diisi dengan bacaan al-Qu'ran daripada sekian banyak pelajar.
Menuntut di sini membuatkan saya lebih disiplin dan hormat pada guru.
antara rakan-rakan yang saya ingat namanya: farzana, ain, yasmin, alya sofia, barakah, barakah(sumayyah).
kedua-dua barakah itu datangnya daripada China. oleh kerana nama mereka sama, jadi ustazah mengambil inisiatif untuk memberi nickname kepada salah seorang daripada mereka menjadi sumayyah. saya pernah belajar 1 perkataan cina daripada mereka. seronok betul..
dekat sana, rasanya mereka semua diwajibkan utk buat solat sunat rawatib.
ustazah dekat sana muda2. saya 19 tahun. mereka ada yg 23 tahun kalau x salah. bukan umur yang membezakan tinggi rendah seseorang manusia itu. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. meskipun muda, mereka berilmu.
sepatutnya kami kena pakai purdah. tapi saya x pakai. setiap pelajar diberi tshirt ADH free.
setiap bulan ada ujian. 10 soalan tu~ setiap soalan per 100 markah dia. ouh. memangla. tapi seronok! ahaha
well, hari ni kami dtg mengulang. dan kami mendapat berita yang farzana dah nak berhenti. rasa sedih pulak.. hari last di selasa ni. rabu ni dia ambil result spm. kemudian dia further tahfiz di ADH juga tapi di cawangan lain. semoga berjaya dik~
sekian sahaja daripada saya..