Sunday 19 December 2010

borak-borak sendiri

bismillahirrahmanirrahim.



dekat bangi, sekarang musim hujan. sejuk sangat. tapi diri masih degil mahu berair-cond. sekali-sekala. pernah sekali, bangun subuh, menggigil2. cek suis kipas.. eik? 1? hmm. ok. sudah habis part utk ceritakan betapa sejuknya di sini.


selama saya mendiamkan diri. tanpa apa-apa post selepas post tntg nadwah.. mcm2 yg saya lalui. kalau boleh, setiap detik yg saya lalui ingin saya lakarkan disini. tapi saya tahu. dan anda juga tahu yang saya tak akan mampu :)



cuti=tidur


biasanya cuti sekolah akan disinonimkan dgn tidur. aaa! sabar2. x habis cakap lagi.. bukan tidur fizikal saja. tapi turut tidur ruhnya. kenapa ye? pernah saya dengar: sekiranya diri kit atidak dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat, nescaya jahiliyyah tanpa segan silunya akan menawarkan dirinya bagi dipenuhkan ke dalam diri kita.


pernah sekali.. saya pada ketika itu baru sahaja pulang dari program.. saya lihat adik saya tidur. esoknya saya lihat dia tidur lagi. dan banyak kali saya lihat dia tidur. bukan tidur malam ye. tidur di siang hari. saya kurang gemar dgn adik saya. banyak benda lagi dia boleh buat. kenapa mesti tidur? hanya sahaja jika saya dapat ambil masa mereka2 yg gemar tidur. fuuh~ nikmaaaat~


pernah sekali juga.. saat saya geram melihat adik saya yg sedang khusyu' tidur, saya terfikir.. agaknya la kan.. mcm ni jugak apa yg org lain fikir waktu aku masih seorang hanifah yg gemar tidur satu ketika dahulu.. ph alangkah ruginya aku. entah telah berapa jam yang telah aku bazirkan hanya dengan tidur sahaja?


SUNGGUH RUGI!




SETIAP DETIKKU, KU JADIKAN SEBAGAI IBADAH


woa! macam mana tu? sekiranya kita adalah seorang pelabur/peniaga, sudah tentu kita mahukan duit yg kita laburkan dalam sesebuah perniagaan kalau boleh berkembang setiap detik bukan? hmm.. mcm tu jugak dgn kita. kalau boleh kita mahukan setiap langkah kita adalah ibadah.


rasa nikmat jika ibadah sentiasa mengelilingi diri kita.



KITA SEBENARNYA BOLEH!


nak taknak. apa pun yang kita impikan.. kita sendiri kena berusaha ke arah itu. waktu cuti ni, saya x cuti. hari2 cuti saya.. saya lalui dengan pelbagai aktiviti dan program. percaya atau tidak, cuti ini, saya tidak tidur tgh hari. saya sendiri kagum dgn diri saya. sebenarnya kita boleh!


saya perlu attend 2 jenis tusyen. bahasa arab+ addmath. kelas bahasa arab. setiap kali kelas bahasa arab dah nak mula. dalam kepala saya mcm2 alasan yg cuba saya berikan supaya saya x perlu join the class. tapi akhir sekali saya tetap akan join juga. kerana saya tahu alasan2 yg bakal saya lafazkan hanya akan membuatkan saya nampak bodoh saja. pernah sekali.. saya sampai menangis2 hanya kerana tension dengan kelas bahasa arab yang saya lalui. manusia~ -_-


tapi apabila memikirkan 360 darjah, saya akur. saya harus ubah diri saya. biarlah pahitnya dirasa sekarang agar kelas manisnya dapat dirasa hingga ke akhirnya.
hassan alBanna: manusia gagal bukan kerana bodoh tetapi kerana tidak yakin dengan potensi yang ada pada dirinya.



SEMUANYA BOLEH DIJADIKAN PERINGATAN


baru-baru ini ada daurah. saya join. tiba masa makan tgh hari.. saya memilih utk duduk makan bersama dengan muallimah ros+ukhti aqilah hatta. sambil memegang plastik yg berisi kuah kari, dgn spontan saya berkata: lihatlah kuah kari ni.. banyak sungguh minyaknya. tidak boleh tidak, sekiranya kita ingin merasai sesuatu nikmat, kita mesti merasai kesusahan dahulu. mcm kuah kari ni.. nak dptkan kuahnya, kena harungi minyak2 yg berada dilapisan atas kuah..


tiba2 ukhti aqilah berkata; hush. dahsyatla. kari pun boleh jadi peringatan.


saya kata: setiap apa yg berada di sekeliling kita sebenarnya adalah peringatan buat kita



lalu.. saya tuangkan kuah kari tersebut ke atas nasi putih saya sambil berkata: lihat, sekiranya kita tabah+sabar dalam mengharungi kesusahan, kenikmatan yg kita impikan akan mengalir bersama2. mcm kuah kari. instead of minyak yg tercurah.. kuahnya yg dibawah akan tercurah bersama~




PROMOTION


baru2 ni saya ada join program qiyam gen 12 yg dianjurkan khas buat adik2 yg tercinta.. adik form3 banat. saya kira program ini sangat bermakna. siapa yg melepaskan peluang utk menyertai program ini agak rugi melihatkan kepada yuran yg hanya perlu dibayar sebanyak RM10. program dijalankan selama 1 hari stgh.


nasyid menjadi diriku-edcoustic menjadi pilihan lagu tema. tidak mahu mengulas panjang.. hany aingin memberitahu apa yg telah dihidangkan sepanjang program ini. kami menayangkan filem my name is khan. saya cdgkan kepada anda yg terbaca blog saya ni.. tgklah filem tu. sgt banyak ibrah yg boleh diambil.


selain itu kami ada slot bersama muallaf: proud to be a muslim. sungguh beruntung mereka. sebelum bermula slot ini, saya tanya kepada pengarah program: siapa nama muallaf tu? dengan tng dia menjawab: kak LEIA AZ-ZAHRA. saya tersentak. kak leia?dia kan yg masuk majalah ***[x ingat]. dia penasyid. mereka yg mendengar ulasan saya x yakin. mereka kata: org lain kot. hm bila sampai kakak muallaf tu.. ha! saya betul~ dia turut menghidangkan nasyidnya: mencari yang hilang. ALLAHU YUBAARIK FIIK YA UKHTI~


kami menghidangkan beliau nasyid jazaki2 kami yg comel~



selain itu, kami turut mengisi adik2 form 3 dengan aktiviti simulasi prg tabuk, idea serikandi2 hidayah JB dan kami adakan bbq. ^_^


oklah. sampai sini saja utk program form 3. nnti kalau saya rajin saya buat post lain :)




UKHTI2, SAYA TIDAK LUPAKAN KALIAN.


saya pernah meminta alamat rumah +beberapa database peserta nadwah. saya katakan kepada mereka saya ingin mengirim surat. saya masih belum mengirim surat kepada mereka. tapi saya tekad saya tetap akan mengirim kepada mereka. mungkin surat belum dikirim, tetapi doa sentiasa dikirim.


jemputlah buka laman ini: http://www.musleh.edu.my/ sila cari post: nadwah kepimpinan musleh.


ALLAHUYUBAARIK LAKUM



apabila mula terbit rasa rindu, terus doakan agar hati2 kita sering tertaut di atas jalan dakwah yang penuh barakah..






sampai sini sahaja.


tahniah kepada mereka yg berjaya membaca hingga ke akhirnya.



"Antara kebaikan keislaman seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya" [salah 1 hadeeth arbain]