Monday 19 September 2011

di ambang spm

nota: jika coklat dikatakan dapat memberikan tenaga kepada fizikal,
maka 'tahajjud' pula dapat memberikan tenaga kepada jiwa,
yang menghidupkan both fizikal dan mental :)




bismillahirrahmanirrahim.

di ambang-ambang spm ni, macam-macam muncul kat otak ni. sekejap terfikir nak bisnes lah. sekejap terfikir nak dptkan 11A+lah. sekejap terfikir nak sambung mana eh tahun depan. sekejap terfikir apa nak buat lepas spm nanti. biarlah ape pun yg kita fikir, sepatutnya kita perlu fokus terlebih dahulu terhadap apa yg paling hampir utk kita hadapi. kalau dok berangan je, study pun kurg baik. ini cerita org yg malas usaha ye. malas usaha, result x seberapa. sia-sia je dok fikir ape nak buat. ha ha. ape-apa pun baik fokus dulu lah spm dan tanggungjawab harian.

siapa yg bimbing usrah, jgn terus off dripada anak usrah. nanti ank usrahnya pun off sekali. ha! siapa yg x biasa tolong kerja-kerja dirumah. jom! siapa yg dah biasa, upgradekan lagi~ setelah beberapa ketika saya kaji, saya mendapati yang housework mcm basuh pinggan+basuh baju and etc jugak dpt menghilangkan stres kita. mcm mana tu? dgn syarat kena dgn sukarela. tapi hari tu mcm x berapa nak sukarela. tapi tgk sinki mcm penuh. jadi basuhla. lama-lama dapat rasa ketenangan kat jiwa. mungkin la.. sambil-sambil kita bersihkan kotoran-kotoran dekat pinggan tu, pada masa yag ama kotoran-kotoran kat hati pun turut bersih. moga-moga begitulah ye~

saya baru trial 4 subjek. another 7 subjects to go. kami trial satu hari satu subjek. utk mendapatkan result yg lebih baik dripada gerak gempur, saya harus tukar lifestyle saya.

oh ye. ini ada satu berita. salah sorg kawan yg sama batch dgn saya di al-amin bangi, batch 8, iaitu nur amalina binti abdul hamid alhamulillah selamat melahirkan anak kembar awal syawal hari tu.. comel sangat2!! dua-dua laki. nama x ingat :P tapi ade iras-iras nama pemain bola. so, she is the one who got married first and she is also the one who gave birth first. bukan setakat first, tapi anakkembar terus. rezeki-rezeki. hanifah doakan semoga amalina, suami dan anak-anak kembar yg comel terus berada di bawah rahmat ALLAH dan berjaya membina baitul muslim yg cemerlang.


tgh-tgh raya, tgh-tgh periksa trial, tgh-tgh gembira kira duit raya... sedar atau pun tak.. sebenarnya ramai lagi yg sedih. itu kalau kita cuba utk peka dan prihatin terhadap org di sekeliling kita.. maka kita akan perasan. bukan satu. mungkin berjuta banyaknya.

pembantu rumah saya, kaksu, cucunya, anisah, jantungnya berlubang sejak dilahirkan. kini dia berumur 3 tahun. kata kaksu, kini lubangnya menjadi dua. dan hampir setiap hari dan jam kak su selalu mengulang kata-kata yg sama iaitu: alhamdulillah mungkin berkat solat witir dan bersihkan musolla sekolah setiap hari... ---> dia ckp mcm ni sebab di kala org lain di indonesia san ayg turut membutuhkan bantuan dan terpaksa menunggu giliran utk menjalani operasi, dikala ramai org yg ditolak permohonannya, alhamdulillah cucu beliau berjaya mendapat bantuan+sedang dioperasi skrg di indonesia.

saya mendoakan yang terbaik buat mereka sekeluarga :)

oh oklah. sampai sini je dulu. saya harus sambung study PSI. lagi berapa jam lagi akan masuk semula ke dewan periksa dan berjuang hingga ke akhirnya. lagi 8 jam :)

doakan utk semua calon SPM ye ^_^

Friday 9 September 2011

trial spm dah dekat~


bismillahirrahmairrahim.

banyak sekolah dah mula trial spm. dan kami baru nak mulakan trial kami pada selasa depan. hm. melihatkan kepada keputusan gerak gempur yg sgtlah haih~ saya
harus kuatkan lagi usaha..

kalau saya nak cita-cita saya tercapai, maka saya harus usaha sebaik mungkin! walau ape2pun, ALLAHlah yg menentukan segalanya. paling penting kita sebagai hamba, harus berusha sih!


aha. ini ada 1 gambar nak kongsi sikit, tapi mungkin x de kaitanlah dengan post kali ni.







ye! dream for jannah~

btw, semoga saya berjaya mendapat yg terbaik untuk Islam.

SPM 11A+, saya dalam perjalanan untuk membawa anda pulang :)






nota: jordan[islamic banking] / UK [pendidikan] ?

Thursday 1 September 2011

4 syawal 1432H


selamat kembali kepada fitrah ye semua~~~

apabila kita diberi peluang utk kembali kepada fitrah kita iaitu bersih dan suci daripada dosa, kita harus tanam tekad dalam diri kita utk tidak mengulangi dosa yg sama sebagai tanda syukur kita kepada ALLAH, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penerima Taubat~


satu lagi cara utk tunjuk rasa syukur adalah dengan meneruskan amal-amal yg kita lakukan ketika ramadhan yg lalu.. oh ye. mcm mana nak tahu sama ade kita ni beriman kepada ALLAH atau kepada ramadhan? amal-amal itulah yg akan membuktikan. kalau kita betul-betul beriman kepada ALLAH, inshaALLAH x de masalah utk kita teruskan amal-amal tersebut di bulan-bulan lainnya :)

bittaufiq wannajah semua!