Saturday, 1 September 2012

semanis gulakah ukhuwwah ini?

salamullahualayk :)

kullu 'aam wa antum ilallahi aqrob, inshaALLAH.


dengan segala kesederhanaan yang telah cuba di ketengahkan sewaktu majlis gathering diadakan, sehingga kini saya berasa sgt serba salah. kerna saya bukanlah org yg reti nak menghavockan sesuatu program. apa yang saya bayang utk program kali ini adalah berkonsepkan ziarah+salam widaa' dengan mereka2 yg bakal terbang dalam masa terdekat ini ke bumi kinanah: mesir+jordan bagi melanjutkan pengajian :D


alfun mabruuk buat mereka yang berjaya hadir pada hari ini. saya percaya semua telah disusun rapi+cantik. dan saya juga percaya yg hadir ini adalah yg betul2 terpilih utk hadir :) dan yg tidak hadir juga betul2 dipilih oleh ALLAH utk tidak hadir-pasti ada yang lebih baik yg ALLAH ganti. kerna ALLAH tidak pernah bermain2 dalam sebarang urusan.

disini rasa berbesar hati nak listkan nama2 ummi2+facy yg hadir.. ummi fauziah, ummi lagi satu, kak zura, kak mira, kak asma' amran, akh safwan, akh athif. terima kasih atas sokongan entum yg x pernah putus2. dari dulu hingga kini.


kalau boleh, apa yang hanifah nak para tetamu bawa pulang bukanlah perut yang dipenuhkan degan makanan+minuman semata2, bukanlah kenangan gelak riang tawa semata-mata, tetapi sesuatu pengertian yang mendalam di dalam hati masing-masing. saya cuba serapkan sebaik mungkin unsur tarbiyyah dan akhlak islamiy sepanjang program. ikhwah akhawat diasingkan alhamdulillah. pengisian jiwa yang begitu simple tapi bermakna buat saya dan para tetamu(mungkin) :) dan konsep tahaadu tahaabu yang dianjurkan oleh Rasulullah di dalam hadeeth. solat jamaah zuhr turut tidak dilupakan.

antara slot yang begitu menangkap hati saya sehingga kini adalah slot terakhir bersama akhawat. ucapan2 terakhir dari setiap jasad yang masih tinggal. begitu menyentap ucapan2 mereka. tatkala slot terakhir, apabila mata saya beralih dari jasad ke jasad yang lain, beralih lagi ke jasad yang lain, saya dapat merasakan zouk di dalam hati saya. apakah perasaan ini? apakah ini ukhuwwah fillah yang sering diperkatakan? saya terus menatap setiap kelibat mata yang hadir luar dan dalam saat itu. meskipun tiada sebarang titisan air mata yg jatuh, tetapi saya pasti saat itu hati2 setiap dari kami pasti sudah basah. ke saya je yg semangat feeling, maklumla saya sgt sentimental :)


antara ucapan yg saya sgt tersentap berkali2, ----> carilah ALLAH! sehingga saat menulis inipun, jantung saya berdetak laju dan..... ya ALLAH! sungguh aku hina! selalu melebihkan manusia berbanding engkau! ya ALLAH! innaka 'afuwwun kareem, tuhibbul 'afwa fa'fuanna.



antara hadaf gathering kali ini--> update status tarbiyyah nafs di ipt masing2(usrah). tentang ikhwah, wallahua'lam. saya hanya bersama akhawat :D alhamdulillah, alhawat semuanya sudah ada usrah. semoga semua aktif dan efektif. semoga saya juga begitu! ameen!


setiap peserta dihadiahkan sesuatu dari ummi fauziah. saya dpt yg special. tq ummi! i really love you so much! bukan sayang sebab hadiah. tapi sebab kerana ALLAH, inshaALLAH.


sengaja saya sederhanakan konsep jamuan. dengan harapan, supaya semua lebih membumi dan sedar tujuan sebenar hadir ke jamuan, bukan utk makan semata2. sengaja saya sedikitkan bilangan makanan. kerana bukan makanan yang ingin saya jadikan bintang paling popular pada jamuan kami. sengaja saya tidak hiaskan jamuan kami dengan alunan2 merdu. kerana saya nak perasaan2 kami tidak dibuat2 oleh alunan merdu, sebaliknya didatangkan dari sekeping hati yang ikhlas. sengaja saya mampatkan juga pengisian istimewa dri ukhti yang sedang menuntut di korea walaupun saya tahu masa sudah agak lambat. tapi bagi saya, itulah hadaf utama. sengaja saya asingkan ikhwah dan akhawat. perihal2 yang akan dibualkan pasti berlainan kan? tambahan, lebih privasi! sengaja saya susun majlis hingga perlu solat jemaah sebelum pulang. dengan harapan hati kita terus tertaut bukan sewaktu perjumpaan jasadi semata2, tetapi juga sewaktu urusan rohani :)

cuma.

saya sendiri tidak pasti apakah betul tindakan ini. oh!  kerana saya dapat lihat di tubir mata beberapa kelibat, terpampang kesedihan. bukan sedih hendak meninggalkan. entah. saya pun tidak reti nak menilai sebenarnya.


serendah2 tahapan ukhuwwah---> berlapang dada.
setinggi2--> ithar.


semoga dilapangkan dada semua yg hadir. termasuk sayalagaknya.




apa2pun, saya rasa gembira. sebab hadaf utama yg saya gariskan pada hari ini rasanya mcm tercapai.buat  mereka yang banyak mengeluarkan duit utk hadir, semoga entum tidak sedikitpun merasakan kerugian. semoga kita semua pulang dengan hati yang terisi dengan mengingati ALLAH. justeru duit yg dikeluarkan akan menjadi saksi di sana kelak.



ya ALLAH,
sungguh!
engkau tidak pernah lepas,
dari menyaksikan..
setiap detik,
dari episod kehidupan kami.


ya ALLAH,
sungguh!
engkau Maha mengetahui!
segala yang tersirat di hati kecil ini.


ya ALLAH,
apakah ukhuwwah kami ini,
ukhuwwah fillah? 
ukhuwwah yang memaksikan kepercayaan+cinta, 
ke satu arah yang sama, ke arahMU ya ALLAH!

ya ALLAH,
apakah ukhuwwah yg di bina ini,
semanis gula rasanya?
atau apakah setawar air jerang lagaknya?

andai sahaja ukhuwwah ini masih tawar,
semoga perjalanan yang mendatang,
menjadi gula kepada ukhuwwah kita ini.
semoga doa
yang sering dikatakan sebagai senjata org mukmin itu
bertindak sebagai pemanis ukhuwwah,
yang akhirnya 
menjadikan kita saling membawa ke arah
redhaNya.



# sempat merakam kata-kata seorang ukhti: dia kata dia pernah terdengar apabila kita mendoakan saudara kita di luar pengetahuan dia, ketahuilah sungguh ada malaikat yg mengaminkan doa itu bukan hanya utk saudara kita tapi utk kita juga, jadi di dalam Islam, tiada istilah rugi sebenarnya, semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita earn inshaALLAH. istilah rugi itu hanya muncul apabila kita mensiakan setiap peluang yg ada dihadapan mata!


akhir kalam,

tafsir yuk!
[surah hud:88]