Thursday, 13 January 2011

confuse

aku mulakan penulisan kali ini dengan kalam bismillahirRahmanirRahim.

tatkala aku menulis post kali ini, berjuta-juta wajah terbayang di mindaku. antara insan-insan bertuah tersebut adalah anda yang sedang membaca~ ^_^

aku teringatkan teman2 MUSLEH. aku tiba-tiba teringatkan pemegang tampuk kepimpinan di sekolahku. baik yang lama mahupun yg baru. aku juga membayangkan 1 persatu barisan murabbi yang ku kira tidak pernah mengenal erti penat lelah demi menggilap mutiara yang belum bersinar menerangi sekeliling... minda aku terus diketuk dengan bayangan-bayangan adik-adik usrahku yg lama mahupun yang baru.

bukanlah bertujuan untuk membuang masa pada masa membayangkan insan2 yg disebutkan di atas.. tetapi sebenarnya lebih kepada ingin melahirkan sekelumit harapan agar kalian membantu saya. YA! ALLAH tidak ku lupakan. tetapi sokongan daripada kalian tetap saya perlukan ^_^

sebelum ini saya hanya berkomentar sendiri.. kenapa perlunya mufaraqah di dalam jamaah? sedangkan kita mengimpikan matlamat yg sama: mengembalikan USTAZIATUL ALAM di atas muka bumi ini. tapi seperti yang telah aku agak daripada dulu.. ALLAH pasti akan berikan jawapan untuk setiap tekateki yg kerap bermain di minda saya..

saya kini sedang merasakan satu keadaan yg menyebabkan saya tersepit antara dua. dan keadaan ini cukup memberitahu saya tentang tekateki yg kerap tenggelam timbul. kadang-kadang saya sendiri tidak pasti. apakah tindakan terbaik yang perlu saya lakukan?

manusia.. kadangkala merasakan apa yang diperjuangkan olehnya adalah yg terbaik..

sambil bertindak... adalah lebih baik kita perhatikan jalan-jalan yang kita lalui agar tidak menyesal kemudian hari.

faham apa yang cuba disampaikan?



tidak mudah untuk manusia terus berdiri teguh di atas prinsipnya.






selama hampir 19 tahun saya hidup di atas muka bumi ini.. saya banyak belajar tentang kehidupan dan gerak atur roda kehidupan yg terus berputar mencari penghujung.


ini sedikit cerita yg berlaku kepada rakan saya. dia kata.. apabila dia melihat senarai usrah yang telah ditampal di sekolah.. dia kerap bertanya kepada diri.. bolehkah dia bersama2 berganding bahu dengan pembantunya untuk mengenalkan Islam kepada adik2.. kalau boleh, mmg dia nak minta tukar.. tetapi dia bertanya kepada diri: adakah dia pasti pasangan yg telah ditetapkan bukan yg terbaik utk dirinya.. setelah itu dia berserah kepada qada' dan qadar ALLAH.. malam harinya.. dia diberitahu oleh seorang rakannya.. bahawa dia kini memegang usrah seorang diri tanpa pembantu. ALLAHUAKBAR. sekiranya kita mengambil sesuatu sebagai positif dan yakin bahawa di sebalik kejadian pasti ada hikmahnya dan kita berlapang dada.. inshaALLAH ALLAH akan memberi kita yg terbaik buat kita.



sudah hampir 2 minggu sekolah bermula. saya masih begini. ALLAH mengurniakan saya penyakit resdung yang agak dahsyat utk 2 minggu ini. yg mana memberi effect kepada mata kanan saya: seakan-akan sakit mata dan kelelahan badan yg teramat.

ya ALLAH, berilah aku kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang, ameen~

4 comments:

Anonymous said...

bismillah...
yg mnulis ini sprtinya sgt jauh.tp sbnrnye x de la jauh sgt.(still dlm area bangi)huhu..
ukhti,anda bruntung punya tman2 di sisi yg sntiasa myokong dn Allah yg x prnh lupekn anda.barakallahufik.smoga anda sntiasa kuat mmikul amanah (mntrbiyah hati2 al-aminians)ke arah kbaikn.skali lg,barakallahufik..

qul hazihi sabiili said...

salam.
dik,berhenti berfikir lama2 dan bergeraklah. paculah amal selajunya. rasa seronok juga kalau dapat kongsikan apa yang ana pernah baca sebelum2 ini.. check out blog ukhty nurul 'iffah fauzan..ulul albab.blogspot..perkongsian yang menarik dan bernas dipandangan mata ana...mungkin membantu..ehehe

Full-time Musleem said...

Salam, Kak Hanifah. Bila baca entry akk tntg 'Confuse ', ana senyum sorang2. Sbb ana pun menghadapi perkara yg sama. Kadangkala, kita pun ikut bingung. apapun, terus melangkah.Merangkaklah jika kamu tidak mampu berlari. Kerana ia lebih baik daripada kamu terus berhenti berjalan dalam perjuangan ini..

Doakan keteguhan bersama. Missing you a lot, lillah wa fillah.. :)

Beinal ams walyaum said...

betul fatin.. sekurang2nya kita perlu terus kehadapan.. x boleh berhenti langsung~