Sunday, 23 October 2011

aishiteru ^_^


andai sahaja mampu ku majazkan diri ini,

bak bunga matahari tumbuh mekar,

yang patuh dan taat mengikut amarMu,

tanpa dicacatkan oleh sedikitpun perasaan mengingkariMU.



andai sahaja mampu ku potretkan diri ini,

seperti surah yg terpapar di atas,

yg memahat bunga-bunga indah,

berdiri megah,

memberi inspirasi yang kuning benderang,

pasti akan aku lakarkan diriku,

berada di tengah-tengah kuning yg menjanjikan harapan itu.



ya ALLAH,

walau sebanyak mana jua kau ciptakan bunga matahari itu,

tetap sahaja bunga itu kuning warnanya,

jikalau kuning itu masih dalam iradatMu.


ya ALLAH,

walau terdapat berjuta insan di ardMu ini,

bukanlah kesemua mereka memaksikan iman mereka kepadaMU,

tuhan yg satu,

tuhan yg Esa,

tuhan yg menentukan layaknya mereka,

ke syurga taupun ke neraka.





oleh itu ya ALLAH,

aku mohon dengan sangat,

agar Engkau tuntunlah diri ini,

kedua ibu bapaku,

semua guru-guruku,

kaum kerabatku,

sahabat-sahabatku,

jiran tetanggaku

dan semua muslim,

di atas jalan yg diRedhaiMu,

jangan kau tinggalkan kami,

di atas jalan yg diMurkai olehMu T_T



ya ALLAH,

aku mohon dengan sangat,

agar Kau naungilah mereka-mereka yg telah dinyatakan tadi,

kerna mereka adalah insan,

yg menggabung cinta di atas namaMU.


ya ALLAH,

bersaksilah,

sesungguhnya,

aku cinta padaMU!

aishiteru!


Tuesday, 18 October 2011

sedikit khabaran

[impian saya jauh lebih tinggi dan bermakna daripada mana-mana bangunan pencakar langit yg terdapat di dunia ini :P]




assalamu'alaikum wbt.

ya, seperti biasa, saya mulakan kalam saya dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim. semoga ALLAH memberkati ruang ini hendaknya.


bagi pelajar tingkatan seperti saya, pastinya mereka sekarang ini sedang membuat persediaan yg serapi mungkin bagi menghadapi peperiksaan SPM yg bakal tiba sangat tidak lama lagi. jadi, kepada mereka yg merasakan kurang berpuas hati dengan result ketika percubaan tempoh hari, maka ayuhlah kita tebus kembali! bak kata muallimah haziah, pastikan cuti kita tahun depan yg 9 bulan itu menjadi satu tempoh cuti yg sgt berbaloi. faham? mcm ni~ kan kita akan cuti dalam 1 tempoh yang sangaaaaat lama, jadi apa kata kita ketepikan rasa manja kita yg penat belajar untuk tempoh yg sekejap je. x lama lagi kan kita nak spm? lepas spm terus cuti.

well, alhamdulillah, pada saat ini saya menerima keputusan trial dengan redha inshaALLAH, walaupun pada mulanya sangat sedih. Ha! Ha! --> [mlmh asyiqin tahir ajar cara tulis haha dalam essay bi :P] saya berhasil mendapatkan 2A+, 3A, 3A-, 3C+ dalam percubaa hari tu. buat mereka yg sungguh kuat studynya pasti memandang result saya sebelah mata :P hehe [ suka-suka je buruk sangka kan?]


baru-baru ini, ada singgah sebentar di hira' jeram, sekolah tercinta :) di samping untuk menziarahi seorang mujahidah muda yg baru dilahirkan pada akhir bulan tempoh hari, iaitu khadijah istisyhad, saya turut memasang niat yg sgt tinggi untuk menziarahi kawan-kawan dan juga muallimah di sana. kurang beruntung, saya datang agak petang[lepas zohor], jadi mungkin mereka kelelahan, almaklumla lepas sekolah kan... jadi muka mereka agak x gembira :P [haha]. sorila, taktahu bila lagi boleh lawat antunna. lepas ni taktahulah boleh jumpa antunna lagi ke tak. apa-apa pun rasa frust yg terbit di hati terubat dengan layanan istimewa yg saya kira ikhlas daripada muallimah asiah. terima kasih muallimah! semoga ALLAH mengurniakan muallimah kesihatan dan kekuatan untuk menempuhi jalan dakwah yg penuh liku ini! oh, ada juga beberapa adik junior yg semangat tatkala nampak kelibat saya yg tak disangka-sangka akan muncul di hira'. somehow, telatah spontan mereka itu buat saya rasa dihargai :P hehe. moga kalian berjaya ya dalam pmr dan juga hidup~


sewaktu dalam perjalanan ke hira', saya dihidangkan satu movie dari indonesia, tajuknya: Alangkah lucunya negeri ini. mulanya, saya bertanggapan bosan. namun, tanggapan saya jelas-jelas salah. siapa sangka movie itu sangat memberi kesan kepada saya~ nak tengok? apa kata luangkan sedikit masa anda, iaitu x sampai 2 jam pun utk duduk sebentar dan tgk cerita itu. boleh cari di youtube. search je nama yg saya tulis kat atas tadi.


oh ye! baru-baru ni, saya ada singgah sebentar di blog adik saya. lalu saya terbaca satu komen di ruangan chatbox miliknya. orang yang menggelarkan dirinya sebagai guest telah menulis komen dan salah satu daripada komennya yg akan saya ingat sampai bila-bila: bila nak berubah? saya taktahu kenapa saya sedih baca persoalan tersebut. sangat sedih. mungkin kerana saya rasa x patut kot soalan tu. saya pun taktahulah. hm.


kepada semua, setiap detik yang kita lalui memaksa kita untuk menentukan langkahan kita yg seterusnya. dan setiap langkahan itu adalah milik kita. bukan milik orang lain. justeru, kita mempunyai hak di atas setiap langkahan yg bakal kita lakukan tesebut. oleh itu, istikharahlah minta petunjuk, mohon kepada ALLAH agar tunjukkan jalan serta landasan yg benar, jalan yg diedhai olehNya. bukan jalan yg dimurkaiNya.

akhir sekali, berminat pula untuk kongsikan disini sedikit tazkirah yg disampaikan oleh seorang akh semalam. walaupun style beliau agak sempoi dan kurang serius, namun mesej yg disampaikan sangat serius. berkenaan dengan sesuatu yg hilang dalam kalangan kami, yang semakin lama semakin banyak jumlah kehilangan yg berlaku. meskipun terdapat bberapa orang yg menyedari fenomena itu, namun kata beliau mereka-mereka yg sedar tidak buat apa-apa dek tingginya kuantiti para 'pencuri' . ayuh sama-sama fikirkan, adakah pencuri yg diceritakan di sini benar-benar pencuri? ataupun dikiaskan kepad amereka ygs emakin giat dalam aktiviti mencuri hati? atau apakah? tazkirah ini turut dipanjangkan pada hari ini oleh akh yg lain pula yg kata beliau, beliau ucapkan tahniah kepada beberapa adik-adik yg berani bertanya apakah yg hilang sebenarnya. kata beliau, mereka yg bertanya adalah mereka yg bersungguh-sungguh di atas jalan tarbiyyah :) thumbs up!



kakak-kakak senior, 'abang-abang' seangkatan kita telah mula meninggalkan legasi mereka, kita bila lagi? adakah kita hanya memikirkan tentang diri kita yg bakap ambil spm sahaja?



sebagai intiha kepada post kali ini, semoga antum semua ditabahkan hatinya bagi menjalani jalan-jalan 'ini', good luck!


minta maaf sekiranya ada yg terguris.

salam sayang dari bangi :)