Sunday, 23 October 2011

aishiteru ^_^


andai sahaja mampu ku majazkan diri ini,

bak bunga matahari tumbuh mekar,

yang patuh dan taat mengikut amarMu,

tanpa dicacatkan oleh sedikitpun perasaan mengingkariMU.



andai sahaja mampu ku potretkan diri ini,

seperti surah yg terpapar di atas,

yg memahat bunga-bunga indah,

berdiri megah,

memberi inspirasi yang kuning benderang,

pasti akan aku lakarkan diriku,

berada di tengah-tengah kuning yg menjanjikan harapan itu.



ya ALLAH,

walau sebanyak mana jua kau ciptakan bunga matahari itu,

tetap sahaja bunga itu kuning warnanya,

jikalau kuning itu masih dalam iradatMu.


ya ALLAH,

walau terdapat berjuta insan di ardMu ini,

bukanlah kesemua mereka memaksikan iman mereka kepadaMU,

tuhan yg satu,

tuhan yg Esa,

tuhan yg menentukan layaknya mereka,

ke syurga taupun ke neraka.





oleh itu ya ALLAH,

aku mohon dengan sangat,

agar Engkau tuntunlah diri ini,

kedua ibu bapaku,

semua guru-guruku,

kaum kerabatku,

sahabat-sahabatku,

jiran tetanggaku

dan semua muslim,

di atas jalan yg diRedhaiMu,

jangan kau tinggalkan kami,

di atas jalan yg diMurkai olehMu T_T



ya ALLAH,

aku mohon dengan sangat,

agar Kau naungilah mereka-mereka yg telah dinyatakan tadi,

kerna mereka adalah insan,

yg menggabung cinta di atas namaMU.


ya ALLAH,

bersaksilah,

sesungguhnya,

aku cinta padaMU!

aishiteru!


No comments: