Friday, 23 August 2013

porche dan radio? heh.

sungguh dengan bersaksikan rembulan penuh yang galak mengambang di tengah malam yg kelam,
turut bersaksikan papan kekunci yang ikhlas di tekan-tekan jariku ini,
aku berharap agar tulisan kali ini dan juga yang sebelumnya diredhai ALLAH dan menjadi bekal buat ku ketika di akhirat kelak.

bekal berkekalan yang tidak putus-putus. ALLAH.
terlalu tinggikah cita-cita aku ini?
ALLAHUa3lam :)



kalau semalam sharing tentang usrah,
malam ni berminat dan sangat eager nak share apa yang dapat sewaktu drop sekejap di program gathering alumni LKD, yang menghimpunkan 4 generasi LKD, alhamdulillah.

niat awal yang hanya mampu menyatakan kemaafan atas x dapat hadir sbb tgh siap ka utk abang punya walimah ahad ni, akhirnya jadi singgah agak lama di sana.

huhu. xdela lama sgt dalam 20 minit gitu :)

tapi 20 minit tu terasa begitu berharga buat jiwa kecil ku ini.


cerita si ukhty di depan:
bayangkan kita baru sahaja beli kereta porche. yang mana semua tau kereta tu sgtla mahal dan bernilai. kita punyelah bersungguh-sungguh kumpul duit agar dapat memiliki kereta tu. tapi akhirnya kita jadikan kereta itu hanya berfungsi sebagai uttk dengar radio je. bila nak dengar radio kita keluar rumah, masuk kereta tu, then dengar radio. habis dengar radio, keluar. hey!  memang x salah nak dengar radio tu tapi rugila kalau kereta yg begitu bernilai dan banyak kelebihan yang mampu kita dapatkan darinya hanya kita pilih utk lakukan perkara sekecil itu~ her~~~

kalau memang ade org buat gitu, memang bisingla makcik pakcik yg punyela nak berkereta supaya dapat memudahkan urusan harian mereka.~

itu soal kereta.

agak-agak kalau al-qur'an?

terfikirkah kita, kita ini menjadikan al-qur'an hanya sebagai lombong pahala. hanya beriman dengan fadhilat pahala setiap satu huruf yang dibaca akan dikurniakan 10 pahala. ALLAH. memang x dinafikan. tapi ketahuilah saudara saudariku, dari al-qur'an itu akan kita dapatkan lebih banyak perkara darinya.

masakan mukjizat dari ALLAH hanya dijadikan lombong pahala darinya?

alangkah bestnya kalau kita semua memanfaatkan alqur'an dengan men-TNT satu ayat ke ayat yang lain. TNT=tilawah dan tadabbur.bacalah dan berfikirlah dari setiap kalam2 yang dibacakan! dan sampaikanlah~

jadilah kita orang yang luar biasa!
meng-kaitkan segala apa yang berlaku di dunia kini dengan ayat alqur'an yang telah turun sekian lama tetapi masih freshie utk ditadabbur dan di ambil segala hikmah darinya.


itu qur'an.

bagaimana dengan perkataan tarbiyyah yang sering kita canang-canangkan?
heh~



jangan ingat wasilah tarbiyyah itu hanya usrah je. kita-kita ini sering sahaja futur kerana jiwa kita sering terlupa yang wasilah tarbiyyah itu itu ade tujuh. bukanlah wasilah tarbiyyah itu hanya usrah.

wasilah tarbiyyah ade 7 kesemuanya. maka jadilah tarbiyyah sesuatu yang mendarah-daging di dalam manhaj kehidupan :)

ATTARBIYYAH HIYAL HAYAH~


kata ukhty itu lagi,

bayangkan kita ade projek besar ni. kita dapat tender dari sebuah syarikat.  dek nak mendapatkan keuntungan yang begitu besar dan tak mahu rugi walau sedikit, maka jadilah kita manusia yang siang dan malam, fikiran kita hanya menumpu kepada projek itu. bahkan setiap detik dan saat kita. ya ALLAH!

alangkah bagusnya andai kita merasakan setiap saat hidup kita ini adalah satu projek besar yang kita dapat dari ALLAH! lantas kita jadi memikirkan bagaimana nak mendapatkan keredhaaan dan ke-ampunan dari ALLAH tanpa sedikitpun mendpatkan kemurkaan dariNYa setiap saat dan detik! subahnallah!



andai kita mendapati detik-detik di dalam hari-hari yang kita lalui ini tidak kita isikan dengan memikirkan berkenaan projek super giga yang ALLAH kasi ni, maka..... kita se-akan tak siryes dengan projek ni dan seolah kita menyerah mcm tu je agar gagal dan rugiiiii.

[p/s: kita pengurus syarikat eh?]
[em..haah! pengurus! pengurus kepada syarikat kehidupan kita]

atau.

kita sebenarnya x clear dengan projek super-giga ni?

andai x clear dengan apa yg kita kena buat dengan projek ni, maka ketahuilah sebenarnya kita x clear dengan tujuan penciptaan kita yang sebenarnya. sama mcm tujuan penciptaan kereta porche tadi.



maka saudaraku,
carilah tarbiyyah itu.
lantas mendarah-dagingkanlah ia di dalam kehidupan kita.

janganlah sampai dek terlalu teruja nak dengar radio,
kita sampai membiar pegun si porche di tempat letak kereta tanpa memandu ia pergi ke tempat yang sepatutnya~


sambil memandu kan buleh dengar radio [angkat-angkat kening]
jadilah kita orang yang bijaksana,
agar bisa berhasil menjadi org yang luar biasa~ subhanallah~




#ketahuilah tarbiyyah sedikitpun tidak memisahkan kehidupan kita kepada juzu'2 yg kecil. kerana tarbiyyah itu sendiri adalah kehidupan secara menyeluruh :)


get clear :)
celuplah diri dengan celupan ALLAH.

agar terus meresap jauh ke lubuk jiwa yang paling dalam,
supaya tidak lagi ia kembali keluar mencari celupan selain ALLAH.




#saudaraku, biasakan lah yang betul, betulkan yang biasa!


eh kak! nak tanya.. ape ye projek super giga kita sebenarnya?

ehem-ehem~

nak tau? joinla tarbiyyah ;)
dengan ikhlas ye~

inshaALLAH akak ditemukan jawapannya






Thursday, 22 August 2013

jim.ha.da-mu, dimanakah?

selembut bayu yang bertiup di malam jumaat yang hening di malaysia,
serendah hati yang ingin bersungguh dalam tunduk dan patuh pada ALLAH Taala,
dengan nama ALLAH aku mulakan kalamku kali ini.


ahha. too formal.
back to the normal.
hm.


tadi usrah, umi tanya pendapat semua orang kenapa ye berlaku macam-macam isu sekarang ni.  macam-macam pendapat yang diberikan. antaranya, kata kak maryam, mcm isu di mesir, rakyat dah lama sangat duduk bawah pemerintahan yang zalim sampai bila mereka melalui satu fasa yg baru, mereka tak boleh nak menggugah melaluinya dengan penuh sabar walhal semua itu pilihan mereka sendiri di awalnya. kata yang lainnya iaitu sarah, sarah kata wujudnya negara-negara Islam yang tidak bersikap mahu membantu saudara se-agama sendiri.

aku diam tanpa kata.
ber-alasan hehe, tgh fikir lagi ni~

as a conclusion, kata umi, semuanya sebab adanya daei yang berdakwah tapi x berjihad. aku terasa mcm ade bunyi TING! dalam mindaku saat umi kata macam tu~

monolog sendiri:
"er. apa konteks jihad yang umi nak maksudkan? is it bersungguh2 or?"

kalau ikut khotiroh diriku, aku nak cakap ape yg umi maksudkan, semuanya berlaku dek adenye daei yang menyeru kepada kebaikan tu tapi tidak dengan bersungguh-sungguh. ataupun adenye orang yang soleh tapi tidak musleh~ zass!

umi kata tarbiyyah yang rasulullah perkenalkan adalah tarbiyyah yang bisa merobah!
kata umi lagi. agama ini bukan semata-mata agama, tapi agama juga adalah satu sistem. hm.

aku jadi terfikir. semua agama yang ada atas muka bumi sekarang ni terwujud atas sistem masing-masing2. yang pastinya setiap sistem itu diperjuangkan atas sistem yang ber-bezabeza. masakan kalau semua agama mendasar kepada sistem yang sama tetapi membawa haluan berbeza-beza. erk.

jadinya agama ini memang berkait rapat dengan sistem. atau dengan kata lainnya: MANHAJ. hm.
hanya ada satu manhaj yang bisa merobah jiwa-jiwa yang sudah jauh menyimpang. jiwa-jiwa yang telah berketurunan lamanya menyimpang dari jalan yang mustaqeem ini. yakni manhaj yang yang disusun tanpa berdasarkan hawa nafsu manusia yang akhirnya nampak menguntungkan namun hakikatnya menghancurkan.

itulah dia manhaj yang disusun ALLAH.

kata umi, kalau sampai manhaj yang benar ini tidak mampu merobah kita, maka, kitalah puncanya! kerana kita tidak besungguh-sungguh dalam meminta pada tuhan kita. kita tidak-tidak ikhlas dalam menancap azam ingin taghyir pada jiwa kita yg fragile ni. her~

umi cerita,
waktu umi kat universiti dulu,
umi semangat sangat nak bawak usrah tapi umi tatau mcm mana.

umi kata, dan-dan waktu tu lintas satu kelibat seorang mahasiswi junior bertanya pada umi:
kak, sini ade usrah tak?

ummi sangat terkejut.
sebabnya umi baru berkata-kata di dalam hati,
terus ALLAH hadiahkan.
terus umi usrahkan adik itu.
subhanallah!


masakan permintaan tulus dari hambaNya, ALLAH tolak begitu je.



sambil mendengarkan cerita umi, aku bermain-main dnegan perasaan sendiri. aku berasa sedih sekali. sebab aku selalu bersoal-soal dengan diriku. tanda tidak yakin mungkin. masakan dengan hati yang tidak yakin, akan membuahkan amal yang juhud? oh tidak mungkin.

telah kesekian kali aku bertanya pada diriku...

apa,
yang membuatkan aku terus pegun dan lemah.
yang membuatku cepat letih dan lelah.
yang selalu futur dan gugur.
aduhai!

aku ini,
APA YANG AKU TIDAK YAKIN SEBENARNYA?

aku takut sekali menjadi golongan yang disebut-sebut di dalam surah alhajj ayat 11. golongan yang menyembah ALLAH di tepi sahaja. mengaku beriman di saat di dalam kesenangan yang ALLAH berikan.  tetapi bila dihadiahkan ujian...........


takut sahaja tak bisa menggerakkan.
takut sahaja tak bisa merobah kamu totalis.


kita ini, kerja kita hanya menyampaikan.
kata naqibah ku yang dijordan,
kita ini harus menjadi golongan yang touch-n-grow.
bukan touch-n-go.
xpun mcm smart tag. x touch langsung, terus go je. haih,


pokoknya. kita:

1. kene menyampaikan.
2. tapi nak sampaikan, kena terima dulu. dengan kata lain joinla tarbiyyah :)  tarbiyyah yang merobah~
3. setelah itu, bersungguh-sungguh la dalam ber-Istiqamah.
4. jangan sorang-sorang. sebab nnti kalau futur, x de org nak support.
5. sebab tu la kena bergabung dengan jemaah. haha.
6. dah duduk dalam jemaah, mohla kita berukhuwwah fillah.
7. jangan duk nak mengharap kita yang terus disantuni dan disantuni~ alahai.
8. ukhuwwah ni perkara pokok yang mengakar kukuh di dalam jiwa kita yang sedang ditarbiyyah.
9. sebab tu la ukhuwwah teras kegemilangan~
10. naqibah kata: jangan expect apa-apa pada akhawat :)
11. always back to ALLAH dengan rendah hati.
12. syeikh hamid kata: kita kena beribadah di malam hari sebagaimana kita bergerak di siang hari.
bahkan lebih lagi.
13. bahaya kita bergerak menyampaikan terlalu banyak tetapi amal kita kering di malam hari.
14. belajarlah utk seimabngkan keduanya hanifah, kerana dari situ akan kau dapatkan muhasabah berpanjangan inshaALLAH.
15 kalau ade apa-apa, jangan diam je hanifah. bila kita join tarbiyyah, harus kita ingat kita x kan pernah seorang hui~




sampai bila mahu berdakwah tanpa jihad?


hanifah hanifah...~ T_T



p/s: anda-anda yang membaca, sudikah membantu saya meng-Islah diri di atas jalan ini?
jiwa yang Maha kering pun mampu basah dengan ukhuwwah fillah yang betul-betul tulus.


harap dangat diberi kesempatan yang seterusnya utk membuktikan kesungguhan..
jom sama-sama ............