Tuesday, 1 January 2019

AKU, YANG DAHULU MENJADI KINI



Bismillah,
Ar-Rahmaan,
Ar-Rahiim.



"Untungla, anak Ikhwah Akhawat"

"Untungla, sekolah MUSLEH"

"Untungla..."

"Untungla..."



Subhanallah walhamdulillah,
Atas berlapis-lapis kalimat untung yang selalu mengingatkan aku,
Untuk terus mengembalikan rasa untung tadi kepada Allah,
Atas semua nikmat yang telah dipinjamkan seketika ketika di dunia.

Nikmat yang seketika,
Menjadi saham menuju ke syurga,
InshaALLAH.



Malam ni,
Sambil makan, teringat-ingat dialog kat atas tadi.

Waktu zaman-zaman tengah bersemangat menyerahkan diri untuk dibentuk dan dibina dengan acuan Tarbiah & Dakwah. Zaman yang redha ditegur demi kebaikan yang jauh lebih besar. Zaman yang sampai boleh menitiskan air mata sebanyak-banyaknya, tanda menjiwai setiap detik yang berlalu dalam hidup. Zaman yang taknak ditinggal dan meninggalkan walau seorang pun di belakang. Zaman yang sungguh menghargai, peluang yang Allah beri untuk hidup dengan kaca mata Islam, setelah digelar Muslim sekian lamanya. 

Setiap kali ungkapan untungla untungla itu di perdengarkan kepadaku, aku masih teringat bagaimana minda dan hatiku seolah berkecamuk dan ligat berfikir bagaimana untuk respon ungkapan tadi dengan sebaik-baiknya, agar kelak menjadi manfaat untuk aku yang dikatakan untung, dia yang menuturkan dan juga mereka yang menyaksikan perbualan kami berdua.



"Pakcik Makcik yang awak kata mak ayah Ikhwah Akhawat tu, dulu mereka pun bukan anak Ikhwah Akhawat juga,"

"Tapi mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk membina diri, membentuk suasana Keluarga Muslim tu, sehingga anak-anak mereka dapat merasa nikmat dilahirkan dalam keluarga Ikhwah Akhwat"

"Beruntungnya awak, kalau awak jadi pemula kepada suasana tu untuk keluarga awak kan?"


Aku masih ingat mata akhawat itu berkaca-kaca saat dia merintih. Aku yang diberikan ilham untuk menuturkan kata-kata di atas, aku sendiripun rasa termuhasabah. Risaunya aku, andai aku hanya mengambil kesempatan di atas sebuah nikmat yang Allah bagi ni. Risaunya aku, kalau-kalau satu hari nanti, aku tidak lagi rasa nikmat ni sebagai sebuah nikmat, lantaran 'nikmat' lain yang lebih aku damba dan kejarkan. A'uzubillahi min zaalik. 

Selang setengah tahun,
Dialog rintihan itu kembali aku dengar, tetapi kali ini bukan kepadaku, tetapi kepada adik rumahku, yang juga merupakan anak ikhwah akhawat. Tapi kalini ayat rintihan tu tak lagi bernada rintihan tapi lebih kepada persoalan menanti jawapan berbentuk motivasi buat dia.


"Best tak jadi anak ikhwah akhawat"

"Hmm, biasa je akak"


Hehe. Dalam hati aku, alamaaaaak. Bila akhawat yang tanya tu balik, aku dan adik rumah aku berborak-borak.

"Asiah (bukan nama sebenar), kakak tadi kan, sebenarnya dia nak sangat hidup dalam suasana keluarga yang ikut Program Tarbiah ni. Huu, jadinya bila awak kata biasa je jadi anak ikhwah akhawat ni, dia macam sedikit terkilan la. Sebab nikmat tu kan tak semua orang dapat kan :) "

"Alamak! Ala... serba salahnya. Ana bukan apa, Ana sebenarnya macam taknakla highlight sangat nikmat-nikmat tu, takut mengguris hati akak tu"

"Kita bukannya nak highlight ---> haha kau ada?, tapi kita nak highlight yang inshaALLAH suasana ni akan wujud bagi individu yang mengusahakannya inshaALLAH dan nak highlight juga, banyaknya pahala bagi orang pertama yang memulakannya,"



Macam syurga,
Allah dah cerita awal-awal dalam al-Qur'an,
Bagaimana suasana damai di dalamnya,
Bagaimana suasana manusia-manusia yang berjaya masuk ke dalamnya.
Bagaimana ganjaran yang Allah telah janjikan, walaupun tidak ada siapapun yang mampu membayangkannya, tetapi mereka yang beriman tetap sahaja teguh mempercaya, sehabis daya memberi seluruh jiwa dan harta yang ada.


Seperti itu jugalah,
Diharapkan agar kita dapat memberi motivasi kepada ramai orang,
Agar semua pun berlumba-lumba untuk membina lebih banyak lagi institusi keluarga seperti yang diidam-idamkan.

Aku masih ingat lagi,
Karakter ayah yang rasanya tidak pernah miss bacaan al-ma'thurat hariannya.
Bagaimana dia membacakan zikir-zikir ma'thur itu sambil naik atas, turun bawah, mcm semua sudut dalam rumah tu dia singgah. Waktu kecil kami suka ajuk-ajuk bacaan zikir ayah.

Aku masih ingat lagi,
Sosok seorang emak yang bertudung bulat  dengan baju kurungnya, gigih memandu van ford berwarna biru, mengangkut anak-anak emak dan anak-anak jiran untuk dihantar ke sekolah yang yurannya boleh dikatakan mahal, tetapi pada ketika itu fasiliti yang ditawarkan tidak setanding duit yang dikeluarkan.

Aku masih ingat lagi,
Ketika Naqibah pertamaku di Hira' Jeram dahulu, selalu banjir kedua kelopak matanya, menceritakan zaman awal-awal Sekolah Islam Al-Amin Bangi ditubuhkan. Tidak lekang dari mulutnya menceritakan,

"Ayah enti dan pakcik-pakcik yang suruh Muallimah & Muallim (suami) sambung belajar di Sudan. Balik, Muallim jadi pengetua dan kami mengajar di Sekolah Islam yang ditubuhkan (Dulu Al-Amin Serdang, kemudian pindah ke Bangi)"

"Ayah enti pernah sekali balik dari ziarah kami, naik basikal, lalu satu jambatan ni. Tayar basikal, tersangkut paku, ayah enti terjatuh, sampai pengsan,"

"Dulu, pernah sekali, sekolah kecil kami banjir.  Semua turun gotong-royong, membersihkan sekolah kecil kami"

"Dulu, pakcik-pakcik yang kerja, pada setiap jumaat, akan ambil Aulad (pelajar lelaki), naik van untuk ke Masjid Solat Jumaat"

"Dulu, Pakcik-Makcik ni la yang infaqkan gaji-gaji mereka, membayar gaji guru-guru sekolah"

"Besarnya harapan Ikhwah Akhawat untuk mewujudkan Sekolah Islam"



Waktu aku dengar semua cerita tu,
Wallahi, tu kali pertama aku dengar cerita tu.
Maka, dengan aku-aku sekali menangis.
Menangis mengingatkan betapa tidak cermatnya aku dalam melalui perjalanan hidup aku sebagai seorang pelajar di sebuah sekolah yang berfalsafahkan Falsafah Pendidikan Islam.
Menangis, mengenangkan seribu satu persoalan aku untuk ayah yang aku simpan sahaja dalam hati, tetapi menjadi terjawab dengan cerita-cerita jerih payah ayah dan emak beserta pakcik makcik yang lain dalam nak menyediakan Sekolah Islam untuk generasi anak-anak mereka nanti, yang harini, telahpun berkembang sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Esok,
Hari pertama persekolahan untuk tahun 2019.
Dan tadi, bila aku melihat kakakku sedang menggosok uniform sekolah anak sulungnya Ilham,
Aku berkata dalam hati,


"Sekolah Islam ni dah sampai ke generasi cucu-cucu mereka yang mengasaskannya"


Kita selalu dengar, kalau seseorang tu tidak pernah melalui sesuatu, dia tidak akan boleh beri org lain melalui sesuatu yang tidak dilaluinya. Ironinya, Pakcik Makcik yang terlibat dengan pembukaan Sekolah-sekolah rangkaian MUSLEH, mereka sekalipun tidak pernah rasa bersekolah di sekolah yang mereka bina. Tapi masih sahaja, mereka mampu mewujudkan sekolah-sekolah yang diidamkan. Kerana, mereka tidak duduk menunggu sekolah idaman hati mereka tiba-tiba wujud tiba-tiba, tetapi kerana mereka mengusahakannya.

Pakcik Makcik dahulu yang masih muda belia,
Kini, kebanyakannya telah pencen dan ada juga yang telah meninggal dunia.

Namun, mereka yang masih hidup,
Masih kuat melibatkan diri dalam pembangunan sekolah-sekolah ini,
Demi terus merealisasikan impian untuk menghasilkan insan-insan yang melalui satu proses pendidikan berteraskan Tauhid yang bertujuan membina dan melahirkan Insan Rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh al-Qur'an dan as-Sunnah melalui satu sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh & berterusan.


"Untungla, anak Ikhwah Akhawat"


"Untungla, sekolah MUSLEH"

"Untungla..."

"Untungla..."


Demikianlah,
Kalimat untung yang berlapis-lapis itu tadi, tidaklah mereka akan wujud dengan begitu sahaja. Banyak episod cerita yang telah mendahului, sebelum tibanya episod kalimat untung itu dilontarkan.


Seperti kalam Allah yang terpahat di Surah As-Syams,

"Maka sesungguhnya, beruntunglah bagi mereka yang menyucikannya"


Juga di Surah Al-Mukminuun,

"Sesungguhnya, beruntunglah orang-orang yang beriman"


Demikianlah,
Kalimat untung yang tidak mungkin Allah sebutkan dengan tiba-tiba,
Tetapi kalimat untung yang didatangkan sebagai pengakhiran,
Kepada sebuah permulaan usaha yang bersulamkan keihlasan yang kemudiannya menjadi diterima dan diredhai Allah.

Sekolah kecil di atas bukit,
Yang sekelilingnya hutan kelapa sawit,
Di tengah-tengah kampung yang tanahnya juga masih banyak belum terusik,
Tetapi meriah suasananya,
Bacaan solat anak-anak darjah 1-3, yang bacaannya, masing-masing dengan suara yang kuat,
Berlumba-lumba menghafaz surah dari al-Qur'an,
Mempelajari Fiqah, Sirah, Aqidah, Akhlak, Tajwid & subjek akademik yang lainnya,
Awal-awal mengenal al-ma'thurat yang kemudiannya dilazimi dan dihafaznya,
Anak-anak Senior & Junior berebut untuk menggulung tikar selepas solat,
Anak-anak Senior & Junior boleh makan di dalam satu dulang yang sama,
Cuti-cuti, para ibu dan ayah turut turun ke sekolah membersihkan dan menceriakan kelas,
Walau bukan pada hari aktiviti gotong-royong sekolah.



Subhanallah walhamdulillah,
Semoga aku dan mereka yang membaca tulisan ini,
Berusaha untuk meneruskan serta mewarisi legasi ini.

Demikianlah,
Tidak cukup jika pembinaan kualiti Individu Muslim itu hanya berkembang sehingga membentuk Institusi Keluarga Muslim sahaja. Harus dikembangkan sehingga ke peringkat yang lebih besar. Jika ada yang kurang dalam nak membangun institusi kekeluargaan ini, harus bekerjasama memperbaiki apa yang kurang, dan mewujudkan jika belum ada, seperti institusi pendidikan inilah. 

Tidak cukup juga hanya dengan idea pembinaan dan pembangunan Sekolah Islam, 
Tanpa kesudian institusi keluarga untuk terlibat sama dibentuk dalam agenda soleh dan musleh ini.
Kerana MUSLEH yakin, bahawa kemenjadian setiap anak-anak Musleh ini, bukan hanya dengan pembinaan yang berlaku di sekolah semata-mata, tetapi turut berlaku dalam lingkungan keluarga, dan juga rakan sebaya :)

P/s: Setiap anak-anak musleh tu akan di nilai dirinya dari banyak aspek seperti solat, adab, disiplin, bab nasihat dan terima nasihat, dan penilaian ini dinilai oleh banyak pihak, iaitu guru, ibu bapa, rakan sebaya dan diri sendiri. Yang bestnya, skor paling tinggi iaitu 5 akan dicapai jika anak itu turut menyebarkan elemen kebaikan yang dinilai tadi kepada orang lain.

Akhir kalam,
Semoga Allah menganugerahkan Syurga yang tertinggi di sisiNya buat mereka yang terlibat secara langsung atau tidak dalam usaha menbangun dan meneruskan usaha-usaha mulia ini :)


Hashtag:
1) SolehwaMusleh
2) MuslehKITA
3) KenaSambungLegasi




(Lagu Sekolah. Bila nyanyi sekarang, boleh menangis dengan liriknya)



Hanifah binti Jailani,
Sekolah Rendah Islam Al-Amin Bangi (1998-2003)
Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi (2004-2007)
Maahad Tahfiz Al-Qur'an Hira' Jeram (2008-2009)
Sekolah Menengah SRI Al-Amin Bangi (2010-2011)

Monday, 16 November 2015

FLY-ing without wing to --> Dearest ME.

Dengan nama Allah,
Yang Maha Membuka dan Memberi Rezeqi.


It has been too long, I've never touch my keaboard in this space. 
MashaALLAH, shows us how time flies so fast.
or just me myself let the time across the time, while I'm still here,
doing the same thing, 
fighting over the same thing,
keep thinking in the same globe and box,
oh.
I hope i'm not in the same radar of amal.
i should go beyond!


ceh. speaking.
Today, its safar already. and now, i'm already in final year of Economy & Islamic Banking degree in Yarmouk University. After finish this sem, I just have to fight over another 5 subjects. ouh. Cannot believe. I'm here.

-------
Bayt Fitrah (Alif 1, sakan kuning-Baytut tholabah)
RI Ikhlas
RI Iman
RI Kahfi

memang,
memang aku merancang untuk pindah setiap tahun.
sebab aku nak belajar banyak dari org yang berbeza-beza,
kerana aku yakin, 
di masa-masa mendatang, 
aku akan menghadapi berjuta jenis ragam manusia,
termasuk juga diriku,
yang perlu aku sambut dengan rasa cinta dan sayang yang paling ikhlas dari hati.



I learnt how to turn back to our origin, that is Fitrah Islamiy. 
Zaman Beinal ams walyaum. 
Zaman bersajak dan berpuisi.
Zaman belajar masak.
Zaman menghargai cinta,
cinta famili dan sahabat.
Zaman belajar untuk tamayyuz dengan betul tanpa menyakiti.
Zaman sedih sebab terpaksa meninggalkan zi seorang di bilik.
Zaman sanggup meredah jauhnya jarak untuk ber-uzlah di hujung kota, RI mikraj je pun.
Zaman rapat dengan nisa' padahal kat sekolah tak rapat lansung.
Zaman tersentuh dengan murabbi sebab sanggup naik teksi sorang2 ambil ana di sakan sebab macam migrain+sedih sgt time tu, dalam keadaan esok die exem, die urut2 dulu, buatkan susukambing, cerita2, sampai ana tertidur, lepas tu baru die belajar di tengah pekatnya malam T__T
juga,
Zaman merebel dengan murabbi sampai dua2 nangis face-to-face. tapi x saling memandang pun.
Zaman --> " akak saya rasa akak tak patut buat macam tu" --> zaman kena tolak. 
Zaman mennagis seminggu. haha
Zaman menangis tolak taklif yang Maha Berat di musolla bawah sakan.
Zaman jual karipap, popcorn.
Zaman semangat musyarokah dalam kelas.
Zaman melukis dan bernasyid.
Juga, zaman ber-bubuu. Setiap kali liqa', ada yang menangis dan qadhaya banyak2 sampai tak termula bahannya. haha. DI sini, kakak murabbiah kami memberitahu setiap logam kami. 
Zaman:
" kalau ana sorang je yang takde dalam liqa' entunna, entunna jangan lupa ana tau..." --> zaman rasa tertapis.



I learnt how to be Ikhlas. 
Serious teruji nya dengan nama rumah sendiri T__T Fatrah duduk di Ikhlas adalah satu fatrah yang paling x boleh dilupakan.  Fatrah rasa jauh dengan ahli kampung irbid. sebab bermastautin ke Amman dan Mafraq. dengan perasaan yang Maha berbolak-balik. Perasaan adapting. sampai bila tah nak adapt nya. hu. Fatrah nak duduk ramai sebab dekat sakan duduk dua org je sebilik. ni gabung sekali dengan RI syurhabil jadi 14-->13-->12. Fatrah percaya diri untuk menjadi seperti mus3ab bin umayr. Fatrah utk mula bergaul dengan alien2 yang tak pernah jumpa dan sangka akan serumah sekali. hehehe. kakak2 medic & dentist. juga adik yg dah jadi puan. Fatrah bila orang nak sambut birthday, wkatu kita tidur, org kejut, bangun2 semua org ckp happy birthday and I begin to sleep again sebab malu, aww :) Also here, is my another step of being me, perfectionist. Fatrah kakak Usrah x berubah kepada kakak usrah ajak jumpa di  mat3am atas JIB, makan mansaf, sambil bagitahu i'm no longer in her usrah mutarabbi T__T menangis tak berlagu sambil makan mansaf. ya. zaman menangis bila tukar usrah. zaman curious yang amat bila sampai fasa tukar usrah. punyala dok tanya2 orang, awak usrah dengan siapa. "sirr". enti usrah dengan die ea? "adala~" lol =.='' haha sampai kakak2 kena ckp: tak perlu tanya benda yang tak bermanfaat bagimu. ups. sentap sangat time tu. Zaman ahli usrah bertukar-tukar. Tapi alhamdulillah semangat tak pernah luntur. Di sini jugalah fatrah duit kering sangat. sampai berjual-jual kek batik sedap sgt~ hahaha perasan.. tapi x tipu, mungkin sebab ada force, tu yg jd gitu, yaa~ how force can turn us into the best Good. Fatrah pinjam duit murabbi. sampai beratus JD untuk beli tiket balik. konon dulu plan utk simpan belasan ribu RM setahun. Ini juga zaman usrah buat pukul 3 pagi, sebelum subuh, kena angkat kaki sebelah kalau ngantuk. tipu tak ngantuk. Zaman jaulah T__T ok banjir sat. jaulah UK-eire. tapi bergabung dengan team jaulah lain untuk kumpul duit supaya ahli team yg kurang duitnya akan tertampung sehingga kami dapat jalan bersama. Pengalaman kumpul duit utk dapat beribu. Ambil banyak tender. antaranya tender AKA. beratus kuih kena siapkan.sampai terbaring2 atas lantai tanpa hirom di tengah kesejukan winter yg menggigit tulang2 kami yg muda ini. Buat kuih ketayap, ada satu kuali leper je yang sesuai waktu tu. nak siapkan 300++ =..= buat shift hirosah. jual nasi itu, nasi ini. kuih itu, kuih ini. semua! waktu ni sangat belajar! beli barang berat2 kat balad. hantar makanan berat2 dari area arabella, bertebaran kami ke seluruh pelusuk tempat tinggal pelajar melayu. start to know each inch of kawasan2 sini. Belajar tentang amal jamaei.

"nisa', kenapa x ajak ana utk join sekali jual-jual2 ni?"
"sebab, tanak susahkan nti.. nti bukannya kena pergi jaulah pun.."
"bukan masalah ana join jaulah ke tak, ini masalah amal jamaei.."

ana dengar dari balik dinding, menangis. betapa dengar theory yang berkepuk2 itu kadang tidak menusuk jauh ke hati. 

oh. ini juga zaman orang kata ana susah nak ditembus akhawat. keras sgt ke aku? haha. selamba ana membalas, ada ke akhawat bermuayasyah dengan ana? jahat ngat.

juga zaman:
" ana taknak balik Irbid sebab ana takut ana lagi malas nak jumpa adik2 sebab keep in mind dekat je"

zaman start jadi kakak di Irbid.
zaman bila nak bawak liqa' adik, punyala perasaan x yakin menyelubungi diri sampai kena cakap dengan diri, 

"ok x pe, kau try bawak 10X je liqa', lepas tu x payah bawak da"
"aku kena ajak orang join liqa aku ni" --> bawakla azzah ahmadon join liqa kat RI adre yg jauh amat tu.


cukuplah dua zaman itu sahaja aku cerita.

Betapa setiap zaman itu berbeza.
Dulu zaman aku duk tanya kakak murabbi kenapa tak boleh itu ini.
Sekarang zaman aku pula untuk jawab dan ditanya.

Dulu zaman tahu je prioriti tapi buat tak faham,
Sekarang zaman..?


Dulu zaman harap kena suap everything,
zaman duk tunggu bila nak daurah dan mabit,
ber-dub-dab dub-dab perasaan pergi program,  lari2 takut lambat.
Sekarang..?


Dulu, 
zaman tak faham apepun waktu meetg LN, siap boleh buat kerja lain lagi.
sekarang zaman....?


Dulu zaman jahiliyyah bersarang-sarang dalam diri (nak ckp banyaknya sarang),
sekarang...?


aku tinggalkan jawapan sekrang kita berada dalam keadaan apa kepada semua pembaca, kerana aku ingin membawa kita bersam-sama fikir peralihan kita.

People does change!
There is no people who is constant!
even yang mati hatinya pun tetap berubah.
yg constant,
hanyalah mereka yg telah kembali jasadnya pada ALLAH.


we can choose,
either to be a better or a worse person :)
tapi apapun cita-cita dan mimpi kita utk ke arah yg lebih baik,
kita takkan mampu lakukannya seorang :)
thats why we have family,
we have ahli bayt,
we do have friends and clique who are always to have hot gossips with us,
also we have parents and teachers,
brothers and sisters,
yet we have ahli usrah and akhawats ^^
and yg paling penting,
WE HAVE ALLAH,
dalam setiap jatuh dan bangun kita,
maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
T__T


Thus,
nak hadiahkan sebuah doa,
dipetik dari bacaan pagi bersama ahli bayt kahfi dari kitab Riyadhus Solihin:
" Allahumma Ai3nna A3la zikrika, wa syukrika, wa husni I3baadatik"

#betapa dalam nak mengingati Allah pun, kita kena mohon bantuan dari ALLAH, apatah lagi dalam nak mensyukuri ALLAH, juga dalam nak menjadi sebaik2 hamba :)




Ya Allah,
semoga di syurgaMU nanti, termasuk dalam golongan-golongan itu
aku, ibu bapaku, seluruh keluargaku, guru-guruku, rakan-rakanku, seluruh ahli usrahmate-ku,  semua murabbiahku dan juga seluruh ummat Muslimeen.



Sekian,
Salam dari RI Kahfi,
Selasa,
17/11/2015
8.45am,
Hanifah Jailani
Former beinal ams walyaum.

Tuesday, 29 April 2014

CERPEN: telah furqankah kalian?


Langit yang tadinya berwarna jingga keunguan,sekejap sahaja sudah menghitam dan memekat, tanda malam semakin jauh melarut. Begitulah juga hakikatnya sang manusia. Semakin tubuh ingin dipanggil rehat, semakin itulah ramai yang bertambah tenat. Mereka menjadikan sang malam sebagai asbabnya mereka teraba-raba. Kata mereka, kerana gelapnya malamlah yang menjadikan mereka terhalang daripada mendapat sinarnya sang cahaya.   

Aku hanyalah seorang manusia biasa. Bukan kerana aku turut ada cacat dan cela, tetapi kerana aku juga tidak terlepas untuk selalu memasang sejuta anganan dan cita-cita. Setiap hari ku sering sahaja melihat manusia di sekelilingku. Mereka masih manusia yang sama dengan rutin yang sama tetapi di hari yang berbeza. Sedang aku? Ya. Aku juga masih seorang manusia yang sama dengan rutin yang sama, juga di hari yang berbeza. Pasti kalian yang sedang membaca coretan ringkasku ini berasa hairan dan pelik. Aku ini, apa profesinya? Sehingga boleh ada masa untuk mengintai dan melihat rutinnya sang manusia. Bukan hanya sehari, bahkan sehingga setiap hari!

“Muhammad! Cepat! Jom main bersama kami”

“…”

          Aku ini hanyalah seorang anak kecil yang masih lagi tidak pandai untuk membersihkan setiap aliran hingusku yang jatuh dengan kudrat tanganku sendiri. Bukan kerana aku tidak mahu, tetapi kerana aku tidak mampu. Semua ini gara-gara robot-robot yang kulihat setiap hari itu tadi. Perasaan hatiku yang kian merobek ingin sekali memekik! Biarkan pekak semuanya. Ah! Mereka memang sudah pekak dari awal lagi. Bukan sahaja pekak, bahkan buta dan bisu. Mereka itu cacat di atas sebuah kesempurnaan sang manusia!

          Apakah mereka ini tidak melihat aku yang kecil ini? Sedang aku sering sahaja melihat mereka dari tepi jalanan penuh lumpur dan lecak ini. Bahkan, aku tidak pula beralih dari posisiku dari awal pagi hinggalah terbenamnya sang matahari. Mustahil mereka tidak nampak kelibatku. Apakah mereka ini tidak menghiraukan aku hanya atas sebuah dasar kebangsaan yang tidak sama, yang selalu sahaja dilaung dan diapi-apikan itu?

Tetapi. Manusia-manusia yang melaluiku itu tidak semuanya tidak sebangsa denganku. Tetapi, mengapa jadi begitu?

          Ehem. Kau mahu tahu siapa manusia-manusia itu? Kau jangan terkejut andai aku katakan mereka itulah manusia yang palsu jiwanya. Mereka tampak hadir dengan sosok fizik mereka yang gagah dan kuat. Mereka selalu sahaja ada walau di celah mana-mana. Kerana apa? Kerana mereka itu ramai bilangannya. Mereka itulah yang telah sekian lama berkhidmat sebagai seorang relawan di kem pelarian kami. Mereka itulah yang tetap sahaja setia merawat dan menjaga kami, mangsa kepada bekunya hati sang ummat yang masih lagi lena diulit mimpi.

          Sekali lagi ku katakan. Kalian pasti pelik bukan bagaimana aku mengatakan mereka itu robot-robot yang cacat di atas sebuah kesempurnaan? Sedang mereka itulah yang telah meng-Infaqkan seluruh jiwa dan raga mereka demi menjaga kami semua di kem pelarian ini. Kau mahu tahu kenapa? Mari sini aku ceritakan. Agar kelak tidak pula engkau menjadi salah satu dari mereka yang sedang aku bicarakan.

          Seorang relawan itu tidak seharusnya mereka hanya rela di atas nama. Juga tidak seharusnya mereka itu rela hanya di atas pandangan mata-mata manusia. Yang dikatakan mereka itu rela hanya di atas nama dan juga pandangan mata manusia adalah pada saatnya mereka itu hanya hadir pada jasad tetapi tidak pada jiwanya. Seorang relawan itu mana mungkin dapat menipu kami-kami yang begitu mengerti erti sebuah kemanusiaan.

          Di setiap huluran tangan mereka, di setiap senyuman mereka, di setiap langkahan padu mereka, di setiap keringat peluh mereka, tidak sedikitpun aku merasakan kehangatan itu dijiwaku. Bukan sekali aku melihat golongan-golongan sebegini di kem kami.

          Meski aku ini hanyalah seorang anak kecil yang kurang kudratnya, namun aku juga tahu menentukan bagaimana seharusnya aku fikir dan rasa.

Bagaimana seorang manusia itu sampai boleh mengaku dirinya seorang relawan sedang hatinya tidak rela? Andai sahaja mereka rela, pasti sahaja di hati mereka itu hanya ada ALLAH sahaja. Pasti juga jelas di lubuk hati mereka, apa itu pahala, dan apa itu redha.

          Kalian pasti kata aku tidak bersyukur bukan? Aku bukan tidak mahu bersyukur. Tetapi aku takut untuk bersyukur atas sebuah alhaq yang galak bertopengkan kebatilan. Betapa sebuah jiwa tidak boleh bercampur di dalamnya 2 elemen pada satu masa. Andai sahaja para relawan ini tidak mendatangi kami dengan niat Lillahi Taala, lantas mereka mendatangi kami dengan apa? Kemudiannya, cuba kalian bayangkan, hati mereka yang tidak diposisikan ALLAH di dalamnya, di hulur kepada kami, dengan harapan kami menyambutnya. AH! Mustahil sekali aku akan menyambutnya. Kerana aku bimbang, hati yang tiada ALLAH sebentar tadi  sampai  berjangkit kepada kami.

          Para relawan yang datang silih berganti. Dan aku masih di sini. Andai sahaja para relawan itu menjadikan ruhnya sebagai tebusan, maka di luar sana, pasti mereka tidak duduk diam bersahaja. Atau hanya kerja saat ada projek sahaja. Para relawan itu, andai di dalami makna profesinya sahaja sudah cukup membuatkan sebatang tubuh ini akan terus melangkah dan melangkah. Langkahan mereka tampak sama sepert manusia biasa, namun auranya dapat dirasakan berbeza.

          Sungguh! Tugasmu hai relawan, besar sekali. Tugasmu tidak hanya mengagih ubat-ubatan, merawat luka-luka dan juga menghiburkan hati kami yang lara. Tidak. Tetapi tugasmu juga adalah mengejut ummat yang masih belum bangun hingga kini. Tugasmu juga adalah untuk menghidupkan hati-hati mereka yang hampir mati!

          Duhai para relawan! Datangilah kami dengan hati yang penuh wahyu! Andai sebaliknya, nescaya kalian tidak akan mampu mengambil walau satu ibrah dari apa yang kami lalui. Kalian juga tidak akan mampu untuk memahami satu urgensi yang sepatutnya kalian tempuhi.

Duhai para relawan, andai kalian mengerti, maka kalianlah ikhwan sebenar buat kami. Dengan hatimu yang hidup, kami mempercayakan kalian sepenuhnya untuk menghidupi manusia yang lainnya.

Kau tahu? Seperti yang telah aku nyatakan di awal coretanku ini, aku juga tidak terlepas dari cacat dan cela. Dan aku, seorang anak kecil yang kehilangan kemampuan deria semuanya. Tetapi tidak hati.

 Kerana aku tidak lagi mampu bertutur, maka semua yang aku luahkan di atas tidaklah mampu didengari oleh mereka. Kerana aku tidak lagi mampu untuk melihat, maka, apa sahaja yang dilakukan oleh manusia-manusia itu, ku rasakan seolah-olah semuanya sama. Sebab itu katakana mereka masih dengan rutin yang sama. Akan ku anggap sama sehinggalah ku dapat rasakan impak dan perbezaannya, meski aku tidak lagi punya deria mata, telinga dan mulut, namun ingat, aku masih punya hati. Dan hati itu, sungguh, dialah deria yang paling sensitif. Sepatutnyalah!

“Muhammad”,

“ya”,

“andai engkau ALLAH beri peluang untuk berkata buat sementara cuma, apa yang ingin engkau katakan ya?”

“Aku ingin sekali mereka melihat aku meski hanya dengan pandangan bola mata yang paling hujung sekali.  Aku ingin sekali mereka berhenti lantas mengamati tubuh kecilku ini agar dapat mereka mengerti dan memaknai. Dengan harapan, wujudlah walau hanya sekelumit simpati. Bukan. Bukan sebuah simpati yang aku mahukan. Bukan juga sebuah kasih sayang plastik yang kononnya dicipta atas nama sebuah persamaan. Tetapi, yang aku dambakan hanyalah sebuah kesatuan penuh kedamaian.”

Eh. Aku boleh mendengar? Aku boleh bertutur? Subhanallah! Aku di mana ni? Siapa kamu wahai hamba ALLAH?

“Aku adalah malaikat ALLAH yang datang menjemputmu kerana waktumu sudah tiba”

“mari”

Ketika itu, kedengaran bunyi sesuatu benda jatuh di bahagian tepi khemah para pelarian. Manusia-manusia yang sering berjalan di tepi Muhammad tanpa menghiraukannya sebelum ini, buat pertama kalinya berhenti dan melihat sekujur tubuh anak kecil yang sudah terbaring di tepi jalanan yang mereka lalui itu. Ya. Masih lagi di tempat yang sama. Seakan ingin memberitahu kepada semua yang dia tidak akan berganjak selagi mereka tidak bertindak!

Bertindak apa?

Kau rasa?

Nak rasa macam mana?

Rasalah dengan hatimu yang paling dalam.
Kerana di bahagian hatimu yang paling dalam,
Akan kau temukan cebisan hati yang masih Islam tu

-Batuk-

Kau tahu tak sesuatu?

Apa?

Dari cerita ni, mesti kau takkan pernah terfikir yang anggota relawan yang sebenar-benarnya adalah adik kecil itu tadi kan? Dialah yang telah menjadi model kepada kita, betapa walau dalam keadaan serba kekurangan sekalipun, kita masih sahaja boleh memberi dan PERLU memberi.

Beri apa?

Sebuah KEHIDUPAN.


Kau nak hadiah tak?

Nak!

Surah al-furqaan, ayat 20~
Kalau kau rasa kau nak jadi anggota relawan yang sejati tu, kau bukalah.






mencari segenap hati yang belum betul-betul berserah pada ALLAH sepenuhnya,
beinal ams walyaum


Friday, 23 August 2013

porche dan radio? heh.

sungguh dengan bersaksikan rembulan penuh yang galak mengambang di tengah malam yg kelam,
turut bersaksikan papan kekunci yang ikhlas di tekan-tekan jariku ini,
aku berharap agar tulisan kali ini dan juga yang sebelumnya diredhai ALLAH dan menjadi bekal buat ku ketika di akhirat kelak.

bekal berkekalan yang tidak putus-putus. ALLAH.
terlalu tinggikah cita-cita aku ini?
ALLAHUa3lam :)



kalau semalam sharing tentang usrah,
malam ni berminat dan sangat eager nak share apa yang dapat sewaktu drop sekejap di program gathering alumni LKD, yang menghimpunkan 4 generasi LKD, alhamdulillah.

niat awal yang hanya mampu menyatakan kemaafan atas x dapat hadir sbb tgh siap ka utk abang punya walimah ahad ni, akhirnya jadi singgah agak lama di sana.

huhu. xdela lama sgt dalam 20 minit gitu :)

tapi 20 minit tu terasa begitu berharga buat jiwa kecil ku ini.


cerita si ukhty di depan:
bayangkan kita baru sahaja beli kereta porche. yang mana semua tau kereta tu sgtla mahal dan bernilai. kita punyelah bersungguh-sungguh kumpul duit agar dapat memiliki kereta tu. tapi akhirnya kita jadikan kereta itu hanya berfungsi sebagai uttk dengar radio je. bila nak dengar radio kita keluar rumah, masuk kereta tu, then dengar radio. habis dengar radio, keluar. hey!  memang x salah nak dengar radio tu tapi rugila kalau kereta yg begitu bernilai dan banyak kelebihan yang mampu kita dapatkan darinya hanya kita pilih utk lakukan perkara sekecil itu~ her~~~

kalau memang ade org buat gitu, memang bisingla makcik pakcik yg punyela nak berkereta supaya dapat memudahkan urusan harian mereka.~

itu soal kereta.

agak-agak kalau al-qur'an?

terfikirkah kita, kita ini menjadikan al-qur'an hanya sebagai lombong pahala. hanya beriman dengan fadhilat pahala setiap satu huruf yang dibaca akan dikurniakan 10 pahala. ALLAH. memang x dinafikan. tapi ketahuilah saudara saudariku, dari al-qur'an itu akan kita dapatkan lebih banyak perkara darinya.

masakan mukjizat dari ALLAH hanya dijadikan lombong pahala darinya?

alangkah bestnya kalau kita semua memanfaatkan alqur'an dengan men-TNT satu ayat ke ayat yang lain. TNT=tilawah dan tadabbur.bacalah dan berfikirlah dari setiap kalam2 yang dibacakan! dan sampaikanlah~

jadilah kita orang yang luar biasa!
meng-kaitkan segala apa yang berlaku di dunia kini dengan ayat alqur'an yang telah turun sekian lama tetapi masih freshie utk ditadabbur dan di ambil segala hikmah darinya.


itu qur'an.

bagaimana dengan perkataan tarbiyyah yang sering kita canang-canangkan?
heh~



jangan ingat wasilah tarbiyyah itu hanya usrah je. kita-kita ini sering sahaja futur kerana jiwa kita sering terlupa yang wasilah tarbiyyah itu itu ade tujuh. bukanlah wasilah tarbiyyah itu hanya usrah.

wasilah tarbiyyah ade 7 kesemuanya. maka jadilah tarbiyyah sesuatu yang mendarah-daging di dalam manhaj kehidupan :)

ATTARBIYYAH HIYAL HAYAH~


kata ukhty itu lagi,

bayangkan kita ade projek besar ni. kita dapat tender dari sebuah syarikat.  dek nak mendapatkan keuntungan yang begitu besar dan tak mahu rugi walau sedikit, maka jadilah kita manusia yang siang dan malam, fikiran kita hanya menumpu kepada projek itu. bahkan setiap detik dan saat kita. ya ALLAH!

alangkah bagusnya andai kita merasakan setiap saat hidup kita ini adalah satu projek besar yang kita dapat dari ALLAH! lantas kita jadi memikirkan bagaimana nak mendapatkan keredhaaan dan ke-ampunan dari ALLAH tanpa sedikitpun mendpatkan kemurkaan dariNYa setiap saat dan detik! subahnallah!



andai kita mendapati detik-detik di dalam hari-hari yang kita lalui ini tidak kita isikan dengan memikirkan berkenaan projek super giga yang ALLAH kasi ni, maka..... kita se-akan tak siryes dengan projek ni dan seolah kita menyerah mcm tu je agar gagal dan rugiiiii.

[p/s: kita pengurus syarikat eh?]
[em..haah! pengurus! pengurus kepada syarikat kehidupan kita]

atau.

kita sebenarnya x clear dengan projek super-giga ni?

andai x clear dengan apa yg kita kena buat dengan projek ni, maka ketahuilah sebenarnya kita x clear dengan tujuan penciptaan kita yang sebenarnya. sama mcm tujuan penciptaan kereta porche tadi.



maka saudaraku,
carilah tarbiyyah itu.
lantas mendarah-dagingkanlah ia di dalam kehidupan kita.

janganlah sampai dek terlalu teruja nak dengar radio,
kita sampai membiar pegun si porche di tempat letak kereta tanpa memandu ia pergi ke tempat yang sepatutnya~


sambil memandu kan buleh dengar radio [angkat-angkat kening]
jadilah kita orang yang bijaksana,
agar bisa berhasil menjadi org yang luar biasa~ subhanallah~




#ketahuilah tarbiyyah sedikitpun tidak memisahkan kehidupan kita kepada juzu'2 yg kecil. kerana tarbiyyah itu sendiri adalah kehidupan secara menyeluruh :)


get clear :)
celuplah diri dengan celupan ALLAH.

agar terus meresap jauh ke lubuk jiwa yang paling dalam,
supaya tidak lagi ia kembali keluar mencari celupan selain ALLAH.




#saudaraku, biasakan lah yang betul, betulkan yang biasa!


eh kak! nak tanya.. ape ye projek super giga kita sebenarnya?

ehem-ehem~

nak tau? joinla tarbiyyah ;)
dengan ikhlas ye~

inshaALLAH akak ditemukan jawapannya