Saturday, 22 May 2010

merangkak-rangkak

Bismillahirrahmanirrahim.

ingakan kalau dah duduk rumah makin boleh update blog. tapi makin kosong blog neh. adakah kerna kekosongan jiwa ni. ke kekosongan idea. entahla. sedar x sedar dah 6 bulan saya meninggalkan dunia menghafaz al-Qur'an. kadang-kadang rindu juga pada suasana hidup ketika di sana. sekarang ni tgh periksa pertengahan tahun. kalau sebelum ni ketika di tahfiz, periksa pun di atas lantai dan jadual x pack. tpi sekarang woa~ tapi takdelah teruk mana. ok je alhamdulillah. mungkin sebab dah dua tahun x duk periksa skema, jadi mula2 periksa dah sakit kepala. time tu subjek PSI+sejarah. tawakkaltu 'alallah. kalau biasanya org lain smpat nak belek2 dan hafal mane2 fakta yg sempat sebelum exam, saya ditarik nikmat sebentar. itu ketika hari pertamalah.

walaupun masih banyak lagi kertas, tapi saya rasa mcm da lega sbb da kurg byk kertas. walhal this coming week lagi tough. hehe.

kalau sebelum ni saya sgtla x suka baca buku. tapi tidak lagi tahun ni. math pon saya bace sbb saya x nak jadi org yg belajar utk periksa je pastu lupa. jadi saya study betul2. bila dah faham inshaALLAHx de la kene study teruk sgt. study bese2 je.

saya mensasarkan tempat pertama utk seluruh tingkatan 4 di al-amin bangi. tp memandangkan saya mcm ada tersilap sedikit langkah mungkin rangking itu akan trun. adik2 batch saya pun hebat juga. tercabar saya. kata muallimah result kali ni penting utk kemasukan ke u. semoga ALLAH sentiasa tabahkan hati saya dalam menghadapi segala apa yg diberi dan semoga juga ALLAH permudahkan saya.

oh ye!

hari ni saya ke hira'. seawal 6 lebih pagi kami bertolak. misi: nak hantar kamera sempena adik saya anas nak khatam. ape2 pun mabruuk! muallimah fatonah keluar awal dri kelas. dan brsembang2 dgn aku, murid lamanye. terharu aku. aku sebenarnye x nak ganggu kelas mllmh jadi sb tu duduk je kat wakaf kat maahad tu. mllmh skrg sedang sarat 8 bulan ttapi mcm biasa je. mllmh meminta didoakan agar dapat anak lelaki. Robbuna yusahhil!

dtg mlmh zunaizah. wah! gembira mllmh. rupa2nya hari ni ulangtahun kelahiran mlmh! sanah helwah~ kalau mlmh bgtahu awal2 ana bole bawakan hadiah special utk mlmh. hehe sepatutnya sayalah yg kena peka.. jumpa adik2 yg sedang berjuang di medan menghafaz al-Qur'an.. terharu sbb adik2 tahun 1 kenal dgn saya. walaupun saya x smpat dgn mereka.

turut ke hira': ayah, loh, bilal.

ramaila juga yg berkenal2an dgn bilal. hm.

adik2 maahad tahun 2 cerita2. kata mereka mereka sgt berterima kasih kerna ajar mereka kawad dgn serius tahun lepas. kerna kata mereka kualiti mereka agak baik berbanding dgn yg lain. kesian liyana nadhirah yg terpaksa mengawal mereka kerna mereka serius juga seperti yg aku kehendaki tahun lepas. x pe liyana. cuba lagi!

liyana nadhirah persis kakaknya! hehe.. aku selalu susah nak ketemu dgn kakaknya yg dahulunya bersebelahan katil kami..

kalau nak mengimbau setiap detik ketika di hira'. mmg lama.

gambar yg di pamerkan sewaktu pameran HAG tahun lepas.. iaitu gambar2 banat aku yg bawa pulang. aku abadikan dalam file usrahku.bia menjadi pembakar imanku! gambar tu adalah gamba formal sebahagian banat dgn mlmh tahfiz.rata2 yg melihat ada yg tidak kenal itu saya. dan rata2 juga mengatakan lain sungguh aku yg dahulu dan yg kini. kenapa ye? mungkin kerna dulu selalu dgn al-Qur'an. sekarang Qur'annya masih sahaja dibaca.. tetapi tidak sekerap dahulu.. ayuh, muhasabahlah hanifah!
muallimah asiah selalu nasihatkan aku agar tidak terlalu kecilkan skop pemikiran saya.. pernah kami bicarakan tentang teman kami yg dahulunya sgt semangat dgn dakwah tetapi dia kini menghadapi sedikit masalah.. dan kata muallimah asiah dgn tenangnya.. Allah nak bagi kita kerja.. kalau semua org baik.. x de kerjalah kita.. dan kita kena bantu kawan kita tanpa memilih kerna siapa tahu satu hari nanti kita pula yg menghadapi masalah.. bisa saja teman yg dibantu tadi membantu kita semula~

hanya dengan mengingati ALLAH jualah hati akan menjadi tenang~
saya kena ingat kenapa saya di sini. saya telah disentakkan oleh junior di hira' tentang apa tujuan saya yg sebenarnya.. saya juga dibayangi dengan pesanan abang saya yg mana dia mengingatkan saya jangan jadi seperti keanak-anakan.. umur saya pun sudah 18 tahun.. jika tahun Islam.. 19 tahun menjelang ramadhan ini.
saya ada meminjam sebentar buku tulisan Dr. Aidh al-Qarni tentang saranan beliau agar kita semua sentiasa tersenyum. ini saya petik 1 kisah di dalam buku tersebut.
ada sekumpulan murid. kelihatan salah seorang dari mereka sentiasa membuatkan kumpulan itu menangis. sementara yg 1 lagi sentiasa ceria. lantas yg menangis itu berkata kepada yg ceria itu: engkau seperti sudah selesai beramal. balas yg ceria tdi kepada yg menangis itu: engkau pula seakan-akan sudah berputus asa dari rahmatNya.. ini tentang murid nabi Isa alahissalam.
muka surat pertama lagi sudah ter tulis:(mafhumnya)
tersenyumlah! bagaimana mungkin orang yang telah meredhai ALLAH sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya, dan Muhammad sebagai nabi dan Rasulnya tidak tersenyum..?

dan terdapat banyak lagi kisah yang bisa bikin saya gelak dan tersenyum dengan izin ALLAH juga. senyum umpama penawar bukan? tapi senyum pada tempatnya kalau tak khuatir akan terjadi masalah lain pula.. -_-~ hehe.

saya tahu blog saya ini tidaklah semantap bloggers yg lain misalnya umusyeda, yangterpilih, alfateh dan sebagainya kerna saya kurang menghiaskan blog ini dengan dalil2. tapi ini sekadar coretan dari sya yang nak kongsi sedikit pengalaman bersama anda.. semoga bermakna~

itu saja dari saya..

semoga post ini diberkati ALLAH s.w.t..



No comments: