Friday, 17 June 2011

feelingnya pasti berbeda!

bismillahirrahmanirrahim.

segala puji ALLAH, Tuhan sekalian Alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad [s.a.w].


baiklah. ikutkan hati, sebenarnya nak tunggu semangat baru nak tulis post ini. tetapi memandangkan seorang ukhti ini kerap bertanya, saya rasa seolah-olah telah menzalimi hak dan masanya kerana beliau berulang-kali ke blog ini dan mengharapkan post tentang ini, tetapi tiada.
justeru, selamat membaca ye.. terutama sekali aimi atiqah ^_^

[nota: sebenarnya segan nak terangkan dalam bentuk penulisan.. tapi sebab dah janji kan -_-]

khas: situasi tertentu

tunggu2!! ada apa sebenarnya ni?

ahha. sebenarnya semalam ahli usrah muallimah rosmawati ada buat iftar. jadi bagi mengisi masa lapang sebelum buka puasa, inilah tentatif kami:

+kelas tambahan
+solat asar
+ma'thurat
+Explorace
+khidmat diri
+ifthar yuk :)
+solat maghrib bareng
+sedikit taujihat hati: Albanna
+kemas2
+pulang


jadi?

macam nila. hanifah+husna yang buat explorace tu. jadi kami pecahkan kepada dua kumpulan. dan masing-masing ada 6 checkpint yang sama.

nama explorace ini: TAUJIH HOLISTIK, SAHAM BERTERUSAN



CHECKPOINT 1

INFAQ: membersihkan harta-harta yang kotor, hati dan meringankan beban mereka yang susah. fikirkan.


+biasanya kalau games je mesti orang sangat mengharapkan sesuatu yang menggembirakan/ sesuatu yang bisa bikin orang gelak ketawa/ sebagainya. tetapi saya dan husna mengambil peluang ini untuk mengumpulkan naqibah2 ini dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat baik dari segi lahiriyyah mahupun daripada segi batiniah.

+adakah kita pasti yang harta yang kita gunakan setiap saat itu bersih daripada sebarang perkara yang haram/syubhah? pernah suatu ketika, saya menonton rancangan al-kuliyyah dan kata ustaz tersebut, cara untuk kita membersihkan harta-harta yang kotor adalah dengan menginfaqkan di jalan ALLAH[nota: skop luas]. jadi, hanifah mauskkan elemen ini ke dalam exporace ni.. dengan hadaf supaya kita semua tidak mengambil remeh soal harta yang kita miliki. ya, memang kita nampak harta bersifat dunia, tetapi.. kena ingat.. dengan harta yang kita ada jugaklah kita beli makanan dan makanan tu menjadi darah daging. ok.. saya x ingat daripada siapa yg kata ini: orang yg makan makanan haram, doanya tiak diterima selama 40 hari.

+selain tu, cuba soal2 diri kita. berapa banyak duit belanja yg mak ayah kita kasi sehari? ok. let say sehari kita dpt RM2. dalam seminggu kita sekolah lima hari. setiap isnin, wajib puasa kat sekolah. jadi RM2 dah x guna. dan biasanya dalm RM2 yang kita dapat tu, kita akan peruntukkan paling kurang dalam 20 sen utk masuk tabung.

jumlah income sebulan: RM2 x 5 hari x 4 minggu = RM40

jumlah duit yg selamat sbb puasa: RM2 x 1 hari x 4 minggu = RM8

jumlah tabungan: RM0.20 x 4 hari[sbb tolak hari puasa] x 4 minggu = RM3.20


kiranya tabungan sebulan kita adalah lebih kurang RM 11.20.. dalam RM11.20, tak nak ke kita infaq fi sabilillah? kalau kita infaq.. agak2 apa kesan?

1) Allah dan janji dalam surah al-baqarah awal juzu' 3, siapa yg infaq, maka akan mendapat ganjaran beratus kali kali ganda. mcm sebiji padi yang menumbuhkan sebatang padi yang mengandungi 7 tangkai dan setiap tangkai mengandungi 100 biji padi. SEE! 700 kali ganda kot!

2) hidup lebih berkat. itupun kalau ikhlas ye~ sebabnya, orang yang menerima infaq itu akan mendoakan kita, inshaALLAH.

3) supaya dapat meringankan beban saudara2 seIslam/hamba-hamba ALLAH yang tidak senasib dengan kita.

4) 1 hari nanti, kalau kita pulak yang susah, maka orang-orang sekeliling tidak akan rasa berat utk membantu, inshaALLAH.

5) dapat mengurangkan peratusan pengeluaran duit ke arah yang tidak sepatutnya seperti main game dekat cc mungkin :) takpun... beli junkfood banyak2 sampai obesiti, lepastu tak larat nak buat banyak amal.. takpun.. beli topup/call guna public.. call og yang x sepatutnya tanpa hadaf yang bersih dan jelas.. takpun beli rokok ke dan sebagainya.

6) laaaaaast sekali, tentulah dapat membersihkan hati dan mendatangkan ketenangan..


CONCLUSION CHECKPOINT 1:

pokoknya, sebenarnya nak galakkan kita semua untuk berinfaq. heheh. sorila, penerangan berjela. takpa inshaALLAH dapat manfaatnya.

habis tu.. kalau x mampu? ha.. kalau tidak silap rasulullah pernah didatangi seorang manusia yang miskin.. lantas dia bertanya kepada baginda berkenaan kondisinya yang kurang mampu untuk infaq fi sabilillah... lau Rasulullah jawab(mafhum) : senyum :)

ok. dengan senyum, kita mampu memberi semangat dan inspirasi buat mereka yang sudah layu dan futur dalam ragam kehidupan.. dengan senyum jugak mampu mengubat 1000 luka yang ditusuk dengan dahsyat.

ALLAH kan ADIL~

jadi tidak ada alasan untuk kita tidak infaq!

infaqlah semampunya.

checkpoint lain sambung post lain :)














No comments: