Wednesday 8 June 2011

karnival MGB SIM 2011

aku berlindung dengan nama ALLAH daripada syaitan yang direjam

BismillahirrahmanirRahim


pos kali ini sebenarnya khas ditulis bersempena dengan karnival MGB SIM 2011 yang baru sahaja berakhir semalam.



INTRODUCTION

MGB Sim adalah Majlis Guru Besar Sekolah Islam seMalaysia. tahun lepas di terengganu. tahun ni pula di hira' jeram, sekolah lama saya. berlangsung selama 2 hari sahaja iaitu pada 6 Jun seawal 9 pagi dan berakhir pada 7 Jun pada 10.00 malam. Terdapat banyak sekolah yang berada di bawah rangkaian MGB SIM. istimewa tahun ini, sekolah rendah turut berentap sama, tetapi mereka hanya pada hari pertama sahaja.


ISI

Pertandingan terbahagi kepada 2, iaitu Sukan dan Amal Islami. Acara sukan: pingpong single dan beregu, catur, bola jaring, futsal dan takraw. Amal Islami pula: pidato, bercerita, hafazan al-Qur'an, hafazan hadeeth, tilawah, nasyid, khutbah, azan, khat dan gubahan bunga.

wakil-wakil sekolah yang dihantar terdiri daripada pelbagai kategori. ada yang pernah menjadi wakil negeri, daerah, sekolah. ada juga yang beginners. x kurang juga yang humble... maknanya.. hebat tapi x pernah jadi wakil daerah dan sebagainya..

kebanyakan sekolah menghantar peserta2 yang agak hebat. jadi untuk mendapat johan, memerlukan usaha dan pergantungan yang lebih kepada ALLAH.

Al-amin bangi, seawal 6.30 pagi lagi sudah berkumpul di perkarangan sekolah.. tapi, pakcik bas datang agak lewat sedikit----> 8.30 pagi. HUSH! :)

pada tahun ini saya mewakili sekolah dalam acara pingpong+******[teka sendiri]


PING PONG BEREGU BANAT

terbahagi kepada tiga kumpulan. kumpulan 1, 2 dan 3. setiap kumpulan terdiri daripada 4 buah sekolah. saya di kumpulan 1 yang mana terdiri daripada Al-amin bangi, sekolah menengah arab tahfiz, hidayah JB dan hira' jeram.

perlawanan 1

hidayah JB vs hira' jeram

pemain hidayah JB: asma' + Qatrul Aini
pemain Hira' Jeram: Madihah + Asyikin Zaidan

SET 1: hidayah JB win [21-17]
SET 2: hidayah JB win [21-17]

sengit jugak! saya yang tengok turut rasa tergugat.


perlawanan 2

al-amin bangi VS SMART

pemain al-amin bangi: delaila+hanifah
pemain SMART: aisyah+syuhadah

SET 1: al-amin bangi win [21-13]--->> kalau x silap
SET 2: al-amin bangi win [21-xx]--->> x ingat -_-

nota: alhamdulillah.. walaupun menang x rasa bangga dan puas langsung.. bukan x bersyukur, tapi x rasa buat yg terbaik.. x serius dan fokus waktu main.. haiya~


SEMIFINAL

sekolah2 yang berjaya ke semifinal adalah:

kumpulan 1: hidayah JB+al-amin bangi
kumpulan 2: Al-amin kemaman+al-amin gombak
kumpulan 3: As-saidiyyah+ [x pasti]


kumpulan 1

pemain masih sama. mana boleh tukar pun kan~

SET 1: hidayah JB win [21-19]
SET 2: hidayah JB win [24-22]---> seri.. 20-20.. jadi kena main lebih sikit~


nota: hidayah JB memang tere bab2 skill.. delaila pun sama.. aha.. hanifah je yg tak berskil. hidayah JB setiap kali serve guna screw laju. tapi alhamdulillah, screw x jadi masalah untuk saya.. masalah saya adalah susah nak agak distance pukulan. walaupun kalah, tapi x teruk sangat rasanya.. inshaALLAH boleh kejar next time.. sengit tak?


berakhirlah perjuangan saya untuk acara pingpong....


eh eh. tiba2 saya dipanggil untuk menjadi pengadil untuk pingpong single. jadi pengadil utk pingpong bukan benda yg mudah..kena fokus.. lagi2 pemain2 yang berjaya ke semi dan quato-final bukan calang2.. walaupun x pro.. tapi hebat jugak~[diorg ye bukan saya :)]



oklah. mcm penat nak cerita semua. jadi buat conclusion jelah ye.


CONCLUSION

sebenarnya nak cakap.. hati adalah simbolik kemenangan yang hakiki. walaupun kita menang, tak semestinya kita menang besar.. sebab2 kadang2 hati kita tewas dek erasaan riya' dan takabbur yang hanya menyakitkan hati2 orang yg melihat..

menang+ riya = menang kecil
menang+ tawadhu'= menang besar
kalah+ tak redha = kalah besar
kalah+ redha = kalah kecil


semua maklum bahawa tak semestinya mereka yang berada di final adalah yang terbaik, tetapi semuanya terletak di bawah ketentuan ALLAH.. ALLAH yang susun, jadi semua harus tunduk dan akur. ALLAH tahu yang terbaik utk kita semua. buat mereka yang menang, berhati2lah.. sama ada ia adalah nikmat atau pun istidraj. bagi yang kalah, berhati2lah...

bak kata makcik ton, mak kepada aqilah hatta dan syifaa' hatta kepada mereka yang kurang berjaya: kita kena terima segala ketentuan ALLAH, kalau tidak kita akan jadi bad loser. jadilah good loser ^_^

teringat sesuatu. memang! memang hakikatnya pesaing2 adalah sekolah2 lain.. tapi sebenarnya pesaing yang paling utama dan paling sukar utk di tewaskan baik di peringkat saringan mahupun di peringkat final.... adalah HATI. [jika baik hati tersebut, maka baiklah seluruh jasad]


selaku pelajar yang belajar dan memehami hakikat ISLAM, kita sepatutnya arif dan mafhum dengan adat permainan.. tapi jangan sampai putus asa di awal perjuangan. paling penting, usaha sungguh2.... cuba bayangkan kalau ALLAH dok tengok hasil je.. x dipandang usaha... habislah nabi nuh.. cuba bayangkan kalau PPD dok pentingkan markah je tanpa dipandang kerja kursus.. habislah produk2 negara... sebab apa? fikir-fikirlah sendiri.

untuk yang malas dan sedikit usahanya... ingat! meskipun dianugerahkan kemenangan.. sebenarnya kemenangan tersebt mengandungi amaran daripada ALLAH.. wallahu a'lam~


nota: saya dapat tempat keempat utk acara pingpong beregu, alhamdulillah! ^_^


tambahan: tahun ini, MGBSIM menyediakan hadiah utk peserta yang berjaya mendapat pertama hinggalah yang kelima.. daaaaaan.. saya catit hampir 100% keputusan keseluruhan utk setiap pertandingan.. [rajin x? -_-]

al-amin bangi:

tilawah: johan[banat] + ketiga[banin]
hafazan AQ: naib johan[banat] + ketiga [banin]
cerita: keempat
pidato: ketiga[banat]+naib johan [banin]
pingpong: keempat[banat]
takraw: kelima [banin]
futsal: kelima [banin]
bola jaring: keempat [banat]
khutbah: kelima [banin]
nasyid: keempat [banin]


nota: saya sewaktu di karnival, teringat dengan taklifan MPP MUSLEH.. dan bersoal-soal dengan diri sendiri.. apakah peranan? sempat berjumpa dengan semua MPP MUSLEH [khadijah idris, maryam che rahimi, nurul fidaa' rosli, nur kamaliah nagmuddin]

2 comments:

sufiyyah comel said...

teringin nk join sebenarnya! huhuhuhu. insya Allah lain kali. :)
tahniah ya!

hnmn said...

nk join jgk tp x de bakat :(