Sunday 24 July 2011

Karya



bismilahirrahmanirrahim..






Mei lalu, ada sambutan hari guru kat sekolah. mcm biasa, sambutan diadakan sejurus selepas exam midterm habis. ketika sambutan sedang berlaku, saya merasakan seolah-olah mood mcm agak kacau sbb suasana x dikawal dgn baik--->[nota: ini waktu mula-mula ye].. tiba-tiba jari-jemariku pantas mencari pen dan buku.. kemudian terhasillah sajak di bawah..


















apalah erti seorang muslim itu,



jika murabbi sendiri tidak dihormati.






apalah erti seorang muslim itu,



jika hanya memandang



tetkala musibah berlaku.






apalah erti seorang muslim itu,



jika hanya berperanan



tatkala ditaklifkan kepimpinan.






apalah erti seorang muslim itu,



jika hanya di mulut mengaku beriman,



tetapi seluruh tubuh menafikan.






apalah erti seorang muslim itu,



jika orang lain yg sering diharapkan,



sedang diri sendiri seolah-seolah dilupakan.






ya ALLAH,



Kau ampunilah kami,



Kau golongkanlah kami dalam golongan



mereka yang benar-benar beriman.

Saturday 9 July 2011

antara sengaja atau terlupa

p/s: sihat x hari ni?







bismillahirrahmanirrahim





alhamdulillah, sykukurku ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yg masih diberikan kepadaku hingga ke saat ini. selawat dan salam ke atas kekasih ALLAH, penghulu anbiya', Rasulullah s.a.w. semoga penulisan kali ini diberkati dan mampu memberi ibrah dan manfaat walau hanya sedikit, ameen.








1. kawan





baru-baru ni tiba-tiba teringat cerita-cerita lama. bukan cerita yg dilakonkan oleh barisan pelakon handalan baik di layar perak mahupun di mana-mana.. tapi cerita saya sendiri. ini cerita tahun 2007. lebih tepat akhir tahun 2007. waktu tu join camping Ibadah In Camp dekat kem sri raudhah, gombak yg dianjurkan oleh Total Success Resources.





nak dijadikan cerita, Allah telah mentakdirkan saya demam waktu kat sana. bukan demam biasa-biasa. hari-hari terakhir, waktu org lain semua tgh smngt kemas-kemas.. saya masih di bilik sakit yg disediakan. sambil-sambil regain energy, saya sebenarnya turut sdg mengumpul smngt supaya dapat kemas baju2 kotor dan brg2 yg dibawa ke camping.





tiba-tiba, datang seorang kawan lalu offer utk kemaskan brg. wah! saya mestilah segankan. brg camping bukan mcm baju2 busuk kat rumah. tapi setelah dia nak jugak.. akhirnya saya benarkan juga. rasa terharu. katanya: waktu dia kat sekolah, dia dgn kawan-kawan dia mmg biasa saling tolong2 buat benda2 mcm ni. maknanya, kalau mereka memerlukan bantuan, akan ada antara mereka yg akan sanggup utk bantu. walaupun benda tu kdg2 tampak mustahilm mereka akan cuba sedaya upaya. dan dia bukanlah kawan saya sebenarnya pada ketika itu, tapi dia adalah junior saya. tapi kini kami kawan rapat hingga kini.








kadang-kadang kita manusia selalu mintak untk dianugerahkan kawan yg mcm ni, yg mcm tu.. mcm2lah. tapi sbenarnya kita tak sedar.. yg ALLAH mmg dag anugerahkan kawan yg mcm kita mintak.. entahla.. perasan atau tak.. entahla.. sengaja buat-buat x perasan atau terlupa untuk perasan yg ada kawan yg sangat baik di sekeliling kita. teringat, beberapa hari lepas ada baca buku nota classmate saya. dia tulis: syukur lebih susah berbanding sabar. hal ini kerana ketika kita ditimba musibah, rata-rata manusia masih boleh bersabar, namun amat menyedihkan.. apabila kita diberi nikmat oleh ALLAH, jarang sekali antara kita yg ingat untuk bersyukur.. sbb tulah semua yg asalnya indah dirasakan bagai racun[ceh! :P]





nota: mentang-mentang manusia berasal daripada perkata nasiya yg membawa maksud lupa.. habis smue benda nak lupa.. iish3~








2. nikmat





kita selalu sangka yg nikmat ALLAH ni berupa harta atau kejayaan dalam pelajaran dan yg seangkataan dengannya. tapi selalunya kita terlupa yg kalau 1 hari ni ALLAH takdirkan kaki kita untuk terperosok ke dalam lubang gara-gara tidak nampak juga adalah satu nikmat yg x terhingga.





baru-baru ni.. nak beli burger dgn adik.. jalan2.. sekali jatuh! mmglah. sakit dia sampai sekarang,, nak solat pun rasa.[ adakah sbb tak khsyu'? wallahua'lam]





kalau org yg x bersyukur.. apa sahaja yg berlaku.. semuanya salah org lain takpun salah ALLAH.. habistu.. bilanya die salah? ish3~ sama-samalah kita muhasabah diri.





bersyukurlah..











3. bulan syaa'ban.





bulan sya'ban dah nak masuk fasa pertengahan. ingat x? ke lupa jugak -_-''? baiklah, jadi untuk tatapan diri saya khususnya, ini ada sikit fadhilat-fadhilat bulan sya'ban.. walaupun da nak sampai ke fasa pertengahan.. sekurang-kurangnya belum habis lagi..,





" barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya'ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. dia akan menjadi teman nabi ALLAH, nabi Yusuf di dalam syurga. diberi pahala oleh ALLAH seperti pahala nabi ALLAH, nabi Ayub dan nabi daud. jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya'ban, dimudahkan ALLAH atasnya sakratul maut dan ditollak[dilepaskan] daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara munkar nakir, di tutup ALLAh keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya." [hadeeth]








em.. walaupun banyak fadhilat pada bulan sya'ban ni.. diingatkan juga bahawa ada berita yg kurg baik..





Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam nisfu sy'ban enam orang:





1. org yg kekal minum arak


2. org yg derhaka kepada ibu bapa


3. org yg kekal dalam zina


4. org yg banyak berkelahi


5. org yg melakukan perjualannya dengan sumpah dusa


6. org yg memeperlakukan org supaya kelahi.











ok.. ini satu lagi fadhilat bulan sya'ban:





"Allah menjenguk dtg kepada semua makhluknya di malam nisfu sya'ban, maka diampunkan dosa sekalian makhluknya, kecuali org yg menyekutukan ALLAH atau org yg bermusuhan"





ok em. teringat satu tagline satu blogger ni. "hidup ini jangan benci membenci"--> kalau x silaplah.











banyak lagi.. fadhilat.. apa kata search sama2?














conclusion:





manusia ni selalu sangat ckp: terlupala.. inila.. itula.. yg sebenarnya hanya ALLAH sahaja yg tahu.. tapi cuba tany apada diri kita pada setiap kali kita hampir ckp terlupala and so on.. tanya: kita ni betul-betul terlupa ke atau sengaja terlupa? buat yg selalu terlupa.. kurg kan tgk perkara2 yg tak berfaedah/ kotor. jaga pemakanan. banyakkan baca qur'an.





saya pernah tusyen arab dgn seorang pakcik yg mmg pure arab. then, kami yg tusyen dgn dia ni semuanya x buat homework yg dia bagi. kami ckplah terlupa. lepastu dia ckp: JALLA MAN LA YASHU.. maksudnye.. ALLAH je yg x kan lupa. lepas tu die istighfar2.. sbb tahan marah. aha. saya kagumlah.





akhir sekali, kalau betul2 kita seorang yg pelupa, buatlah reminder.. cuba usaha sikit!!! kalau nak berjaya spm boleh pulun bagai nak rak... kalau nak tackle makwe/pakwe sanggup aja buat berjuta reminder.. kalau nak mcm2 bolej je usaha.. takkanlah nak capai cinta ALLAH x mampu nak usaha lebih sikit?

Saturday 2 July 2011

sehari perjalanan

bismillahirrahmanirrahim

baiklah. memandangkan saya bukanlah org yg jenis mengupload gambar waktu post, jadi harapnya bacalah sekadar apa adanya.


DEBAT MUSLEH 2011

Pada tahun ini, saya telah membawa satu semangat serta tekad yg baru dalam bidang perdebatan. Namun, oleh kerana umur saya melebihi had syarat yg telah ditetapkan oleh pihak penganjur, maka saya x joinla akhirnya. tahun ni, al-amin bangi menghantar 2 team untuk kedua-dua kategori iaitu bahasa melayu dan juga bahasa inggeris.

bahasa melayu:

team A
1-Nurul Hana binti Amran(F5)
2-Haifa Nasuha binti Muhd Nadzlan(F4)
3-Ummu Farhah binti Izudin(F2)


team B
1-Nurul Aimi binti Amran(F4)
2-Husna Nabilah binti Farid(F2)
3-Hanisah binti Samsul Bahari(F2)


Bahasa Inggeris:

team A
1-Solehah binti Badrol(F3)
2-Izdihar binti Mohd Hariffin(F2)
3-Luqman Hakim bin Azizi(F4)


team B
1-Hadirah binti Zaharuddin(F4)
2-Adi Edry Faris bin Faris Mahida(F2)
3-Muhd Al-ameen(F2)


memandangkan kejohanan ni bermula dari hari khamis lagi, jadi x boleh tgk lah kan sebab sekolah... tambahan, ada program exchange student yg dtgnya dari Indonesia+Thailand. jadi, hari yg paling boleh dtg adalah hari sabtu. saya tahu ini agak susah. tapi cuba jugak.. mula-mula nak pergi dengan mlmh ummi, sekali anak mlmh demam pulak.. semoga cepat sembuh ye :) lepas tu call mlmh shikin tahir.. alamak! mlmh dah sampai sana. -_-'' sedih sikitla.. he-he. ikhtiar punye ikhtiar.. last2 buat keputusan malas lah nak pergi. tapi last2 pergi jugak naik public transport. ktm ukm--> kl central. cari monorel berhenti dekat chow kit. from there.. tanya direction dekat org2.. mcm2 direction.. rasa geram dan penat jugak.. tengah hari kan. last2 buat keputusan naik teksi je terus sampai hotel putral sebelah pusrawi tu.. murah je tambang.. untuk 2 org: RM 5.20. rasanya dalam 5-8 minit minit cmtulah.

sampai2 terus call mlmh shikin. tapi x angkat. jadi kenalah cari sendiri diorang semua ade dekat mana. wow! banyak kot sidang2 yg ada. fes sidang yg jumpa ada sekolah islah. second sekolah al-amin gombak tgh berentap dgn KISAS utk silent round. lepas terserempak dgn beberapa al-aminianz, akhirnya jumpalah team B BM dekat tingkat 11. sampai2 waktu tu judge tgh komen. diorg tgh berentap dgn MITIB. lepas habis, diorg ajak gi tgk team A BM. jauh nun dekat basement. sampai2 pun tgh komen jugak.

tiba2 baru tersedar 1 benda. HP hilang! saya bertenang je.jadi semua pun mcm biasa je lah. saya pun pergi balik semua tempat yg saya singgah2.. termasuklah washroom di tingkat 12.. tapi x de. selepas tawakkal, tiba2 adik saya dtg, katanya hp saya ada di bilik urusetia..

sepanjang hari ni saya jumpa ramai sangat org yg saya kenal. antaranya: maryam che rahimi, jasmine(al-irsyad), fida'(al-islah), syaima', raihanah, ili syazwani, maryam nazihah, isna, amalina, najat, nsaibah, khalidah, sakinah nas, diyana nas, ain abdullah, marsha dan lain-lain yg kurg ingat namanya.... :P

well, turut berbangga sbb rupanya ramai antara peserta2 nadwah+MPP musleh turut serta dalam kejohanan ni. antaranya: maryam che rahimi, nurul fidaa' rosli, akh azim, akh muaz omar, akh zubair amir, syaima' hasanuddin, syeba[syahirah hidayah jb], maisarah hidayah jb, hana al-amin bangi dll.

bukan tu je, perwakilan dari barisan kepimpinan ikramteens bahagian hulu langat dan kajang juga ada.. iaitu solehah badrol, fattah dan hariz. sebelum balik, saya sempat menyaksikan pusingan quatofinal:

1) Al-ISLAH (A) vs AL-AMIN GOMBAK

Al-islah: Nusaibah, Zhilal, Zubair Amir
Al-amin Gombak: Khalidah, Najat, Muaz Omar

Usul: Umur mengundi perlu dipinda kepada 18 tahun [lebih kurg mcm nilah]

win: AL-AMIN gOMBAK.. tatau sapa best speaker.. tapi kalau apa yg saya tgk..mungkin najat/khalidah/zhilal yg dpt.

2) SRI AYESHA vs ?? [english mode]

saya tgk kejap2 je yg ni. tapi speaker2nye semua mantap2.. POI mcm setiap masa. lancar sgt! mcm BI tu dah jadi bahasa harian.


3) HIRA' JERAM vs ADNI [arabic mode]

ni tgk peserta je. lepas tu gi tgk BM :P



ok sebenarnya.. kalau ade rezeki, teringin sangat nak masuk kejohanan debat buat kali terakhir sebelm saya meninggalkan bangku persekolahan. Tapi, saya tahu, ini satu perkara yg agak mustahil kerana yg pertamanya saya dah nak spm sgt dah.. bulan 7 ade gerak gempur, bulan8 ade trial. waa... and the next championship is really around the corner.. lagi 2 minggu. yg keduanya, ayah saya x kasi.

so.. apa keputusan al-amin bangi?

go ahead and tanya mereka sendiri :)








sejauh pengamatan saya.. mereka bagus sekali. cuma mungkin bukan rezeki mereka kali ini.. for English teams.. mereka meningkat sgt2..

RESULTS:

Team A BM: Ranking ke 11/30, menang 3/5 rounds.

Team B BM: Ranking ke 24/30, menang 2/5 rounds.

[nota: untuk ke quato final, hanya 8 team yg teratas je.. team yg ranking ke-8 tu sgt tipis dengan al-amin bangi.. margn beza 1 je kalau x silap.. in fact, kalau margin sama.. al-amin bangi mmg sangat layak sbb markah al-amin bangi tinggi.. cuma margin je rendah sikit.. well x pe, 10 calon best speaker belum umum lagi.. mana tahu antara korg ada yg dapat ke en?]

Team A BI: menang 3/5 rounds

Team B BI: menang 3/5 rounds

[nota: saya tak sempat nak tanya ranking mereka.. tapi biasanya kalau dah mng 3/5 rounds.. ranking akan jadi belas2..]



ape-apepun, tahniah semua dan tidak dilupa kepada solehah: happy belated birthday dan kepada ilyana, happy matured day :P






nota: sampai sini je ye. ngantuk dah. perjalanan panjang/ pendek, smuanya pasti ade terselit ibrah... selamat cari lah ye..