bismillahirrahmanirrahim ^^
subhanallahil 'azim.
berbekalkan hanya lebih kurang 10 minit, saya perlu mencoretkan sehabis baik mengenai ceramah yang disampaikan oleh salah seorang daripada naib mursyidul amr, ikhwanulmuslimin, syeikh dr. jum'ah amin. hal ini kerana saya telah berjanji dengan adik saya untuk bertukar giliran penggunaan laptop tepat pada jam sekian sekian ^^
oh ye, seperti biasa, saya bukanlah blogger yg jenis letak gambar yg berkaitan dengan post. tapi, kdg2 tu letak juga. dan suka untuk saya ingatkan kepada pembaca, blog ini hanya blog biasa, tetapi masih mempunyai ruang untuk menjadi luar biasa jika anda menginginkannya :D
saya mula ya~~
-------------------------------------------------------------------------------------------------
"UMMAH ini akan dihidupkan kembali dengan al-Qur'an"
[hassan al-banna]
jika terasa gersang di jiwa, maka basahkanlah dengan mengingati ALLAH. nabi pernah bersabda bahawa baginda meninggalkan kepada kita 2 perkara iaitu al-qur'an dan sunnahNya, yang mana, jika kita berpegang teguh dengan keduanya, maka kita tidak akan disesatkan. jadi mulakanlah dengan diri kita. harus taqarrub ilallah.. agar ummah terus tumbuh subur, mekar dan segar, inshaALLAH.
dr. Jum'ah amin menyatakan kekesalannya kerana tidak sempat untuk bermu'ayasyah dengan imam hassan al-banna, meskipun beliau sendiri sempat hidup di zaman albanna. beliau juga ada menyatakan bahawa beliau pernah dipenjarakan selama lebih kurang 17 tahun dek konspirasi al-mansyiyyah di mana terdapat ramai ikhwah yang dipenjarakan.
kemudiannya, beliau terus menyampaikan secara serius berkenaan rabbaniyyah. yang mana ceramah ini banyak disusuli dengan selitan-selitan cerita para sahabat yang boleh diambil sebagai qudwah dalam memupuk sifat rabbaniyyah ini dalam diri kita :)
"ALLAH cinta orang-orang yang bersifat rabbaniyyah!"
kemudiannya, dr jum'ah amin turut melontarkan beberapa kenyataan yang membuatkan para hadirin terus berfikir dan mencerna.
1. sesungguhnya tidak ada nilai senjata yang hebat sekiranya tidak hadir bersama air mata yang mengalir kerana takutkan ALLAH dan jiwa yang khusyu'....
2. apakah faedahnya kalau sesuatu saff itu hanya dipenuhi dengan hati-hati yang kotor?
Para hadirin turut diterangkan berkenaan cara-cara imam Hassan al-banna mendirikan malam walau dengan tidur yang pendek, cara-cara mengingati ALLAH dan juga cara-cara mendekati ALLAH 'azza wajalla, iaitu dengan berpandukan 3 manhaj: aqidah, amal & [tidak dinyatakan].
> aqidah:
- bukan ilmu semata-mata, tapi yang perlu dibina adalah amal dan berhadafkan untuk melahirkan insan yang tidak takut mati.
tangan kanan: utk tanam generasi
tangan kiri: untuk pikul senjata
kedua-dua misi ini harus berjalan seiring!
"AQIDAH mampu menjadikan kita menanggung segala kesusahan dansabar dengan sebarang gangguan"
kata Imam Hassan al-Banna: kita akan perang manusia dengan KASIH SAYANG!!!
[ini tambah sendiri: hanya kasih sayang yang ikhlas lillahi ta'ala yang akan membuatkan hati ini tersentuh dan terus bertaut hingga ke akhirnya]
beliau menyambung lagi dengan mengatakan rijal ini terdapat 2 jenis, iaitu rijal yang cintakan dunia dan juga rijal yg cintakan akhirat. persoalannya di sini, kita sibuk bercakap tentang rabbaniyyah yang harus ditanam pada rijal-rijal sekalian, tetapi di manakah rijal-rijalnya?
Rabbaniyyah itu cukup berkait rapat dengan tingkahlaku kita dalam berhubungan dengan ALLAH.
Syed Qutb pernah suatu masa dahulu dipenjarakan buat kesekian lamanya sehingga akhirnya penjaga penjara meminta salah seorang daripada ahli keluarga perempuan Syed Qutb untuk memujuk beliau agar menyatakan persetujuannya berkenaan dengan kepimpinan pada ketika itu melalui kenyataan secara bertulis. Lalu beliau berkata:
"Jari yang mengucap SYAHADAH di dalam solat ini sekali-kali tidak akan tulis 1 kalimah pun untuk menyokong TAGHUT itu"
kemudiannya, beliau terus berdiri gagah demi menyampaikan 1 realiti yang berlaku di tahrir square, mesir pada ketika mereka sedang berkumpul. mereka berkata: SEKIRANYA REVOLUSI INI GAGAL, KAMI AKAN KE TALI GANTUNG, JUSTERU LEBIH BAIK KAMI MATI SYAHID DI SINI.
mereka terus berkumpul di dataran tahrir[merdeka], sehingga pada jam 12 malam, telah datang beribu lagi rijal ke medan tersebut. Pada jam 2 pagi, beliau mendapat panggilan daripada seorang akhawat yang menyatakan:
"adakah bala/ujian ini hanya diturunkan keatas RIJAL sahaja? sesungguhnya kami turut sanggup walau badan ini hancur"
SELINGAN: akhawat ini berkata demikian kerana para akhawat dan kanak-kanak diminta untuk pulang oleh para ikhwan kerana mereka kasihan akan para akhawat dan juga kanak-kanak.
baiklah, masa sangat suntuk ni, terus ringkas ke akhir...
"jangan tengok apa yang para ikhwan capai di mesir, tetapi lihatlah bagaimana cara mereka, bukan dilihat pada natijah semata"
.....
Wallahua'lam..
ini amanah saya, ya! ini amanah saya dalam menyampaikan walau hanay satu ayat~ semoga post kali ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada saya dan juga yang lainnya. akan datang inshaALLAH akan post pula tentang ceramah yang disampaikan oleh naib mursyidul amr yang lain iaitu syeikh mahmoud Ezzat di sekolah saya pagi tadi :D
wa ilal liqa',
assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatu wamaghfiratuh waridhwaanuh.
barakallahfeekum ^^
No comments:
Post a Comment