Sunday, 5 February 2012

sedetik merenung




bismillahirrahmanirrahim..

assalamu'alaikum semua ^^ [jawab ye]



FYI, saya post pada hari ni bukan bersempena maulidur Rasul semalam, tapi.. bersempena dengan matlamat saya yang masih sama iaitu: SAMPAIKANLAH WALAU SATU AYAT. kalau kita sampaikan hanya pada tarikh-tarikh tertentu seperti maulidur rasul, ramadhan... maka habislah manusia kerana tidak mendapat sebarang peringatan pada hari-hari yang lainnya :)


jadi, pada hari ini, post saya berkenaan anak saudara saya yg kedua. namanya Tuan Ilham. em, dia perempuan ye. tuan tu keturunan.. macam tengku, wan, etc.



[ini ilham tgh solat ^^]


umur ilham bulan 4 ni masuk 3 tahun. baru 3 tahun? rasa mcm dah besar dah budak ni. hesh. dia ni kelakar. dia ni bagus. ni dialog antara ilham dgn umminya sebaik sahaja dia menghidangkan umminya makanan yang dibuat sendiri dari playdoh :D


Ilham : nah ummi, makan.
Ummi : Pretend to eat. Nyum-nyum-nyum
Ilham : Eh! Ummi lupa bismillah la!
Ummi : (Ya Allah malunya -_-) cover baca bismillah. then makan tipu2 balik.

5 minit setelah itu, ilham datang semula. turut dibawa bersama hidangan playdohnya yg sama tadi.

Ummi: Bismillah.. (sambil pura2 makan)
Ilham: Ummi lupa baca doa ye..... (ket
awakan ummi)
Ummi : TT Alamak...




comel kan? dia ni la yang dok ceriakan rumah dengan sepupu dia yg lagi 2 org: fidaa'+ usayd. ada je benda yang nak dibuat. yang menarik tentang mereka, mereka reti bertutur dalam satu bahasa yg sama, ya sudah tentu bahasa yang hanya difahami oleh mereka. dulu, satu pun x faham, hanya angguk je :P alhamdulillah sekarang, kata-kata mereka sudah mula butir [>> dah faham sikit-sikit]



oh ye. ini kisah gembira.


pada saat ini, tuan ilham ni tgh dirawat di sebuah hospital di kajang. dia dimasukkan kan ke wad kanak-kanak semalam kerana muntah+cirit-birit berterusan. suddenly, saya pun diminta untuk teman+jaga dia buat sementara waktu dekat hospital while ummi dia balik kejap utk solat dan siap-siapkan barang yang patut.

sampai sahaja di katil dia. uh. rasa kesian tgk tangan dia dicucuk jarum tempat ambil darah. muka dia nampak lain sgt kalau nak dibandingkan dengan gambar kat atas yg sangat ceria. mula-mula dia ok je. tiba-tiba, bila ummi dia kata nak balik, dia terus menangis. saya jadi sedih. nak taknak, saya kena jugak buat dia tenang. sebab, yang pertama, kakak saya x solat lagi. yang kedua, dia x duduk bilik persendirian. means, dalam bilik tu ada ramai. jadi, kesian dekat kanak2+ibu2 yang lain kan.

saya bukanlah org yg reti handle kanak-kanak. saya fikir je mcm mana nak buat ni. tinggal saya je dengan ilham. tambahan, waktu maghrib hanya lagi beberapa minit. tiba-tiba, dtg nurse, dia nk pindahkan ilham ke tempat lain, penuh katanya. saya pun lega sikit. sekurang-kurangnya tidak mengganggu yg lain.

alhamdulillah, tempat baru ilham kosong. x de org lain. saya pun suka :P. hehe~ jadi saya baca ma'thurat sambil usap2 kepala dia. alhamdulillah, kuasa ALLAH dia senyap dan begin to fall asleep. saya baca je sampai habis. doa. kalau saya terus senyap, nnti dia bangun. jadi saya pun mulakan murajaah saya. alhamdulillah, saya bawa al-qur'an bersama. saya murajaah satu surah al-baqarah. mula dari al-fatihah, sampaila habis surah.

bukan itu yg saya nak cerita. tapi... ha! ada 2 perkara me
narik sepanjang saya murajaah surah ni sebelah dia.

1. sampai je ayat yang ke-15, dia tiba2 geleng2 dengan semangat. walhal dia tgh tidur. maksudnya dia mengigau. saya terus lihat pada maksud ayat tersebut. tahu apa maknanya? ini maknanya:

"ALLAH AKAN MEMPEROLOK-OLOKKAN MEREKA DAN MEMBIARKAN MEREKA TERUMBANG-AMBING DALAM KESESATAN"


saya terkejut! tetapi saya teruskan murajaah saya.

2. smpaila ayat yg ke-201, ilham tiba-tiba angguk-anggukkan kepala dia. sekali lagi dalam keadaan tidak sedar! saya kembali melihat maksudnya,



"DAN DIANTARA MEREKA ADA YANG BERDOA, YA TUHAN KAMI, BERILAH KAMI KEBAIKAN DI DUNIA DAN KEBAIKAN DI AKHIRAT, DAN LINDUNGILAH KAMI DARI AZAB API NERAKA."


azhim! Wallahi!

saya lantas berfikir.. budak yang sekecil ini, yang hakikatnya tidak mengerti ma'ani kalimah-kalimah di dalam al-qur'an pun gentar akan a

zab ALLAH. lihatlah, dia mendirikan solat. walhal, umurnya yang sebegini kita semua maklum dia belum ditaklifkan utk menanggung dosa :)

Imam Hasan Al-Banna kata, Ummah ini akan dihidupkan kembali dengan al-Qur'an.

dan benar jugalah kata-kata ALLAH di dalam al-qur'an: HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAHLAH HATI AKAN MENJADI TENANG~ lihat, dia begitu tenang sepanjang dibacakan kepadanya ayat-ayat al-Qur'an. tetapi kita yang sudah besar ini, masih mengharapkan serta melakukan perkara yg tidak sepatutnya dengan harap
an dapat menenangkan diri, walhal pada hakikatnya lebih membinasakan diri..

ayuhlah semua, kita kembali mengingati ALLAH! ingatlah ALLAH pada setiap detik!





duhai hamba ALLAH, ayuhlah sesekali kita ketuk pintu hati kita dan tanyalah apakah hidup kita benar-benar berpaksikan ALLAH yang satu?


[saudara, jangan dikenang apa yang telah berlalu. Untung kita kerana ALLAH sedia menerima taubat hamba-hambaNya. Untung juga kita kerana tidak dihukum sebagaimana iblis dihukum neraka atas kesalahannya yang tidak taat pada perintah ALLAH walau hanya sekali. pernahkah kita bersyukur? tunjukkanlah rasa syukur kita dengan kembali semula pda fitrah kita, iaitu beriman kepada ALLAH taala~]







salam sayang buat semua,

beinal ams walyaum.








4 comments:

ﻧﻭﺮ ﻋﻴﻨﻰ ﻤﺮﺴﻠﻴﻦ said...

Subhanallah

saya tertegun sekaligus merenung setelah membaca postingan ukhti Hanifah, jazakillah ukhti telah menshare pengalamannya. Semoga kita banyak mengambil ibrah darinya. :)

Anonymous said...

Slm...mcmana dgn result SPM dik?...mesti dpt straight a ni...ape2 pun,tahniah dik...=)

Anonymous said...

Slm...mcmana dgn result SPM dik?...mesti dpt straight a ni...ape2 pun,tahniah dik...=)

Anonymous said...

alhamdulillah keputusan SPMnye kheir :)

-hanifahjailani-