Monday, 29 July 2013

dua tangan yang merapat

salamullahialayk warahmatullahi wabarakatuh.


semoga post kali ini menemui kalian dalam keadaan kalian dan juga saya di redhai ALLAH dan sedang membara-bara semangatnya dalam memburu lailatulQadr :)

erk. jangan sampai lailatulQadr ini mensilaukan kita dalam mencapai hadaf utama hidup kita, yakni Redha+cinta ALLAH tu :)


hari ni nak cakap benda yg simple mimple je inshaALLAH, biiznillah.

hari ni, sepatutnya kena post tazkirah di page exito(page batch yarmouk) di fb di belah pagi. mula2 relek dulu sebab pagi malaysia x sama dengan pagi jordan. ha. tangguh2. tgk2. dah lepas waktu pagi jordan. ya ALLAH. pelik kan. berharap sesuatu anugerah dan hadiah istimewa dari ALLAH sedang pada waktu yg sama kita ni duk bertangguh urusan kebaikan T_T takutnya kalau ALLAH menangguhkan sesuatu kebaikan buat kita dek sikap kita yg selalu menangguh2 kebaikan. ALLAH. nauzubillahi min Zalik.




dua tangan yang merapat. satu tajuk yang boleh di tafsir dengan pelbagai tafsiran. boleh je jadi ade orang yang tafsir dua tangan yg merapat tu seakan anak2 kecil yg sedang main sep3 tom3. takpun dua tapak tangan yg dirapatkan mcm orang2 budha. hm. banyak lagi tafsiran.

tapi hari ni nak fokus kepada salam.

salam yang sebenar adalah apabila bahagian lembut di antara ibu jari dan jari telunjuk bertemu dengan bahagian lembut pada tangan akhi/ukhti kita :)

" kak. ade ke orang salam tapi x kena bahagian lembut tu [muka sinis]"

" kamu tryla salam kawan kamu. tgk kena tak :)"


mungkin macam nonsense kan. tapi inilah realiti. ade je salam tapi setakat sentuh jari jemari je. tak sampai pun kat bahagian tapak tu

ok. taknak menjela-jelakan post.make it short, bila dah bertemu kedua bahagian lembut tadi. genggam dengan kuat. seakan ade satu zuk[rasa] yang membumi di dalam hati kita :) kalau dah buat tapi, x de rasa. maka mungkin kita lupa utk menghadiahkan sekuntum senyuman kita yang sangat cantik lagi manis, dan IKHLAS pada dia yg sedang kita salam. pelik kan kalau salam, pastu senyum tapi x pandang kedua matanya. T_T

haih.


pandang pulak ada syaratnya. pandangla dengan pandangan penuh kasih sayang. hari tu ade pergi dengar satu talk yg disampaikan oleh syeikh arab ni. kata die[ tak ingat bersumberkn dari mana], apabila kita pandang saudara kita dengan penuh kasih sayang, maka berguguranlah dosa dari keduanya.

SUBHANALLAH!



dosa kita yg bukan sahaja menggunung, bahkan melangit tinggi digugurkan mcm tu je!


ok ni ada hadeeth nabi:

  1. “Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (HR. Abu Dawud)


SUBHANALLAH <3 i="" nbsp="">



lagi haddeth nabi:

  1. “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria.” (HR. Muslim)


jom kira berapa banyak sahabat yang kita lalui, lalu membiarkan dia pergi tanpa ucapan salam dan tanpa sedikit senyuman pun? alamak! banyak sangat sampai tak boleh nak kira? heh.

sebagaimana tajuk di atas. begitulah intipati luar dan dalamnya.

masakan dua tangan yang merapat hanya merapat secara fizikal?
aku melihat dua tangan yg merapat itu turut merapatkan hati keduanya,
andai sahaja ikhlas turut bersama mereka.
justeru, jangan dipandang lekeh soal berjabat tangan dengan yang lainnya :)


hanifahku.
bila lagi nak pandang wajah-wajah meeka dengan penuh kasih sayang?
tak cukup ke dengan dosa yang dijanjikan berguguran dari keduanya?


hanifahku,
sedarlah!
tiadalah perkara yang remeh itu andai ia tidak melibatkan perkara yg besar.


hanifahku,
janganlah ditangguh lagi urusan kebaikan 
takut-takut tiada lagi keinginan untuk melakukannya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

"wei! kata tazkirah ramadhan. mananya kaitan?"

" carilah perkaitan dari dalam jiwamu yang paling dalam :)"



nota: kalau ramadhan kali ni kita sampai boleh nak target benda2 kabeer, apalah sangat kalau kita turut selitkan sama benda ni sebagai satu  azam ramadhan kita jugak kan?


jom kita start buat dan try tgk kesan sebulan dari sekarang~




ramadhan kareem semua.
semoga dengan hati yang lebih tenang setelah dibaiki hubungan sesama manusia diberi peluang untuk bertemu dengan malam 1000 bulan yang dinanti-nanti~


berlari-lari mencari
redhaNya, sang Ilahi.

hanifah jailani
8.06 malam
29/7/2013
malam ke 21.
malaysia :)


No comments: