Friday, 19 November 2010

Hikmah :)

assalamu'alaikum wbt

di tengah-tengah kekalutan dan keserabutan saya hendak menyiapkan karya sulung saya, saya masih sempat merancang aktiviti yang akan dilakukan sempena cuti sekolah ini. Oleh kerana saya hendak menghasilkan karya yang terbaik, saya memaksa diri saya berfikir dan menghayati watak yang saya cipta sehinggakan saya tertidur sewaktu berkarya ^_^

entah berapa lama saya sudah tidur di hadapan laptop hitam ni.. tiba-tiba tidur saya diganggu dengan bunyi ketukan pintu bilik yang agak kuat. huh! kacau betulla. rupanya adik saya. dia kata ada orang call nak cakap dengan saya. siapa ye agaknya? hm..

saya diminta untuk menggantikan tempat seorang pimpinan sekolah dalam menyertai nadwah kepimpinan. hah? saya menjawab dengan tenang.. inshaALLAH. well. kami akan bertolak ahad pagi. sekarang jumaat malam. sebagai seorang daei, kita kena sentiasa bersedia.

sebenarnya macam ni. saya mmg dijemput untuk sama-sama menyertai nadwah. dan satu hari murabbi saya berjumpa lalu berkata: muallimah minta maaf sebab tepaksa tolak anti... panjang lebar mlmh menjelaskan. ye jujur saya katakan, mmg sedih waktu itu.. tambahan ketika itu baru sahaja lepas menduduki peperiksaan akhir tahun subjek sejarah yang kurasakan sgt tough kerana aku tidak sempat mengkhatamkan buku teks.. apatah lagi buat latihan. ye aku masih ingat! hari tu aku teruskan dengan langkah yang memang tidak bermaya dan longlai.

setiap hari.. setiap masa.. aku cuba untuk buat diriku rasa redha dengan segala apa yg ALLAH dah tetapkan. dari hari ke hari hatiku terus dipujuk. akhirnya aku membuat kesimpulan: hm ALLAH tetapkan aku x dpt pergi supaya aku fokus untuk mengulang hafazan di rumah..
dan dari situ aku belajar untuk menerima. dari situ jugalah aku belajar utk ITHAR. dari situ jugalah aku belajar BERLAPANG DADA. dan pelbagai lagi yang aku pelajari dari satu dugaan yang ALLAH kurniakan.

Bukan kerana gilakan pangkat atau terkejar-kejar untuk menjadi popular aku mahu sangat pergi nadwah ini. tetapi kerana aku tahu.. pulangannya pasti berbaloilah aku sanggup bersedih berhari-hari.. benda yang baik.. kalau kita tidak dipilih oleh ALLAH.. bukankah itu satu perkara yang menyedihkan? PASTI ADA HIKMAH!

dan natijahnya.. alhamdulillah.. paper sejarah yang ku jawab dgn fikiran yg serabut.. dengan izin ALLAH aku berjaya mendapat gred A. dan kini, aku mendapat berita gembira. em tapi aku taknak terlalu excited kerana apa-apa boleh berlaku kan?

khas buat sahabat baikku ili nadhirah. walaupun waktu saya hantar msg lepas maghrib tadi saya berstatuskan seperti anda.. namun walau kini status kita sudah berbeza.. saya tetap sama: i can feel you :). saudari, pasti ada hikmah~


jadi, masa yang ada x banyak. saya kena uruskan banyak benda dalam tempoh sehari..

1) jahit tudung bulat dan layur.
2) kemas bilik
3) set up meeting FITRAH
4) siapkan karya pegawai waran 1
5) pack barang.
6) photocopy buku hijab
7) mengulang hafazan


all the best. all the best. all the best.


p/s: beruta ini tidak ku khabarkan lagi kepada teman-temanku. tapi hana+effah sudah tahu.
aku ingat mahu rahsiakan saja tentang penyertaanku..

3 comments:

Nur Sakinah Nabilah, said...

All the best.

p/s: dila pegi.

aspirasiku~ said...

hehehe. terima kasih sahabat baik!

nak buli dila dekat sana. hoyeh~

Anonymous said...

moga nti redha seredhanya.. perancangan
allah kekadang tak sama dgn usaha kita.. Ia ingin menduga.. oleh tu bersangka baiklah dengan
allah dan manusia,,..