Tuesday 30 November 2010

penangan nadwah.

[96 orang++ kader-kader du'at]

[First TBC: alhamdulillah semuanya memberi kerjasama yg sgt baik~]



[ilham hayaat, asma'a , syeba , faten nadhirah ]


[second & last TBC: seronok]



[variasi+kebersamaan murabbi2 musleh :) ]




bismillahirRahmanirRahim.






hari ni 1 disember. ulangtahun kelahiran abang saya, naufal. dia kini sedang melanjutkan pelajarannya di England. em, sudah 7 hari nadwah berakhir. jujur dari hati, memang saya sangat rindukan suasana nadwah, peserta-pesertanya dan murabbi-murabbi di sana. tetapi saya tahu saya harus akur yang kita tidak hanya menerima, tetapi kita juga harus memberi.





saya tidaklah pandai menyampaikan apa yang terbuku di hati sebagaimana teman2 nadwah saya yg lain lakukan. tapi saya akan cuba untuk berikan yang terbaik.






bermula dengan azam saya untuk nadwah kali ni: jadi low profile. bukan kerana tidak mahu kedepan. tetapi ada satu misi yang perlu saya laksanakan dalam masa saya menjadikan diri saya low profile. saya minta jasa baik adik-adik daripada al-amin untuk rahsiakan tentang diri saya iaitu eorang pelajar yg berumur 18 tahun dan seorang pelajar yg pernah menghafaz 30 juzu' al-Qur'an. bukan atas sebab yang tidak rasional, tetapi untuk kebaikan semua, inshaALLAH.






dengan takdir ALLAH, saya tersenarai dalam organisasi ajk induk: ajk program. berdebar juga. bekerja dengan org yang baru kenal. kata-kata daripada ustaz nizam masih saya ingat: program ini bergantung kepada antum semua. kalau antum pasif, maka pasiflah program ini. woah! makin berdebarlah saya.






program pertama yg saya harus handle adalah: TBC. kami handle dgn simple tapi inshaALLAH hasilnya luarbiasa[agaknya lah, hehe]. antara program lain yg dihandle oleh ajk induk: forum mpp, senaman pagi, tazkirah +etc.






salah 1 tips utk kita mudah menjalankan tugas dgn org lain adalah: rendahkan hati, bukan rendahkan diri. saya rasa senang sekali kerja dengan mereka. dari pengarah hinggalah ke ajk2 yg kecil.






walau banyak macam mana saya cerita, tetap sudah berlalu. tapi boleh dijadikan sebagai ibrah.







walaupun saya paling tua dalam kangan peserta.. tapi saya tetap rasa saya satu umur dengan mereka. dan saya rasa inilah program yang paling manis yang pernah saya join kerana tautannya terasa hingga kini. bukan setakat itu, saya rasakan seolah-olah kami sekolah rangkaian musleh sedang bersatu dan saling menguatkan antara satu sama lain. seperti yang telah dicoretkan ukhti faten nadhirah dalam blognya: kami seakan2 sudah lama berkenalan. sesungguhnya saya membenarkan statementnya.






untuk kali pertamanya, mpp MUSLEH diwujudkan. tapi, hingga sekarang keputusannya masih belum diketahui lagi. apa-apapun, saya sedang merangka aktiviti untuk MPP musleh. nnti bila sudah diishtiharkan, saya serahkan plan saya pada mereka.






sungguh, ukhuwwah itu bukan hanya terletak pada pertemuan, tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya. buat semua peserta nadwah, setiap kali bil akita rasa rindu pada ukhti2 kita, kita sama-sama doakan agar ALLAH sering pertemukan kita di atas jalan dakwah yang penuh barakah dan juga di Jannah ALLAH, inshaALLAH.





sungguhpun saya tua dari angka umur, tapi saya muda dari segi ilmu, iman dan amal~





harapan saya untuk semua peserta nadwah...




jangan kita berhenti utk terus keep intouch di tgh jalan. ukhuwwah fillah inshaALLAH akan kekal hingga ke akhirnya.










semoga berjaya semua~
anda semua tetap di hati saya, inshaALLAH :)

Friday 19 November 2010

Hikmah :)

assalamu'alaikum wbt

di tengah-tengah kekalutan dan keserabutan saya hendak menyiapkan karya sulung saya, saya masih sempat merancang aktiviti yang akan dilakukan sempena cuti sekolah ini. Oleh kerana saya hendak menghasilkan karya yang terbaik, saya memaksa diri saya berfikir dan menghayati watak yang saya cipta sehinggakan saya tertidur sewaktu berkarya ^_^

entah berapa lama saya sudah tidur di hadapan laptop hitam ni.. tiba-tiba tidur saya diganggu dengan bunyi ketukan pintu bilik yang agak kuat. huh! kacau betulla. rupanya adik saya. dia kata ada orang call nak cakap dengan saya. siapa ye agaknya? hm..

saya diminta untuk menggantikan tempat seorang pimpinan sekolah dalam menyertai nadwah kepimpinan. hah? saya menjawab dengan tenang.. inshaALLAH. well. kami akan bertolak ahad pagi. sekarang jumaat malam. sebagai seorang daei, kita kena sentiasa bersedia.

sebenarnya macam ni. saya mmg dijemput untuk sama-sama menyertai nadwah. dan satu hari murabbi saya berjumpa lalu berkata: muallimah minta maaf sebab tepaksa tolak anti... panjang lebar mlmh menjelaskan. ye jujur saya katakan, mmg sedih waktu itu.. tambahan ketika itu baru sahaja lepas menduduki peperiksaan akhir tahun subjek sejarah yang kurasakan sgt tough kerana aku tidak sempat mengkhatamkan buku teks.. apatah lagi buat latihan. ye aku masih ingat! hari tu aku teruskan dengan langkah yang memang tidak bermaya dan longlai.

setiap hari.. setiap masa.. aku cuba untuk buat diriku rasa redha dengan segala apa yg ALLAH dah tetapkan. dari hari ke hari hatiku terus dipujuk. akhirnya aku membuat kesimpulan: hm ALLAH tetapkan aku x dpt pergi supaya aku fokus untuk mengulang hafazan di rumah..
dan dari situ aku belajar untuk menerima. dari situ jugalah aku belajar utk ITHAR. dari situ jugalah aku belajar BERLAPANG DADA. dan pelbagai lagi yang aku pelajari dari satu dugaan yang ALLAH kurniakan.

Bukan kerana gilakan pangkat atau terkejar-kejar untuk menjadi popular aku mahu sangat pergi nadwah ini. tetapi kerana aku tahu.. pulangannya pasti berbaloilah aku sanggup bersedih berhari-hari.. benda yang baik.. kalau kita tidak dipilih oleh ALLAH.. bukankah itu satu perkara yang menyedihkan? PASTI ADA HIKMAH!

dan natijahnya.. alhamdulillah.. paper sejarah yang ku jawab dgn fikiran yg serabut.. dengan izin ALLAH aku berjaya mendapat gred A. dan kini, aku mendapat berita gembira. em tapi aku taknak terlalu excited kerana apa-apa boleh berlaku kan?

khas buat sahabat baikku ili nadhirah. walaupun waktu saya hantar msg lepas maghrib tadi saya berstatuskan seperti anda.. namun walau kini status kita sudah berbeza.. saya tetap sama: i can feel you :). saudari, pasti ada hikmah~


jadi, masa yang ada x banyak. saya kena uruskan banyak benda dalam tempoh sehari..

1) jahit tudung bulat dan layur.
2) kemas bilik
3) set up meeting FITRAH
4) siapkan karya pegawai waran 1
5) pack barang.
6) photocopy buku hijab
7) mengulang hafazan


all the best. all the best. all the best.


p/s: beruta ini tidak ku khabarkan lagi kepada teman-temanku. tapi hana+effah sudah tahu.
aku ingat mahu rahsiakan saja tentang penyertaanku..

Thursday 18 November 2010

INI DIA

assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh. :)

and peace upon the messenger.

ok. since saya dah lama x menulis, jadi bahasanya mungkin pelik-pelik dan serabut. tajuk post pun tak tertinggal utk jadi pelik.

teringat. waktu kecil-kecil dulu. kawan-kawan selalu bagi buku lepas tu suruh tulis biodata. kadang-kadang tu sorg kawan minta lebih 2 kali. haih. macam-macam. antara yg perlu ditulis dalam ruangan biodata tu termasuklah hobi. cakap pasal hobi. ramai yg declare hobi mereka adalah membaca. saya? entahlah. ^_^. boleh tak jawab mcm tu?hm..

bagi saya word membaca tu terlalu umum. em. saya suka membaca. tapi bukan semua jenis bacaan. jadi bila tulis hobi kita kena specific jenis bacaan yg kita suka. hehe. x perlu pun takpe.
kalau macam saya. saya suka baca blog orang. tapi bukan blog semua orang. saya suka belek-belek fb orang. tapi bukan semua fb orang saya belek. saya pilih. saya pilih yg mereka yang mungkin dapat membantu saya dalam meningkatkan iman dan amal. hm. actually itu satu usaha. saya sendiri tak dapat jamin semua blog+fb yg saya lihat-lihat itu dapat menambah iman, amal mahupun memberi hidayah kepada saya. tapi kalau kita rujuk surah al-ankabut ayat yg terakhiiir sekali.. ALLAH kata: " dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjuk kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.."

jadi x de alasan:

1. dah ALLAH x bagi aku hidayah.

>>> sebab ALLAH suruh kita usaha.


oklah sampai sini saja.

wallahu a'lam.

bittaufiq wannajah.

ma'as salaamah.~ ^_^

Saturday 13 November 2010

apabila hati berkeras untuk menjerit

bismillahirrahmanirrahim

disebabkan mcm dah lama tak menulis di sini.. hati saya seakan-akan berkeras nak menjerit. hehe.. saya kalau bercerita taklah pandai sangat.. tapi kita sama-sama ambil ibrah..

1. periksa akhir tahun. hari tu saya konon je target 8A+ kan. saya tak dapat. kenapa x dapat? sbb x usaha. sng je punca dia. kenapa saya mesti malas untuk benda2 yang baik mcm ni? boleh tak kalau saya cakap sebab belum sampai seru? huh alasan sokmo. kalaukan.. kita x delah belajar sangat tapi result mcm agak mantap, perkara ni hanya antara ma'unah/istidraj. itu bagi sayalah.

saya tahu saya x delah belajar sangat. periksa 3 minggu straight. belakang pun mulalah sakit(manja) dan hidung pun mulalah meragam dek terkesan dengan homeopathy yg dimakan ketika musim periksa. saya x nafikan mmg saya agak tertekan ketika periksa.. bukan sbb saya study hard ye.

awalnya setelah habis periksa saya target subjek sejarah+seerah saya mcm boleh fail sbb saya..... hm. tapi Maha Suci ALLAH. saya dapat 'ok' dalam subjek tu.

utk subjek spm.. ini dia natijah saya..

+math: A-
ekonomi: A-
sains: A-
akaun: A
BM: A
BI: A
BAT: A
Math Mode: A
sejarah: A
PSI: A+
pqs: A+
nanti! saya bukan nak berlagak. saya hanya nak berkongsi. biasanya.. kalau manusia kan, kalau dia x puas hati dia akan ckp mcm ni.. : ala.. inipun aku bukannya belajar sangat.. kalau aku belajar, mesti boleh dapat lagi hebat dari yg kat atas ni..
adakah anda pasti yang anda akan dapat lebih hebat daripada apa yg ALLAH dah bagi? sedangkan waktu sdg periksa.. punyalah tawakkal kepada ALLAH kerana tahu usaha yg anda curahkan tidak setanding dgn markah yg kita nak. tapi alih2.. lepas periksa nak ALLAH bagi kita lebih dari apa yg kita ddah usaha. mcm mana tu? x segan ke? nah! ALLAH bagi keputusan yg agak baik. masih taknak ambil pengajaran lagi? kalau untuk diri saya.. saya sangat takut utk terus berpuas hati. bagi saya, ini adalah amaran utk saya lebih kuat usaha.
mulanya. saya sedih sangat sbb saya rasa keputusan saya kurang memuaskan. nampak mcm x bersyukur kan? ish3. sampaikan ada 1 subjek ni.. bukan subjek spmla.. bila saya tahu saya dapat C.. saya punyalah sedih sampai sakit(sakit biasa je). kerana saya tahu yg saya x amanah dalam nak belajar betul2.
tapi bila saya tgk kawan2 saya yg lain.. mereka kelihatan sedih ketika melihat keputusan mereka. kerana ada subjek yg tidak A dan juga ada yg gagal. tetapi mereka tetap bersyukur. aku? bila lagi nak bersyukur. kdg2.. kita susah nak bersyukur sbb kita x buka hati kita untuk menerima. hanifah! sila ingat. kalau anda bersyukur, ALLAH akan tambahkan.. kalau anda kufur, nescaya AZAB ALLAH sangatlah dahsyat.

ingat. belajar bukan untuk periksa. belajar sampai mati. ilmu biar berkat supaya nanti x lesap bila dah spm.

semalam saya ambil report card sendiri. waktu saya duduk di ruangan menunggu setelah dah ambil slip result periksa saya.. adalah parents ni dia tanya saya.. dah ambil result? saya ckplah: dah.. dia kata: nak tgk. saya bagi lah slip tu pada dia. dia kata: alhandulillah. semua A. genius ni. saya tergelak. bukan tergelak bangga. tapi tergelak kerana rasa terperli. parents tu tanya: mcm mana anti belajar? apa formula kejayaan? saya ckp: yg penting keberkatan ilmu dan amanah. amanah dalam belajar bersungguh2. saya tambah lagi: makcik, saya di rumah x de lah study mana.. cuma di sekolah saya belajar betul2 dan fahamkan konsep(konon).di rumah saya rehat dan siapkan homework sahaja.

ramai orang ketika di sekolah belajar x bersungguh. tapi di rumah baru nak pulun. membazir sungguh! mak ayah sudah bayar di sekolah. tapi kalau kita x belajar bersungguh2, x amanahlah kita. kalau kita dah pulun ketika di sekolah.. di rumah tinggal nak apply apa yg dah kita belajar je.. x de lah nak kena buat 2 kali kerja.. x kira waktu nak periksa lagi.. nak periksa barulah mula nak study bab 1. kalau dapat score pun.. bukan utk selama2nya. kalau boleh ilmu yg kita belajar biarlah kekal di hati.. bukan di buku.

apa-apapun saya bukanlah genius. kalau genius semuanya 100. tapi x mgkin kan> karangan mustahil full mark~ ^_^

hanifah, sila bersyukur ye dengan apa yg ALLAH dah bagi. ingat ini baru permulaan. saya baru form 4.. tapi debaran utk spm dah terasa. semangat betul~

semoga saya mampu berikan yg terbaik daripada saya utk semua~

wallahu a'lam

Friday 5 November 2010

duduk sebentar untuk bercerita.

bismillahirrahmanirrahim.

sebenarnya saya ingat nak biar sahaja blog ini. tapi hari ini dapat seru pula untuk menulis. bukanlah penting sgt apa yg nak saya sampaikan. cuma apa yg terlintas di hati dan kalam hati saya sahaja.

tentang periksa. saya sebenarnya konon je target 8A+ supaya saya semangat belajar. sewaktu saya menduduki inal exam.. ALLAH telah menguji saya dengan pelbagai ujian.. saya terus tabah.. dan mohon agar hati saya terus tabah dan redha dengan segala yg ditetapkan olehNya.

apa-apapun.. alhamdulillah dan saya bersyukur dengan result yg saya dapat. walaupun skrg x banyak highest. hehe. saya berjaya buktikan bahawa addmath sebenarnya x susah sangat. +math perlukan perhatian dari kita sbb dia manja. jadi kena buat latihan banyak2. actually it is all about to understand the concept, then u will find yourself can do the addmath.

minggu exam.. mmg saya sedih je. tapi saya tahu setiap kesedihan yg datang ALLAH akan ganti dengan kegembiraan yg berganda-ganda kalau kita terus sabar. setakat ni bau tahu beberapa subjek sahaja. alhamdulillah addmath A-. saya biasa2 aja. x pandai mana. tapi saya akan cuba dan usaha bersungguhsungguh. minggu ni saya tahu saya akan dgr berita gembira sahaja.. sat lagi sampai waktu sejarah dengan seerah nak diserahkan.. saya mesti dok menangis je.. jangan tanya kenapa..


cerita kedua.

saya sekarang selalu bermain dengan perasaan. kalau saya nak harap semua org faham saya.. susahlah.. the best way is.. kita kena faham diri kita sendiri and make the best for ourselves. persembahkan yg terbaik utk ALLAH. kata kawan saya: kita mmg boleh berlakon baik depan manusia.. tetapi depan ALLAH tidak! kata kawan saya lagi: malaikat ALLAH tidak pernah lalai daripada mencatit.. hm.. sat saya baca ayat itu.. hati dok bergetar je.. sampai skrg.. kalau ingat bergetar hati.. itu baru malaikat.. yg ALLAH dok nampak je kita setiap masa?

ubah.berubah.diubah.mengubah.perubahan. semuanya memerlukan kepada keinginan seseorang itu kan? jadi.. konklusinya.. kita kena ada keinginan yg konkrit utk berubah.. dan sebab utk berubah kenalah betul kerana ALLAH bukan sebab lain.

kadang-kadang hati merungut. kenapa aku x boleh nak berubah. aku dah cuba sedaya upaya dan pelbagai lagi ungkitan yg di lafazkan oleh mulut yang hanya dipinjamkan oleh ALAH buat sementara ni.. sebenarnya.. apa-apa pun yang berlaku.. semuanya datang dari dari kita.. maksudnya.. kalau kita kena marah dengan parents.. mesti sbb kit aada buat salah atau apa2lah.. mcm tu jugaklah kita dengan ALLAH.. mungkin dalam masa kita nak berubah tu kita main2. tapi kita kena tahu yang ALLAH x kan bagi sesuatu ujian melainkan dengan kemampuan hamba2Nya. see.. x semua org mampu tanggung ujian yg kit atanggung.. setiap org istimewa..
rasalah bangga kerana ALLAH masih pandang kita.. ALLAH masih nak uji kita.. bersyukurlah jugak sebab kit amasih ada rasa nak rasa pahit dalam diuji..

dan yang paling penting kita kena tahu yang kita sorg je tahu siapa yg boleh mengubah kita... cepat teka siapa! haa.. ALLAHlah jawapannya.. hanya ALLAH yang boleh mengubah kita. ok ada analogi. cuba bayangkan... kita baru lepas exam.. pastu cikgu subjek pun bagilah kertas exam dgnmarkah sekali.. tiba2 dapat teruk.. jadi dengan siapa kita nak nego utk dpt markah tinggi sikit? dengan cikgu subjek tu lah kan? x kan dengan cikgu subjek lain pulak..

oklah nnti kalau ada masa.. saya tulis lagi~