Monday, 14 February 2011

khas buat makcik gee

seperti biasa, bab-bab nak bagi tajuk entry, memang tak reti :)

sebagai pembuka bicara, assalamu'alaikum w.b.t.

tiba-tiba rasa nak hias post kali ini dengan serangkap pantun. pantun yang sudah lapuk ditelan zaman bagiku.

minta daun diberi daun,
dalam daun buah bidara,
minta pantun diberi pantun
dalam pantun ada bicara.

pantun ni mengingatkan hanifah tentang karnival apresiasi seni banat yang dianjurkan bersama pibg dan sekolah sri al-amin bangi. karnival ini hanya perempuan sahaja yang boleh hadir. pada mulanya, hanifah kena join choral speaking. tapi.. hanifah lebih prefer nasyid. jadi, selepas menyumbang sedikit idea, hanifah joinla group nasyid. berlatih punya berlatih, tinggal lagi seminggu lebih je.. tiba-tiba hanifah diminta untuk jadi master of ceremony.


partner hanifah adalah haifa nasuha. kami membina chemistry bersama-sama dengan 2 org lagi mc yang dijemput khas dari jauh iaitu adik-adik sekolah rendah sendiri.

seronok kerjasama dengan mereka ni. tambahan pula kami mendapat bimbingan daripada puan siti fauziah binti syed ali atau panggilan mesranya: makcik gee.

makcik ni mmg best. sporting. optimis. sentiasa memberi kami semangat. dan x pernah buat kami down. nak dijadikan cerita.. kami keempat-empat mc dijemput tidur kat rumah makcik ni. supaya dpt berlatih sampai malam. then pergi sama2 kat dewan tu.

kami semua dikejutkan dengan preparation yang disediakan makcik tu. makcik tu book satu bilik hotel untuk kami. dan belanja kami makan ayam crispy. ahaha. pengalaman yang saya simpan sahaja. hehe tapi, bukanlah semua tu menjadi pengukuh ikatan ukhuwwah antara kami semua. materialistik sungguh!

sebagai akhir kata, saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kerana sudi bersabar dengan karenah kami dan minta banyak2 kerana x berjaya memberi kepuasan yang maksimum kepada makcik. dan kami sudah cuba dengan sebaiknya. T_T

hanifah harap dapat bekerjasama dengan makcik di lain hari.

salam ukhuwwah~

1 comment:

Anonymous said...

x akn lupekn jasa baik mk cik gee.sntiasa brfikirn jauh n x lokek dlm mlakukn kbaikn!barakah bwatnya =)