Sunday, 20 March 2011

akademi darul huffaz

bismilahirrahmanirrahim.
menghafaz al-Qur'an mudah. nak menjaga sangatlah sukar. percaya tak? kalau juz 30 pun kita yg masih tersekat-sekat, inikan 30 juzu'. sangatlah berat.
sekarang saya join akademi darul huffaz dekat kajang untuk membantu saya dalam melancarkan kembali hafazan-hafazan saya. saya bukan setakat nak ingat gitu-gitu je.. kalau boleh saya nak hafazan yang lancar seperti air yang mengalir di sungai yang bersih.. bukan seperti air yang mengalir di sungai yang penuh dengan sampah sarap.
seminggu saya datang sekali je. kiranya sebulan 4 kali. bayaran sebulan hanyalah RM50. bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun, jika mereka berjaya menghafaz 1 juzu' dan ke atas, mereka akan mendapat bantuan zakat sebanyak RM150 sebulan. ahaha. kenapalah saya baru tahu ada ADH ni waktu saya 19 tahun. well, cek balik niat, dtg ADH bukan sbb nak duit tapi nak mengulang.
apa yang menariknya di sini..
1) suasana intergrasi antara kaum yang berbeza. ustazahnya ada yang melayu, pakistan dan juga indonesia. pelajarnya pula, ada yang dtg fresh dari China.
pernah sekali, ustazah sabihah(pakistan) bercakap dgn sukarnya dalam bahasa melayu.. ustazah indonesia pula nak balas tapi susah.. haih.. tergelak je kitorg.. yang pelajar daripada cina belum kira lagi.. walaupun susah, tapi itulah yang menariknya.
2) suasana generasi Qur'an tanpa mengenal umur. setelah hampir 3 bulan mengaji di sana, saya sudah kenal hampir kesemua pelajar yang menuntut disana walaupun saya hanya dtg sekali seminggu sahaja. paling kecil, adalah alya yang berumur 4 tahun. comel sangat2.. saya terfikir.. biasanya budak 4 tahun waktu-waktu mcm ni(malam) mesti tgh tidur.,, takpun tgk tv/main. tapi budak ni sorg2 berani dtg mengaji. hebat! paling tua pula adalah golongan veteran2. alhamdulillah, mereka mendapat hidayah untuk belajar al-Qur'an.
di tengah-tengah kesibukan study dan kerja-kerja sampingan, kadangkala saya merasa berat utk mengulang di ADH. tambahan pula, jarak yang agak jauh menambah sebab utk saya rasa lebih berat. aha. sangka saya.. kalau saya ke sana pasti tension sbb terlalu penat. tapi saya silap.. sepanjang saya mengaji di sana, saya x pernah rasa mengantuk bahkan saya rasa sangat tenang walaupun ruangan kelas itu diisi dengan bacaan al-Qu'ran daripada sekian banyak pelajar.
Menuntut di sini membuatkan saya lebih disiplin dan hormat pada guru.
antara rakan-rakan yang saya ingat namanya: farzana, ain, yasmin, alya sofia, barakah, barakah(sumayyah).
kedua-dua barakah itu datangnya daripada China. oleh kerana nama mereka sama, jadi ustazah mengambil inisiatif untuk memberi nickname kepada salah seorang daripada mereka menjadi sumayyah. saya pernah belajar 1 perkataan cina daripada mereka. seronok betul..
dekat sana, rasanya mereka semua diwajibkan utk buat solat sunat rawatib.
ustazah dekat sana muda2. saya 19 tahun. mereka ada yg 23 tahun kalau x salah. bukan umur yang membezakan tinggi rendah seseorang manusia itu. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. meskipun muda, mereka berilmu.
sepatutnya kami kena pakai purdah. tapi saya x pakai. setiap pelajar diberi tshirt ADH free.
setiap bulan ada ujian. 10 soalan tu~ setiap soalan per 100 markah dia. ouh. memangla. tapi seronok! ahaha
well, hari ni kami dtg mengulang. dan kami mendapat berita yang farzana dah nak berhenti. rasa sedih pulak.. hari last di selasa ni. rabu ni dia ambil result spm. kemudian dia further tahfiz di ADH juga tapi di cawangan lain. semoga berjaya dik~
sekian sahaja daripada saya..

Thursday, 17 March 2011

sentuhan jiwa: 17 MAC

bismillahirrahmanirrahim.



"Ya ALLAH, sesungguhnya hambaMu yang kerdil ini ingin memohon perlindunganMu daripada azab-azab ketika di Kubur kelak, azab-azab ketika di neraka kelak, daripada fitnah ketika aku hidup juga fitnah ketika aku mati, juga daripada fitnah al-masih Ad-dajjal"





















Allah.Allah. Allah.



Allah. hanya itu yang terdetik di hatiku saat ini.



Allah. Allah. ALLAH.







sebenarnya, coretan khas 17 mac ini ditulis daripada pagi lagi.. tetapi entah kenapa.. x jadi pula. dan sekarang saya sudah nampak hikmahnya.



pada hari ini, tepat jam 7.22 pagi, umur saya genap 19 tahun. segala puji bagi ALLAH.



pada hari ini juga, saya menerima pelbagai mesej dan ucapan dalam pelbagai bentuk. tahun ini yang paling manis sekali. walaupun tiada sambutan.



antara mesej yang sungguh menyentuh hati saya:



1. daripada abg saya bilal jailani



"sanah helwah buat [nickname saya] yg byk menghiburkan aku sejak kecil. dah besar ye skrg.

mg umurmu jadi saksi perjuanganmu"



[entah kenapa, saat baca mesej ini, hati saya jadi sebak yang teramat.. hingga skrg setiap kali saya view kembali mesej ini, masih sebak. oh.]





2.daripada adik-adik yg ke kursus sarjan di setiawan



"sanah helwah to kak nifah yg drndui stiap mlm! smga amln2mu dtrma Allah! dr kmi,

aqilah,wedah,dus,asma,mas,hanis,njihah,amirah,maizatul n ufairah! barakillahufeek!"



[hehe. nampak ringkas, tapi dgn takdir ALLAH, begitu terkesan di hati saya. semuanya pakat pakai tanda seru. saba dik saba. tunggu krs beroperasi semula ye~ ^_^]





3. daripada ukhti aishah azhari



[x boleh disalin. tapi serius, saat membaca ucapannya, rasa tersentuh. mungkin ikhlas dari hati dia kot.. saya rasa seolah-olah kami sangat dekat :) btw, bday aishah semalam]



4. ukhti fatin naimah



[haa... makcik ni dia x text. tapi dia call. tepat 7.22 pagi. dahla waktu dia call taktahu siapa,.. tiba2 nyanyi lagu birthday khas untuk saya.. tapi kesian dia.. sebab saya x recognise dia.. minta maaf ye.. tapi jujur dari hati saya, waktu awak nyanyi, rasa nak menangis. ukhti fatin ini.. dia seorang yg sgt baik. dan selalu membantu saya ketika senang dan susah]



5. ukhti aimi atiqah



"salam'alayk^^ sanah helwah kak hanifah! ana x de ucpn rasmi pape.. Kematian semakin hampir. Jom buat baik 19.19.19.19.19"



[tahukah anda aimi.. andalah org pertama yg text saya hari ini. syukran awi2.. pesanan anda ini saya akan ingat sampai bila2...]







tamat sudah. ada yang lebih penting yg menyentuh jiwa saya hari ini.

1. 2 orang daripada wakil koperal yg dihantar ke kursus sarjan tidak berjaya mendapat pangkat sarjan.. walaupun mereka banin, saya berasa sangat sedih. pasti mereka begitu tabah. wahai adik2ku, tabahlah dan mengadulah kepada ALLAH kesedihanmu, ALLAH pasti mendengar dengan tekun dan menjawab panggilanmu..

2. saya dikejutkan dengan berita pemergian akh fudhail hakimi bin raidi. beliau pulang ke rahmatullah pada hari ini. beliau merupakan junior saya. sewaktu saya tingkatan 3 dahulu, beliau di tingkatan 1. sekolah kami tidaklah besar dan mempunyai ramai pelajar, oleh itu, semua pelajar saya kenal dan ingat nama mereka dgn ayah sekali.

ya ALLAH. saya tidak tahu kenapa. kenapa saya perlu rasa begitu sedih walhal saya bukanlah kenalan rapat arwah. baru selasa lepas saya teringatkan dia. entah kenapa. tiba2. walhal sudah bertahun-tahun tidak jumpa.

yang pasti, berita pemergiannya cukup membuatkan hati saya sayu sehingga akhirnya saya menitiskan air mata juga saat mengkhabarkan kepada abang saya bilal tentang ini.

arwah baru berumur 18 tahun! spm pun x sempat tahu resultnya. ya ALLAH, aku sangat mohon agar Kau permudahkanlah urusannya.

aku terbayang.. jika aku mati kelak, adakah yang akan mendoakan kebaikan buatku? ALLAHUAKBAR.

diulangtahun ku kali ini, inilah hadiah terbaik buatku, yang akan aku ingat hingga bila2 inshaALLAH.

hanifah!

bumi ini sudah cukup tua untuk menampung sekalian ummat manusia.

kiamat bisa sahaja terjadi bila-bila,

hanya dengan ketentuan yg Maha Esa.

percayalah, hidayah ALLAH itu ada di mana-mana..

adakah kit amasih hendak malas untuk mengambil hidayah di depan mata?

tidak malukah kau berkata: aku tunggu sahaja ALLAH bagi hidayah..

hey.. siapa hamba siapa pencipta ni?

siapa sebenarnya yang desperate nak masuk syurga ni?

aku atau ALLAH?

cukup-cukuplah bodoh sombong.

tidak cukupkah berita kematian yg menjengah hari ini?

tidak cukupkah dengan tentera yang ALLAH kirimkan di jepun, newzealand dan sebagainya?

tidak cukupkah dengan kemudahan aqal yg ALLAH berikan?

jika engkau orang yg bijak,

sedikit nikmat sahaja engkau boleh tukarkannya kepada nikmat yg tidak terhingga.

tetapi jika engkau kurang berfikir, nikmat yang banyak dirasakan tidak cukup malah makin meminta-minta pula.. walhal nikmat yang ada tidak digunakan pula..

haih.. pelik, pelik.

jika selama ini engkau rasakan engkau sudah bahagia hanya dengan usapan dan belaian cinta manusia, maka sebenarnya engkau telah terpedaya.

carilah cinta yg sejahtera. cinta yang tidak ada putusnya. cinta yg tidak ada rasa kecewanya. cinta yang tidak ada endingnya.

itulah dia cinta Yang Maha Esa.

selagi badan masih bernyawa,

ayuhlah kita menempah tiket musafir cinta.

cinta yang akhirnya menjanjikan syurga

yang dilimpahi kelazatan dan nikmatnya,

selamat berjaya semua!

tiket tidak ada limit.. cuma kita yang perlu pilih, nak ke tak~

"ya ALLAH, jemputlah aku ke rumahMu.."

[nota: saya akan terus berdoa hingga ke akhirnya]

Tuesday, 15 March 2011

musafir cinta

bismillahirrahmanirrahim.

hari ni 15 mac 2011.


SATU

minggu ni sangatlah busy. as i have to complete many tasks. the most important task is the FITRAH. the fitrah is in our hand. if we cant make it before the middle of april, then the fitrah will be the last for al-aminianz. i dont want to be the want who break the record.

what is fitrah?

fitrah is the formal name for al-amin bangi's school magazine. the one which still in the process is the 6th.

why dont i just make it simple?

because i dont want to make it just to fulfill the task given. i want to make the 6th fitrah something different. because i did realize that the magazine will act like an ambassador for the al-aminianz sometime. people will judge from there. it is not because of what people say but is is about the quality in us as a muslim ^_^

besides, i want to make people feel and appreciate how hard it is to make a school by doing the best in all aspects that satisfy all the JERI things.

jeng..jeng.jeng..

so, nantikanlah fitrah keluaran keenam ini dengan penuh kesabaran dan doa :)


DUA

saya ke jeram hari ni. tujuan utama adalah rahsia. sebelum berangkat pulang, saya singgah sebentar ke hira'. solat zohor di sana dan ziarah mereka. kata fatin naimah: muka saya x lekang dari senyuman sepanjang saya berada di sana. seronok berjumpa dengan mereka semua.

di samping itu, sempat saya mempromosikan barangan2 al-amin seperti bookmarke+heartbook second edition :)

pernahkah anda mengakhiri sesuatu temubual dengan doa rabithah? kami laluinya hari ini ^_^

sepanjang musafir saya bersama fatin naimah+aimi atiqah.. dapat saya rumuskan bahawa musafir kali ini lebih kepada musafir cinta. bukan kerana musafir ini menjejak cinta silang jantina tetapi musafir kali ini mengajar kami tentang mahabbatullah.

kami terus mentafsir. ah! bolehkah hati orang kami tafsir? wallahua'lam. salah seorang daripada kami tiba2 membuat persoalan ketika dalam perjalanan ke klcentral: sepanjang musafir kita hari ini.. x de satu pun kerja dakwah yg kita buat kan? kerja dakwah kepada orang sekeliling. adakah kami turut akan disoal oleh ALLAH walaupun kami hanya berjumpa dengan mereka buat masa x sampai satu jam? itupun terserempak kerana naik train sama2.. tapi kalau rujuk surah al-zalzalah ayat 7 dan 8... T_T

musafir cinta. kami semangat beratur untuk memasuki train ke ukm. dengan takdir ALLAH, kami melihat dengan mata kami yang pintu tarin itu tertutup tanpa kami sempat untuk masuk ke dalamnya. agak kecewa. hati kami terus dipujuk. kami menjadikan suasana lebih ceria supaya masing2 yg sudah kepenatan tidak bertambah penat apabila melihat train yg sarat dgn penumpang itu tadi berlalu pergi tanpa membawa kami bersama....

setiap perkara pasti ada hikmah. for the first time[ nota: nak jakun sikit].. kami dapat naik train yg baru yg mana dalamnya mcm kapal terbang. smart! ada tv. kerusi banyak! woah teruja. tambah teruja... sikap ithar yg sering diamalkan pada hari ini terbalas apabila salah seorang penumpang lelaki menawarkan tempat duduk kepada orang lain yg lebih memerlukan termasuklah kami bertiga.. seronok melihat pakcik tersebut ithar ^_^ train dari klcentral cukuplah padat... ouh! saya tinjau2 keadaan sekeliling. saya terpandang sesuatu. kemudian saya alihkan pandangan ke tempat lain. kemudian saya berpatah balik ke pandangan sebentar tadi. saya melihat salah seorang penumpang sedang baca wirid. ya ALLAH! fikirku.. lebih baik saya menghabiskan masa di dalam train ini dengan membaca al-ma'thurat..

sepanjang hari kami bermusafir.. saya melihat berbagai2 ragam. kenapa ya hampir semua org yg saya lihat muka mereka tampak suram dan sepertinya tidak enjoy dgn hidup... bagai hilang NUR..

berbagai2 kajian dan persoalan yg timbul pada hari ini.. seronok menggunakan akal untuk berfikir :)




TIGA

hari ni 15 MAC 2011. ulang tahun kelahiran ayah saya yg ke-55.. oh cepatnya masa berlalu. masih saya ingat saat saya masih kecil-kecil dahulu. saya sering bertanya keada parents saya.. tentang umur mereka. saya rasa bagai saya sedang berada di tempat mereka saat mereka bersusahpayah mendirikan sekolah. sewaktu umur yg begitu muda, mereka sudah melakukan pelbagai perkara yg tak dapat saya bayangkan.. bagaimana dengan saya?

ayah saya ini anak kedua. beliau sangatlah pemurah dan kuat bekerja. saya rasa terharu dan sayu je bila tgk ayah saya. ayah terlalu kuat bekerja sedangkan aku terlalu kuat leka dengan khayalan. oh!

ayah banyak memberi saya pelajaran walaupun secara tidak langsung. kalaulah diceritakan tentang ayah di ruangan ini.. rasanya tidak mampu kerana jasa dan pengorbanan ayah saya yg terlalu banyak.

khas untuk ayah: saya doakan agar ALLAH terus berikan kekuatan dan ketabahan buat ayah dalam memberi didikan dan membesarkan kami semua :) semoga ALLAH menaungi ayah dengan Rahmat dan Kasih sayangNya.. ameen :)

hari ni juga ulangtahun kelahiran masturina hafizah.. dan ada lagi sorg tapi x ingat siapa tapi dia gen 9 al-amin bangi. semoga ALLAH permudahkan urusan kalian semua~ ^_^



EMPAT

saya masih berharap saya dapat menunaikan UMRAH.. ya ALLAH, jemputlah aku ke rumahMU~



sampai di sahaja kali ini..

'ala kulli haal.. astaghfirullahal 'adzim.

ilal liqa'~

Sunday, 13 March 2011

360 darjah

[kad yang diberikan kepada setiap jiwa yang menuntut di al-amin bangi tahun 2011]

[bookmarke kami yg dijual sempena Maulidurrasul]



[hadiah]





[antara isi heartbook yang mengandungi 44 muka surat]





"mahukah anda jika saya ingin beritahu satu rahsia kemenangan 360 darjah?"









^_______^









bismilahirrahmanirrahim. sebenarnya konon nak buat introduction yg gempak.. tapi tak reti. :)









ok. setiap hari di hadapan laptop, tapi nak seruan untuk menulis di ruangan ini tidak memanggil2 hinggalah pada saat ini. rasa segan sebenarnya nak menulis. tapi x pe. kita mencuba. :P






















SUKAN



cakap pasal sukan, rata-rata sekolah seluruh malaysia dah habis sukan. tapi al-amin bangi masih di arena muqaddimah sukan tahunan. masih seperti tahun lepas, saya tetap rumah khadra'/hijau. well, agak kecewa apabila acara pingpong tidak ada. tetapi since segala-gala yg telah ALLAH tetapkan pasti ada hikmah, i just let it go. acara yg sudah diketahui pemenang finalnya adalah: Catur + bola baling banat under 15. habis sudah muqaddimah Sukan. jom beralih kepada isi pentingnya.












jumaat lepas. seperti biasa, sewaktu kaum muslimin di sekolah kami menunaikan hak perut mereka sebelum menunaikan hak ALLAH, kami menghadiri USRAH. rindu sekali :) saya hadir agak lewat kali ini. kerana saya perlu berjumpa dengan pengetua atas urusan yang agak penting [ceh]. seperti biasa, sebelum mengakhiri usrah, setiap jiwa-jiwa yang hadir diberikan peluang yang tidak terbatas untuk meluahkan pendapat yg terbuku di peruk jiwa atas apa yg dibincangkan serta dikongsikan pada sesi usrah.












semua isi yg diulas menarik minat saya. tetapi yang paling menarik minat saya adalah ulasan daripada ukhti Husna. beliau meluahkan rasa hatinya tentang hakikat kesukanan yang sebenar. Ukhti Husna ini salah seorang daripada peserta Catur. Mungkin bukan rezeki beliau pada tahun ini, beliau tersungkur di saringan pertama. tapi ini bukan pointnye.












kata beliau, memang pada fizikalnya, ketika sukan kita sedang berlawan dengan musuh[pasukan rumah lain], tetapi sebenarnya pada masa yang sama, kita sedang berlawan dengan ini[sambil menunjukkan tangannya ke arah dada].












saya sangatlah setuju. kerana apa? kerana sepanjang perlawanan catur yang akhirnya membawa saya ke persada johan, saya paling takut dengan rasa hati yang sentiasa sukar dikawal. pada zahirnya, ramai yg mengatakan kami peserta2 final takut dengan lawan masing2. bukan itu yg sebenarnya. saya takut saya gagal menyingkir atau membenteng hati saya daripada diserang virus riya' dan kecewa/putus asa.












alangkah indahnya sukan jika setiap jiwa-jiwa yang menyertainya memehami konsep sukan yg sebenar2nya ^___^












kadang-kadang ketika sukan.. meskipun kita menyandang tempat pertama.. kadang2 kita tidak merasakan seperti kita johan.. mungkin kerana gagal merasai nikmat sukan yg sebenar. bahkan... selalunya mereka yg di tempat terakhirla yg merasakan nikmat itu...... itupun jika mereka tabah dan redha dengan ketentuannya~


















SIDANG REDAKSI












hm.. saya selalu bertanya kepada diri.. hey diri, adakah kau sudah menunaikan amanah yg diberikan dengan sebaiknya?? -_-












saya sentiasa cuba untuk buat yang terbaik. sekarang kami sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan majalah fitrah utk tahun 2010. inshaALLAH akan keluar bulan 4 ini.












antara produk unit produksi al-amin bangi:












1) Majalah Creative






2) Heartbook




[heartbook siri 2: the true meaning of LOVE in ISLAM]




3) Risalah





4) Majalah Fitrah





5) Bengkel2 kemahiran




6) Bookmark2








7) Kad-kad mengikut event








HADIAH




hm.. walaupun ulangtahun kelahiran saya lambat lagi.. tapi dah dapat hadiah. syukur, rezeki.

pada suatu hari, datang seorang ukhti lantas bertanya: kak hanifah, kak hanifah nak hadiah apa? saya hanya tergelak kecil lantas membalas: jangan tanya, nanti menyesal ^_^ tapi beliau terus memujukku. akhirnya saya menjawab: al-Qur'an yang ada tafseernya.





ayah say apernah menghadiahi saya senaskhah al-Qur'an ketika saya menuntut di hira' dahulu. tapi, entah bagaimana.. di hira' juga, hilang jejaknya.. kecewa saya. seronok tidak terhingga apabila mendapat hadiah al-Qur'an. terima kasih wahai ukhti :)







IMPIAN



saya pernah menyimpan satu impian yang say akira tidaklah begitu privacy.. jadi saya paparkannya di sini. saya pernah berimpian ingin menjejakkan kaki ke tanag suci Mekah dengan menggunakan duit sendiri/ disupport sedikit dengan bantuan parents before i get married[aha. sekali x kawin pun :P]


impian semakin menjadi2 apabila ramai kenalan saya di al-amin ingin menunaikan umrah dalam masa terdekat ini. tiba2 hati terasa iri dan cemburu. saya akan kumpul duit dengan bersungguh di samping mendapatkan yg terbaik dalam setiap apa yg lakukan... saya akan berusaha tunaikan impian saya sebelum masanya :)



nota: selagi belum tertunai, jangan nikah! [T_T berangan]