Thursday, 17 March 2011

sentuhan jiwa: 17 MAC

bismillahirrahmanirrahim.



"Ya ALLAH, sesungguhnya hambaMu yang kerdil ini ingin memohon perlindunganMu daripada azab-azab ketika di Kubur kelak, azab-azab ketika di neraka kelak, daripada fitnah ketika aku hidup juga fitnah ketika aku mati, juga daripada fitnah al-masih Ad-dajjal"





















Allah.Allah. Allah.



Allah. hanya itu yang terdetik di hatiku saat ini.



Allah. Allah. ALLAH.







sebenarnya, coretan khas 17 mac ini ditulis daripada pagi lagi.. tetapi entah kenapa.. x jadi pula. dan sekarang saya sudah nampak hikmahnya.



pada hari ini, tepat jam 7.22 pagi, umur saya genap 19 tahun. segala puji bagi ALLAH.



pada hari ini juga, saya menerima pelbagai mesej dan ucapan dalam pelbagai bentuk. tahun ini yang paling manis sekali. walaupun tiada sambutan.



antara mesej yang sungguh menyentuh hati saya:



1. daripada abg saya bilal jailani



"sanah helwah buat [nickname saya] yg byk menghiburkan aku sejak kecil. dah besar ye skrg.

mg umurmu jadi saksi perjuanganmu"



[entah kenapa, saat baca mesej ini, hati saya jadi sebak yang teramat.. hingga skrg setiap kali saya view kembali mesej ini, masih sebak. oh.]





2.daripada adik-adik yg ke kursus sarjan di setiawan



"sanah helwah to kak nifah yg drndui stiap mlm! smga amln2mu dtrma Allah! dr kmi,

aqilah,wedah,dus,asma,mas,hanis,njihah,amirah,maizatul n ufairah! barakillahufeek!"



[hehe. nampak ringkas, tapi dgn takdir ALLAH, begitu terkesan di hati saya. semuanya pakat pakai tanda seru. saba dik saba. tunggu krs beroperasi semula ye~ ^_^]





3. daripada ukhti aishah azhari



[x boleh disalin. tapi serius, saat membaca ucapannya, rasa tersentuh. mungkin ikhlas dari hati dia kot.. saya rasa seolah-olah kami sangat dekat :) btw, bday aishah semalam]



4. ukhti fatin naimah



[haa... makcik ni dia x text. tapi dia call. tepat 7.22 pagi. dahla waktu dia call taktahu siapa,.. tiba2 nyanyi lagu birthday khas untuk saya.. tapi kesian dia.. sebab saya x recognise dia.. minta maaf ye.. tapi jujur dari hati saya, waktu awak nyanyi, rasa nak menangis. ukhti fatin ini.. dia seorang yg sgt baik. dan selalu membantu saya ketika senang dan susah]



5. ukhti aimi atiqah



"salam'alayk^^ sanah helwah kak hanifah! ana x de ucpn rasmi pape.. Kematian semakin hampir. Jom buat baik 19.19.19.19.19"



[tahukah anda aimi.. andalah org pertama yg text saya hari ini. syukran awi2.. pesanan anda ini saya akan ingat sampai bila2...]







tamat sudah. ada yang lebih penting yg menyentuh jiwa saya hari ini.

1. 2 orang daripada wakil koperal yg dihantar ke kursus sarjan tidak berjaya mendapat pangkat sarjan.. walaupun mereka banin, saya berasa sangat sedih. pasti mereka begitu tabah. wahai adik2ku, tabahlah dan mengadulah kepada ALLAH kesedihanmu, ALLAH pasti mendengar dengan tekun dan menjawab panggilanmu..

2. saya dikejutkan dengan berita pemergian akh fudhail hakimi bin raidi. beliau pulang ke rahmatullah pada hari ini. beliau merupakan junior saya. sewaktu saya tingkatan 3 dahulu, beliau di tingkatan 1. sekolah kami tidaklah besar dan mempunyai ramai pelajar, oleh itu, semua pelajar saya kenal dan ingat nama mereka dgn ayah sekali.

ya ALLAH. saya tidak tahu kenapa. kenapa saya perlu rasa begitu sedih walhal saya bukanlah kenalan rapat arwah. baru selasa lepas saya teringatkan dia. entah kenapa. tiba2. walhal sudah bertahun-tahun tidak jumpa.

yang pasti, berita pemergiannya cukup membuatkan hati saya sayu sehingga akhirnya saya menitiskan air mata juga saat mengkhabarkan kepada abang saya bilal tentang ini.

arwah baru berumur 18 tahun! spm pun x sempat tahu resultnya. ya ALLAH, aku sangat mohon agar Kau permudahkanlah urusannya.

aku terbayang.. jika aku mati kelak, adakah yang akan mendoakan kebaikan buatku? ALLAHUAKBAR.

diulangtahun ku kali ini, inilah hadiah terbaik buatku, yang akan aku ingat hingga bila2 inshaALLAH.

hanifah!

bumi ini sudah cukup tua untuk menampung sekalian ummat manusia.

kiamat bisa sahaja terjadi bila-bila,

hanya dengan ketentuan yg Maha Esa.

percayalah, hidayah ALLAH itu ada di mana-mana..

adakah kit amasih hendak malas untuk mengambil hidayah di depan mata?

tidak malukah kau berkata: aku tunggu sahaja ALLAH bagi hidayah..

hey.. siapa hamba siapa pencipta ni?

siapa sebenarnya yang desperate nak masuk syurga ni?

aku atau ALLAH?

cukup-cukuplah bodoh sombong.

tidak cukupkah berita kematian yg menjengah hari ini?

tidak cukupkah dengan tentera yang ALLAH kirimkan di jepun, newzealand dan sebagainya?

tidak cukupkah dengan kemudahan aqal yg ALLAH berikan?

jika engkau orang yg bijak,

sedikit nikmat sahaja engkau boleh tukarkannya kepada nikmat yg tidak terhingga.

tetapi jika engkau kurang berfikir, nikmat yang banyak dirasakan tidak cukup malah makin meminta-minta pula.. walhal nikmat yang ada tidak digunakan pula..

haih.. pelik, pelik.

jika selama ini engkau rasakan engkau sudah bahagia hanya dengan usapan dan belaian cinta manusia, maka sebenarnya engkau telah terpedaya.

carilah cinta yg sejahtera. cinta yang tidak ada putusnya. cinta yg tidak ada rasa kecewanya. cinta yang tidak ada endingnya.

itulah dia cinta Yang Maha Esa.

selagi badan masih bernyawa,

ayuhlah kita menempah tiket musafir cinta.

cinta yang akhirnya menjanjikan syurga

yang dilimpahi kelazatan dan nikmatnya,

selamat berjaya semua!

tiket tidak ada limit.. cuma kita yang perlu pilih, nak ke tak~

"ya ALLAH, jemputlah aku ke rumahMu.."

[nota: saya akan terus berdoa hingga ke akhirnya]

No comments: