Tuesday, 27 July 2010

hei, kemarilah hatiku!

BismilahirRahmanirRahim.

tujuan post kali ini khas untuk diri sendiri yg sedang GILA!

hey! itulah orang yg kurang ingatannya terhadap ALLAH.. baru diuji ALLAH sedikit sudah mahu GILA! bagaimana mahu menjadi seperti Rasulullah?

aku tidak mempunyai gaya seorang yang suka membaca. namun itulah hakikatnya. aku tiba-tiba rasa tergerak untuk membuka blog seorang follower aku. headernya bertajuk: MINDA, JIWA & HATI. welcome speech yang dia tulis seolah2 ALLAH sedang berbicara denganku.. memujukku.. tertulis:

SETIAP MASALAH YANG BERLAKU PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA, JADIKAN MINDA UNTUK BERFIKIR DAN JALAN KELUAR, HATI SEBAGAI PROSES PENAPISAN MASALAH DAN JIWA UNTUK MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK..
dan pastinya kita perlu UTAMAKAN ALLAH di hadapan..

hei hati! cuba kau sebutkan satu persatu keburukanku! pasti pengsan aku mendengarnya.......

tapi kemarilah kau hati... aku mahu usap kau dengan selembut yang mungkin... gilap kau agar kau bersih dari lumpur yang mengotorkan..

hati.. tahukah kau.. aku tidak pernah lupa untuk melakukan kebaikan... janganlah kau terlalu sedih mengenangkan keburukan yang telah kau lakukan..

hati, kau harus ingat bahawa untuk mendapatkan janji-janji ALLAH yang Maha Indah itu.. kau hanya perlukan kesabaran....

hati, aku menyaksikan saat kau mengarahkan bibir melafazkan sesuatu...

hati, apakata kau jadikan segala yang menyedihkan itu sebagai aspirasi untuk kau lebih berjaya dan tabah?

apa gunanya berbicara dengan hati sekiranya tidak mahu memberi peluang kepada diri...


hai manusia.. ingatlah ayat terakhir dari surah al-Baqarah..

siapa yang sanggup mengorbankan masa dia untuk duduk denganku.. dan mendengar bicaraku?


p/s: sejak bila ntah buat ayat2 mcm ni.. tapi ni baru sikitt.

Sunday, 25 July 2010

rasa puas

.BismillahirRahmanirRahim.

hm. kadang-kadang kalau kita gembirakan hati orang yang kita sayang lagi rasa puas daripada kita gembirakan diri sendiri. kenapa? sbb kalau kita gembirakan hati kita, natijahnya hanya kita seorang yang gembira. tetapi berlainan halnya dengan apabila kita menggembirakan hati orang yang kita sayang, kerana diakhirnya kita akan berhasil mendapatkan natijah yang berbeza iaitu 2 kegembiraan. ini berlaku apabila kita gembirakan orang lain, kita akan gembira bila tgk org yg kita sayang gembira.

kita kena peka dan sentiasa ingat yang kita kat dunia ni bukan sorang2. jadi jangan selfish.

2 hari ni. saya merangkakan banyak perkara yang perlu saya bereskan. yang paling penting adalah kerja penerbitan. tapi bila setiap kali saya nak mulakan kerja penerbitan seolah2 ada yang belum saya selesaikan. jadi x de mood. saya inginkan yang terbaik untuk hasil kerja yang melibatkan saya.

mlmh salamiah sangat teratur orangnya. aku bersyukur kerana ALLAH mengurniakan seorang guru penasihat yang begitu. sebetulnya aku sudah siap menyusun atur creative yang bakal diterbitkan ramadhan ni. mungkin dengan rupa yang agak baru. yang pasti bukan dengan niat untuk membanding2kan dengan yang lama.

mlmh salamiah mencadangkan mlm waqi sebagai kolumnis. aku pun bercadang begitu. alhamdulillah fikrah yang sama dgn guru penasihat. aku memberikan tajuk: ****** jeng3.. x boleh bagitahu lagi kang x surprise utk al-amin dan yang lain2. pada masa yang sama, mlm mengajar aku tentang penerbitan. aku sangat berterima kasih. aku dah dapat idea. cuma tunggu kata putus dari ketua dan guru penasihat.. ROBBUNAA YUSAHHIL.

aku ke hira' dengan banyak niat. 2 niat utama. niat 1: utk ziarah ILI.niat 2: utk meminta bantuan dari muslim 1412. aku berfikir banyak kali.. betul ke apa yang aku buat ni.. tapi perancangan ni dah lama aku susun. iaitu mengumpulkan kembali karya2 as-saabiquunal awwaluun kartunis2 al-amin yang mantap2!

perancangan aku kadang2 nampak je gempak.. tapi -_-. haha.

niat pertama dah dijalankan.

niat kedua. aku datang ke dorm ili tanpa pengetahuan dia. aku borak2 ngan dia.. berukhuwwah.. aku bagi kado dari indonesia. mungkin kurang sesuai.. tapi asalkan ikhlas kerna ALLAH, ya semuanya bisa jadi sesuai.

dia seorang yang sangat fanatik kamera. aku pun begitu tapi aku kuburkan impianku sbb x de kamera yang mantap2.. nk mintak parents belikan.. mcm segan sbb dalam pelajaran x pernah memuaskan mereka.. walaupun hakikatnya aku selalu dapat top dalam klas. p/s: ye ke? akaka.. perasan2.

ili tujuk album gambar. aku tahu kalau aku nak gambar2 tu mesti kena bayar. aku faham. kerana nak print pon perlukan modal.. x pe asalkan boleh jadi kenangan. dan 1 hari nnti aku boleh tunjuk kat anak2.. p/s: ceh! ^_^.

belek punya belek. entah kenapa setiap gambar yang aku belek.. seakan2 gambar tu hidup.. mcm dengar bunyi peristiwa tu sdg berlaku.. sampai satu gambar... hiba rasanya~ menangis hati. gambar sape? gambar pakwe kot. ye la tu. pakwe pun x pnah ade. apatah lagi gambar. gambar mlmh fatonah sebenarnya.. seorang guru yang penuh dengan sifat sabar terhadap anak-anak muridnya.. walaupun pernah kena marah dan denda berdiri kat luar kelas.. tapi semua tu x pernah buat hanifah jauh dari mlmh fatonah! alhamdulillah mlmh fatonah telah selamat melahirkan anaknya yang ketiga..

sebetulnya ada khabaran yang mengatakan ili baru lepas operate. jadi tu yg semngt nak jumpa ili.. nak bagi semngt kat dia.. ceh kononje hanifah ni. tapi hanifah sgt gembira bila ili kata ili gembira sgt hanifah dtg hari ni.. tapi ili akhiri pertemuan kami dgn katanya: kami yang 18 tahun x menyerlah dalam pelajaran.. banin ngan banat. aku sedapkan hati dia dgn kataku: ala.. belum lagi tu.. korang pegang jawatan punyela besar.. mungkin ambil masa untuk tunjukkan korg menyerlah dalam pelajaran.. doa banyak2.. inshaALLAH ALLAH bantu.. yang penting kena semangat! jangan sedih2!

dalam ketika melangkahkan kaki keluar dari aspuri.. hati rasa puas. walaupun x dpt jumpa semua. tapi cukuplah sekadar dapat lihat mereka dalam gambar!..

SEMOGA ALLAH TEMUKAN KITA KEMBALI DALAM SYURGANYA, AMEEN!

Thursday, 22 July 2010

khabar minggu ini

Bismillahirrahmanirrahim.

TEMA:
"SESUNGGUHNYA BERSAMA-SAMA DENGAN KESUSAHAN ITU ADALAH KESENANGAN"

1. Aku tak lagi duduk di barisan paling hadapan dek ketidak selesaan yang aku hadapi. Aku lebih memilih untuk duduk di belakang walaupun duduk di hadapan itu menjamin kefokusan yang lebih, InsyaALLAH. Jadi, sekarang aku duduk di sebelah adik usrahku, amalina. best juga sekali sekala berukhuwwah dengan orang belakang ni.

2. duit RM7 hilang. Semoga duit yang hilang itu dimanfaatkan ke jalan ALLAH. ina kata: mak ana selalu kata: (mafhumnya): jangan galak2.. nanti menangis.. faham x? dalam al-Qur'an pun ada ayat yang lebih kurang begini yang menceritakan tentang org yg sering bersenang2 di dunia.. tapi di akhirat nnti dialah yang paling sedih.

3. semua gambar-gambar yang seolah2 mempunyai nyawa yg ditangkap sewaktu perkhemahan terdelete!. oh-_-! semoga ALLAH menggantikan yang lebih indah buatku.

4. 20 Julai: ulangtahun kelahiran YAYA: fatin Nur Hidayah.

5. 21 Julai: ulangtahun kelahiran HABIBAH: classmate dari darjah 1 sampai tingkatan 3.. whoa!

6. 22 Julai: ulangtahun kelahiran MUNA: munawwarah: sahabat sehati sejiwa, InsyaALLAH.

7. tentang KRS: teruja time kadet2 nyanyi lagu negaraku. sebabnya: semua banin form 5 yang main bola terus berhenti dan berdiri tegak, wah! dan tentang latihan based: first time tgk latihan based yang agak best dan menarik! air hari tu pun agak manis~ hehe credit to khadijah & aisyah.. p/s: kalau masin org tua2 kata dah nak kahwin, kalau manis? ^_^

8. Spek fatin jadi baru. sebab dia ditimpa musibah.

9. Buat semua anak murid kelas hafazan saya.. syukran jaziilan kerana bersabar dengan 'ustazah' anda yang mmg grr.. terharu saya.. semuanya bertungkus-lumus dan tak pernah putus asa walaupun di marah banyak kali. lebih terharu, salah seorang anak murid saya: SYIFAA lagi 1 muka surat nak khatam juz. mungkin pada pandgan org lain sikit.. tapi syifaa ni mantap ulangannya.. saya bila lagi? -_-

10. tadi belek2 helaian kertas yang memaparkan kumpulan usrah yang terkini. rahima gembiraa! agak-agak dia gembira sbb masih usrah dengan saya ke atau sebab lain? apa-apapun sekiranya anak usrah saya gembira, saya turut tumpang gembira ^_^.. tapi sedih.. sbb basyirah dan muneerah pindah usrah. bila aku bagitahu pada basyirah, dia kata: kak hanifah mesti x sedih.. aku tergelak.. sebab saat aku tahu aku berkata: basyirah mesti suka.. akaka~ aku cakapla aku sedih.. dia tanya kenapa x menangis.. aku jawab: kalau sedih x semestinya menangis.. yang menangis tu pun kadang-kadang bukannya sebab sedih.. ALLAH knows most what is the best for us! aku cakap kat dia: walaupun bukan 1 usrah dah lepas ni.. tapi kita tetap boleh kongsi2 apa2.. ingat kalau nak cerita masalah x semestinya kena cerita dekat naqibah."DAN APABILA KAMU INGIN MEMINTA BANTUAN, MAKA MINTALAH BANTUAN DENGAN ALLAH!

11. saya sebagai UP sekarang sedang membuat perancangan untuk menghasilkan creative bumper.. YA ALLAH, TEBAHKANLAH HATI KAMI DALAM MENGHARUNGI SEGALA LIKU-LIKU INI.. AMEEN.

Tuesday, 20 July 2010

singkap yang tersirat itu!

999, panggilan kecemasan, bukan nombor mainan!


assalamu'alaikum w.b.t dan selamat malam.


sebenarnya aku sudah merancang untuk menulis entry-entry yang seterusnya dalam versi bahasa inggeris lantaran kerja rumah jangka masa panjang yang diberikan oleh muallimah norlida: to do life journal along 3 month where all students must produce for at least 2 entries a week.. waa~ so, i decided to sketch down my journey here with mix language and then i'll change to pure one next time.. p/s: when I really ready to compile all the journey into a journal.


Manusia bertuah kerana dikurniakan aqal. justeru dengan aqal itulah kita gunakan untuk menyingkap segala apa yang tersirat kerana tanpa aqal pun kita kita dapat menyingkap yang tersurat.


saya ada cerita sikit hari ini. tetapi macam biasa, pasti panjang berjela entrinya, maka jika anda mahu meningkap yang tersirat itu lebih sedikit, harus bersabar!


...............................................................................................................................................


16-18 julai lepas, aku bersama ratusan pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 4 elah memberikan sepenuh komitmen kami dengan menyertai sebuah program mukhayyam tahunan di Lopoh Waterfront Pangsun, Hulu Langat. Aku kira pasti semua pelajar membayangkan pendedahan jasmani yang akan lebih dititikberatkan sepanjang mukhayyam tersebut. Namun, apa yang aku dapati adalah berbeza, kerna pendekatan mukhayyam tahun ini lebih kepada keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.


Seperti yang aku telah catatkan dalam ujian karangan bahasa melayuku petang tadi, sebetulnya aku datang dengan jiwa yang kosong. bagaikan jasad yang berjalan tanpa ruh. tidak rasa apa-apa melainkan kelelahan jiwa yang sangat menyedihkan! namun, tidak semudah itu untuk aku terus membiarkan diriku terus begitu. Setiap perjalanan program aku manfaatkan dengan cubaan menyingkap segala yang tersirat agar dapat diisi dalam tinku yang Maha Kosong. supaya apabila dijentik/ diketuk, tadak lagi berbunyi kuat:menandakan jiwa betul-betul gersang.


ramai yang kata bosan mukhayyam kali ini. namun jika bijak untuk lihat dari sisi pandang lain, kita akan merasakan kenikmatan yang orang lain tidak dapat rasa. baru berbaloi masa+duit yang disalurkan.


CERITA 1


Hatiku mula terisi saat muallim waqiyuddin menyampaikan slotnya yang bertajuk: agar kita menjadi RIJAAL. lebih teruja, apabila murabbiku yang seorang itu merupakan seorang saudara barula jugak. hebat! baru beberapa tahun memeluk ISLAM, sudah mampu menyampaikan tajuk sebegitu! sebetulnya rasa thiqah kepada murabbi bukanlah senang untuk ditanam dalam diri ini dalam masa yang Maha singkat itu, tetapi aku mula thiqah kepada murabbi ini sejak dari debat lagi melihatkan kepada pendapat-pendapat dan nasihat-nasihat serta pandangan-pandangan yang beliau berikan. lebih semangat diri ni apabila murabbi itu memberitahu bahawa sebenarnya beliau ingin meletakkan jawatan 2 hari sebelum program mukhayyam, tetapi sbb ingin membina kami menjadi rijallah, beliau menolak tawaran ggaji 4 kali lipat yang tidap pernah disapanya itu. wow! jarang orang muda menolak tawaran gaji yang lebih baik, lebih-lebih lagi lelaki. namun berbekalkan sedikit prinsip: sesungguhnya janji Allah itu Maha Benar, beliau mampu lakukan! jika beliau yang baru beberapa tahun memeluk Islam itu mampu untuk membuktikan, bagaimana dengan diri ini yang sudah lebih 18 tahun beragama ISLAM?


P/S: dapat intai apa yang tersirat? mahukan lebih? usahalah yang lebih!



CERITA 2


hari kedua. mungkin kerana kuasa tenaga sinergi kurang dalam kalangan kami menyebabkan aku masih belum utuh walaupun telah mendengar pengisian semalam. paginya aku masih ok! tengah harinya aku agak luntur sedikit, sakit kepala!(lagila jatuh.) sebelum mula, kami memang kena 'tegur' lantaran sikap2 kami yang kurang positifnya. nasihat muallimah mmg menusuk hatila~ jelas-jelas nampak muallimah mmg nak membina rijaal yang sejati! ketika masak nasi dalam buluh, jelas-jelas aku seperti manusia tanpa pedoman.. walhal aku dah lebih 2 kali masak nasi dalam buluh! bukan aku x reti, tetapi kekosongan jiwa menghalang diri. naqibahku sampai geram dan marah aku. aku sedikit terkejut dan memberontak. huh! sudahlah aku sedang menghadapi masalah jiwa, mental pon sakit.. kena marah lagi!


namun kita semua tahu keluhan itu hanya keluar dari mulut-mulut orang yang kacau fikirannya. sendiri buat salah, naqibah yang disalahkan! aku senyap je dan terus membuat kerja-kerja sampingan: kumpul kayu 1 tempat , bersihkan kawasan masak dan sebagainya. kemudiannya terus tenangkan diri,= cas bateri! o yeh! bila dah full.. mmg best! jika ptg tu aku mcm org yg semangat langsung.. negatif habis.. kelakar bila ingat balik.. tapi malam tu aku mcm orang yang baru! paling semangat.. siap tolong bagi gula2 lagi time ceramah muallim 'aqib. beliau mengaitkan krsm dengan kepentingan tarbiyyah dalam pembentukan seseorang rijaal itu sendiri. beliau juga menceritakan serba sedikit tentang ciri-ciri rijaal.


p/s: jelas menunjukkan rahmat Allah itu Maha Luas! Allahu Akbar! sbb itulah kita dilarang utk berputus harap dari rahmat ALLAH!


...............................................................................................................................................


memang bertepatan dengan tema yang telah digariskan: pengalaman pencetus kematangan! dan ingatlah, walau kecil, impak maksima insyaALLAH!keseluruhannya: betapa aku nak tunjukkan kepada sekalian pembaca bahawa identiti diri itu penting dalam membantu kita memulakan langkah pertama yang tepat. identiti diri yang dimaksudkan bukanlah IC tapi diri kita sendiri. bayangkanlah, aku yang naqibah inipun baru ditarik nikmat identiti dirinya, sudah begitu.. aku juga manusia biasa yang bisa lemah tatkala diuji.. waktu inilah aku perlukan bimbingan teman. oleh itu dalam beramal, jangan pentingkan diri!


kesan dapat jumpa identiti diri: aku lebih semangat dalam belajar.. math dan +math x lagi ngantuk! o yeh! lebih jelas apa yang dilakukan! lagi semangat merancang atur UP.. dan esok aku nak datang lagi awal ke sekolah.. akaka! yang penting niat dan usaha.. Wallahu a'lam!


justeru, jika 999 nombor kecemasan, bukan nombor mainan, jadi 24434 juga nombor kecemasan bukan lagi nombor mainan! faham tak? ^_^(dalam blog pun nak tanya..)

Sunday, 11 July 2010

banyak info!

bismillahirrahmanirrahim.


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA.

Alhamdulillah syukr 'alallah.. kalau keseluruhan: 13A, 1E. tapi kalau subjek untuk SPM je dapat 11A, 1 E. A+=1, A=7, A-=3, E=1. saya rasa saya boleh buat lebih daripada ini.. tapi tulah masalahnya.. rasa je tapi taknak buat!

keseluruhan form: saya di tempat kedua dengan purata markah 81 point something kalah dengan hana kat tempat pertama dengan purata markah 83 point something.

saya x banyak dapat highest. tapi adalah jugak sikit2. dan saya sedikit kagum dengan banin, kerana top 10 ranking form.. banin 5 org, banat 5 org. biasanya banat yg conquer. jadi, ana x boleh terus duduk diam..


TENTANG KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA MUSLEH KALI KEDUA.

saya sebenarnya sebelum pergi tak yakin dengan diri saya. tapi saya paksa diri saya supaya jangan cepat putus asa. walaupun kali ini al-amin bangi masih tidak dapat masuk ke pusinga quater final tapi sekurangnya kami berlawan dengan pasukan agak gergasi bagi saya di pusingan awal iaitu dengan hidayah JB yg merupakan naib johan tahun lepas dan johan tahun ni, dan sekolah al-amin gombak yg merupakan johan tahun lepas.

pusingan pertama: lawan dgn al-azhar

pusingan kedua: lawan dengan al-amin gombak

pusingan ketiga : lawan dengan hidayah JB

pusingan keempat : lawan dengan al-amin gombak

natijah: 2 mng, 2 kalah.

ranking x pasti. tapi x terus sgt.


suka duka mmg kami rasa. waktu ni jugaklah ukhuwwah persahabatan teruji. tetapi, selaku orang Islam yang beriman, kita sehausnya mengambil pengajaran atas setiap apa yang telah terjadi. dan jangan lupa untuk sentiasa doa agar ALLAH ttapkan hati agar sentiasa bersyukur dan redha dengan segala apa yang telah ditetapkan olehNya.

"hanifah selalu ingat hanifah tere bab ekonomi sbb hanifah rasa hanifah belajar ekonomi.. tapi sebenarnya hanifah x tere bahagian dasar2.. "

jika tahun ini ana menerima kritikan sebegini yang sememangnya tepat ke hati.. maka ana akan buktikan satu hari nnti ana pulak yang akan cakap mcm ni.. faham tak maksudnye?

tapi ketahuilah seluruh seisi sekolah al-amin bangi.. kami telah cuba sedaya upaya kami.. untuk membawa nama sekolah.. buktinya.. ada antara kami yang menangis frust, sedih.. sbbnya secara detail.. nanti2la.

kalau blog ini adalah satu teknologi yg org lain x boleh baca.. maka saya akan cerita semuanya.

memandangkan kami x dpt masuk ke peringkat seterusnya.. walaupun kami merasakan sebenarnya kami layak melihatkan kepada beberapa faktor.. tetapi sbb margin kami rendah.. jadi x layak.. tapi sekurang-kurangnya saya dah experience lawan dengan hidayah JB dan gombak dua kali and i know.. saya di mana.. and i can estimate myself for next championship..

quarter final. hira' lawan gombak. al-amin bangi majoriti sokong gombak. sebenarnya ana sorg je yg sokong hira'. bukan sbb apa.. tapi sbb hira' sekolah ana dulu dan ana pasti mesti yg hadir semuanya mengestimate gombak mng.. jadi ana rasa x salah nak bgi smngt walaupun ana bukannya penyebab mereka mng dan ana x sumbang apa2 pun utk kemenangan hira' sewaktu lawan dgn gombak. kalaula semua peserta debat hira' banat, da lama ana sokong syadid2.. lebih syadid dari apa yg ana buat.. p/s: x de la teruk sgt.

time hira' lawan hidayah JB utk smei-final. al-amin bangi sokong hira'. o yeh! mungkin kehumblelan mereka kot.. kalau mereka sombong.. ana pon takkan sokong hira'.. kami berharap hira'mng. tapi bukan rezeki.. kalah 5-0 dengan hidayah JB. takpela sape2 mng pon.. "yang penting MUSLEH!" ahaha.. rasa terperli bila salah seorang penyokong JB cakap mcm tu..

mcm2.

tapi kami x buang masa mcm tu je walaupun kami x masuk pringkat quarter.

tgh2 smngt dengar pengumuman best speaker BM dari ranking 5 sampai 2.. tiba sampai yg first.. cm terberhenti jap.. dan diumumkan pedebat terbaik tempat pertama adalah dari sekolah menengah SRI al-amin bangi, HUSNA BINTI ISHKANDAR! kami yang al-amin bangi terkejut bukan kepalang sbbnya husna x pernah dinobatkan pedebat terbaik dalam setiap round.. tapi mungkin markah die hampir2 utk dpt best speaker setiap round. apa-apa pun mabruuk~ dan nasihat kak hanifah untuk husna untuk selama2nya: berhikmahlah dalam setiap perkara, hormati yang tua, sayangi yang muda walau apapun yang berlaku.

ok. tiba2 rasa dah x semangat utk terus menulis. wallahu a'lam.


HANIFAH, SELAMAT!

dan jagalah hati dari sebarang kuman2 jahat..