Thursday, 22 July 2010

khabar minggu ini

Bismillahirrahmanirrahim.

TEMA:
"SESUNGGUHNYA BERSAMA-SAMA DENGAN KESUSAHAN ITU ADALAH KESENANGAN"

1. Aku tak lagi duduk di barisan paling hadapan dek ketidak selesaan yang aku hadapi. Aku lebih memilih untuk duduk di belakang walaupun duduk di hadapan itu menjamin kefokusan yang lebih, InsyaALLAH. Jadi, sekarang aku duduk di sebelah adik usrahku, amalina. best juga sekali sekala berukhuwwah dengan orang belakang ni.

2. duit RM7 hilang. Semoga duit yang hilang itu dimanfaatkan ke jalan ALLAH. ina kata: mak ana selalu kata: (mafhumnya): jangan galak2.. nanti menangis.. faham x? dalam al-Qur'an pun ada ayat yang lebih kurang begini yang menceritakan tentang org yg sering bersenang2 di dunia.. tapi di akhirat nnti dialah yang paling sedih.

3. semua gambar-gambar yang seolah2 mempunyai nyawa yg ditangkap sewaktu perkhemahan terdelete!. oh-_-! semoga ALLAH menggantikan yang lebih indah buatku.

4. 20 Julai: ulangtahun kelahiran YAYA: fatin Nur Hidayah.

5. 21 Julai: ulangtahun kelahiran HABIBAH: classmate dari darjah 1 sampai tingkatan 3.. whoa!

6. 22 Julai: ulangtahun kelahiran MUNA: munawwarah: sahabat sehati sejiwa, InsyaALLAH.

7. tentang KRS: teruja time kadet2 nyanyi lagu negaraku. sebabnya: semua banin form 5 yang main bola terus berhenti dan berdiri tegak, wah! dan tentang latihan based: first time tgk latihan based yang agak best dan menarik! air hari tu pun agak manis~ hehe credit to khadijah & aisyah.. p/s: kalau masin org tua2 kata dah nak kahwin, kalau manis? ^_^

8. Spek fatin jadi baru. sebab dia ditimpa musibah.

9. Buat semua anak murid kelas hafazan saya.. syukran jaziilan kerana bersabar dengan 'ustazah' anda yang mmg grr.. terharu saya.. semuanya bertungkus-lumus dan tak pernah putus asa walaupun di marah banyak kali. lebih terharu, salah seorang anak murid saya: SYIFAA lagi 1 muka surat nak khatam juz. mungkin pada pandgan org lain sikit.. tapi syifaa ni mantap ulangannya.. saya bila lagi? -_-

10. tadi belek2 helaian kertas yang memaparkan kumpulan usrah yang terkini. rahima gembiraa! agak-agak dia gembira sbb masih usrah dengan saya ke atau sebab lain? apa-apapun sekiranya anak usrah saya gembira, saya turut tumpang gembira ^_^.. tapi sedih.. sbb basyirah dan muneerah pindah usrah. bila aku bagitahu pada basyirah, dia kata: kak hanifah mesti x sedih.. aku tergelak.. sebab saat aku tahu aku berkata: basyirah mesti suka.. akaka~ aku cakapla aku sedih.. dia tanya kenapa x menangis.. aku jawab: kalau sedih x semestinya menangis.. yang menangis tu pun kadang-kadang bukannya sebab sedih.. ALLAH knows most what is the best for us! aku cakap kat dia: walaupun bukan 1 usrah dah lepas ni.. tapi kita tetap boleh kongsi2 apa2.. ingat kalau nak cerita masalah x semestinya kena cerita dekat naqibah."DAN APABILA KAMU INGIN MEMINTA BANTUAN, MAKA MINTALAH BANTUAN DENGAN ALLAH!

11. saya sebagai UP sekarang sedang membuat perancangan untuk menghasilkan creative bumper.. YA ALLAH, TEBAHKANLAH HATI KAMI DALAM MENGHARUNGI SEGALA LIKU-LIKU INI.. AMEEN.

No comments: