Sunday, 25 July 2010

rasa puas

.BismillahirRahmanirRahim.

hm. kadang-kadang kalau kita gembirakan hati orang yang kita sayang lagi rasa puas daripada kita gembirakan diri sendiri. kenapa? sbb kalau kita gembirakan hati kita, natijahnya hanya kita seorang yang gembira. tetapi berlainan halnya dengan apabila kita menggembirakan hati orang yang kita sayang, kerana diakhirnya kita akan berhasil mendapatkan natijah yang berbeza iaitu 2 kegembiraan. ini berlaku apabila kita gembirakan orang lain, kita akan gembira bila tgk org yg kita sayang gembira.

kita kena peka dan sentiasa ingat yang kita kat dunia ni bukan sorang2. jadi jangan selfish.

2 hari ni. saya merangkakan banyak perkara yang perlu saya bereskan. yang paling penting adalah kerja penerbitan. tapi bila setiap kali saya nak mulakan kerja penerbitan seolah2 ada yang belum saya selesaikan. jadi x de mood. saya inginkan yang terbaik untuk hasil kerja yang melibatkan saya.

mlmh salamiah sangat teratur orangnya. aku bersyukur kerana ALLAH mengurniakan seorang guru penasihat yang begitu. sebetulnya aku sudah siap menyusun atur creative yang bakal diterbitkan ramadhan ni. mungkin dengan rupa yang agak baru. yang pasti bukan dengan niat untuk membanding2kan dengan yang lama.

mlmh salamiah mencadangkan mlm waqi sebagai kolumnis. aku pun bercadang begitu. alhamdulillah fikrah yang sama dgn guru penasihat. aku memberikan tajuk: ****** jeng3.. x boleh bagitahu lagi kang x surprise utk al-amin dan yang lain2. pada masa yang sama, mlm mengajar aku tentang penerbitan. aku sangat berterima kasih. aku dah dapat idea. cuma tunggu kata putus dari ketua dan guru penasihat.. ROBBUNAA YUSAHHIL.

aku ke hira' dengan banyak niat. 2 niat utama. niat 1: utk ziarah ILI.niat 2: utk meminta bantuan dari muslim 1412. aku berfikir banyak kali.. betul ke apa yang aku buat ni.. tapi perancangan ni dah lama aku susun. iaitu mengumpulkan kembali karya2 as-saabiquunal awwaluun kartunis2 al-amin yang mantap2!

perancangan aku kadang2 nampak je gempak.. tapi -_-. haha.

niat pertama dah dijalankan.

niat kedua. aku datang ke dorm ili tanpa pengetahuan dia. aku borak2 ngan dia.. berukhuwwah.. aku bagi kado dari indonesia. mungkin kurang sesuai.. tapi asalkan ikhlas kerna ALLAH, ya semuanya bisa jadi sesuai.

dia seorang yang sangat fanatik kamera. aku pun begitu tapi aku kuburkan impianku sbb x de kamera yang mantap2.. nk mintak parents belikan.. mcm segan sbb dalam pelajaran x pernah memuaskan mereka.. walaupun hakikatnya aku selalu dapat top dalam klas. p/s: ye ke? akaka.. perasan2.

ili tujuk album gambar. aku tahu kalau aku nak gambar2 tu mesti kena bayar. aku faham. kerana nak print pon perlukan modal.. x pe asalkan boleh jadi kenangan. dan 1 hari nnti aku boleh tunjuk kat anak2.. p/s: ceh! ^_^.

belek punya belek. entah kenapa setiap gambar yang aku belek.. seakan2 gambar tu hidup.. mcm dengar bunyi peristiwa tu sdg berlaku.. sampai satu gambar... hiba rasanya~ menangis hati. gambar sape? gambar pakwe kot. ye la tu. pakwe pun x pnah ade. apatah lagi gambar. gambar mlmh fatonah sebenarnya.. seorang guru yang penuh dengan sifat sabar terhadap anak-anak muridnya.. walaupun pernah kena marah dan denda berdiri kat luar kelas.. tapi semua tu x pernah buat hanifah jauh dari mlmh fatonah! alhamdulillah mlmh fatonah telah selamat melahirkan anaknya yang ketiga..

sebetulnya ada khabaran yang mengatakan ili baru lepas operate. jadi tu yg semngt nak jumpa ili.. nak bagi semngt kat dia.. ceh kononje hanifah ni. tapi hanifah sgt gembira bila ili kata ili gembira sgt hanifah dtg hari ni.. tapi ili akhiri pertemuan kami dgn katanya: kami yang 18 tahun x menyerlah dalam pelajaran.. banin ngan banat. aku sedapkan hati dia dgn kataku: ala.. belum lagi tu.. korang pegang jawatan punyela besar.. mungkin ambil masa untuk tunjukkan korg menyerlah dalam pelajaran.. doa banyak2.. inshaALLAH ALLAH bantu.. yang penting kena semangat! jangan sedih2!

dalam ketika melangkahkan kaki keluar dari aspuri.. hati rasa puas. walaupun x dpt jumpa semua. tapi cukuplah sekadar dapat lihat mereka dalam gambar!..

SEMOGA ALLAH TEMUKAN KITA KEMBALI DALAM SYURGANYA, AMEEN!

No comments: