Tuesday 27 July 2010

hei, kemarilah hatiku!

BismilahirRahmanirRahim.

tujuan post kali ini khas untuk diri sendiri yg sedang GILA!

hey! itulah orang yg kurang ingatannya terhadap ALLAH.. baru diuji ALLAH sedikit sudah mahu GILA! bagaimana mahu menjadi seperti Rasulullah?

aku tidak mempunyai gaya seorang yang suka membaca. namun itulah hakikatnya. aku tiba-tiba rasa tergerak untuk membuka blog seorang follower aku. headernya bertajuk: MINDA, JIWA & HATI. welcome speech yang dia tulis seolah2 ALLAH sedang berbicara denganku.. memujukku.. tertulis:

SETIAP MASALAH YANG BERLAKU PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA, JADIKAN MINDA UNTUK BERFIKIR DAN JALAN KELUAR, HATI SEBAGAI PROSES PENAPISAN MASALAH DAN JIWA UNTUK MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK..
dan pastinya kita perlu UTAMAKAN ALLAH di hadapan..

hei hati! cuba kau sebutkan satu persatu keburukanku! pasti pengsan aku mendengarnya.......

tapi kemarilah kau hati... aku mahu usap kau dengan selembut yang mungkin... gilap kau agar kau bersih dari lumpur yang mengotorkan..

hati.. tahukah kau.. aku tidak pernah lupa untuk melakukan kebaikan... janganlah kau terlalu sedih mengenangkan keburukan yang telah kau lakukan..

hati, kau harus ingat bahawa untuk mendapatkan janji-janji ALLAH yang Maha Indah itu.. kau hanya perlukan kesabaran....

hati, aku menyaksikan saat kau mengarahkan bibir melafazkan sesuatu...

hati, apakata kau jadikan segala yang menyedihkan itu sebagai aspirasi untuk kau lebih berjaya dan tabah?

apa gunanya berbicara dengan hati sekiranya tidak mahu memberi peluang kepada diri...


hai manusia.. ingatlah ayat terakhir dari surah al-Baqarah..

siapa yang sanggup mengorbankan masa dia untuk duduk denganku.. dan mendengar bicaraku?


p/s: sejak bila ntah buat ayat2 mcm ni.. tapi ni baru sikitt.

2 comments:

kinabell said...

P/s:
Ubat hati ada 5 perkara;
1-Baca Al-Quran & maknanya
2-Solat malam
3-Berkumpul dengan orang soleh
4-Perbanyakkan berpuasa
5-Zikr

Andai hati tak 'makan' dengan ubat-ubat tersebut, MINTA pada Allah hati yang baru.. Kan Allah Maha Pemurah? ^_^

Selamat menjadi NORMAL! :D

(mls nk sign in :P, -kinabell-)

Beinal ams walyaum said...

alhamdulillah kawan. dah normal sebaik sahaja habis muhasabah diri..

tapi kan.. ubat2 hati.. pil ke x? kalau pil.. susah la.. -_-..

TQ kinabell..

selamat berjaya!