Tuesday, 20 July 2010

singkap yang tersirat itu!

999, panggilan kecemasan, bukan nombor mainan!


assalamu'alaikum w.b.t dan selamat malam.


sebenarnya aku sudah merancang untuk menulis entry-entry yang seterusnya dalam versi bahasa inggeris lantaran kerja rumah jangka masa panjang yang diberikan oleh muallimah norlida: to do life journal along 3 month where all students must produce for at least 2 entries a week.. waa~ so, i decided to sketch down my journey here with mix language and then i'll change to pure one next time.. p/s: when I really ready to compile all the journey into a journal.


Manusia bertuah kerana dikurniakan aqal. justeru dengan aqal itulah kita gunakan untuk menyingkap segala apa yang tersirat kerana tanpa aqal pun kita kita dapat menyingkap yang tersurat.


saya ada cerita sikit hari ini. tetapi macam biasa, pasti panjang berjela entrinya, maka jika anda mahu meningkap yang tersirat itu lebih sedikit, harus bersabar!


...............................................................................................................................................


16-18 julai lepas, aku bersama ratusan pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 4 elah memberikan sepenuh komitmen kami dengan menyertai sebuah program mukhayyam tahunan di Lopoh Waterfront Pangsun, Hulu Langat. Aku kira pasti semua pelajar membayangkan pendedahan jasmani yang akan lebih dititikberatkan sepanjang mukhayyam tersebut. Namun, apa yang aku dapati adalah berbeza, kerna pendekatan mukhayyam tahun ini lebih kepada keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.


Seperti yang aku telah catatkan dalam ujian karangan bahasa melayuku petang tadi, sebetulnya aku datang dengan jiwa yang kosong. bagaikan jasad yang berjalan tanpa ruh. tidak rasa apa-apa melainkan kelelahan jiwa yang sangat menyedihkan! namun, tidak semudah itu untuk aku terus membiarkan diriku terus begitu. Setiap perjalanan program aku manfaatkan dengan cubaan menyingkap segala yang tersirat agar dapat diisi dalam tinku yang Maha Kosong. supaya apabila dijentik/ diketuk, tadak lagi berbunyi kuat:menandakan jiwa betul-betul gersang.


ramai yang kata bosan mukhayyam kali ini. namun jika bijak untuk lihat dari sisi pandang lain, kita akan merasakan kenikmatan yang orang lain tidak dapat rasa. baru berbaloi masa+duit yang disalurkan.


CERITA 1


Hatiku mula terisi saat muallim waqiyuddin menyampaikan slotnya yang bertajuk: agar kita menjadi RIJAAL. lebih teruja, apabila murabbiku yang seorang itu merupakan seorang saudara barula jugak. hebat! baru beberapa tahun memeluk ISLAM, sudah mampu menyampaikan tajuk sebegitu! sebetulnya rasa thiqah kepada murabbi bukanlah senang untuk ditanam dalam diri ini dalam masa yang Maha singkat itu, tetapi aku mula thiqah kepada murabbi ini sejak dari debat lagi melihatkan kepada pendapat-pendapat dan nasihat-nasihat serta pandangan-pandangan yang beliau berikan. lebih semangat diri ni apabila murabbi itu memberitahu bahawa sebenarnya beliau ingin meletakkan jawatan 2 hari sebelum program mukhayyam, tetapi sbb ingin membina kami menjadi rijallah, beliau menolak tawaran ggaji 4 kali lipat yang tidap pernah disapanya itu. wow! jarang orang muda menolak tawaran gaji yang lebih baik, lebih-lebih lagi lelaki. namun berbekalkan sedikit prinsip: sesungguhnya janji Allah itu Maha Benar, beliau mampu lakukan! jika beliau yang baru beberapa tahun memeluk Islam itu mampu untuk membuktikan, bagaimana dengan diri ini yang sudah lebih 18 tahun beragama ISLAM?


P/S: dapat intai apa yang tersirat? mahukan lebih? usahalah yang lebih!



CERITA 2


hari kedua. mungkin kerana kuasa tenaga sinergi kurang dalam kalangan kami menyebabkan aku masih belum utuh walaupun telah mendengar pengisian semalam. paginya aku masih ok! tengah harinya aku agak luntur sedikit, sakit kepala!(lagila jatuh.) sebelum mula, kami memang kena 'tegur' lantaran sikap2 kami yang kurang positifnya. nasihat muallimah mmg menusuk hatila~ jelas-jelas nampak muallimah mmg nak membina rijaal yang sejati! ketika masak nasi dalam buluh, jelas-jelas aku seperti manusia tanpa pedoman.. walhal aku dah lebih 2 kali masak nasi dalam buluh! bukan aku x reti, tetapi kekosongan jiwa menghalang diri. naqibahku sampai geram dan marah aku. aku sedikit terkejut dan memberontak. huh! sudahlah aku sedang menghadapi masalah jiwa, mental pon sakit.. kena marah lagi!


namun kita semua tahu keluhan itu hanya keluar dari mulut-mulut orang yang kacau fikirannya. sendiri buat salah, naqibah yang disalahkan! aku senyap je dan terus membuat kerja-kerja sampingan: kumpul kayu 1 tempat , bersihkan kawasan masak dan sebagainya. kemudiannya terus tenangkan diri,= cas bateri! o yeh! bila dah full.. mmg best! jika ptg tu aku mcm org yg semangat langsung.. negatif habis.. kelakar bila ingat balik.. tapi malam tu aku mcm orang yang baru! paling semangat.. siap tolong bagi gula2 lagi time ceramah muallim 'aqib. beliau mengaitkan krsm dengan kepentingan tarbiyyah dalam pembentukan seseorang rijaal itu sendiri. beliau juga menceritakan serba sedikit tentang ciri-ciri rijaal.


p/s: jelas menunjukkan rahmat Allah itu Maha Luas! Allahu Akbar! sbb itulah kita dilarang utk berputus harap dari rahmat ALLAH!


...............................................................................................................................................


memang bertepatan dengan tema yang telah digariskan: pengalaman pencetus kematangan! dan ingatlah, walau kecil, impak maksima insyaALLAH!keseluruhannya: betapa aku nak tunjukkan kepada sekalian pembaca bahawa identiti diri itu penting dalam membantu kita memulakan langkah pertama yang tepat. identiti diri yang dimaksudkan bukanlah IC tapi diri kita sendiri. bayangkanlah, aku yang naqibah inipun baru ditarik nikmat identiti dirinya, sudah begitu.. aku juga manusia biasa yang bisa lemah tatkala diuji.. waktu inilah aku perlukan bimbingan teman. oleh itu dalam beramal, jangan pentingkan diri!


kesan dapat jumpa identiti diri: aku lebih semangat dalam belajar.. math dan +math x lagi ngantuk! o yeh! lebih jelas apa yang dilakukan! lagi semangat merancang atur UP.. dan esok aku nak datang lagi awal ke sekolah.. akaka! yang penting niat dan usaha.. Wallahu a'lam!


justeru, jika 999 nombor kecemasan, bukan nombor mainan, jadi 24434 juga nombor kecemasan bukan lagi nombor mainan! faham tak? ^_^(dalam blog pun nak tanya..)

No comments: