Saturday 13 November 2010

apabila hati berkeras untuk menjerit

bismillahirrahmanirrahim

disebabkan mcm dah lama tak menulis di sini.. hati saya seakan-akan berkeras nak menjerit. hehe.. saya kalau bercerita taklah pandai sangat.. tapi kita sama-sama ambil ibrah..

1. periksa akhir tahun. hari tu saya konon je target 8A+ kan. saya tak dapat. kenapa x dapat? sbb x usaha. sng je punca dia. kenapa saya mesti malas untuk benda2 yang baik mcm ni? boleh tak kalau saya cakap sebab belum sampai seru? huh alasan sokmo. kalaukan.. kita x delah belajar sangat tapi result mcm agak mantap, perkara ni hanya antara ma'unah/istidraj. itu bagi sayalah.

saya tahu saya x delah belajar sangat. periksa 3 minggu straight. belakang pun mulalah sakit(manja) dan hidung pun mulalah meragam dek terkesan dengan homeopathy yg dimakan ketika musim periksa. saya x nafikan mmg saya agak tertekan ketika periksa.. bukan sbb saya study hard ye.

awalnya setelah habis periksa saya target subjek sejarah+seerah saya mcm boleh fail sbb saya..... hm. tapi Maha Suci ALLAH. saya dapat 'ok' dalam subjek tu.

utk subjek spm.. ini dia natijah saya..

+math: A-
ekonomi: A-
sains: A-
akaun: A
BM: A
BI: A
BAT: A
Math Mode: A
sejarah: A
PSI: A+
pqs: A+
nanti! saya bukan nak berlagak. saya hanya nak berkongsi. biasanya.. kalau manusia kan, kalau dia x puas hati dia akan ckp mcm ni.. : ala.. inipun aku bukannya belajar sangat.. kalau aku belajar, mesti boleh dapat lagi hebat dari yg kat atas ni..
adakah anda pasti yang anda akan dapat lebih hebat daripada apa yg ALLAH dah bagi? sedangkan waktu sdg periksa.. punyalah tawakkal kepada ALLAH kerana tahu usaha yg anda curahkan tidak setanding dgn markah yg kita nak. tapi alih2.. lepas periksa nak ALLAH bagi kita lebih dari apa yg kita ddah usaha. mcm mana tu? x segan ke? nah! ALLAH bagi keputusan yg agak baik. masih taknak ambil pengajaran lagi? kalau untuk diri saya.. saya sangat takut utk terus berpuas hati. bagi saya, ini adalah amaran utk saya lebih kuat usaha.
mulanya. saya sedih sangat sbb saya rasa keputusan saya kurang memuaskan. nampak mcm x bersyukur kan? ish3. sampaikan ada 1 subjek ni.. bukan subjek spmla.. bila saya tahu saya dapat C.. saya punyalah sedih sampai sakit(sakit biasa je). kerana saya tahu yg saya x amanah dalam nak belajar betul2.
tapi bila saya tgk kawan2 saya yg lain.. mereka kelihatan sedih ketika melihat keputusan mereka. kerana ada subjek yg tidak A dan juga ada yg gagal. tetapi mereka tetap bersyukur. aku? bila lagi nak bersyukur. kdg2.. kita susah nak bersyukur sbb kita x buka hati kita untuk menerima. hanifah! sila ingat. kalau anda bersyukur, ALLAH akan tambahkan.. kalau anda kufur, nescaya AZAB ALLAH sangatlah dahsyat.

ingat. belajar bukan untuk periksa. belajar sampai mati. ilmu biar berkat supaya nanti x lesap bila dah spm.

semalam saya ambil report card sendiri. waktu saya duduk di ruangan menunggu setelah dah ambil slip result periksa saya.. adalah parents ni dia tanya saya.. dah ambil result? saya ckplah: dah.. dia kata: nak tgk. saya bagi lah slip tu pada dia. dia kata: alhandulillah. semua A. genius ni. saya tergelak. bukan tergelak bangga. tapi tergelak kerana rasa terperli. parents tu tanya: mcm mana anti belajar? apa formula kejayaan? saya ckp: yg penting keberkatan ilmu dan amanah. amanah dalam belajar bersungguh2. saya tambah lagi: makcik, saya di rumah x de lah study mana.. cuma di sekolah saya belajar betul2 dan fahamkan konsep(konon).di rumah saya rehat dan siapkan homework sahaja.

ramai orang ketika di sekolah belajar x bersungguh. tapi di rumah baru nak pulun. membazir sungguh! mak ayah sudah bayar di sekolah. tapi kalau kita x belajar bersungguh2, x amanahlah kita. kalau kita dah pulun ketika di sekolah.. di rumah tinggal nak apply apa yg dah kita belajar je.. x de lah nak kena buat 2 kali kerja.. x kira waktu nak periksa lagi.. nak periksa barulah mula nak study bab 1. kalau dapat score pun.. bukan utk selama2nya. kalau boleh ilmu yg kita belajar biarlah kekal di hati.. bukan di buku.

apa-apapun saya bukanlah genius. kalau genius semuanya 100. tapi x mgkin kan> karangan mustahil full mark~ ^_^

hanifah, sila bersyukur ye dengan apa yg ALLAH dah bagi. ingat ini baru permulaan. saya baru form 4.. tapi debaran utk spm dah terasa. semangat betul~

semoga saya mampu berikan yg terbaik daripada saya utk semua~

wallahu a'lam

2 comments:

Nur Sakinah Nabilah, said...

thaniah. TAKZIAH.

Beinal ams walyaum said...

yeah. mcm biasa. tahniah. TAKZIAH.