Sunday, 20 March 2011

akademi darul huffaz

bismilahirrahmanirrahim.
menghafaz al-Qur'an mudah. nak menjaga sangatlah sukar. percaya tak? kalau juz 30 pun kita yg masih tersekat-sekat, inikan 30 juzu'. sangatlah berat.
sekarang saya join akademi darul huffaz dekat kajang untuk membantu saya dalam melancarkan kembali hafazan-hafazan saya. saya bukan setakat nak ingat gitu-gitu je.. kalau boleh saya nak hafazan yang lancar seperti air yang mengalir di sungai yang bersih.. bukan seperti air yang mengalir di sungai yang penuh dengan sampah sarap.
seminggu saya datang sekali je. kiranya sebulan 4 kali. bayaran sebulan hanyalah RM50. bagi mereka yang berumur bawah 18 tahun, jika mereka berjaya menghafaz 1 juzu' dan ke atas, mereka akan mendapat bantuan zakat sebanyak RM150 sebulan. ahaha. kenapalah saya baru tahu ada ADH ni waktu saya 19 tahun. well, cek balik niat, dtg ADH bukan sbb nak duit tapi nak mengulang.
apa yang menariknya di sini..
1) suasana intergrasi antara kaum yang berbeza. ustazahnya ada yang melayu, pakistan dan juga indonesia. pelajarnya pula, ada yang dtg fresh dari China.
pernah sekali, ustazah sabihah(pakistan) bercakap dgn sukarnya dalam bahasa melayu.. ustazah indonesia pula nak balas tapi susah.. haih.. tergelak je kitorg.. yang pelajar daripada cina belum kira lagi.. walaupun susah, tapi itulah yang menariknya.
2) suasana generasi Qur'an tanpa mengenal umur. setelah hampir 3 bulan mengaji di sana, saya sudah kenal hampir kesemua pelajar yang menuntut disana walaupun saya hanya dtg sekali seminggu sahaja. paling kecil, adalah alya yang berumur 4 tahun. comel sangat2.. saya terfikir.. biasanya budak 4 tahun waktu-waktu mcm ni(malam) mesti tgh tidur.,, takpun tgk tv/main. tapi budak ni sorg2 berani dtg mengaji. hebat! paling tua pula adalah golongan veteran2. alhamdulillah, mereka mendapat hidayah untuk belajar al-Qur'an.
di tengah-tengah kesibukan study dan kerja-kerja sampingan, kadangkala saya merasa berat utk mengulang di ADH. tambahan pula, jarak yang agak jauh menambah sebab utk saya rasa lebih berat. aha. sangka saya.. kalau saya ke sana pasti tension sbb terlalu penat. tapi saya silap.. sepanjang saya mengaji di sana, saya x pernah rasa mengantuk bahkan saya rasa sangat tenang walaupun ruangan kelas itu diisi dengan bacaan al-Qu'ran daripada sekian banyak pelajar.
Menuntut di sini membuatkan saya lebih disiplin dan hormat pada guru.
antara rakan-rakan yang saya ingat namanya: farzana, ain, yasmin, alya sofia, barakah, barakah(sumayyah).
kedua-dua barakah itu datangnya daripada China. oleh kerana nama mereka sama, jadi ustazah mengambil inisiatif untuk memberi nickname kepada salah seorang daripada mereka menjadi sumayyah. saya pernah belajar 1 perkataan cina daripada mereka. seronok betul..
dekat sana, rasanya mereka semua diwajibkan utk buat solat sunat rawatib.
ustazah dekat sana muda2. saya 19 tahun. mereka ada yg 23 tahun kalau x salah. bukan umur yang membezakan tinggi rendah seseorang manusia itu. Allah mengangkat darjat orang yang berilmu. meskipun muda, mereka berilmu.
sepatutnya kami kena pakai purdah. tapi saya x pakai. setiap pelajar diberi tshirt ADH free.
setiap bulan ada ujian. 10 soalan tu~ setiap soalan per 100 markah dia. ouh. memangla. tapi seronok! ahaha
well, hari ni kami dtg mengulang. dan kami mendapat berita yang farzana dah nak berhenti. rasa sedih pulak.. hari last di selasa ni. rabu ni dia ambil result spm. kemudian dia further tahfiz di ADH juga tapi di cawangan lain. semoga berjaya dik~
sekian sahaja daripada saya..

3 comments:

nadhirah said...

hanifah, cmne nak msuk ADH ney? knape xbgtau ana? huhu. ble kne dtg klas nye? ana cm brminat je nak ikot. tolong ana yea. ade pape, mesej le nifah. huhu. ;)

Anonymous said...

Assalamualaikum, sy skrng 17thn. InsyaAllah next year lps sy habis spm sy niat nak smbung bljr di ADH ni. Sy nak tahu lebih lanjut tntng ADH ni. Byran dia? Asrama? Macam mana ye?

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Post saudari sangat menarik n tahniah atas semangat untuk menghafaz alquran.... saya ibu biasa yang tercari2 tempat untuk anak belajar. anak saya akan masuk 7 tahun / darjah satu tahun depan.. Azam saya kuat untuk anak2 jadi hafiz dan hafizah...Alhamdulillah, ADH dekat dengan rumah saya. Bila baca post ni bertambah kuat hasrat untuk menghantar anak di sini. Apa pendapat saudari n boleh kongsi tips untuk menjadi seorang huffaz.. Terima kasih..

-Pn Ida