Sunday, 24 July 2011

Karya



bismilahirrahmanirrahim..






Mei lalu, ada sambutan hari guru kat sekolah. mcm biasa, sambutan diadakan sejurus selepas exam midterm habis. ketika sambutan sedang berlaku, saya merasakan seolah-olah mood mcm agak kacau sbb suasana x dikawal dgn baik--->[nota: ini waktu mula-mula ye].. tiba-tiba jari-jemariku pantas mencari pen dan buku.. kemudian terhasillah sajak di bawah..


















apalah erti seorang muslim itu,



jika murabbi sendiri tidak dihormati.






apalah erti seorang muslim itu,



jika hanya memandang



tetkala musibah berlaku.






apalah erti seorang muslim itu,



jika hanya berperanan



tatkala ditaklifkan kepimpinan.






apalah erti seorang muslim itu,



jika hanya di mulut mengaku beriman,



tetapi seluruh tubuh menafikan.






apalah erti seorang muslim itu,



jika orang lain yg sering diharapkan,



sedang diri sendiri seolah-seolah dilupakan.






ya ALLAH,



Kau ampunilah kami,



Kau golongkanlah kami dalam golongan



mereka yang benar-benar beriman.

1 comment:

Anonymous said...

well. sebenarnya ini lebih kepada diri sendiri.. hehe:)