astaghfirullahal'adzhim 3x.
bismillahirRahmanirRahim.
dapat apa yang ingin di sampaikan kali ini?.. bookexamus? hm. campuran dri 3 perkataan yang berlainan tapi saling bersangkutan. yakni: book+exam=us.
sebelum cuti penggal saya ada menduduki periksa penggal pertama. tidak kira demam atau ngantuk semua saya gagahkan diri untuk menjawab kertas soalan dengan sebaik mungkin. namun kadang-kadang semangat yang membara tu 'berehat' sebentar di tengah jalan dek tiada biah mujahadah dalam diriku. oh!
minggu ini dapat keputusan exam. berdebar juga. alhamdulillah setakat ini semuanya baik2 aja.. dan agak kecewa sedikit kerana addmath saya sedikit kecundang dari apa yg telah saya sasarkan.. namun begitu saya masih bersyukur kerana saya lulus addmath.
saya sangat berharap keputusan keseluruhan saya berada di ranking teratas lantaran saya konon-kononnya sibuk dan ada beberapa hari tidak hadir ke sekolah.. waktu pertandingan debat, latihan debat dan sebagainya. sekiranya saya tidak mendapat keputusan yang baik, maka akan jadi fitnah buat saya. tidak best kan kalau begitu?
apa yang saya dapat konklusikan daripada setiap form 4 yang telah saya lalui..(p/s: saya di form 4 sebyk 3 kali termasuk maahad dan tahun ini).. sebenarnya subjek yang disilibuskan tidaklah susah mana,, terutama sejarah. kalau betul2 nak belajar, senang je nak score. saya berani bet keputusan sejarah saya jauh lebih baik daripada dahulu. bukan sbb sudah byk kali saya belajar tapi sbb saya rasa saya jauh lebih bersedia berbanding dahulu,,
dan saya akan cuba siapkan segala tugasan yg diberi oleh guru..
apa pentingnya ilmu utk kita?
untuk menguasai dunia, kita perlukan ilmu.
untuk menguasai akhirat juga memerlukan ilmu,
malah apalagi jika ingin menguasai kedua-duanya~
dan ALLAH mengangkat darjat orang yang berilmu.
dengar cerita keputusan form 4 sangat penting utk mendapatkan scholarship.. hm~
doakan saya semoga terus tabah untuk menuntut ilmu. awal bulan 7 rasanya ada tournament debate anjuran musleh. 1 cabaran utk saya. saya kena mantapkan bahagian ekonomi..
ok. mungkin sedikit merapu kerana sudah malam. tengah hari hari khamis ini, ana akan bertolak ke indonesia dengan family utk bercuti selama 4 hari di daruttauhid, bandung.(isk: x dtg skolah lagi)
kepada siapa yang ada membaca blog ini, jemputla ke pameran kelab bola jaring, perbaq-t dan rumah zikrul maut yang mana saya ada take part dalam menjayakan perkara di atas. oh ye! hari sabtu ni ye~
No comments:
Post a Comment