Saturday, 12 June 2010

yuk duduk sebentar

bismillahirRahmanirRahim..
hari ini hari ke 9 cuti sekolah.. apa yang telah saya lakukan sepanjang cuti sekolah ni?
agak2nye kalau ditimbang antara yang buruk dengan yg baik mana lagi berat.. insyaALLAH beratnya disebelah yg baik kalau kita terus berlandaskan ALLAH dalam setiap apa yg kita lakukan..
saya mulakan kembali hobi saya 1 masa dahulu.. kalan2 ke blog orang sambil mentafsir dan cuba memehami isi2nya. ada 1 blog ni, baa2.. kata beliau, beliau sedih dilahirkan tanpa bapa.. bukan bapa beliau tetapi 'bapa':khilafah islamiyyah.. ada yang menyatakan tentang pandangan sendiri berdasarkan nas2.. ada yang buat mcm diari, dan sebagainya..
cuti ni,
hati saya sering terketuk dgn mcm2..
kakak saya kata kami harus bangkit.. kami sbg pemudalah yang harus mengendalikan mcm di terengganu.. di umur yang muda beliau sudah mampu mengendalikan macam2..
tiba2 jadi teringat kepada objektif kenapa saya bertekad utk sambung tahfiz walhal saya hanya perlu habiskan lagi 1 tahun utk tamatkan persekolahaan saya dan secara x langsung saya adalah yg plg tua di sekolah.. hm.. x kanla saya sengaja.. pasti ada sebabnya kan?
bulan lalu saya singgah di hira'.. dan seorang teman telah mengetuk memoriku kembali.. dia mengingatkan kenapa saya masih di seolah walaupun saya sepatutnya sudah di universiti atau sudah berumah tangga mungkin(wahaha.. gurau2 je)..
dan post kali ini hanyalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membangkitkan kebali diri saya yang masih duduk walaupun mungkin kelihatan seperti saya sedang berdiri tatkala orang lain duduk membungkam.. SAYA INGIN TERUS BERDIRI dalam kalangan orang yang berdiri..
mari saya bawakan lirik lagu yang kami bawa ketika jambori amal islami.. yang kami nekadkan hanya utk menyampaikan bukan utk mng..(kalau mng hamdallah~)
BANGKITLAH PEMUDA
by: the eminence(al-amin bangi)
Bangkit suara sang pemuda
memberi manfaat kepada
kepada manusia yang lupa
bekerja sebagai hamba
sedarlah pemuda
usahlah diikut futurnya
ingatlah engkau bahawa
itu jarum iblis rahsia
inilah masanya telah tiba
bersama kita membina ummah
agar terbina 1 negara..
negara ISLAM..
adakah kau terlupa
Rasul serta sahabat baginda
telah menempuhi uji-ujinya
hingga itu membawa berjaya
sedarlah pemuda
hanya tuhan yang mengubah hatinya
kau hanyalah usaha
agar kita punyai redhaNya.
saya bertekad untuk menjadikan nasyid ini sebagai nasyid tema untuk program banat form 4.. supaya at least kami semua hafal nasyid baru.. dan sentiasa terngiang2 di kepala kami nasyid kebangkitan dan seterusnya menggesa kami agar terus bangkit! ayuh!
jangan pedulikan lintasan hati anda yang hanya membuatkan anda lembab dan terus duduk!
tetapi pedulikan lintasan hati anda yang menggesa anda untuk meninggalkan fah'sya' dan munkar~
wallahu a'lam~

No comments: