Friday, 6 August 2010

2 hari berlari-lari..

bismillahirrahmanirrahim.

yesterday and today. 2 hari yang saya nak lari dari kenyataan yang telah ditetapkan utk saya. how awful!

sepanjang jualan hinggalah sekarang. hati mmg x tenang. sbb saya ada melakukan 1 kesalahan yg kecil, tapi sebenarnya impak agak besar.. kerana ALLAH melihat segala apa yang telah kita lakukan dan ALLAH takkan pernah lalai dan lupa untuk memberi ganjaran serta balasan atas setiap apa yang telah kita semua lakukan. hati lebih rasa bersalah seorang murabbi menegur mungkin secara tak sengaja tentang kesalahan yang saya lakukan.. kesalahan yang ramai org tak nampak. tapi ALLAH nampak!

sejak kebelakangan ni, saya sangat rasa jiwa saya terganggu. tapi saya masih ada pedoman.

khamis lalu, saya buat majlis khatam untuk anak murid hafazan saya: SYIFAA. dia kena baca 1 juzu' straight juzu'3(silibus). saya sangat tersentuh apabila dia berjaya melakukannya hanya dalam 29 minit dengan agak baik. bacaannya disemak oleh semua anak muridku dan juga diriku tanpa membuka al-Qur'an. maknanya, kena berdasarkan hafazan sendiri. aku berjaya membuktikan bahawa tidak semestinya sekolah biasa x mampu nak baca mcm sekolah tahfiz buat.

sebenarnya, kena buat oral. sorry mlmh norlida. sungguh! saya mmg bersemangat! tetapi mungkin kurang bersedia.(belum buat pun lagi)

saya suka bila belajar sejarah. sebab tula kot markah sejarah saya tahun ni dapat A. mungkin kerana saya menghayati apa yang saya belajar. muallimah marhamah mmg superb! beliau ketika mengajar seolah2 beliau pernah hidup dalam zaman tu! ruh kami tidak pernah lupa untuk ditiupkan! smlm ada sikit video.. antara yang paling diingati: sejarah sentiasa berputar. dan ini bermakna tidak mustahil untuk ISLAM mencapai kembali kegemilangan!.. kita masih ada peluang.. sesungguhnya janji ALLAH itu Maha Benar.

Unit Penerbitan. bukan sekadar menerbitkan risalah, berita terkini mahupun majalah. tetapi kami juga berperanan dalam menerbitkan produk2 berkualiti dari sekolah al-amin bangi. p/s: boleh ke mcm ni? mestilah boleh! ayuhlah ubah persepsi kita yang sudah jauh kolot!

ya ALLAH. sesungguhnya bersaksilah: saya sangat sayangkan seluruh ahli keluarga UP. ya ALLAH, bantulah kami dan tabahkanlah hati kami dalam meniti segala ujianMu.

bila sebut sahaja tentang kawin awal. sayalah mangsa. walhal mereka juga boleh. aii.. alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada jugak org doakan saya supaya dapat jodoh yang baik2.. dan saya cuma kata: ALLAHUMMA AMEEN.. tapi bukan skrg.. haha

sahabat! ramadhan dah dekat! saya rindu sungguh dengan rahmat2 ALLAH di bulan ramadhan.. kenapa ya.. rasa lain benar ramadhan kali ini? adakah ini ramadhan saya yang terakhir? wallahu a'lam.

4 comments:

'Aqilah Hatta said...

salam'alayk.

ehem, kak nifah t'ingin nk kwin dh ke? berderet-deret post ade ckap psl 'kahwin mude'..kah-kah-kah!

'_______________'

Beinal ams walyaum said...

alamak.. salah faham yg nyata..

mmg la post berderet2 ade sikitla pasal kawin. tapi ka hanifah x tulis pon kak hanifah yg nak kawin..

btw, suke eh aqilah..

'Aqilah Hatta said...

mane la tahu.

skrngkn style org kahwin 'mude'.

agak menarik kak nifah kwin awal.heehee.

Anonymous said...

Sesungguhnya Allah suka kepada hambaNya yang berterusan amalnya walaupun sedikit.
Apapun perancangan kita pastikan kita tahu janji Allah pasti benar.