Tuesday 29 June 2010

banyak kalam

bismillahirRahmanirRahim..

sebetulnye ingin sekali aku bicarakan di ruangan ini pada saat ini tentang trip gue ke bandung selama 4 hari 3 malam. tetapi hati mengatakan tidak. satu trip saja sudah cukup membolehkan aku untuk berbasa-basi dalam dialek indonesia.. tapi x fasih mcm makla..

sebelum pergi, aku sedikit tawar hati sebenarnya.. kerana aku harus menguruskan persatuan, kelab dan juga rumah zikrul maut itu. tetapi takdir telah menentukan. aku cuba sebaik mungkin menguruskan semuanya walaupun jelas aku tidak melakukan dengan baik. oh! mungkin saja aku tidak dapat ikut serta ke rumah zikrul maut itu, tetapi aku sedikit bersyukur kerna kejadian di indonesia sudah cukup membuat aku zikr akan datangnya maut yang mana kejadian itu bukan buatan manusia semata2 seperti yang di al-amin itu.. tapi ini khas dri tuhan yang Maha Esa.

saat itu, aku baru sahaja selesai memilih telekung yang dipesan oleh sahabat baikku di al-amin.. aimi atiQah.. dan aku bersama mak ketika itu.. yang lain mengambil jalan masing2. musing2 melihat2 barang mungkin ada yang berkenan.. tiba2, terlihat beberapa org lari kepanikan dri tangga atas.. yang mana ketika itu aku di tingkat 3, dan bangunan shopping kompleks itu total ketinggiannya pas 7 tingkat. aku dan mak lantas blur. kami ke dalam sedikit ingin mengelakkan diri dri kecelakaan..

kerna saat itu, yg terhangat di indonesia adalah tentang ganasnya geng motor yang diketuai oleh sonata yang mana umurnya 20-an. oh sedih sekali! dan aku khuatir sekiranya yang sedang berlaku adalah pergaduhan yg melibatkan mereka.. ah pasti aja aku takut! kerna polisi di sana pun ada yg terbunuh bak kata tourist guide kamila.

saat itu aku ye2 je rasa bagai gempa bumi. aku rasa setakat di tapak kaki shj, lantas aku tergelak. ye2 je.. tiba2 terus rasa mcm gempa.. ahaha. kami terus ke menuju ke tingkat atas menggunakan lif. aku mula2 malas nak guna lif sbb saat mula2 sampai.. lif sgt penuh dan lama sgt nak tunggu. tapi2 dgn kehendak ALLAH, lif terbuka dalam masa beberapa saat shj. dan kami lan tas diberitahu sebenarnya mmg ada gempa bumi sdg berlaku tadi.

dan ini mmg dimuatkan dalam berta hangat di indonesia kerana sekala ritchernya setinggi 6.8. apa yg aku lihat saat itu.. semua manusia yg bersesak-sesakan dalam shopping kompleks terus berlari ketakutan ke luar bangunan. kereta berhon2.. gelabah semuanya takut mati. aku pun begitu juga.. terbit rasa gelisah. dalam sekelip mata kompleks jadi kosong. hanya kami dan kereta2 yang masih belum dapat keluar dari macet yg teruk dri tempat parkir di kompleks beli belah tu.

wartawan mengatakan, gempa berpusat di tijamis yg sgt berdekatan dengan banjar yg mana persantren miftahul huda al-azhar yang didirikan oleh dua pupu ayahku juga di situ.. alhamdulillah kami telah tukar jadual utk ke sana sehari lebih awal dri kejadian gempa itu berlaku. sebenarnya kami bercadang ke sana pada hari kejadian itu berlaku.. MAHA SUCI ALLAH!

dan antara yang kami bawa pulang adalah karya terbaru habiburrahman el-shirazy: BUMI CINTA yang berlatarkan russia.. agak menarik.. dan lebih matang karyanya mungkin.. bacalah senidri untuk mengetahui hasilnya. harganya di sana pas 50, 000 rupiah! murah banget. RM18 je. hehe tebalnya: >550 m/s rasanya. novelnya sedikit sebanyak telah menaikkan semangat utk diriku yang kelelahan dgn kemacetan di indonesia.. faham? aha.. cuba la translatekan.

ok.. mau tau lebih.. yah langsung aja temuin gue.. bisa face-to-face gitu~ labih enak ya? tapi ya kaum nisa' aja.. yg rijal bisa nanya kok sama adik serta abg gue.

wallahu a'lam..

dan sekarang apa yg aku fikirkan... bukan lagi indonesia.. tetapi hari khamis ini! MAHA SUCI ALLAH! AKU MEMINTA KEAMPUNAN DARIPADA-MU YA ALLAH!

Robbunaa Yusahhil!

Tuesday 22 June 2010

bookexamus?

astaghfirullahal'adzhim 3x.
bismillahirRahmanirRahim.
dapat apa yang ingin di sampaikan kali ini?.. bookexamus? hm. campuran dri 3 perkataan yang berlainan tapi saling bersangkutan. yakni: book+exam=us.
sebelum cuti penggal saya ada menduduki periksa penggal pertama. tidak kira demam atau ngantuk semua saya gagahkan diri untuk menjawab kertas soalan dengan sebaik mungkin. namun kadang-kadang semangat yang membara tu 'berehat' sebentar di tengah jalan dek tiada biah mujahadah dalam diriku. oh!
minggu ini dapat keputusan exam. berdebar juga. alhamdulillah setakat ini semuanya baik2 aja.. dan agak kecewa sedikit kerana addmath saya sedikit kecundang dari apa yg telah saya sasarkan.. namun begitu saya masih bersyukur kerana saya lulus addmath.
saya sangat berharap keputusan keseluruhan saya berada di ranking teratas lantaran saya konon-kononnya sibuk dan ada beberapa hari tidak hadir ke sekolah.. waktu pertandingan debat, latihan debat dan sebagainya. sekiranya saya tidak mendapat keputusan yang baik, maka akan jadi fitnah buat saya. tidak best kan kalau begitu?
apa yang saya dapat konklusikan daripada setiap form 4 yang telah saya lalui..(p/s: saya di form 4 sebyk 3 kali termasuk maahad dan tahun ini).. sebenarnya subjek yang disilibuskan tidaklah susah mana,, terutama sejarah. kalau betul2 nak belajar, senang je nak score. saya berani bet keputusan sejarah saya jauh lebih baik daripada dahulu. bukan sbb sudah byk kali saya belajar tapi sbb saya rasa saya jauh lebih bersedia berbanding dahulu,,
dan saya akan cuba siapkan segala tugasan yg diberi oleh guru..
apa pentingnya ilmu utk kita?
untuk menguasai dunia, kita perlukan ilmu.
untuk menguasai akhirat juga memerlukan ilmu,
malah apalagi jika ingin menguasai kedua-duanya~
dan ALLAH mengangkat darjat orang yang berilmu.
dengar cerita keputusan form 4 sangat penting utk mendapatkan scholarship.. hm~
doakan saya semoga terus tabah untuk menuntut ilmu. awal bulan 7 rasanya ada tournament debate anjuran musleh. 1 cabaran utk saya. saya kena mantapkan bahagian ekonomi..
ok. mungkin sedikit merapu kerana sudah malam. tengah hari hari khamis ini, ana akan bertolak ke indonesia dengan family utk bercuti selama 4 hari di daruttauhid, bandung.(isk: x dtg skolah lagi)
kepada siapa yang ada membaca blog ini, jemputla ke pameran kelab bola jaring, perbaq-t dan rumah zikrul maut yang mana saya ada take part dalam menjayakan perkara di atas. oh ye! hari sabtu ni ye~

Saturday 19 June 2010

Karnival MGB SIM di terengganu

BismillahirRahmanirRahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.. kaifa haal?
wa ana bikhair alhamdulillah.
alyaum, sa uqaddimulakum alakhbar aninnatiijah lil madrasah al-islamiyyah ath- thanawiyyah al-amin banji fil karnival MGB SIM allati taqa'u fi UITM dungun.
ahaa. saje test2 nak kecek dalam bahasa arab. minat sungguh saya pada bahasa arab. 1 hari nnti saya pasti boleh ckp dengan lancar, inshaALLAH!
bertolak pada jam lebih 11 malam, seramai 34 org pelajar al-amin, kami membawa misi ke terengganu. bukan misi kemenangan 100%..
sebelum pergi, saya rasa betul2 nak tarik diri atas banyak sebab. tapi akhirnya pergi juga dengan hati yang sgt berat.
di sana jumpa dan kenal ramai org.. kepada husna ishkandar khususnya: saya kenal ramai banat JB.. hehe hari tu saya selalu perli awak sbb asik2 sebut pasal hidayah JB.. hehe
oh ye!
alhamdulillah kami mng bola jaring di tempat kedua. apa yang saya musykil: according to mlmh ahikin ahmat, pemain bola jaring memerlukan 11 org.. pastinya kami sgt pelik, selalunya 9 org. time main, saya x join sbb x yakin betul ke 11 0rg.. and saya jumpa pengadil.. utk dapatkan kepastian. katanya 10 org. saya dapat join. tapi time penyampaian hadiah.. pingatnya ade 9 aje. okee saya faham ape nak buat. ^_^.. saya, farhana, aimi juga yg lain2 begitu setia menyokong pasukan kami sehingga ada yang kurang suara utk pertandingan hafazan.(haha)
sori ye. post saya semuanya panjang. sapa yang setia, terima kasih.
kami x hantar pasukan utk choral speaking, tapi sekolah kami MC umum sekolah kami kena buat first.. mushkil2~tapi memandangkan saya pernah menjadi part of hira' jeram.. jadi saya dengan semangatnya duduk belakang juri dan tengok mereka.. 'sacrifice~'(antara wordnya yg saya suka ajuk.. hihi)
apa yang saya dapat katakan tentang al-amin bangi utk karnival MGB ini.. semuanya dah cuba yang terbaik. saya yakin dan percaya dan saya x su'uzzhon kerana saya nampak dengan mata saya sendiri semuanya bertungkus-lumus.. mungkin saya kurang..
saya ada join hafazan. semua peserta hebat2 belaka. johan dan naib johan telahpun saya jangka. saya mungkin kurang dari segi keyakinan+ tarannum.
ade 1 lagi saya join. kalau saya bgtahu. mesti semua yang kenal saya gelak. ok. sila gelak. saya masuk balapan. sebenarnya semua banat al-amin masuk balapan. kan saya dah kata kami bukan nak menang.. tapi~ hm.. fikir2..
200 m. saya dan khadijah. berdebar2. sebelum saya mula, ada peserta dari sekolah lain smpat psycho saya.. atau mgkin dia nak cerita kejayaan dia pada saya yang lari 3 larian straight termasuk 200m tu. tapi saya bangga kerana 100m terawal saya di depan sekali.. tapi hakikatnya hahaHAhaha,, saya kalah apabila di garisan penamat.. tetapi saya bahagia.. buktinya mlmh nadia kata saya senyum je time lari..tak tau apa yg gembiranya.. mungkin kerna doa yg dibaca sebelum lari bersama2 dengan khadijah?.. hehe.. khadijah pun senyum time lari~
ada banyak yg saya nak kongsi sebenarnya.. suka duka, bangga, frust dan sebagainya. tapi mungkin x perlu. apa yang saya dapat konklusikan dan saya harap org yg berkenaan dapat baca ini walaupun saya tahu mungkin mustahil sebab blog saya ni ramai org x tahu..
1. buat semua peserta banin, mungkin x perlu tengok choral speaking.. berilah sejuta alasan.. tapi saya pasti mudharatnya pasti lebih dari kebaikannya.. tahniah buat mereka yang membuat keputusan utk keluar ketika choral speaking banat berlangsung. mungkin anda fikir saya jumud. tetapi jika anda ditempat saya ketika menyaksikan CS(p/s: saya tgh2 antara banin dan banat).. pasti anda setuju dengan kenyataan saya.. ingat kita harapan musleh dan ISLAM~
2. buat peserta banat pula, entah kenapa saya rasa x sedap bila banat menyokong banin dengan semangat di tepi trek balapan. ok. my bad. mungkin itu adik beradik mereka. aha! tapi x kan la satu skolah tu semuanya adik beradik dia?.. hm.. time sokong siap sebut nama banin tu lagi.. saya rasa saya boleh sebut balik nama2 yang mereka sebut..(mungkin~). hati saya melonjak nak menyokong.. tapi saya bayangkan kalau ada banin sokong saya mcm tu.. nescaya saya x kan lari lagi laju tapi saya akan berhenti. ok.. mungkin itu salah satu cara utk bagi mng. tapi kdg2 matlamat x menghalalkan cara.
3. kita perlu menghilangkan rasa perbezaan sekolah. mungkin itu susah. tapi boleh cuba. dan kita semua adalah qudwah. bukan saya saja yg memerhati, tapi mungkin satiap org yg ada disitu memerhati.. bukan sahaja pelajar.. mungkin murabbi juga juga perlu cuba.
4. mungkin selepas ini, kena buat awal sikit, jadi banyak games boleh tambah contohnya pingpong.. tangan saya ni bergetar2 nak main pingpong lagi. hehe^_^.. semangat!
5. tahniah dan terima kasih kepada mlmh ainun terutamanya kerana telah bertungkus lumus utk menjayakan karnival mgb ini sekaligus telah mencerahkan lagi masa depan kami.. moga2!
maklumat tambahan: kata penganjur.. jumlah yg digunakan utk program kali ini lebih kurg 20,000 ringgit. apa kata anda? kata saya: kita jangan jadikan usaha sponsor dan mereka yg menghulur duit sia2.. kita harus buat yang terbaik! jangan putus asa..
dan semoga berjumpa lagi.
kami x dpt beli kepok leko di ganu.. sedih2.. terutama basyirah yang selalu nak persuade mlm utk mintak bas benti gak.. tapi.. kami bertolak lepas maghrib sbb majlis enutup habis pun pukul 7.30 mlm.
ok itu saje dri kami.
wallahu a'lam.
BANGKITKAN JIHAD!
p/s: teringin nak letak gambar kat sana.. tapi x semua perlu dikongsi~

Saturday 12 June 2010

yuk duduk sebentar

bismillahirRahmanirRahim..
hari ini hari ke 9 cuti sekolah.. apa yang telah saya lakukan sepanjang cuti sekolah ni?
agak2nye kalau ditimbang antara yang buruk dengan yg baik mana lagi berat.. insyaALLAH beratnya disebelah yg baik kalau kita terus berlandaskan ALLAH dalam setiap apa yg kita lakukan..
saya mulakan kembali hobi saya 1 masa dahulu.. kalan2 ke blog orang sambil mentafsir dan cuba memehami isi2nya. ada 1 blog ni, baa2.. kata beliau, beliau sedih dilahirkan tanpa bapa.. bukan bapa beliau tetapi 'bapa':khilafah islamiyyah.. ada yang menyatakan tentang pandangan sendiri berdasarkan nas2.. ada yang buat mcm diari, dan sebagainya..
cuti ni,
hati saya sering terketuk dgn mcm2..
kakak saya kata kami harus bangkit.. kami sbg pemudalah yang harus mengendalikan mcm di terengganu.. di umur yang muda beliau sudah mampu mengendalikan macam2..
tiba2 jadi teringat kepada objektif kenapa saya bertekad utk sambung tahfiz walhal saya hanya perlu habiskan lagi 1 tahun utk tamatkan persekolahaan saya dan secara x langsung saya adalah yg plg tua di sekolah.. hm.. x kanla saya sengaja.. pasti ada sebabnya kan?
bulan lalu saya singgah di hira'.. dan seorang teman telah mengetuk memoriku kembali.. dia mengingatkan kenapa saya masih di seolah walaupun saya sepatutnya sudah di universiti atau sudah berumah tangga mungkin(wahaha.. gurau2 je)..
dan post kali ini hanyalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membangkitkan kebali diri saya yang masih duduk walaupun mungkin kelihatan seperti saya sedang berdiri tatkala orang lain duduk membungkam.. SAYA INGIN TERUS BERDIRI dalam kalangan orang yang berdiri..
mari saya bawakan lirik lagu yang kami bawa ketika jambori amal islami.. yang kami nekadkan hanya utk menyampaikan bukan utk mng..(kalau mng hamdallah~)
BANGKITLAH PEMUDA
by: the eminence(al-amin bangi)
Bangkit suara sang pemuda
memberi manfaat kepada
kepada manusia yang lupa
bekerja sebagai hamba
sedarlah pemuda
usahlah diikut futurnya
ingatlah engkau bahawa
itu jarum iblis rahsia
inilah masanya telah tiba
bersama kita membina ummah
agar terbina 1 negara..
negara ISLAM..
adakah kau terlupa
Rasul serta sahabat baginda
telah menempuhi uji-ujinya
hingga itu membawa berjaya
sedarlah pemuda
hanya tuhan yang mengubah hatinya
kau hanyalah usaha
agar kita punyai redhaNya.
saya bertekad untuk menjadikan nasyid ini sebagai nasyid tema untuk program banat form 4.. supaya at least kami semua hafal nasyid baru.. dan sentiasa terngiang2 di kepala kami nasyid kebangkitan dan seterusnya menggesa kami agar terus bangkit! ayuh!
jangan pedulikan lintasan hati anda yang hanya membuatkan anda lembab dan terus duduk!
tetapi pedulikan lintasan hati anda yang menggesa anda untuk meninggalkan fah'sya' dan munkar~
wallahu a'lam~

Wednesday 9 June 2010

rezeki

bismillahirRahmanirRahim..

mmg benar kata-kata orang bahawa terus hidup selepas subuh akan menjadikan rezeki kita murah.. ye.. indah sekali panorama waktu pagi ni.. sejuk.. bunyi2 burung.. udara pun bersih.. hidup ni jadi mcm x de masalah.. ceh hiperbola pulak..

post tentang kami pelajar al-amin ke MAPPIS telah saya buang mengenangkan apa yang telah dipesan oleh ili.. katanya jangan buat post pasal pingpong kat blog.. haha.. aku ckp inshaALLAH.. aku nekad utk buang je la.. semua tu dunia je.. sampai bila gelaran johan pingpong tu akan bertahan?.. hehe.. kita sendiri x tahu..

bercakap tentang rezeki..

mcm2 cerita yg boleh dibawa di sini.. meh ana bawa cerita tentang rezeki yg berlaku kepada kami di UNISEL sewaktu jambori amal islami..

1. handphone adik saya hilang. katanya ada salah faham sikit.

2. kami baru tahu yang semua acara berjalan serentak malam tu.. kelam kabut.. bayangkan yg
nasyid ada yg pidato, tilawah, hafazan, cerita. rezeki kami: cerita + hafazan perlu dihabiskan
malam tu jugak dalam keadaan kami yg x tng.. walaupun di kacamata org
ramai farhana+muneerah x mng.. tpi di kacamata saya mereka tetap mng.. farhana cerita
spontan.. juri kata dia dapat markah bonus byk.. tambahan semua yg hadir ketika itu tahu
farhana buat spontan.. tapi bkan rezeki untuk dapat top 3.. hehe
mgkin sbb terlupa konklusi? kita belajar kan.. ^_^

3. kami dapat tempat ketiga bola jaring. sewaktu majlis hadiah bola jaring, kami al-amin bangi
siap2 kemas barang ngan rumah tu. tiba2 banat hira' jeram kata kami mng tmpt ke2 tanpa
bertanding dgn bustaanul 'aariffin.. tapi mgkin judge tuka keputusan sbb kami x dtg tgk final..
bukan rezeki kami.. dptla tempat 3 balik.. semua tgk medal dgn penuh harapan.. x pe2..

4. nasyid mula2 kami x puas hati sbb kami tahu boleh buat jauh lebih baik tapi malam tu bukan
rezeki kami.. mgkin sbb ALLAH dah atur nak bagi kami mng semua esoknya.. kami time
nasyid cm terkejut sikit.. tapi berjaya habiskan nasyid sampai habis.. ye sebagaimana yg telah
kami cita2kan.. bukan kemenangan tetapi nak bawa ISLAM dan bersatu.. utk mengembalikan
ustaaziatul 'alam di muka bumi ini.

5. pingpong. saya demam gara2 resdung. dan rezeki saya pada hari itu.. saya berhasil
mendapatkan johan walaupun sebenarnya saya yakin dan percaya yang semua org teka naib
johan yg mng.. kata kawan saya.. rezeki saya...

6. takziah buat banin sbb x mng ape2.. tapi bagi kami antum mng kalau bersabar dan ambil iktibar.. mungkin ada sesuatu yg menyebabkan kita kalah?.. yuk fikir2kan.. pasti ada hikmahnya..

dan macam2 cerita lagi.......


mau ulas sedikit.. rezeki manusia.. telah ALLAH tetapkan sejak kita belum lahir kedunia lagi bersama2 dengan jodoh kita juga nraka/syurga kita.. bicara tentang rezeki saja sudah cukup untuk membuktikan ALLAH Maha Agung.. pernah tgk iklan susu enfagrow? mereka kata urat saraf otak yg tidak dihubungkan makin lama makin x aktif.. sbb tula kita bila berfikir x hebat. makanya sealukanlah buat diri kita duduk sebentar dan berfikir.. mereka yg berfikir sesaat labih hebat dri mereka yg bercakap tanpa berfikir walaupun org tersebut pandai.. hmm.. selagi ada otak dan akal.. yukla kita manfaatkan.. utk siapa lagi.. utk diri sendiri, bangsa kita, agama kita...

SEMOGA KITA SEMUA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YG DITANYA: APAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR/ APAKAH KAMU TIDAK BERAQAL?

berfikir bisa menjadikan dunia kita indah dengan izin ALLAH..


wallahu a'lam.. semoga ketemu lagi..


p/s: minggu depan saya ada pertandingan hafazan.. doakan ye~