Wednesday, 3 August 2011

3 ramadhan 1432H

bismilahirrahmanirrahim.

janji nak update setiap hari.. konon2 nak buat travelog ramadhan. tapi semalam agak pancit sikit..


sekejap je dah 3 hari puasa. serius, saya rasa sgtlah sekejap masa berjalan. dan saya sgt rasa kiamat mmg dah sangat hampir.. saya selalu fikir.. bagaimanalah agaknya pengakhirannya saya nanti.. semoga ALLAH menaungi saya, ibu bapa saya, guru-guru saya, ahli keluarga saya, sahabat-sahabat saya di bawah payung rahmat dan hidayahNya.. ameen..

saya yakin anda yang sedang membaca ini pasti tahu isu semasa yang paling latest kan? em actually x de la latest sgt.. bolehla la kira latest jugak.. em hari tu ade lelaki norway yg bertindak ganas dengan menembak mati puluhan manusia sebagai revenge kerana menurutnya Islam adalah satu agama yg terorist!

Satu isu yg terkini yang sangat menarik perhatian saya adalah isu ekonomi amerika syarikat.. mereka sdg mengalami kemelut ekonomi sehingga matawang mereka jatuh di bawah paras RM3 kalau x silap. dan baru-baru ini, mereka mendapati bahawa perkara yang menjadikan mereka terpaksa berhadapan dengan kemelut ekonomi yang menggila adalah RIBA' yang disebut sebagai debt dalam bahasa inggeris.

ya! Riba' merugikan. saya ambil ekonomi di sekolah. selama saya belajar ekonomi dan sedikit tentang fiqh muamalat.. saya mmg tahu jalan penyelesaian bagi segala kemelut ekonomi yg melanda seluruh dunia ini adalah dengan mengimplimentasikan sistem ekonomi Islam secara holistik. tetapi saya tak sangka pula dengan adanya riba' boleh mendatangkan kesan yang begitu dahsyat sehingga mampu menjadikan sesuatu negara itu mencapai taraf bankrupt..

apa yg saya nak ckp di sini adalah, betapa lama kelamaan kenyataan yang terdapat di dalam al-qur'an semakin banyak yg dibuktikan baik melalui kajian di susut pandang sains, mahupun di sudut pandang pakar-pakar daripada bidang-bidang lain.

Sekiranya kita terus memerhatikan apa yang sednag berlaku di seluruh alam ini, maka kita pasti dapat rumuskan bahawa kemenangan yg ALLAH janjikan selama ini seakan-seakan sudah semakin hampir.. jika kita tahu tapi kita tak buat apa-apa.. same jela kan dengan org yg masih duk main2.. jadi apa kata kita terus upgrade diri kita di samping bermanfaat kepada org lain jugak supaya ALLAH berkenan untuk mencatat nama kita sebagai penghudi syurga yang abadi... bukan separuh ahluunar separuh ahlul jannah.. -_-''

+ + + + +


semalam, waktu tarawikh.. saya rasa nak menangis sangat2 bila mendengar suara imam tu.. aik? menangis sebab dengar suara imam? bukan sebab dengar ayat-ayat al-qur'an yg dibacakan? hehe.. sebenarnya sebab yg jadi imam tu adalah adik saya sendiri... saya tak sangka dia mampu membaca al-qur'an sebaik itu melihatkan kepada fiziknya yang tampak seakan2 malas dan nakal :P hehe suka2 je kutuk org.. tajwid die mantap! lagu pun mantap jugak.. tapi x de la sehebat org2 yg masuk musabaqah tilawah... tapi still.. saya sangat bangga dengan dia :)


+ + + + +

hari ni, seolah-olah separuh daripada keresahan dalam jiwa ni hilang dimamah masa!! seronok2!!

saya dah habis semua oral! oran bahasa arab tadi.. saya group dengan adwiyah, husna salleh dan afif aliyana. kami membawa

mcm-mcm sebenarnye berlaku 2 hri ni

seronok! :P

No comments: