Saturday, 6 August 2011

6 Ramadhan 1432 H

bersama dengan surat cinta dari tuhan ^_^ yg dipenuhi dengan janji2Nya yg Maha benar, bukan hanya janji2 manis!





bismillahirrahmanirrahim..

dengan segala kekuatan yang ada.. saya gagahkan diri untuk menulis post hari ini. actually, x lah penat sgt pun, biasa2 je.

hari ni buat ulangan hafazan. study, settlekan perkara2 yg x sempat disettlekan waktu hari minggu. dan akhirnya selepas solat zohor, saya tidur. saya ni jarang qailullah sebab sekolah balik petang kan.. jadi, lam2 dah x biasa walaupun bulan ramadhan ni balik awal sikit.. tapi hari ni mungkin agak kepenatan sikit, jadi tidurlah. ingatkan cuma tidur dalam 10-15 minit, tapi tidur sampai asar. wah! siap mimpi lagi.

mimpi yang buat saya berfikir dan berfikir sehingga sekarang. mimpi yg pelik! mimpi yg mempertemukan saya, beberapa kawan saya di batch 8, batch 9, batch 11 dan aina salsabila di dalam sebuah kelas. mimpi yang membuatkan saya berasa sangat maluu. tapi saya x pernah buat mcm tu dalam dunia realiti~ ya ALLAH, saya mohon agar Engkau lindungi aku daripada segala fitnah ketika hidup dan juga ketika mati. ameen


sekarang baru saya rasa seakan2 SPM dah dekat paras tengkuk. uH! terukkan? saya masih belum terlambat. saya masih ada masa! saya percaya saya boleh!

logik x kalau saya seorang pelajar yang mengambil subjek teras+addmath+bahasa arab tinggi+akaun+sns+ekonomi untuk ambil jurusan kedoktoran selepas SPM nanti? saya sebenarnya teringin sgt nak ambil medic, cuma saya sgt yakin yg saya sgt malas utk mengharungin semua tu.. tapi seriously saya sangat minat subjek2 sains.



cerita sedih

semalam saya buat sesuatu yg saya sgt x suka, iaitu saya telah buat haifa sedih. haifa, kak hanifah harap sangat awak baca ni. biarlah bukan sekarang, satu hari nanti, moga2 awak jumpa post ini. saya sebenarnya tak habis cakap lagi semalam. saya nak ckp, apa yg anda buat sangat kreatif dan out of the box. you make it awesome! cuma lambat sikit dri segi pengurusan. itu boleh diperbaiki. saya mahu semua belajar. dan saya juga perlu belajar kan ? di kala semua org tak memahami video yg awak tunjuk, somehow ALLAH mentakdirkan saya faham :) dan saya kagum dengan bahan yg awak sediakan untuk klinik tajwid tu :) well done!


cerita lain

semalam usrah fatin naimah berbuka di sekolah. saya jemput mereka utk singgag ke rumah saya sementara menunggu waktu berbuka. saya join buat kad ramadhan. fatin minta anak2 usrahnya buat kad ramadhan untuk diserahkan kepada ibu bapa. somehow, semua tanak serah kat parents mereka. fatin sedih sgt. dia kata: "kita kan dah selalu sgt bagi dekat kawan2, inilah waktunya untuk kita beri sesuatu yg bermakna kepada parents kita.." fatin menambah lagi: "manalah tau ini kad ramadhan terakhir kitaaa.."

hm.. saya pun buat jugak.. nanti kalau dah siap saya try masukkan dalam blog ini. no photoshops card. homemade saja. erk? betul eh istilah die? hehe



hari ini hari keenam. fasa rahmat. adakah saya sudah mendapat rahmat ALLAH dengan sebanyak2nya? laju sikit hanifah gear kamu!


selingan:

1) jom tengok jejak rasul! bergetar hati~

2) jom mengeratkan lagi hubungan sesama manusia, agar hubungan kita dengan ALLAH lebih mudah untuk ditautkan.

3)jom asah minda kita. jangan menjadi org yg terlalu malas untuk berfikir. jika bukan kita yg berfikir untuk Islam, siapa lagi? :)

4) ikhlaskan hati yuk~

No comments: