Sunday, 19 December 2010

borak-borak sendiri

bismillahirrahmanirrahim.



dekat bangi, sekarang musim hujan. sejuk sangat. tapi diri masih degil mahu berair-cond. sekali-sekala. pernah sekali, bangun subuh, menggigil2. cek suis kipas.. eik? 1? hmm. ok. sudah habis part utk ceritakan betapa sejuknya di sini.


selama saya mendiamkan diri. tanpa apa-apa post selepas post tntg nadwah.. mcm2 yg saya lalui. kalau boleh, setiap detik yg saya lalui ingin saya lakarkan disini. tapi saya tahu. dan anda juga tahu yang saya tak akan mampu :)



cuti=tidur


biasanya cuti sekolah akan disinonimkan dgn tidur. aaa! sabar2. x habis cakap lagi.. bukan tidur fizikal saja. tapi turut tidur ruhnya. kenapa ye? pernah saya dengar: sekiranya diri kit atidak dipenuhi dengan perkara-perkara yang bermanfaat, nescaya jahiliyyah tanpa segan silunya akan menawarkan dirinya bagi dipenuhkan ke dalam diri kita.


pernah sekali.. saya pada ketika itu baru sahaja pulang dari program.. saya lihat adik saya tidur. esoknya saya lihat dia tidur lagi. dan banyak kali saya lihat dia tidur. bukan tidur malam ye. tidur di siang hari. saya kurang gemar dgn adik saya. banyak benda lagi dia boleh buat. kenapa mesti tidur? hanya sahaja jika saya dapat ambil masa mereka2 yg gemar tidur. fuuh~ nikmaaaat~


pernah sekali juga.. saat saya geram melihat adik saya yg sedang khusyu' tidur, saya terfikir.. agaknya la kan.. mcm ni jugak apa yg org lain fikir waktu aku masih seorang hanifah yg gemar tidur satu ketika dahulu.. ph alangkah ruginya aku. entah telah berapa jam yang telah aku bazirkan hanya dengan tidur sahaja?


SUNGGUH RUGI!




SETIAP DETIKKU, KU JADIKAN SEBAGAI IBADAH


woa! macam mana tu? sekiranya kita adalah seorang pelabur/peniaga, sudah tentu kita mahukan duit yg kita laburkan dalam sesebuah perniagaan kalau boleh berkembang setiap detik bukan? hmm.. mcm tu jugak dgn kita. kalau boleh kita mahukan setiap langkah kita adalah ibadah.


rasa nikmat jika ibadah sentiasa mengelilingi diri kita.



KITA SEBENARNYA BOLEH!


nak taknak. apa pun yang kita impikan.. kita sendiri kena berusaha ke arah itu. waktu cuti ni, saya x cuti. hari2 cuti saya.. saya lalui dengan pelbagai aktiviti dan program. percaya atau tidak, cuti ini, saya tidak tidur tgh hari. saya sendiri kagum dgn diri saya. sebenarnya kita boleh!


saya perlu attend 2 jenis tusyen. bahasa arab+ addmath. kelas bahasa arab. setiap kali kelas bahasa arab dah nak mula. dalam kepala saya mcm2 alasan yg cuba saya berikan supaya saya x perlu join the class. tapi akhir sekali saya tetap akan join juga. kerana saya tahu alasan2 yg bakal saya lafazkan hanya akan membuatkan saya nampak bodoh saja. pernah sekali.. saya sampai menangis2 hanya kerana tension dengan kelas bahasa arab yang saya lalui. manusia~ -_-


tapi apabila memikirkan 360 darjah, saya akur. saya harus ubah diri saya. biarlah pahitnya dirasa sekarang agar kelas manisnya dapat dirasa hingga ke akhirnya.
hassan alBanna: manusia gagal bukan kerana bodoh tetapi kerana tidak yakin dengan potensi yang ada pada dirinya.



SEMUANYA BOLEH DIJADIKAN PERINGATAN


baru-baru ini ada daurah. saya join. tiba masa makan tgh hari.. saya memilih utk duduk makan bersama dengan muallimah ros+ukhti aqilah hatta. sambil memegang plastik yg berisi kuah kari, dgn spontan saya berkata: lihatlah kuah kari ni.. banyak sungguh minyaknya. tidak boleh tidak, sekiranya kita ingin merasai sesuatu nikmat, kita mesti merasai kesusahan dahulu. mcm kuah kari ni.. nak dptkan kuahnya, kena harungi minyak2 yg berada dilapisan atas kuah..


tiba2 ukhti aqilah berkata; hush. dahsyatla. kari pun boleh jadi peringatan.


saya kata: setiap apa yg berada di sekeliling kita sebenarnya adalah peringatan buat kita



lalu.. saya tuangkan kuah kari tersebut ke atas nasi putih saya sambil berkata: lihat, sekiranya kita tabah+sabar dalam mengharungi kesusahan, kenikmatan yg kita impikan akan mengalir bersama2. mcm kuah kari. instead of minyak yg tercurah.. kuahnya yg dibawah akan tercurah bersama~




PROMOTION


baru2 ni saya ada join program qiyam gen 12 yg dianjurkan khas buat adik2 yg tercinta.. adik form3 banat. saya kira program ini sangat bermakna. siapa yg melepaskan peluang utk menyertai program ini agak rugi melihatkan kepada yuran yg hanya perlu dibayar sebanyak RM10. program dijalankan selama 1 hari stgh.


nasyid menjadi diriku-edcoustic menjadi pilihan lagu tema. tidak mahu mengulas panjang.. hany aingin memberitahu apa yg telah dihidangkan sepanjang program ini. kami menayangkan filem my name is khan. saya cdgkan kepada anda yg terbaca blog saya ni.. tgklah filem tu. sgt banyak ibrah yg boleh diambil.


selain itu kami ada slot bersama muallaf: proud to be a muslim. sungguh beruntung mereka. sebelum bermula slot ini, saya tanya kepada pengarah program: siapa nama muallaf tu? dengan tng dia menjawab: kak LEIA AZ-ZAHRA. saya tersentak. kak leia?dia kan yg masuk majalah ***[x ingat]. dia penasyid. mereka yg mendengar ulasan saya x yakin. mereka kata: org lain kot. hm bila sampai kakak muallaf tu.. ha! saya betul~ dia turut menghidangkan nasyidnya: mencari yang hilang. ALLAHU YUBAARIK FIIK YA UKHTI~


kami menghidangkan beliau nasyid jazaki2 kami yg comel~



selain itu, kami turut mengisi adik2 form 3 dengan aktiviti simulasi prg tabuk, idea serikandi2 hidayah JB dan kami adakan bbq. ^_^


oklah. sampai sini saja utk program form 3. nnti kalau saya rajin saya buat post lain :)




UKHTI2, SAYA TIDAK LUPAKAN KALIAN.


saya pernah meminta alamat rumah +beberapa database peserta nadwah. saya katakan kepada mereka saya ingin mengirim surat. saya masih belum mengirim surat kepada mereka. tapi saya tekad saya tetap akan mengirim kepada mereka. mungkin surat belum dikirim, tetapi doa sentiasa dikirim.


jemputlah buka laman ini: http://www.musleh.edu.my/ sila cari post: nadwah kepimpinan musleh.


ALLAHUYUBAARIK LAKUM



apabila mula terbit rasa rindu, terus doakan agar hati2 kita sering tertaut di atas jalan dakwah yang penuh barakah..






sampai sini sahaja.


tahniah kepada mereka yg berjaya membaca hingga ke akhirnya.



"Antara kebaikan keislaman seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya" [salah 1 hadeeth arbain]


Tuesday, 30 November 2010

penangan nadwah.

[96 orang++ kader-kader du'at]

[First TBC: alhamdulillah semuanya memberi kerjasama yg sgt baik~]



[ilham hayaat, asma'a , syeba , faten nadhirah ]


[second & last TBC: seronok]



[variasi+kebersamaan murabbi2 musleh :) ]




bismillahirRahmanirRahim.






hari ni 1 disember. ulangtahun kelahiran abang saya, naufal. dia kini sedang melanjutkan pelajarannya di England. em, sudah 7 hari nadwah berakhir. jujur dari hati, memang saya sangat rindukan suasana nadwah, peserta-pesertanya dan murabbi-murabbi di sana. tetapi saya tahu saya harus akur yang kita tidak hanya menerima, tetapi kita juga harus memberi.





saya tidaklah pandai menyampaikan apa yang terbuku di hati sebagaimana teman2 nadwah saya yg lain lakukan. tapi saya akan cuba untuk berikan yang terbaik.






bermula dengan azam saya untuk nadwah kali ni: jadi low profile. bukan kerana tidak mahu kedepan. tetapi ada satu misi yang perlu saya laksanakan dalam masa saya menjadikan diri saya low profile. saya minta jasa baik adik-adik daripada al-amin untuk rahsiakan tentang diri saya iaitu eorang pelajar yg berumur 18 tahun dan seorang pelajar yg pernah menghafaz 30 juzu' al-Qur'an. bukan atas sebab yang tidak rasional, tetapi untuk kebaikan semua, inshaALLAH.






dengan takdir ALLAH, saya tersenarai dalam organisasi ajk induk: ajk program. berdebar juga. bekerja dengan org yang baru kenal. kata-kata daripada ustaz nizam masih saya ingat: program ini bergantung kepada antum semua. kalau antum pasif, maka pasiflah program ini. woah! makin berdebarlah saya.






program pertama yg saya harus handle adalah: TBC. kami handle dgn simple tapi inshaALLAH hasilnya luarbiasa[agaknya lah, hehe]. antara program lain yg dihandle oleh ajk induk: forum mpp, senaman pagi, tazkirah +etc.






salah 1 tips utk kita mudah menjalankan tugas dgn org lain adalah: rendahkan hati, bukan rendahkan diri. saya rasa senang sekali kerja dengan mereka. dari pengarah hinggalah ke ajk2 yg kecil.






walau banyak macam mana saya cerita, tetap sudah berlalu. tapi boleh dijadikan sebagai ibrah.







walaupun saya paling tua dalam kangan peserta.. tapi saya tetap rasa saya satu umur dengan mereka. dan saya rasa inilah program yang paling manis yang pernah saya join kerana tautannya terasa hingga kini. bukan setakat itu, saya rasakan seolah-olah kami sekolah rangkaian musleh sedang bersatu dan saling menguatkan antara satu sama lain. seperti yang telah dicoretkan ukhti faten nadhirah dalam blognya: kami seakan2 sudah lama berkenalan. sesungguhnya saya membenarkan statementnya.






untuk kali pertamanya, mpp MUSLEH diwujudkan. tapi, hingga sekarang keputusannya masih belum diketahui lagi. apa-apapun, saya sedang merangka aktiviti untuk MPP musleh. nnti bila sudah diishtiharkan, saya serahkan plan saya pada mereka.






sungguh, ukhuwwah itu bukan hanya terletak pada pertemuan, tetapi terletak pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya. buat semua peserta nadwah, setiap kali bil akita rasa rindu pada ukhti2 kita, kita sama-sama doakan agar ALLAH sering pertemukan kita di atas jalan dakwah yang penuh barakah dan juga di Jannah ALLAH, inshaALLAH.





sungguhpun saya tua dari angka umur, tapi saya muda dari segi ilmu, iman dan amal~





harapan saya untuk semua peserta nadwah...




jangan kita berhenti utk terus keep intouch di tgh jalan. ukhuwwah fillah inshaALLAH akan kekal hingga ke akhirnya.










semoga berjaya semua~
anda semua tetap di hati saya, inshaALLAH :)

Friday, 19 November 2010

Hikmah :)

assalamu'alaikum wbt

di tengah-tengah kekalutan dan keserabutan saya hendak menyiapkan karya sulung saya, saya masih sempat merancang aktiviti yang akan dilakukan sempena cuti sekolah ini. Oleh kerana saya hendak menghasilkan karya yang terbaik, saya memaksa diri saya berfikir dan menghayati watak yang saya cipta sehinggakan saya tertidur sewaktu berkarya ^_^

entah berapa lama saya sudah tidur di hadapan laptop hitam ni.. tiba-tiba tidur saya diganggu dengan bunyi ketukan pintu bilik yang agak kuat. huh! kacau betulla. rupanya adik saya. dia kata ada orang call nak cakap dengan saya. siapa ye agaknya? hm..

saya diminta untuk menggantikan tempat seorang pimpinan sekolah dalam menyertai nadwah kepimpinan. hah? saya menjawab dengan tenang.. inshaALLAH. well. kami akan bertolak ahad pagi. sekarang jumaat malam. sebagai seorang daei, kita kena sentiasa bersedia.

sebenarnya macam ni. saya mmg dijemput untuk sama-sama menyertai nadwah. dan satu hari murabbi saya berjumpa lalu berkata: muallimah minta maaf sebab tepaksa tolak anti... panjang lebar mlmh menjelaskan. ye jujur saya katakan, mmg sedih waktu itu.. tambahan ketika itu baru sahaja lepas menduduki peperiksaan akhir tahun subjek sejarah yang kurasakan sgt tough kerana aku tidak sempat mengkhatamkan buku teks.. apatah lagi buat latihan. ye aku masih ingat! hari tu aku teruskan dengan langkah yang memang tidak bermaya dan longlai.

setiap hari.. setiap masa.. aku cuba untuk buat diriku rasa redha dengan segala apa yg ALLAH dah tetapkan. dari hari ke hari hatiku terus dipujuk. akhirnya aku membuat kesimpulan: hm ALLAH tetapkan aku x dpt pergi supaya aku fokus untuk mengulang hafazan di rumah..
dan dari situ aku belajar untuk menerima. dari situ jugalah aku belajar utk ITHAR. dari situ jugalah aku belajar BERLAPANG DADA. dan pelbagai lagi yang aku pelajari dari satu dugaan yang ALLAH kurniakan.

Bukan kerana gilakan pangkat atau terkejar-kejar untuk menjadi popular aku mahu sangat pergi nadwah ini. tetapi kerana aku tahu.. pulangannya pasti berbaloilah aku sanggup bersedih berhari-hari.. benda yang baik.. kalau kita tidak dipilih oleh ALLAH.. bukankah itu satu perkara yang menyedihkan? PASTI ADA HIKMAH!

dan natijahnya.. alhamdulillah.. paper sejarah yang ku jawab dgn fikiran yg serabut.. dengan izin ALLAH aku berjaya mendapat gred A. dan kini, aku mendapat berita gembira. em tapi aku taknak terlalu excited kerana apa-apa boleh berlaku kan?

khas buat sahabat baikku ili nadhirah. walaupun waktu saya hantar msg lepas maghrib tadi saya berstatuskan seperti anda.. namun walau kini status kita sudah berbeza.. saya tetap sama: i can feel you :). saudari, pasti ada hikmah~


jadi, masa yang ada x banyak. saya kena uruskan banyak benda dalam tempoh sehari..

1) jahit tudung bulat dan layur.
2) kemas bilik
3) set up meeting FITRAH
4) siapkan karya pegawai waran 1
5) pack barang.
6) photocopy buku hijab
7) mengulang hafazan


all the best. all the best. all the best.


p/s: beruta ini tidak ku khabarkan lagi kepada teman-temanku. tapi hana+effah sudah tahu.
aku ingat mahu rahsiakan saja tentang penyertaanku..

Thursday, 18 November 2010

INI DIA

assalamu'alaikum warahmatullahiwabarakatuh. :)

and peace upon the messenger.

ok. since saya dah lama x menulis, jadi bahasanya mungkin pelik-pelik dan serabut. tajuk post pun tak tertinggal utk jadi pelik.

teringat. waktu kecil-kecil dulu. kawan-kawan selalu bagi buku lepas tu suruh tulis biodata. kadang-kadang tu sorg kawan minta lebih 2 kali. haih. macam-macam. antara yg perlu ditulis dalam ruangan biodata tu termasuklah hobi. cakap pasal hobi. ramai yg declare hobi mereka adalah membaca. saya? entahlah. ^_^. boleh tak jawab mcm tu?hm..

bagi saya word membaca tu terlalu umum. em. saya suka membaca. tapi bukan semua jenis bacaan. jadi bila tulis hobi kita kena specific jenis bacaan yg kita suka. hehe. x perlu pun takpe.
kalau macam saya. saya suka baca blog orang. tapi bukan blog semua orang. saya suka belek-belek fb orang. tapi bukan semua fb orang saya belek. saya pilih. saya pilih yg mereka yang mungkin dapat membantu saya dalam meningkatkan iman dan amal. hm. actually itu satu usaha. saya sendiri tak dapat jamin semua blog+fb yg saya lihat-lihat itu dapat menambah iman, amal mahupun memberi hidayah kepada saya. tapi kalau kita rujuk surah al-ankabut ayat yg terakhiiir sekali.. ALLAH kata: " dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, Kami akan tunjuk kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik.."

jadi x de alasan:

1. dah ALLAH x bagi aku hidayah.

>>> sebab ALLAH suruh kita usaha.


oklah sampai sini saja.

wallahu a'lam.

bittaufiq wannajah.

ma'as salaamah.~ ^_^

Saturday, 13 November 2010

apabila hati berkeras untuk menjerit

bismillahirrahmanirrahim

disebabkan mcm dah lama tak menulis di sini.. hati saya seakan-akan berkeras nak menjerit. hehe.. saya kalau bercerita taklah pandai sangat.. tapi kita sama-sama ambil ibrah..

1. periksa akhir tahun. hari tu saya konon je target 8A+ kan. saya tak dapat. kenapa x dapat? sbb x usaha. sng je punca dia. kenapa saya mesti malas untuk benda2 yang baik mcm ni? boleh tak kalau saya cakap sebab belum sampai seru? huh alasan sokmo. kalaukan.. kita x delah belajar sangat tapi result mcm agak mantap, perkara ni hanya antara ma'unah/istidraj. itu bagi sayalah.

saya tahu saya x delah belajar sangat. periksa 3 minggu straight. belakang pun mulalah sakit(manja) dan hidung pun mulalah meragam dek terkesan dengan homeopathy yg dimakan ketika musim periksa. saya x nafikan mmg saya agak tertekan ketika periksa.. bukan sbb saya study hard ye.

awalnya setelah habis periksa saya target subjek sejarah+seerah saya mcm boleh fail sbb saya..... hm. tapi Maha Suci ALLAH. saya dapat 'ok' dalam subjek tu.

utk subjek spm.. ini dia natijah saya..

+math: A-
ekonomi: A-
sains: A-
akaun: A
BM: A
BI: A
BAT: A
Math Mode: A
sejarah: A
PSI: A+
pqs: A+
nanti! saya bukan nak berlagak. saya hanya nak berkongsi. biasanya.. kalau manusia kan, kalau dia x puas hati dia akan ckp mcm ni.. : ala.. inipun aku bukannya belajar sangat.. kalau aku belajar, mesti boleh dapat lagi hebat dari yg kat atas ni..
adakah anda pasti yang anda akan dapat lebih hebat daripada apa yg ALLAH dah bagi? sedangkan waktu sdg periksa.. punyalah tawakkal kepada ALLAH kerana tahu usaha yg anda curahkan tidak setanding dgn markah yg kita nak. tapi alih2.. lepas periksa nak ALLAH bagi kita lebih dari apa yg kita ddah usaha. mcm mana tu? x segan ke? nah! ALLAH bagi keputusan yg agak baik. masih taknak ambil pengajaran lagi? kalau untuk diri saya.. saya sangat takut utk terus berpuas hati. bagi saya, ini adalah amaran utk saya lebih kuat usaha.
mulanya. saya sedih sangat sbb saya rasa keputusan saya kurang memuaskan. nampak mcm x bersyukur kan? ish3. sampaikan ada 1 subjek ni.. bukan subjek spmla.. bila saya tahu saya dapat C.. saya punyalah sedih sampai sakit(sakit biasa je). kerana saya tahu yg saya x amanah dalam nak belajar betul2.
tapi bila saya tgk kawan2 saya yg lain.. mereka kelihatan sedih ketika melihat keputusan mereka. kerana ada subjek yg tidak A dan juga ada yg gagal. tetapi mereka tetap bersyukur. aku? bila lagi nak bersyukur. kdg2.. kita susah nak bersyukur sbb kita x buka hati kita untuk menerima. hanifah! sila ingat. kalau anda bersyukur, ALLAH akan tambahkan.. kalau anda kufur, nescaya AZAB ALLAH sangatlah dahsyat.

ingat. belajar bukan untuk periksa. belajar sampai mati. ilmu biar berkat supaya nanti x lesap bila dah spm.

semalam saya ambil report card sendiri. waktu saya duduk di ruangan menunggu setelah dah ambil slip result periksa saya.. adalah parents ni dia tanya saya.. dah ambil result? saya ckplah: dah.. dia kata: nak tgk. saya bagi lah slip tu pada dia. dia kata: alhandulillah. semua A. genius ni. saya tergelak. bukan tergelak bangga. tapi tergelak kerana rasa terperli. parents tu tanya: mcm mana anti belajar? apa formula kejayaan? saya ckp: yg penting keberkatan ilmu dan amanah. amanah dalam belajar bersungguh2. saya tambah lagi: makcik, saya di rumah x de lah study mana.. cuma di sekolah saya belajar betul2 dan fahamkan konsep(konon).di rumah saya rehat dan siapkan homework sahaja.

ramai orang ketika di sekolah belajar x bersungguh. tapi di rumah baru nak pulun. membazir sungguh! mak ayah sudah bayar di sekolah. tapi kalau kita x belajar bersungguh2, x amanahlah kita. kalau kita dah pulun ketika di sekolah.. di rumah tinggal nak apply apa yg dah kita belajar je.. x de lah nak kena buat 2 kali kerja.. x kira waktu nak periksa lagi.. nak periksa barulah mula nak study bab 1. kalau dapat score pun.. bukan utk selama2nya. kalau boleh ilmu yg kita belajar biarlah kekal di hati.. bukan di buku.

apa-apapun saya bukanlah genius. kalau genius semuanya 100. tapi x mgkin kan> karangan mustahil full mark~ ^_^

hanifah, sila bersyukur ye dengan apa yg ALLAH dah bagi. ingat ini baru permulaan. saya baru form 4.. tapi debaran utk spm dah terasa. semangat betul~

semoga saya mampu berikan yg terbaik daripada saya utk semua~

wallahu a'lam

Friday, 5 November 2010

duduk sebentar untuk bercerita.

bismillahirrahmanirrahim.

sebenarnya saya ingat nak biar sahaja blog ini. tapi hari ini dapat seru pula untuk menulis. bukanlah penting sgt apa yg nak saya sampaikan. cuma apa yg terlintas di hati dan kalam hati saya sahaja.

tentang periksa. saya sebenarnya konon je target 8A+ supaya saya semangat belajar. sewaktu saya menduduki inal exam.. ALLAH telah menguji saya dengan pelbagai ujian.. saya terus tabah.. dan mohon agar hati saya terus tabah dan redha dengan segala yg ditetapkan olehNya.

apa-apapun.. alhamdulillah dan saya bersyukur dengan result yg saya dapat. walaupun skrg x banyak highest. hehe. saya berjaya buktikan bahawa addmath sebenarnya x susah sangat. +math perlukan perhatian dari kita sbb dia manja. jadi kena buat latihan banyak2. actually it is all about to understand the concept, then u will find yourself can do the addmath.

minggu exam.. mmg saya sedih je. tapi saya tahu setiap kesedihan yg datang ALLAH akan ganti dengan kegembiraan yg berganda-ganda kalau kita terus sabar. setakat ni bau tahu beberapa subjek sahaja. alhamdulillah addmath A-. saya biasa2 aja. x pandai mana. tapi saya akan cuba dan usaha bersungguhsungguh. minggu ni saya tahu saya akan dgr berita gembira sahaja.. sat lagi sampai waktu sejarah dengan seerah nak diserahkan.. saya mesti dok menangis je.. jangan tanya kenapa..


cerita kedua.

saya sekarang selalu bermain dengan perasaan. kalau saya nak harap semua org faham saya.. susahlah.. the best way is.. kita kena faham diri kita sendiri and make the best for ourselves. persembahkan yg terbaik utk ALLAH. kata kawan saya: kita mmg boleh berlakon baik depan manusia.. tetapi depan ALLAH tidak! kata kawan saya lagi: malaikat ALLAH tidak pernah lalai daripada mencatit.. hm.. sat saya baca ayat itu.. hati dok bergetar je.. sampai skrg.. kalau ingat bergetar hati.. itu baru malaikat.. yg ALLAH dok nampak je kita setiap masa?

ubah.berubah.diubah.mengubah.perubahan. semuanya memerlukan kepada keinginan seseorang itu kan? jadi.. konklusinya.. kita kena ada keinginan yg konkrit utk berubah.. dan sebab utk berubah kenalah betul kerana ALLAH bukan sebab lain.

kadang-kadang hati merungut. kenapa aku x boleh nak berubah. aku dah cuba sedaya upaya dan pelbagai lagi ungkitan yg di lafazkan oleh mulut yang hanya dipinjamkan oleh ALAH buat sementara ni.. sebenarnya.. apa-apa pun yang berlaku.. semuanya datang dari dari kita.. maksudnya.. kalau kita kena marah dengan parents.. mesti sbb kit aada buat salah atau apa2lah.. mcm tu jugaklah kita dengan ALLAH.. mungkin dalam masa kita nak berubah tu kita main2. tapi kita kena tahu yang ALLAH x kan bagi sesuatu ujian melainkan dengan kemampuan hamba2Nya. see.. x semua org mampu tanggung ujian yg kit atanggung.. setiap org istimewa..
rasalah bangga kerana ALLAH masih pandang kita.. ALLAH masih nak uji kita.. bersyukurlah jugak sebab kit amasih ada rasa nak rasa pahit dalam diuji..

dan yang paling penting kita kena tahu yang kita sorg je tahu siapa yg boleh mengubah kita... cepat teka siapa! haa.. ALLAHlah jawapannya.. hanya ALLAH yang boleh mengubah kita. ok ada analogi. cuba bayangkan... kita baru lepas exam.. pastu cikgu subjek pun bagilah kertas exam dgnmarkah sekali.. tiba2 dapat teruk.. jadi dengan siapa kita nak nego utk dpt markah tinggi sikit? dengan cikgu subjek tu lah kan? x kan dengan cikgu subjek lain pulak..

oklah nnti kalau ada masa.. saya tulis lagi~

Friday, 15 October 2010

travelog saya.

bismillahirrahmanirrahim.

sedikit kalam mungkin untuk entry kali ini.

inipun kerana terlalu rindu untuk menulis di blog pink saya.



rabu lepas usrah terakhir yang dijadualkan utk tahun ni.

sebelum mengakhiri sesi kami, saya tanya mereka bagaimana usrah tahun ini.

somehow, one of my adik usrah memberikan komentar yg begitu menyentuh hati.

dia kata usrah tahun ini mmg berbeza dgn usrah sebelum ini. dia merasakan yang dia mempunyai hak untuk memberikan pandangan+pendapat dgn yakin.. walaupun dia kadang2 ngantuk.. tapi saya tetap meraikan dia.

baru-baru ini juga saya telah membuat 1 kesalahan yg dahsyat.

saya buat murabbi saya marah.

waktu dia marah mmg tersentuh.

dari sini saya belajar untuk merendahkan ego saya.

dari murabbi saya inilah say abelajar banyak perkara.

terima kasih murabbi.

barakallahu fiika. semoga berjumpa di syurga!

saya tiba2 teringat saat saya khatam di hira'. tersentuh sungguh saya. manis sungguh walau hakikatnya pahit. saat saya khatam.. saya rasakan dunia ini sunggu hlapang dan saya rasa bagaikan dunia ini saya yang punya.. saya berazam utk shahadah 30 juzu'.. Semoga ALLAH membantu. saya rindu suasana maahad.. al-Qur'an sentiasa. saya rindu mlmh fathonah. saya rindu mlmh zunaizah. saya rindu mlmh syafiqah. saya rindu mlmh fatihah. saya rindu mlmh faizah. saya rindu mlmh nurlizah. saya rindu kelas kami. saya rindu kelas akademik. saya rindu lantai koridor yang saya pijak saat didenda dek tak lancar ulangan beberapa mukasurat. saya rindu semuanya.

dan tadi usrah.

sepanjang usrah saya hanya senyap. tidak seperti biasa, saya suka untuk memberikan respon+komentar. ukhti pengerusi majlis meminta kami memberikan solusi terhadap apa yg sedang didiskusikan. saya remain senyap+mengantuk. teruk. -_-''

tiba2 naqibah saya minta saya beri pendapat. saya gagahkan diri. baru sahaja beberapa patah saya berkata, terus basah mata. sebab itu saya bertekad utk diam daripada awal. apa yg saya ckpkan hanyalah 1 perkara yg simple, tetapi bagi saya perkara tu merupakan perkara yg penting dalam membina peribadi setiap dripada kita.

"sorry to say but ana x rasa seronok+nikmat join usrah ni..">> sebabnya apa.. telah saya nyatakan tadi..

impaknya.. kami semua menangis bersama-sama.. maaf teman2.. saya hanya mengeluarkan apa yg terbuku sahaja.. saya rasa nikmat menangis tadi. sebelum mengakhiri sesi usrah kami, kami salam2 +minta maaf dan 'sayaaang ukhti..'

menangis mmg nikmat. tetapi bergantung sebab apa kita menangis.

terima kasih semua.

wasiat saya: jangan lupakan saya sampai bila-bila..

wasiat saya itu saya ulang-ulang banyak kali.

dalam hati saya: saya sambung: ketika di hari akhirat nnti pun jangan lupakan saya...


waktu pmr, kami pelajar2 form 4 dijadualkan utk menyertai motivasi.

ayat yg buat saya cukup tersentuh: INNADDIINA 'INDALLAHIL ISLAAM.

dan kalimat tiada tuhan melainkan ALLAH juga kerap bermain2 di hati saya..


minggu ini juga saya menerima satu hadiah daripada seorang ukhti yg saya sangat sayang. beliau beri saya satu frame gambar yang di dalamnya turut disematkan gambar saya bersama dia juga bersama satu lagi ukhti.



serabut sungguh penulisan kali ini.

saya tulis apa yang terlintas.

lama x tulis. jadi pelik rasanya.

periksa next week. saya hanya target 8A+ dan yang lain semoga A.


wallahu a'lam~

ya ALLAH.. kau berkatilah semua yang membantu aku dalam membina diri ini~ ALLAHUMMA AMEEN~

Sunday, 29 August 2010

20 Ramadhan

bismillahirRahmanirRahim.

malam ni sudah pun masuk malam ke 20 ramadhan.

dan saat saya menuli sini sudah pun jam 1.24 pagi.

baru selesai menghabiskan pembacaan buku ilmiah+ menyelesaikan kerja sekolah matematik moden.

bagaimana dengan amalan sepanjang ramadhan yg telah berlalu?

sekiranya di tukarkan dalam bentuk keputusan peperiksaan.. rasanya pasti sudah gagal..

tapi aku x kan putus asa.. kerna ramadhan masih berbaki 10 hari lagi.

esok bermulanya hari pertandingan tilawah 10 hari terakhir yg bilal anjurkan.

rabu ini mini ithbat. mampukah aku? inshaALLAH.


sempena semarak ramadhan, squad pertandingan ada menganjurkan pertandingan: create and update.. means blogla. usrah saya tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan ini.

saya berharap pertandingan ini merupakan batu loncatan kepada usrah kami untuk terus berada di medan dakwah.

saya suka buka blog usrah saya.. rasa seperti sedang bersama-sama dengan mereka.

bermulanya esok hari..

saya harus menunaikan janji saya:

tukar tempat duduk. kalau itu yang terbaik.. sami'tu wa ato'tu.

saya buat spek baru lagi. bifocal nampaknya. adakah maksudnya saya seorang yg rajin membaca? atau belajar? atau rajin membuang masa di depan lptop..

wallahu a'lam.



saya berharap.. saya sangat2 dapat memanfaatkan ramadhan yg berbaki..

Wallahul musta'an.



ini blog usrah saya yg x seberapa.. jemput2lah ziarah.. kami baru bermula.. jadi, silalah beri tunjuk ajar.

http://wetogether2.blogspot.com/

Friday, 13 August 2010

saya dan minggu ini.

bismillahirrahmanirrahim.

di tgh2 kesibukan.. alhamdulillah, dapat juga cari masa untuk tulis blog. inipun dah hari sabtu. hari ni hari keempat puasa. jadi, apa macam? ada ok? ahamdulillah.

tahun ini mmg ramadhan saya lain dari yang lain. kenapa? sebabnya.. pagi 1 ramadhan lagi saya sudah di dtgkan ujian yang agak berat.. tapi kalau kita buka minda dan lapangkan dada.. ujian yg berat tadi boleh je jadi ujian yang keciiiiik sgt.. inshaALLAH.

waktu tu saya tgh sedikit bengang.. tapi senyap je. saya tahu ini mesti ALLAH nak tegur saya. ALLAH dtgkan kawan saya yang memecahkan spek saya di bawah kesedaran dia. waktu tu hati mmg bergetar.. tap ialhamdulillah, saya berjaya mengawal emosi saya. saya pun tidak percaya.
kita kena ingat.. barang yang ada pada kita bukannya milik kita selama-lamanya.. tetapi pinjaman sementara daripada ALLAH. saya sentiasa ckp pada diri saya.. kalau duit hilang ke ape ke.. : ALLAH nak ingat kan kita supaya sentiasa infaq.. harta yg kita miliki bukan milik kita seorang.. milik bersama.. sbb tulah kena share.. bukankah sharing itu caring? ummat muslimin yg dilanda ujian di luar sana..: berbuka apakah mereka semalam? sahur apakah mereka pagi tadi? ya ALLAH, Kau permudahkanlah urusan mereka dan Kau tabahkanlah hati mereka.

2 minggu straight ini, saya meminta 3 nasihat dari murabbi saya. murabbi 1: naqibah saya: 1 perkataan je: HAMMASAH! murabbi 2: mlmh norlida: pnjg sikit.. : sesungguhnya janji ALLAH Maha Benar + ALLAH melihat setiap apa yang kita lakukan.. dan ALLAH akan pasti aka memberi ganjaran(waktu dapat, saya tersentak sikit sbb nasihat yg mlmh bagi adalah nasihat yg sering saya ckp dkt org.. itulah manusia.. sering terlupa.). murabbi : kalau betul nak buang sifat mazmumah dari dalam diri, buang betul2.. jangan tinggalkan sikitpun serpihan.. sbb serpihan yg tertinggal sedikit itulah yang akan membusuk di dalam hati kita..

terima kasih murabbi!

abang saya pula memberi nasihat: ramadhan: tidak ada yang akan mendahuluiku dalam menuju Tuhan yang Maha Penyayang. inshaALLAH saya jadikan ini sebagai prinsip saya ketika beramal.

dalam kesibukan menikmati ramadhan inilah... saya tidak pernah lupa untuk jalankan tanggungjawab sebagai kepimpinan sekolah. setiap hari di hadapan komputer.. menulis artikel.. mengedit bahan2.. selaraskan USB dan file biro.. dan membina peribadi setiap dari kami..

sebagai pemimpin.. kita harus sentiasa semangat dan terinspire supaya anak2 buah kita juga begitu.. dalam pada nak jadi org yg begini.. 1 tips yg mudah utk tetap istiqamah..: LETAKKANLAH ALLAH DI HADAPAN!.

bulan ramadhan ni jugaklah.. saya banyak tadabbur ayat al-Quran. seronok juga. dan antara ayat yg cukup memujuk hati saya untuk terus gagah beramal: surah ar-rum: ayat 15.

minggu ini saya sedikit mengantuk. tetapi tidak tidur dalam kelas. kecuali sewaktu sedang menjawab kertas periksa bahasa melayu.. mmg ngantuk sungguh sampai siap mimpi2.. haih.. teruk betulla~ habis kertas jawapan.. conteng2(tp x bykla). padahal malam sblum tu la satu2nya hari saya tidur awal minggu ini.. musykil2.

saya sebetulnya nak mengadakan program untuk anak2 remaja [erempuan di desa al-amin. mmg tidak disuruh oleh makcik2 serta pakcik2. tetapi kan ALLAH dah suruh.. ALLAH suruh kita lakukan amar ma'ruf nahi munkar. apa yang saya dapati jiwa remaja sekarang tidak lagi sekental jiwa remaja dahulu. jadi sebagai permulaan.. saya harus bersama membina peribadi saya dan mereka. antara sbb yg membuat saya lebih smngt nak berprogram: saya kata pada diri saya: haih.. kat sekolah sibuk bina org lain.. tapi ahli qaryah sendiri dilupakan.. bukankah org di sekeliling kita adalah tanggung jawab kita? ya! setiap org di sekeliling kita adalah tanggungjawab kita bersama!

tetapi sedikit kesusahan yg saya alami.. waktu hendak bertadarrus sahaja.. saya mesti terlepas sbb saya tertidur.. bangun2 sudah lewat. sedih betul.. tetapi saya x pernah putus asa. saya tahu ALLAH nak tgk sejauh mana keinginan saya ingin berprogram. jadi hari ni saya akan cuba utk pastikan saya tidak tertidur lagi! saayan!

kerja rumah! sungguhlah best! hehehe.. bagi tanak membuatkan fikiran saya terasa berat.. sya kenala rasa setiap yg saya lalui adalah sebagai salah 1 wasilah tarbiyyah.. mmg indah dalam pahit! saya teringat 1 analogi: cuba letak sesudu garam dalam cawan yg terisi air dan kacau. lepas tu rasa. apa yg kita rasa? masin kan? lepas tu letak pulak sesudu garam dalam satu mangkuk yang berisi air jugak.. mcm biasa.. rasa. apa yg kita rasa? tetap masin tetapi kurg. kemudian letak pula sesudu garam di dalam air sungai yg mengalir.. apa yg kita rasa? x rasa apa2 bukan?.. jadi jika kita ada masalah janganlah kita terlalu sempitkan jiwa kita.. jadikanlah jiwa kita besar. lebih besar. lebih berpengaruh dari masalah yg kita hadapi.. jika terlalu ingin melayan masalah kita je.. bila masa kita nak jadi pendengar yg baik kepada org lain?

ish3.

p/s: saya mintak maaf sgt2 dekat mlmh norlida sbb x buat2 lagi oral. saya tahu mlmh sgtlah bengang.. tapi mlmh sabar je..

semoga ramadhan kali ini lebih bermakna~

wallahu a'lam.

ROBBUNAA YUQAWWIY WAROBBUNAA YUSAHHIL! ALLAHUMMA AMEEN(3x).

sodaqallahul a'dzim~

tutup blog.

teeet~

^_^

Friday, 6 August 2010

2 hari berlari-lari..

bismillahirrahmanirrahim.

yesterday and today. 2 hari yang saya nak lari dari kenyataan yang telah ditetapkan utk saya. how awful!

sepanjang jualan hinggalah sekarang. hati mmg x tenang. sbb saya ada melakukan 1 kesalahan yg kecil, tapi sebenarnya impak agak besar.. kerana ALLAH melihat segala apa yang telah kita lakukan dan ALLAH takkan pernah lalai dan lupa untuk memberi ganjaran serta balasan atas setiap apa yang telah kita semua lakukan. hati lebih rasa bersalah seorang murabbi menegur mungkin secara tak sengaja tentang kesalahan yang saya lakukan.. kesalahan yang ramai org tak nampak. tapi ALLAH nampak!

sejak kebelakangan ni, saya sangat rasa jiwa saya terganggu. tapi saya masih ada pedoman.

khamis lalu, saya buat majlis khatam untuk anak murid hafazan saya: SYIFAA. dia kena baca 1 juzu' straight juzu'3(silibus). saya sangat tersentuh apabila dia berjaya melakukannya hanya dalam 29 minit dengan agak baik. bacaannya disemak oleh semua anak muridku dan juga diriku tanpa membuka al-Qur'an. maknanya, kena berdasarkan hafazan sendiri. aku berjaya membuktikan bahawa tidak semestinya sekolah biasa x mampu nak baca mcm sekolah tahfiz buat.

sebenarnya, kena buat oral. sorry mlmh norlida. sungguh! saya mmg bersemangat! tetapi mungkin kurang bersedia.(belum buat pun lagi)

saya suka bila belajar sejarah. sebab tula kot markah sejarah saya tahun ni dapat A. mungkin kerana saya menghayati apa yang saya belajar. muallimah marhamah mmg superb! beliau ketika mengajar seolah2 beliau pernah hidup dalam zaman tu! ruh kami tidak pernah lupa untuk ditiupkan! smlm ada sikit video.. antara yang paling diingati: sejarah sentiasa berputar. dan ini bermakna tidak mustahil untuk ISLAM mencapai kembali kegemilangan!.. kita masih ada peluang.. sesungguhnya janji ALLAH itu Maha Benar.

Unit Penerbitan. bukan sekadar menerbitkan risalah, berita terkini mahupun majalah. tetapi kami juga berperanan dalam menerbitkan produk2 berkualiti dari sekolah al-amin bangi. p/s: boleh ke mcm ni? mestilah boleh! ayuhlah ubah persepsi kita yang sudah jauh kolot!

ya ALLAH. sesungguhnya bersaksilah: saya sangat sayangkan seluruh ahli keluarga UP. ya ALLAH, bantulah kami dan tabahkanlah hati kami dalam meniti segala ujianMu.

bila sebut sahaja tentang kawin awal. sayalah mangsa. walhal mereka juga boleh. aii.. alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada jugak org doakan saya supaya dapat jodoh yang baik2.. dan saya cuma kata: ALLAHUMMA AMEEN.. tapi bukan skrg.. haha

sahabat! ramadhan dah dekat! saya rindu sungguh dengan rahmat2 ALLAH di bulan ramadhan.. kenapa ya.. rasa lain benar ramadhan kali ini? adakah ini ramadhan saya yang terakhir? wallahu a'lam.

Wednesday, 4 August 2010

travelog: 3 days

in the name of ALLAH the most GRACIOUS, most MERCIFUL.

berjaya menghabiskan travelog cinta abadi. mentang-mentanglah dah umur 18.. tajuk buku pun tak boleh tahan. hehe. tapi hakikatnya, buku tu menceritakan hakikat cinta abadi kita kepada ALLAH. sinergi pun berjaya dihabiskan. minggu ni mmg ngantuk dalam kelas.. ada masalah?

yang paling best tentang minggu ni.. ALLAH kejut aku tiap-tiap hari pukul 4 /5 pagi walau penat mcm mana penat sekalipun aku.

exam ekonomi. time exam pun ngantuk. apa nak jadi dgn saya?

ayah suruh saya dan adik saya join tuisyen +math dan bahasa arab. saya ikut aje. saya pilih cikgu lokman loh. saya harap dia dan kami dapat memberi komitmen sebaik mungkin.

masa perhimpunan. mlm fadzil x galakkan banat kelepet tudung bahagian atas. apakah signifikannya? wallahu a'lam.

anak murid hafazan saya berjaya menamatkan silibus. alhamdulillah. barakallahu laki. uhibbuki fillah ya ukhti.

i find arabic is very interesting.

have to attend ihya' ramadhan meeting. somehow husna salleh put me as the co. nonsense. but after we have some argument(konon je).. finally she have decided to put me as her co. whatever. we have planned many activities.. i cant wait. ya ALLAH, help us!

today, we have english subject. teacher norlida ask the whole class to make a group of 4. then, discuss. this is oral.oh! my group is: me, fatin naimah, aimi atiqah and amalina. i suggested to put : why hijab is so important for women today as our oral topic. we are going to present this oral by doing live programme on tv presentation. i act as the reporter, while the three are going to act as woman who are giving their opinion on hijab. i hope we will get the best mark. ameen!
mlmh norlida told us that there are 1 group who are going to discuss on topic: the early marriage. i'm really sure.. that this is the effect of studying the fiqh munakahat with muallim fadzil.. akakaka.

this friday, the UP's team will open our booth sempena ramadhan. i hope the whole school will support us by buying our stuff. we will use the profit for the sake of UP, i meant for the sake of this school holisticly.

yesterday, my neighbour just arrived from mesir. i really miss her. when i attend to her house, we have some hot discussion between me, her mom , her, and her siblings. for sure it is about her marriage.. but she is not planning to marry yet.

this week. i'm open my eyes and heart widely. what for? for feel the surrounding's heart. i meant my friends.. my usrah.. my junior, myself and so on..

talk about marriage.. rasa nak tergelak pulak. 1 of my anak usrah adviced me to study and think about my future first before i get married. baik bos! last night, ive accompanied my mother to syabab, pkns. when we were on our way to reach car.. suddenly we met mlmh solehah,my childhood teacher. she said that: wah, dah anak dara dah dia.. (what?.. what about before this? i let my aqal to think stupidly.. how come? ceh).. my maid pulak said that i have to finish my study first then i'll get married.. woa..! whatever it is.. saya serahkan kepada ALLAH taala dgn doa: semoga saya dapat suami yang soleh dan pandai..(...)

ok then.

make sure that u are pretty strong to celebrate the whole ramadhan.. x sabanya! uh!

wallahu a'lam..

ALLAHUMMA BARIKLANA FII SYAABAN WABALLIGHNAA RAMADHAN. ALLAHUMMA AMMEN!

Sunday, 1 August 2010

variasi hidup

bismillahirRahmanirRahim.....

BISMIKA NAHYA. ya ALLAH, izinkan aku mencuba.

If it is not because of muallimah norlida, i might not wrote this entry in this kind of verse. But, if i'm not giving myself a chance, i cant be a professional and fluent speaker. heh!

so, today, i'm going to write on life variation.

last friday, i've organised one programme specially for my+nadiatul hani's usrah and mlmh faridah+ukhti amirah's usrah. from 15 participants, only 10 had gave their fully commitment by joining this program patiently, i guess s0o.

At first, i didn't confident with myself to get through the whole programme because i had to give my commitment on the 2 other things: decorating the school hall and the perbaq-t and boja's selling project . but when i remembered what ALLAH have said in his HOLY QUR'AN, where the meaning is: WE HAVE PLANNED, AND SO ALLAH. BUT ALLAH IS THE BEST IN PLANNING SOMETHING!, and the other verse, he have said that(also meaning): "not give up with ALLAH's bless because only the KUFFAR are give up to ALLAH's bless", i make myself strong!

i do make a variation in the tentative where i've put : demo on cooking, fiqih wanita's discussion and survey on hijab as a big program. A very special thanks to our beloved teacher: Muallimah Faridah for teaching us how to cook asam pedas in a right way. in addition, muallimah had teach us how to siang the fish. hehehe. lastly, we had make a very delicious asam pedas successfully. woW!

on saturday, we've done a survey on hijab at plaza metro. there are 6 six questions. the participant were split themselves into 4 small groups where only 2/3 of us in one group. The facy were split too for keeping their eye onto all participants. more than 50 people had been surveyed by us and they got special ramadhan gifts from us.

from the survey, what can i conclude summarily is people's faith on wearing a hijab is not clear. but i releave as they still wear the hijab although they are not utderstand the actual reason 100%. bersaksilah! sesungguhnya saya berdoa kepada ALLAH agar mereka terus diberi hidayah!

s0o, by telling the readers about the program.. what is the significant to the title of this post?

saya kena mulakan variasi ke atas hidup saya. Rasulullah telah mulakan sewaku diMekah. dan baginda ditentang! Mereka yang sebelum ini telah lakukan variasi ke atas hidup!.. aku? kalau aku masih nak berharap orang lain yang mulakan.. nanti ALLAH akan persoalkan di akhirat kelak.

JIKA YANG BENAR TETAP BENAR, MAKA YANG BATIL TETAP BATIL.

aku x akan takut dgn kehadiran bendasing2.. kerana aku percaya dengan kehebatan serta janji ALLAH yang Maha Benar, juga kehadiran SINERGI!

aku dah x tahan melihat kawan2 yang mula tidak bertudung! sampai bila aku nak capai tahap yg paling lemah yang dimaksudkan dalam hadeeth 13? iaitu dengan membenci melalui hati!

aku dah terlalu lama membungkamkan diri. dan x boleh terus duduk.

aku akan cuba dan cuba dan terus mencuba. natijahnya, itu urusan ALLAH.

semakin lama, semakin banyak tanggungjawab kita. perasan x? bila usrah dan org2 sekeliling bertukar, bermakna tanggungjawab kita juga bertambah. tapi kalau kita teruskan hidup dgn buat tak tahu saja. maka dosa akan terus bertambah tanpa belas kasihan kepada kita kerana kita tidak sedikitpun tidak belas kasihan terhadap orang-orang sekeliling kita dengan cara membantu mereka.

ayuhlah.. kita fikir2kan.. bukan kah ALLAH seringkali mengulang2 pertanyaan: apakah kamu tidak beraqal dalam kitabnya, AL-QUR'AN?

sampai bila kawan2 kita nak tunggu? sampai hari qiyamat.. di mana pada hari tu dah terlambat utk kita bertaubat? nauzubillahi min zaalik!


maaf. mungkin agar berserabut sikit post kali ni sbb fikir banyak benda.

p/s: esok hari isnin. puasa yuk!

Tuesday, 27 July 2010

hei, kemarilah hatiku!

BismilahirRahmanirRahim.

tujuan post kali ini khas untuk diri sendiri yg sedang GILA!

hey! itulah orang yg kurang ingatannya terhadap ALLAH.. baru diuji ALLAH sedikit sudah mahu GILA! bagaimana mahu menjadi seperti Rasulullah?

aku tidak mempunyai gaya seorang yang suka membaca. namun itulah hakikatnya. aku tiba-tiba rasa tergerak untuk membuka blog seorang follower aku. headernya bertajuk: MINDA, JIWA & HATI. welcome speech yang dia tulis seolah2 ALLAH sedang berbicara denganku.. memujukku.. tertulis:

SETIAP MASALAH YANG BERLAKU PASTI ADA JALAN PENYELESAIANNYA, JADIKAN MINDA UNTUK BERFIKIR DAN JALAN KELUAR, HATI SEBAGAI PROSES PENAPISAN MASALAH DAN JIWA UNTUK MENJADIKAN KITA LEBIH BAIK..
dan pastinya kita perlu UTAMAKAN ALLAH di hadapan..

hei hati! cuba kau sebutkan satu persatu keburukanku! pasti pengsan aku mendengarnya.......

tapi kemarilah kau hati... aku mahu usap kau dengan selembut yang mungkin... gilap kau agar kau bersih dari lumpur yang mengotorkan..

hati.. tahukah kau.. aku tidak pernah lupa untuk melakukan kebaikan... janganlah kau terlalu sedih mengenangkan keburukan yang telah kau lakukan..

hati, kau harus ingat bahawa untuk mendapatkan janji-janji ALLAH yang Maha Indah itu.. kau hanya perlukan kesabaran....

hati, aku menyaksikan saat kau mengarahkan bibir melafazkan sesuatu...

hati, apakata kau jadikan segala yang menyedihkan itu sebagai aspirasi untuk kau lebih berjaya dan tabah?

apa gunanya berbicara dengan hati sekiranya tidak mahu memberi peluang kepada diri...


hai manusia.. ingatlah ayat terakhir dari surah al-Baqarah..

siapa yang sanggup mengorbankan masa dia untuk duduk denganku.. dan mendengar bicaraku?


p/s: sejak bila ntah buat ayat2 mcm ni.. tapi ni baru sikitt.

Sunday, 25 July 2010

rasa puas

.BismillahirRahmanirRahim.

hm. kadang-kadang kalau kita gembirakan hati orang yang kita sayang lagi rasa puas daripada kita gembirakan diri sendiri. kenapa? sbb kalau kita gembirakan hati kita, natijahnya hanya kita seorang yang gembira. tetapi berlainan halnya dengan apabila kita menggembirakan hati orang yang kita sayang, kerana diakhirnya kita akan berhasil mendapatkan natijah yang berbeza iaitu 2 kegembiraan. ini berlaku apabila kita gembirakan orang lain, kita akan gembira bila tgk org yg kita sayang gembira.

kita kena peka dan sentiasa ingat yang kita kat dunia ni bukan sorang2. jadi jangan selfish.

2 hari ni. saya merangkakan banyak perkara yang perlu saya bereskan. yang paling penting adalah kerja penerbitan. tapi bila setiap kali saya nak mulakan kerja penerbitan seolah2 ada yang belum saya selesaikan. jadi x de mood. saya inginkan yang terbaik untuk hasil kerja yang melibatkan saya.

mlmh salamiah sangat teratur orangnya. aku bersyukur kerana ALLAH mengurniakan seorang guru penasihat yang begitu. sebetulnya aku sudah siap menyusun atur creative yang bakal diterbitkan ramadhan ni. mungkin dengan rupa yang agak baru. yang pasti bukan dengan niat untuk membanding2kan dengan yang lama.

mlmh salamiah mencadangkan mlm waqi sebagai kolumnis. aku pun bercadang begitu. alhamdulillah fikrah yang sama dgn guru penasihat. aku memberikan tajuk: ****** jeng3.. x boleh bagitahu lagi kang x surprise utk al-amin dan yang lain2. pada masa yang sama, mlm mengajar aku tentang penerbitan. aku sangat berterima kasih. aku dah dapat idea. cuma tunggu kata putus dari ketua dan guru penasihat.. ROBBUNAA YUSAHHIL.

aku ke hira' dengan banyak niat. 2 niat utama. niat 1: utk ziarah ILI.niat 2: utk meminta bantuan dari muslim 1412. aku berfikir banyak kali.. betul ke apa yang aku buat ni.. tapi perancangan ni dah lama aku susun. iaitu mengumpulkan kembali karya2 as-saabiquunal awwaluun kartunis2 al-amin yang mantap2!

perancangan aku kadang2 nampak je gempak.. tapi -_-. haha.

niat pertama dah dijalankan.

niat kedua. aku datang ke dorm ili tanpa pengetahuan dia. aku borak2 ngan dia.. berukhuwwah.. aku bagi kado dari indonesia. mungkin kurang sesuai.. tapi asalkan ikhlas kerna ALLAH, ya semuanya bisa jadi sesuai.

dia seorang yang sangat fanatik kamera. aku pun begitu tapi aku kuburkan impianku sbb x de kamera yang mantap2.. nk mintak parents belikan.. mcm segan sbb dalam pelajaran x pernah memuaskan mereka.. walaupun hakikatnya aku selalu dapat top dalam klas. p/s: ye ke? akaka.. perasan2.

ili tujuk album gambar. aku tahu kalau aku nak gambar2 tu mesti kena bayar. aku faham. kerana nak print pon perlukan modal.. x pe asalkan boleh jadi kenangan. dan 1 hari nnti aku boleh tunjuk kat anak2.. p/s: ceh! ^_^.

belek punya belek. entah kenapa setiap gambar yang aku belek.. seakan2 gambar tu hidup.. mcm dengar bunyi peristiwa tu sdg berlaku.. sampai satu gambar... hiba rasanya~ menangis hati. gambar sape? gambar pakwe kot. ye la tu. pakwe pun x pnah ade. apatah lagi gambar. gambar mlmh fatonah sebenarnya.. seorang guru yang penuh dengan sifat sabar terhadap anak-anak muridnya.. walaupun pernah kena marah dan denda berdiri kat luar kelas.. tapi semua tu x pernah buat hanifah jauh dari mlmh fatonah! alhamdulillah mlmh fatonah telah selamat melahirkan anaknya yang ketiga..

sebetulnya ada khabaran yang mengatakan ili baru lepas operate. jadi tu yg semngt nak jumpa ili.. nak bagi semngt kat dia.. ceh kononje hanifah ni. tapi hanifah sgt gembira bila ili kata ili gembira sgt hanifah dtg hari ni.. tapi ili akhiri pertemuan kami dgn katanya: kami yang 18 tahun x menyerlah dalam pelajaran.. banin ngan banat. aku sedapkan hati dia dgn kataku: ala.. belum lagi tu.. korang pegang jawatan punyela besar.. mungkin ambil masa untuk tunjukkan korg menyerlah dalam pelajaran.. doa banyak2.. inshaALLAH ALLAH bantu.. yang penting kena semangat! jangan sedih2!

dalam ketika melangkahkan kaki keluar dari aspuri.. hati rasa puas. walaupun x dpt jumpa semua. tapi cukuplah sekadar dapat lihat mereka dalam gambar!..

SEMOGA ALLAH TEMUKAN KITA KEMBALI DALAM SYURGANYA, AMEEN!

Thursday, 22 July 2010

khabar minggu ini

Bismillahirrahmanirrahim.

TEMA:
"SESUNGGUHNYA BERSAMA-SAMA DENGAN KESUSAHAN ITU ADALAH KESENANGAN"

1. Aku tak lagi duduk di barisan paling hadapan dek ketidak selesaan yang aku hadapi. Aku lebih memilih untuk duduk di belakang walaupun duduk di hadapan itu menjamin kefokusan yang lebih, InsyaALLAH. Jadi, sekarang aku duduk di sebelah adik usrahku, amalina. best juga sekali sekala berukhuwwah dengan orang belakang ni.

2. duit RM7 hilang. Semoga duit yang hilang itu dimanfaatkan ke jalan ALLAH. ina kata: mak ana selalu kata: (mafhumnya): jangan galak2.. nanti menangis.. faham x? dalam al-Qur'an pun ada ayat yang lebih kurang begini yang menceritakan tentang org yg sering bersenang2 di dunia.. tapi di akhirat nnti dialah yang paling sedih.

3. semua gambar-gambar yang seolah2 mempunyai nyawa yg ditangkap sewaktu perkhemahan terdelete!. oh-_-! semoga ALLAH menggantikan yang lebih indah buatku.

4. 20 Julai: ulangtahun kelahiran YAYA: fatin Nur Hidayah.

5. 21 Julai: ulangtahun kelahiran HABIBAH: classmate dari darjah 1 sampai tingkatan 3.. whoa!

6. 22 Julai: ulangtahun kelahiran MUNA: munawwarah: sahabat sehati sejiwa, InsyaALLAH.

7. tentang KRS: teruja time kadet2 nyanyi lagu negaraku. sebabnya: semua banin form 5 yang main bola terus berhenti dan berdiri tegak, wah! dan tentang latihan based: first time tgk latihan based yang agak best dan menarik! air hari tu pun agak manis~ hehe credit to khadijah & aisyah.. p/s: kalau masin org tua2 kata dah nak kahwin, kalau manis? ^_^

8. Spek fatin jadi baru. sebab dia ditimpa musibah.

9. Buat semua anak murid kelas hafazan saya.. syukran jaziilan kerana bersabar dengan 'ustazah' anda yang mmg grr.. terharu saya.. semuanya bertungkus-lumus dan tak pernah putus asa walaupun di marah banyak kali. lebih terharu, salah seorang anak murid saya: SYIFAA lagi 1 muka surat nak khatam juz. mungkin pada pandgan org lain sikit.. tapi syifaa ni mantap ulangannya.. saya bila lagi? -_-

10. tadi belek2 helaian kertas yang memaparkan kumpulan usrah yang terkini. rahima gembiraa! agak-agak dia gembira sbb masih usrah dengan saya ke atau sebab lain? apa-apapun sekiranya anak usrah saya gembira, saya turut tumpang gembira ^_^.. tapi sedih.. sbb basyirah dan muneerah pindah usrah. bila aku bagitahu pada basyirah, dia kata: kak hanifah mesti x sedih.. aku tergelak.. sebab saat aku tahu aku berkata: basyirah mesti suka.. akaka~ aku cakapla aku sedih.. dia tanya kenapa x menangis.. aku jawab: kalau sedih x semestinya menangis.. yang menangis tu pun kadang-kadang bukannya sebab sedih.. ALLAH knows most what is the best for us! aku cakap kat dia: walaupun bukan 1 usrah dah lepas ni.. tapi kita tetap boleh kongsi2 apa2.. ingat kalau nak cerita masalah x semestinya kena cerita dekat naqibah."DAN APABILA KAMU INGIN MEMINTA BANTUAN, MAKA MINTALAH BANTUAN DENGAN ALLAH!

11. saya sebagai UP sekarang sedang membuat perancangan untuk menghasilkan creative bumper.. YA ALLAH, TEBAHKANLAH HATI KAMI DALAM MENGHARUNGI SEGALA LIKU-LIKU INI.. AMEEN.

Tuesday, 20 July 2010

singkap yang tersirat itu!

999, panggilan kecemasan, bukan nombor mainan!


assalamu'alaikum w.b.t dan selamat malam.


sebenarnya aku sudah merancang untuk menulis entry-entry yang seterusnya dalam versi bahasa inggeris lantaran kerja rumah jangka masa panjang yang diberikan oleh muallimah norlida: to do life journal along 3 month where all students must produce for at least 2 entries a week.. waa~ so, i decided to sketch down my journey here with mix language and then i'll change to pure one next time.. p/s: when I really ready to compile all the journey into a journal.


Manusia bertuah kerana dikurniakan aqal. justeru dengan aqal itulah kita gunakan untuk menyingkap segala apa yang tersirat kerana tanpa aqal pun kita kita dapat menyingkap yang tersurat.


saya ada cerita sikit hari ini. tetapi macam biasa, pasti panjang berjela entrinya, maka jika anda mahu meningkap yang tersirat itu lebih sedikit, harus bersabar!


...............................................................................................................................................


16-18 julai lepas, aku bersama ratusan pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 4 elah memberikan sepenuh komitmen kami dengan menyertai sebuah program mukhayyam tahunan di Lopoh Waterfront Pangsun, Hulu Langat. Aku kira pasti semua pelajar membayangkan pendedahan jasmani yang akan lebih dititikberatkan sepanjang mukhayyam tersebut. Namun, apa yang aku dapati adalah berbeza, kerna pendekatan mukhayyam tahun ini lebih kepada keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual.


Seperti yang aku telah catatkan dalam ujian karangan bahasa melayuku petang tadi, sebetulnya aku datang dengan jiwa yang kosong. bagaikan jasad yang berjalan tanpa ruh. tidak rasa apa-apa melainkan kelelahan jiwa yang sangat menyedihkan! namun, tidak semudah itu untuk aku terus membiarkan diriku terus begitu. Setiap perjalanan program aku manfaatkan dengan cubaan menyingkap segala yang tersirat agar dapat diisi dalam tinku yang Maha Kosong. supaya apabila dijentik/ diketuk, tadak lagi berbunyi kuat:menandakan jiwa betul-betul gersang.


ramai yang kata bosan mukhayyam kali ini. namun jika bijak untuk lihat dari sisi pandang lain, kita akan merasakan kenikmatan yang orang lain tidak dapat rasa. baru berbaloi masa+duit yang disalurkan.


CERITA 1


Hatiku mula terisi saat muallim waqiyuddin menyampaikan slotnya yang bertajuk: agar kita menjadi RIJAAL. lebih teruja, apabila murabbiku yang seorang itu merupakan seorang saudara barula jugak. hebat! baru beberapa tahun memeluk ISLAM, sudah mampu menyampaikan tajuk sebegitu! sebetulnya rasa thiqah kepada murabbi bukanlah senang untuk ditanam dalam diri ini dalam masa yang Maha singkat itu, tetapi aku mula thiqah kepada murabbi ini sejak dari debat lagi melihatkan kepada pendapat-pendapat dan nasihat-nasihat serta pandangan-pandangan yang beliau berikan. lebih semangat diri ni apabila murabbi itu memberitahu bahawa sebenarnya beliau ingin meletakkan jawatan 2 hari sebelum program mukhayyam, tetapi sbb ingin membina kami menjadi rijallah, beliau menolak tawaran ggaji 4 kali lipat yang tidap pernah disapanya itu. wow! jarang orang muda menolak tawaran gaji yang lebih baik, lebih-lebih lagi lelaki. namun berbekalkan sedikit prinsip: sesungguhnya janji Allah itu Maha Benar, beliau mampu lakukan! jika beliau yang baru beberapa tahun memeluk Islam itu mampu untuk membuktikan, bagaimana dengan diri ini yang sudah lebih 18 tahun beragama ISLAM?


P/S: dapat intai apa yang tersirat? mahukan lebih? usahalah yang lebih!



CERITA 2


hari kedua. mungkin kerana kuasa tenaga sinergi kurang dalam kalangan kami menyebabkan aku masih belum utuh walaupun telah mendengar pengisian semalam. paginya aku masih ok! tengah harinya aku agak luntur sedikit, sakit kepala!(lagila jatuh.) sebelum mula, kami memang kena 'tegur' lantaran sikap2 kami yang kurang positifnya. nasihat muallimah mmg menusuk hatila~ jelas-jelas nampak muallimah mmg nak membina rijaal yang sejati! ketika masak nasi dalam buluh, jelas-jelas aku seperti manusia tanpa pedoman.. walhal aku dah lebih 2 kali masak nasi dalam buluh! bukan aku x reti, tetapi kekosongan jiwa menghalang diri. naqibahku sampai geram dan marah aku. aku sedikit terkejut dan memberontak. huh! sudahlah aku sedang menghadapi masalah jiwa, mental pon sakit.. kena marah lagi!


namun kita semua tahu keluhan itu hanya keluar dari mulut-mulut orang yang kacau fikirannya. sendiri buat salah, naqibah yang disalahkan! aku senyap je dan terus membuat kerja-kerja sampingan: kumpul kayu 1 tempat , bersihkan kawasan masak dan sebagainya. kemudiannya terus tenangkan diri,= cas bateri! o yeh! bila dah full.. mmg best! jika ptg tu aku mcm org yg semangat langsung.. negatif habis.. kelakar bila ingat balik.. tapi malam tu aku mcm orang yang baru! paling semangat.. siap tolong bagi gula2 lagi time ceramah muallim 'aqib. beliau mengaitkan krsm dengan kepentingan tarbiyyah dalam pembentukan seseorang rijaal itu sendiri. beliau juga menceritakan serba sedikit tentang ciri-ciri rijaal.


p/s: jelas menunjukkan rahmat Allah itu Maha Luas! Allahu Akbar! sbb itulah kita dilarang utk berputus harap dari rahmat ALLAH!


...............................................................................................................................................


memang bertepatan dengan tema yang telah digariskan: pengalaman pencetus kematangan! dan ingatlah, walau kecil, impak maksima insyaALLAH!keseluruhannya: betapa aku nak tunjukkan kepada sekalian pembaca bahawa identiti diri itu penting dalam membantu kita memulakan langkah pertama yang tepat. identiti diri yang dimaksudkan bukanlah IC tapi diri kita sendiri. bayangkanlah, aku yang naqibah inipun baru ditarik nikmat identiti dirinya, sudah begitu.. aku juga manusia biasa yang bisa lemah tatkala diuji.. waktu inilah aku perlukan bimbingan teman. oleh itu dalam beramal, jangan pentingkan diri!


kesan dapat jumpa identiti diri: aku lebih semangat dalam belajar.. math dan +math x lagi ngantuk! o yeh! lebih jelas apa yang dilakukan! lagi semangat merancang atur UP.. dan esok aku nak datang lagi awal ke sekolah.. akaka! yang penting niat dan usaha.. Wallahu a'lam!


justeru, jika 999 nombor kecemasan, bukan nombor mainan, jadi 24434 juga nombor kecemasan bukan lagi nombor mainan! faham tak? ^_^(dalam blog pun nak tanya..)

Sunday, 11 July 2010

banyak info!

bismillahirrahmanirrahim.


KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PENGGAL PERTAMA.

Alhamdulillah syukr 'alallah.. kalau keseluruhan: 13A, 1E. tapi kalau subjek untuk SPM je dapat 11A, 1 E. A+=1, A=7, A-=3, E=1. saya rasa saya boleh buat lebih daripada ini.. tapi tulah masalahnya.. rasa je tapi taknak buat!

keseluruhan form: saya di tempat kedua dengan purata markah 81 point something kalah dengan hana kat tempat pertama dengan purata markah 83 point something.

saya x banyak dapat highest. tapi adalah jugak sikit2. dan saya sedikit kagum dengan banin, kerana top 10 ranking form.. banin 5 org, banat 5 org. biasanya banat yg conquer. jadi, ana x boleh terus duduk diam..


TENTANG KEJOHANAN DEBAT ANTARABANGSA MUSLEH KALI KEDUA.

saya sebenarnya sebelum pergi tak yakin dengan diri saya. tapi saya paksa diri saya supaya jangan cepat putus asa. walaupun kali ini al-amin bangi masih tidak dapat masuk ke pusinga quater final tapi sekurangnya kami berlawan dengan pasukan agak gergasi bagi saya di pusingan awal iaitu dengan hidayah JB yg merupakan naib johan tahun lepas dan johan tahun ni, dan sekolah al-amin gombak yg merupakan johan tahun lepas.

pusingan pertama: lawan dgn al-azhar

pusingan kedua: lawan dengan al-amin gombak

pusingan ketiga : lawan dengan hidayah JB

pusingan keempat : lawan dengan al-amin gombak

natijah: 2 mng, 2 kalah.

ranking x pasti. tapi x terus sgt.


suka duka mmg kami rasa. waktu ni jugaklah ukhuwwah persahabatan teruji. tetapi, selaku orang Islam yang beriman, kita sehausnya mengambil pengajaran atas setiap apa yang telah terjadi. dan jangan lupa untuk sentiasa doa agar ALLAH ttapkan hati agar sentiasa bersyukur dan redha dengan segala apa yang telah ditetapkan olehNya.

"hanifah selalu ingat hanifah tere bab ekonomi sbb hanifah rasa hanifah belajar ekonomi.. tapi sebenarnya hanifah x tere bahagian dasar2.. "

jika tahun ini ana menerima kritikan sebegini yang sememangnya tepat ke hati.. maka ana akan buktikan satu hari nnti ana pulak yang akan cakap mcm ni.. faham tak maksudnye?

tapi ketahuilah seluruh seisi sekolah al-amin bangi.. kami telah cuba sedaya upaya kami.. untuk membawa nama sekolah.. buktinya.. ada antara kami yang menangis frust, sedih.. sbbnya secara detail.. nanti2la.

kalau blog ini adalah satu teknologi yg org lain x boleh baca.. maka saya akan cerita semuanya.

memandangkan kami x dpt masuk ke peringkat seterusnya.. walaupun kami merasakan sebenarnya kami layak melihatkan kepada beberapa faktor.. tetapi sbb margin kami rendah.. jadi x layak.. tapi sekurang-kurangnya saya dah experience lawan dengan hidayah JB dan gombak dua kali and i know.. saya di mana.. and i can estimate myself for next championship..

quarter final. hira' lawan gombak. al-amin bangi majoriti sokong gombak. sebenarnya ana sorg je yg sokong hira'. bukan sbb apa.. tapi sbb hira' sekolah ana dulu dan ana pasti mesti yg hadir semuanya mengestimate gombak mng.. jadi ana rasa x salah nak bgi smngt walaupun ana bukannya penyebab mereka mng dan ana x sumbang apa2 pun utk kemenangan hira' sewaktu lawan dgn gombak. kalaula semua peserta debat hira' banat, da lama ana sokong syadid2.. lebih syadid dari apa yg ana buat.. p/s: x de la teruk sgt.

time hira' lawan hidayah JB utk smei-final. al-amin bangi sokong hira'. o yeh! mungkin kehumblelan mereka kot.. kalau mereka sombong.. ana pon takkan sokong hira'.. kami berharap hira'mng. tapi bukan rezeki.. kalah 5-0 dengan hidayah JB. takpela sape2 mng pon.. "yang penting MUSLEH!" ahaha.. rasa terperli bila salah seorang penyokong JB cakap mcm tu..

mcm2.

tapi kami x buang masa mcm tu je walaupun kami x masuk pringkat quarter.

tgh2 smngt dengar pengumuman best speaker BM dari ranking 5 sampai 2.. tiba sampai yg first.. cm terberhenti jap.. dan diumumkan pedebat terbaik tempat pertama adalah dari sekolah menengah SRI al-amin bangi, HUSNA BINTI ISHKANDAR! kami yang al-amin bangi terkejut bukan kepalang sbbnya husna x pernah dinobatkan pedebat terbaik dalam setiap round.. tapi mungkin markah die hampir2 utk dpt best speaker setiap round. apa-apa pun mabruuk~ dan nasihat kak hanifah untuk husna untuk selama2nya: berhikmahlah dalam setiap perkara, hormati yang tua, sayangi yang muda walau apapun yang berlaku.

ok. tiba2 rasa dah x semangat utk terus menulis. wallahu a'lam.


HANIFAH, SELAMAT!

dan jagalah hati dari sebarang kuman2 jahat..




Tuesday, 29 June 2010

banyak kalam

bismillahirRahmanirRahim..

sebetulnye ingin sekali aku bicarakan di ruangan ini pada saat ini tentang trip gue ke bandung selama 4 hari 3 malam. tetapi hati mengatakan tidak. satu trip saja sudah cukup membolehkan aku untuk berbasa-basi dalam dialek indonesia.. tapi x fasih mcm makla..

sebelum pergi, aku sedikit tawar hati sebenarnya.. kerana aku harus menguruskan persatuan, kelab dan juga rumah zikrul maut itu. tetapi takdir telah menentukan. aku cuba sebaik mungkin menguruskan semuanya walaupun jelas aku tidak melakukan dengan baik. oh! mungkin saja aku tidak dapat ikut serta ke rumah zikrul maut itu, tetapi aku sedikit bersyukur kerna kejadian di indonesia sudah cukup membuat aku zikr akan datangnya maut yang mana kejadian itu bukan buatan manusia semata2 seperti yang di al-amin itu.. tapi ini khas dri tuhan yang Maha Esa.

saat itu, aku baru sahaja selesai memilih telekung yang dipesan oleh sahabat baikku di al-amin.. aimi atiQah.. dan aku bersama mak ketika itu.. yang lain mengambil jalan masing2. musing2 melihat2 barang mungkin ada yang berkenan.. tiba2, terlihat beberapa org lari kepanikan dri tangga atas.. yang mana ketika itu aku di tingkat 3, dan bangunan shopping kompleks itu total ketinggiannya pas 7 tingkat. aku dan mak lantas blur. kami ke dalam sedikit ingin mengelakkan diri dri kecelakaan..

kerna saat itu, yg terhangat di indonesia adalah tentang ganasnya geng motor yang diketuai oleh sonata yang mana umurnya 20-an. oh sedih sekali! dan aku khuatir sekiranya yang sedang berlaku adalah pergaduhan yg melibatkan mereka.. ah pasti aja aku takut! kerna polisi di sana pun ada yg terbunuh bak kata tourist guide kamila.

saat itu aku ye2 je rasa bagai gempa bumi. aku rasa setakat di tapak kaki shj, lantas aku tergelak. ye2 je.. tiba2 terus rasa mcm gempa.. ahaha. kami terus ke menuju ke tingkat atas menggunakan lif. aku mula2 malas nak guna lif sbb saat mula2 sampai.. lif sgt penuh dan lama sgt nak tunggu. tapi2 dgn kehendak ALLAH, lif terbuka dalam masa beberapa saat shj. dan kami lan tas diberitahu sebenarnya mmg ada gempa bumi sdg berlaku tadi.

dan ini mmg dimuatkan dalam berta hangat di indonesia kerana sekala ritchernya setinggi 6.8. apa yg aku lihat saat itu.. semua manusia yg bersesak-sesakan dalam shopping kompleks terus berlari ketakutan ke luar bangunan. kereta berhon2.. gelabah semuanya takut mati. aku pun begitu juga.. terbit rasa gelisah. dalam sekelip mata kompleks jadi kosong. hanya kami dan kereta2 yang masih belum dapat keluar dari macet yg teruk dri tempat parkir di kompleks beli belah tu.

wartawan mengatakan, gempa berpusat di tijamis yg sgt berdekatan dengan banjar yg mana persantren miftahul huda al-azhar yang didirikan oleh dua pupu ayahku juga di situ.. alhamdulillah kami telah tukar jadual utk ke sana sehari lebih awal dri kejadian gempa itu berlaku. sebenarnya kami bercadang ke sana pada hari kejadian itu berlaku.. MAHA SUCI ALLAH!

dan antara yang kami bawa pulang adalah karya terbaru habiburrahman el-shirazy: BUMI CINTA yang berlatarkan russia.. agak menarik.. dan lebih matang karyanya mungkin.. bacalah senidri untuk mengetahui hasilnya. harganya di sana pas 50, 000 rupiah! murah banget. RM18 je. hehe tebalnya: >550 m/s rasanya. novelnya sedikit sebanyak telah menaikkan semangat utk diriku yang kelelahan dgn kemacetan di indonesia.. faham? aha.. cuba la translatekan.

ok.. mau tau lebih.. yah langsung aja temuin gue.. bisa face-to-face gitu~ labih enak ya? tapi ya kaum nisa' aja.. yg rijal bisa nanya kok sama adik serta abg gue.

wallahu a'lam..

dan sekarang apa yg aku fikirkan... bukan lagi indonesia.. tetapi hari khamis ini! MAHA SUCI ALLAH! AKU MEMINTA KEAMPUNAN DARIPADA-MU YA ALLAH!

Robbunaa Yusahhil!

Tuesday, 22 June 2010

bookexamus?

astaghfirullahal'adzhim 3x.
bismillahirRahmanirRahim.
dapat apa yang ingin di sampaikan kali ini?.. bookexamus? hm. campuran dri 3 perkataan yang berlainan tapi saling bersangkutan. yakni: book+exam=us.
sebelum cuti penggal saya ada menduduki periksa penggal pertama. tidak kira demam atau ngantuk semua saya gagahkan diri untuk menjawab kertas soalan dengan sebaik mungkin. namun kadang-kadang semangat yang membara tu 'berehat' sebentar di tengah jalan dek tiada biah mujahadah dalam diriku. oh!
minggu ini dapat keputusan exam. berdebar juga. alhamdulillah setakat ini semuanya baik2 aja.. dan agak kecewa sedikit kerana addmath saya sedikit kecundang dari apa yg telah saya sasarkan.. namun begitu saya masih bersyukur kerana saya lulus addmath.
saya sangat berharap keputusan keseluruhan saya berada di ranking teratas lantaran saya konon-kononnya sibuk dan ada beberapa hari tidak hadir ke sekolah.. waktu pertandingan debat, latihan debat dan sebagainya. sekiranya saya tidak mendapat keputusan yang baik, maka akan jadi fitnah buat saya. tidak best kan kalau begitu?
apa yang saya dapat konklusikan daripada setiap form 4 yang telah saya lalui..(p/s: saya di form 4 sebyk 3 kali termasuk maahad dan tahun ini).. sebenarnya subjek yang disilibuskan tidaklah susah mana,, terutama sejarah. kalau betul2 nak belajar, senang je nak score. saya berani bet keputusan sejarah saya jauh lebih baik daripada dahulu. bukan sbb sudah byk kali saya belajar tapi sbb saya rasa saya jauh lebih bersedia berbanding dahulu,,
dan saya akan cuba siapkan segala tugasan yg diberi oleh guru..
apa pentingnya ilmu utk kita?
untuk menguasai dunia, kita perlukan ilmu.
untuk menguasai akhirat juga memerlukan ilmu,
malah apalagi jika ingin menguasai kedua-duanya~
dan ALLAH mengangkat darjat orang yang berilmu.
dengar cerita keputusan form 4 sangat penting utk mendapatkan scholarship.. hm~
doakan saya semoga terus tabah untuk menuntut ilmu. awal bulan 7 rasanya ada tournament debate anjuran musleh. 1 cabaran utk saya. saya kena mantapkan bahagian ekonomi..
ok. mungkin sedikit merapu kerana sudah malam. tengah hari hari khamis ini, ana akan bertolak ke indonesia dengan family utk bercuti selama 4 hari di daruttauhid, bandung.(isk: x dtg skolah lagi)
kepada siapa yang ada membaca blog ini, jemputla ke pameran kelab bola jaring, perbaq-t dan rumah zikrul maut yang mana saya ada take part dalam menjayakan perkara di atas. oh ye! hari sabtu ni ye~

Saturday, 19 June 2010

Karnival MGB SIM di terengganu

BismillahirRahmanirRahim.
Assalamu'alaikum w.b.t.. kaifa haal?
wa ana bikhair alhamdulillah.
alyaum, sa uqaddimulakum alakhbar aninnatiijah lil madrasah al-islamiyyah ath- thanawiyyah al-amin banji fil karnival MGB SIM allati taqa'u fi UITM dungun.
ahaa. saje test2 nak kecek dalam bahasa arab. minat sungguh saya pada bahasa arab. 1 hari nnti saya pasti boleh ckp dengan lancar, inshaALLAH!
bertolak pada jam lebih 11 malam, seramai 34 org pelajar al-amin, kami membawa misi ke terengganu. bukan misi kemenangan 100%..
sebelum pergi, saya rasa betul2 nak tarik diri atas banyak sebab. tapi akhirnya pergi juga dengan hati yang sgt berat.
di sana jumpa dan kenal ramai org.. kepada husna ishkandar khususnya: saya kenal ramai banat JB.. hehe hari tu saya selalu perli awak sbb asik2 sebut pasal hidayah JB.. hehe
oh ye!
alhamdulillah kami mng bola jaring di tempat kedua. apa yang saya musykil: according to mlmh ahikin ahmat, pemain bola jaring memerlukan 11 org.. pastinya kami sgt pelik, selalunya 9 org. time main, saya x join sbb x yakin betul ke 11 0rg.. and saya jumpa pengadil.. utk dapatkan kepastian. katanya 10 org. saya dapat join. tapi time penyampaian hadiah.. pingatnya ade 9 aje. okee saya faham ape nak buat. ^_^.. saya, farhana, aimi juga yg lain2 begitu setia menyokong pasukan kami sehingga ada yang kurang suara utk pertandingan hafazan.(haha)
sori ye. post saya semuanya panjang. sapa yang setia, terima kasih.
kami x hantar pasukan utk choral speaking, tapi sekolah kami MC umum sekolah kami kena buat first.. mushkil2~tapi memandangkan saya pernah menjadi part of hira' jeram.. jadi saya dengan semangatnya duduk belakang juri dan tengok mereka.. 'sacrifice~'(antara wordnya yg saya suka ajuk.. hihi)
apa yang saya dapat katakan tentang al-amin bangi utk karnival MGB ini.. semuanya dah cuba yang terbaik. saya yakin dan percaya dan saya x su'uzzhon kerana saya nampak dengan mata saya sendiri semuanya bertungkus-lumus.. mungkin saya kurang..
saya ada join hafazan. semua peserta hebat2 belaka. johan dan naib johan telahpun saya jangka. saya mungkin kurang dari segi keyakinan+ tarannum.
ade 1 lagi saya join. kalau saya bgtahu. mesti semua yang kenal saya gelak. ok. sila gelak. saya masuk balapan. sebenarnya semua banat al-amin masuk balapan. kan saya dah kata kami bukan nak menang.. tapi~ hm.. fikir2..
200 m. saya dan khadijah. berdebar2. sebelum saya mula, ada peserta dari sekolah lain smpat psycho saya.. atau mgkin dia nak cerita kejayaan dia pada saya yang lari 3 larian straight termasuk 200m tu. tapi saya bangga kerana 100m terawal saya di depan sekali.. tapi hakikatnya hahaHAhaha,, saya kalah apabila di garisan penamat.. tetapi saya bahagia.. buktinya mlmh nadia kata saya senyum je time lari..tak tau apa yg gembiranya.. mungkin kerna doa yg dibaca sebelum lari bersama2 dengan khadijah?.. hehe.. khadijah pun senyum time lari~
ada banyak yg saya nak kongsi sebenarnya.. suka duka, bangga, frust dan sebagainya. tapi mungkin x perlu. apa yang saya dapat konklusikan dan saya harap org yg berkenaan dapat baca ini walaupun saya tahu mungkin mustahil sebab blog saya ni ramai org x tahu..
1. buat semua peserta banin, mungkin x perlu tengok choral speaking.. berilah sejuta alasan.. tapi saya pasti mudharatnya pasti lebih dari kebaikannya.. tahniah buat mereka yang membuat keputusan utk keluar ketika choral speaking banat berlangsung. mungkin anda fikir saya jumud. tetapi jika anda ditempat saya ketika menyaksikan CS(p/s: saya tgh2 antara banin dan banat).. pasti anda setuju dengan kenyataan saya.. ingat kita harapan musleh dan ISLAM~
2. buat peserta banat pula, entah kenapa saya rasa x sedap bila banat menyokong banin dengan semangat di tepi trek balapan. ok. my bad. mungkin itu adik beradik mereka. aha! tapi x kan la satu skolah tu semuanya adik beradik dia?.. hm.. time sokong siap sebut nama banin tu lagi.. saya rasa saya boleh sebut balik nama2 yang mereka sebut..(mungkin~). hati saya melonjak nak menyokong.. tapi saya bayangkan kalau ada banin sokong saya mcm tu.. nescaya saya x kan lari lagi laju tapi saya akan berhenti. ok.. mungkin itu salah satu cara utk bagi mng. tapi kdg2 matlamat x menghalalkan cara.
3. kita perlu menghilangkan rasa perbezaan sekolah. mungkin itu susah. tapi boleh cuba. dan kita semua adalah qudwah. bukan saya saja yg memerhati, tapi mungkin satiap org yg ada disitu memerhati.. bukan sahaja pelajar.. mungkin murabbi juga juga perlu cuba.
4. mungkin selepas ini, kena buat awal sikit, jadi banyak games boleh tambah contohnya pingpong.. tangan saya ni bergetar2 nak main pingpong lagi. hehe^_^.. semangat!
5. tahniah dan terima kasih kepada mlmh ainun terutamanya kerana telah bertungkus lumus utk menjayakan karnival mgb ini sekaligus telah mencerahkan lagi masa depan kami.. moga2!
maklumat tambahan: kata penganjur.. jumlah yg digunakan utk program kali ini lebih kurg 20,000 ringgit. apa kata anda? kata saya: kita jangan jadikan usaha sponsor dan mereka yg menghulur duit sia2.. kita harus buat yang terbaik! jangan putus asa..
dan semoga berjumpa lagi.
kami x dpt beli kepok leko di ganu.. sedih2.. terutama basyirah yang selalu nak persuade mlm utk mintak bas benti gak.. tapi.. kami bertolak lepas maghrib sbb majlis enutup habis pun pukul 7.30 mlm.
ok itu saje dri kami.
wallahu a'lam.
BANGKITKAN JIHAD!
p/s: teringin nak letak gambar kat sana.. tapi x semua perlu dikongsi~

Saturday, 12 June 2010

yuk duduk sebentar

bismillahirRahmanirRahim..
hari ini hari ke 9 cuti sekolah.. apa yang telah saya lakukan sepanjang cuti sekolah ni?
agak2nye kalau ditimbang antara yang buruk dengan yg baik mana lagi berat.. insyaALLAH beratnya disebelah yg baik kalau kita terus berlandaskan ALLAH dalam setiap apa yg kita lakukan..
saya mulakan kembali hobi saya 1 masa dahulu.. kalan2 ke blog orang sambil mentafsir dan cuba memehami isi2nya. ada 1 blog ni, baa2.. kata beliau, beliau sedih dilahirkan tanpa bapa.. bukan bapa beliau tetapi 'bapa':khilafah islamiyyah.. ada yang menyatakan tentang pandangan sendiri berdasarkan nas2.. ada yang buat mcm diari, dan sebagainya..
cuti ni,
hati saya sering terketuk dgn mcm2..
kakak saya kata kami harus bangkit.. kami sbg pemudalah yang harus mengendalikan mcm di terengganu.. di umur yang muda beliau sudah mampu mengendalikan macam2..
tiba2 jadi teringat kepada objektif kenapa saya bertekad utk sambung tahfiz walhal saya hanya perlu habiskan lagi 1 tahun utk tamatkan persekolahaan saya dan secara x langsung saya adalah yg plg tua di sekolah.. hm.. x kanla saya sengaja.. pasti ada sebabnya kan?
bulan lalu saya singgah di hira'.. dan seorang teman telah mengetuk memoriku kembali.. dia mengingatkan kenapa saya masih di seolah walaupun saya sepatutnya sudah di universiti atau sudah berumah tangga mungkin(wahaha.. gurau2 je)..
dan post kali ini hanyalah tidak lain dan tidak bukan adalah untuk membangkitkan kebali diri saya yang masih duduk walaupun mungkin kelihatan seperti saya sedang berdiri tatkala orang lain duduk membungkam.. SAYA INGIN TERUS BERDIRI dalam kalangan orang yang berdiri..
mari saya bawakan lirik lagu yang kami bawa ketika jambori amal islami.. yang kami nekadkan hanya utk menyampaikan bukan utk mng..(kalau mng hamdallah~)
BANGKITLAH PEMUDA
by: the eminence(al-amin bangi)
Bangkit suara sang pemuda
memberi manfaat kepada
kepada manusia yang lupa
bekerja sebagai hamba
sedarlah pemuda
usahlah diikut futurnya
ingatlah engkau bahawa
itu jarum iblis rahsia
inilah masanya telah tiba
bersama kita membina ummah
agar terbina 1 negara..
negara ISLAM..
adakah kau terlupa
Rasul serta sahabat baginda
telah menempuhi uji-ujinya
hingga itu membawa berjaya
sedarlah pemuda
hanya tuhan yang mengubah hatinya
kau hanyalah usaha
agar kita punyai redhaNya.
saya bertekad untuk menjadikan nasyid ini sebagai nasyid tema untuk program banat form 4.. supaya at least kami semua hafal nasyid baru.. dan sentiasa terngiang2 di kepala kami nasyid kebangkitan dan seterusnya menggesa kami agar terus bangkit! ayuh!
jangan pedulikan lintasan hati anda yang hanya membuatkan anda lembab dan terus duduk!
tetapi pedulikan lintasan hati anda yang menggesa anda untuk meninggalkan fah'sya' dan munkar~
wallahu a'lam~

Wednesday, 9 June 2010

rezeki

bismillahirRahmanirRahim..

mmg benar kata-kata orang bahawa terus hidup selepas subuh akan menjadikan rezeki kita murah.. ye.. indah sekali panorama waktu pagi ni.. sejuk.. bunyi2 burung.. udara pun bersih.. hidup ni jadi mcm x de masalah.. ceh hiperbola pulak..

post tentang kami pelajar al-amin ke MAPPIS telah saya buang mengenangkan apa yang telah dipesan oleh ili.. katanya jangan buat post pasal pingpong kat blog.. haha.. aku ckp inshaALLAH.. aku nekad utk buang je la.. semua tu dunia je.. sampai bila gelaran johan pingpong tu akan bertahan?.. hehe.. kita sendiri x tahu..

bercakap tentang rezeki..

mcm2 cerita yg boleh dibawa di sini.. meh ana bawa cerita tentang rezeki yg berlaku kepada kami di UNISEL sewaktu jambori amal islami..

1. handphone adik saya hilang. katanya ada salah faham sikit.

2. kami baru tahu yang semua acara berjalan serentak malam tu.. kelam kabut.. bayangkan yg
nasyid ada yg pidato, tilawah, hafazan, cerita. rezeki kami: cerita + hafazan perlu dihabiskan
malam tu jugak dalam keadaan kami yg x tng.. walaupun di kacamata org
ramai farhana+muneerah x mng.. tpi di kacamata saya mereka tetap mng.. farhana cerita
spontan.. juri kata dia dapat markah bonus byk.. tambahan semua yg hadir ketika itu tahu
farhana buat spontan.. tapi bkan rezeki untuk dapat top 3.. hehe
mgkin sbb terlupa konklusi? kita belajar kan.. ^_^

3. kami dapat tempat ketiga bola jaring. sewaktu majlis hadiah bola jaring, kami al-amin bangi
siap2 kemas barang ngan rumah tu. tiba2 banat hira' jeram kata kami mng tmpt ke2 tanpa
bertanding dgn bustaanul 'aariffin.. tapi mgkin judge tuka keputusan sbb kami x dtg tgk final..
bukan rezeki kami.. dptla tempat 3 balik.. semua tgk medal dgn penuh harapan.. x pe2..

4. nasyid mula2 kami x puas hati sbb kami tahu boleh buat jauh lebih baik tapi malam tu bukan
rezeki kami.. mgkin sbb ALLAH dah atur nak bagi kami mng semua esoknya.. kami time
nasyid cm terkejut sikit.. tapi berjaya habiskan nasyid sampai habis.. ye sebagaimana yg telah
kami cita2kan.. bukan kemenangan tetapi nak bawa ISLAM dan bersatu.. utk mengembalikan
ustaaziatul 'alam di muka bumi ini.

5. pingpong. saya demam gara2 resdung. dan rezeki saya pada hari itu.. saya berhasil
mendapatkan johan walaupun sebenarnya saya yakin dan percaya yang semua org teka naib
johan yg mng.. kata kawan saya.. rezeki saya...

6. takziah buat banin sbb x mng ape2.. tapi bagi kami antum mng kalau bersabar dan ambil iktibar.. mungkin ada sesuatu yg menyebabkan kita kalah?.. yuk fikir2kan.. pasti ada hikmahnya..

dan macam2 cerita lagi.......


mau ulas sedikit.. rezeki manusia.. telah ALLAH tetapkan sejak kita belum lahir kedunia lagi bersama2 dengan jodoh kita juga nraka/syurga kita.. bicara tentang rezeki saja sudah cukup untuk membuktikan ALLAH Maha Agung.. pernah tgk iklan susu enfagrow? mereka kata urat saraf otak yg tidak dihubungkan makin lama makin x aktif.. sbb tula kita bila berfikir x hebat. makanya sealukanlah buat diri kita duduk sebentar dan berfikir.. mereka yg berfikir sesaat labih hebat dri mereka yg bercakap tanpa berfikir walaupun org tersebut pandai.. hmm.. selagi ada otak dan akal.. yukla kita manfaatkan.. utk siapa lagi.. utk diri sendiri, bangsa kita, agama kita...

SEMOGA KITA SEMUA TIDAK TERGOLONG DALAM GOLONGAN YG DITANYA: APAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR/ APAKAH KAMU TIDAK BERAQAL?

berfikir bisa menjadikan dunia kita indah dengan izin ALLAH..


wallahu a'lam.. semoga ketemu lagi..


p/s: minggu depan saya ada pertandingan hafazan.. doakan ye~